Pengurangan 30.1 peratus air tidak berhasil Selangor tahun lalu – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 9 Jan . – Kadar air dirawat yang hilang sebelum sampai kepada pengguna atau Air Tidak Berhasil (NRW) di Selangor berjaya dikurangkan kepada 30.1 peratus menjelang akhir tahun lalu menerusi pelbagai usaha oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor)



Siti Zubaidah Zakaria

Siti Zubaidah Zakaria

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Siti Zubaidah Zakaria berkata, kejayaan tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan dua tahun lalu iaitu 31 peratus.

“Pengurangan ketara dalam kadar NRW daripada 32.6% padatahun 2015 kepada 30.1% pada tahun 2017 adalah bersamaan dengan penjimatan sebanyak 82 juta liter air sehari, iaitu jumlah air yang hampir sama dengan jumlah air yang dihasilkan oleh Loji Rawatan Air Sungai Labu.

“Air Selangor telah melabur sebanyak RM480 juta untuk projek dan program NRW dalam tempoh dua tahun yang lalu. Ia dilaksanakan melalui perancangan secara dalaman (in-house) oleh pasukan pakar NRW Air Selangor menggunakan teknologi terkini dalam pasaran dunia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Siti Zubaidah, antara teknologi terkini yang digunakan ialah penggunaan alat pengesanan kebocoran dan alat pemantauan dan kawalan tekanan air selain pembangunan aplikasi telefon pintar yang digunakan oleh kakitangan untuk melaporkan kebocoran dengan segera.

Tambahnya, dalam tempoh tiga tahun ini Air Selangor merancang pelaburan lebih RM900 juta untuk mengurangkan lagi kadar NRW dengan sasaran 28 peratus menjelang akhir 2020. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

60 peniaga terima lesen pasar malam – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 7 Jan. – Kira-kira 60 orang peniaga pasar malam menerima lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Lesen Pasar Malam yang diadakan di Kawasan Perumahan Awam Sri Johor di sini hari ini.

Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, galakan pemberian lesen kepada peniaga pasar malam ini adalah salah satu usaha DBKL untuk mentransformasikan pasar malam di sekitar Kuala Lumpur.

“DBKL banyak membantu para peniaga dengan menyediakan khemah yang seragam secara percuma kepada peniaga,malahan lesen yang diberikan ini pun telah diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

“Jadi, saya harap semua peniaga dapat memberikan kerjasama kepada pihak penganjur dan DBKL untuk menjaga kebersihan dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut di sini hari ini.

Majlis anjuran Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Johor 4A tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd. Zain, Presiden Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur, Rosli Mohd. dan Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Johor 4A, Abu Daud Ibrahim. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Portal therakyat.com pemangkin suara BN – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Portal therakyat.com iaitu sebuah portal rasmi Barisan Nasional (BN) telah dilancarkan hari ini dalam usaha parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, portal itu akan menjadi suara dan pemangkin segala aspirasi Barisan Nasional untuk mengekalkan kedudukan sebagai parti yang memerintah negara.

“Portal itu ada wadah terpenting dalam kejayaan BN kerana sosial media adalah wadah utama untuk menerima segala maklumat dan membuat penentuan ketika sampai masanya.

“Malah portal inilah cara pendekatan yang terbaik berhubung dengan rakyat segala yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada masyarakat,” katanya ketika berucap ketika melancarkan portal itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambah Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, portal berkenaan bersifat interaktif di mana masyarakat boleh berinteraksi dengan lebih dekat menerusi program-program bantuan yang telah dijalankan oleh kerajaan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta presiden-presiden parti kompenan Barisan Nasional.

Portal yang mempunyai tujuh segmen utama iaitu wawancara, majalah, analisis, ‘e-rakyat’, maklumat grafik, rakaman video dan manifesto BN dlengkapi beberapa ciri terkini dan digital supaya mesej yang disampaikan lebih dinamik dan menarik.

Selain itu portal tersebut juga akan memaparkan profil dan maklumat calon-calon BN yang akan bertanding pada PRU14 nanti untuk memberi kemudahan kepada rakyat bagi mengkaji rancangan dan janji BN untuk Malaysia bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Dalam pada itu segmen mengenai wawancara, pemimpin politik dan penganalisis akan dipaparkan di portal The Rakyat untuk mengutarakan pelbagai isu-isu rakyat yang menjadi persoalan pokok selain isu semasa melibatkan ekonomi, sosial, politik dan kemanusian.

Portal e-rakyat akan dihasilkan di dalam enam bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Inggeris, Iban dan Kadazan Dusun.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

KL cops start off 2018 with ketum syndicate bust


KETUM

MO,3/1/2018, KUALA LUMPUR: The police smashed a syndicate operating a ketum processing plant here on New Year’s Day. On Jan 1, narcotics policemen from Wangsa Maju raided a house in Setapak, where they found ketum leaves weighing 96kg and some processing equipment.

Four men aged between 21 to 56, who formed the ‘Ayah Non” syndicate, were also arrested during the raid. The mastermind of the group is believed to have a prior police record, including ketum manufacturing.

In a press conference held at the state police headquarters on Wednesday (Jan 3), city police chief Comm Datuk Mazlan Lazim said that the estimated value of the seized drugs was about RM6,376. “The four suspects have been remanded until Jan 7.

“It is believed that the group received their supply from northern states via express buses. Our investigations show that they generally received about 50-60kg of the leaves at one go,” he said. He added that the group is believed to have been operating for about three months.

-TheStar



Source link

read more

[VIDEO] Jenayah di Petaling Jaya turun 15.8 peratus – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 2 Jan. – Usaha Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membenteras kegiatan jenayah membuahkan hasil apabila peratusannya turun sebanyak 15.8 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, penurunan tersebut juga melepasi sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada mereka iaitu penurunan 10 peratus.

“Namun begitu, ini tidak bermakna kami akan terus berpuas hati, malah akan lebih berusaha untuk mengurangkan lagi jenayah di daerah ini.

“Setiap tahun kami akan membuat penilaian dan melihat kepada strategi baharu. Perkara utama yang diberi penekanan pada tahun ini adalah jenayah jalanan seperti ragut dan curi motosikal yang menjadi penyumbang utama kepada peratusan jenayah,” katanya pada majlis Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan La Salle Petaling Jaya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Kehadiran Upin dan Ipin, Pikachu tambah keceriaan murid tahun satu – KL & Putrajaya


PUTRAJAYA 2 Jan.- Kehadiran tiga maskot animasi kegemaran kanak-kanak, Upin dan Ipin serta Pikachu di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (1) di sini menarik perhatian murid tahun satu yang memulakan sesi persekolahan hari ini.

Guru Besar SK Putrajaya Presint 11 (1), Rohana Abd. Manaf berkata, pihaknya menampilkan tiga watak tersebut adalah bertujuan untuk menghilangkan perasaan gementar dalam kalangan murid tahun.

“Selain itu, ia bertujuan mewujudkan suasana ceria kepada murid-murid baharu pada hari pertama mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

“Saya dapati murid-murid sangat gembira dan wajah-wajah mereka sangat ceria sebaik sahaja melihat maskot tersebut,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pada masa sama, kemunculan adik-beradik kembar murid tahun satu juga menarik perhatian hari pertama sekolah tersebut.

Pasangan kembar itu, Darwisya Adriana Mohd. Helmie dan Darwisya Sophia Mohd. Helmie merupakan antara 266 murid tahun satu SK Putrajaya Presint 11 (1).

Menurut ibu mereka, Norlizawaty Baharin, 33, berkata, kedua-dua perempuannya diletakkan dalam kelas yang sama agar mereka tidak berasa janggal.

“Alhamdulillah, mereka sangat gembira dan tidak sabar untuk memulakan sesi pembelajaran hari ini,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan Putrajaya, Roaini Jaafar turut meninjau hari pertama sekolah tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Trafik KL keluarkan 327 saman pada Op Tutup malam tadi



KUALA LUMPUR: Sebanyak 327 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal dan pemandu kereta pada Op Tutup yang dijalankan di beberapa lokasi bagi mengekang kegiatan samseng jalanan dan lumba haram di ibu negara, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Supt Ahmad Adnan Basri berkata operasi khas bersepadu itu dijalankan dengan kekuatan 100 pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Dang Wangi.

“Sebanyak 970 motosikal dan 138 kenderaan lain telah diperiksa dalam operasi itu yang bermula 10 malam dan berakhir pada 1 pagi,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Tutup di Jalan Raja Laut di sini.

Beliau yang mengetuai operasi itu, berkata tiga tangkapan turut dibuat atas kesalahan dadah dan alkohol.

Selain itu, Ahmad Adnan berkata pihaknya juga menahan seorang lelaki yang membawa tiga wanita Thailand di dalam kereta yang dipandunya.

“Siasatan lanjut dan ujian urin akan dijalankan ke atas lelaki terbabit manakala tiga wanita Thailand itu dibawa ke IPD Dang Wangi untuk didokumentasi dan semakan,” katanya.

Ahmad Adnan berkata operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan tidak sihat oleh kumpulan ‘mat motor’ seperti berlumba sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dan mengganggu ketenteraman awam.

Beliau berkata tumpuan adalah di  kawasan Dataran Merdeka, Jalan Bukit Aman dan Jalan Raja Laut yang dikenal pasti sebagai lokasi panas kumpulan berkenaan terutamanya pada hujung minggu.

“Mereka semakin ghairah melakukan aksi berbahaya sekiranya ramai penonton pada sekitar 11 malam sehingga awal pagi. Operasi ini bagi mengekang kegiatan lumba haram daripada terus berleluasa di ibu negara,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Stesen LRT, MRT, Monorel diiktiraf bersih , selamat – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 29 Dis. – Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel kendalian Rapid Rail Sdn. Bhd. mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, panel pengauditan MPC membuat pemeriksaan stesen dan fasiliti di empat laluan iaitu LRT laluan Kelana Jaya, LRT laluan Ampang dan Sri Petaling, laluan KL Monorel dan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang.

“Semalam, mereka melakukan pemeriksaan di setiap laluan tersebut dan memberi tumpuan dalam aspek kebersihan, keselamatan dan pengurusan visual berdasarkan prinsip 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.

“Oleh itu, syabas kepada semua warga kerja kerana terus mempamerkan dedikasi, komitmen serta kegigihan sehingga meraih pengiktirafan dan pensijilan Sistem Amalan Persekitaran Bersih dan Berkualiti (QE/5S) daripada MPC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Beberapa jalan di ibu negara ditutup sempena larian tahun baharu – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 28 Dis. – Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup sementara kepada pengguna untuk memberi laluan kepada program Larian Tahun Baharu 2018 pada 1 Januari depan.

Presiden Persatuan Wilayah Ceria 1Malaysia, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, antara jalan berkenaan adalah Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Damansara yang akan ditutup bermula pada pukul 4.30 pagi hingga 9 pagi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan jalan tersebut untuk mengelakkan kesesakan. Seramai 150 anggota trafik akan ditempatkan di lokasi sepanjang program itu berlangsung,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, penganjuran program tahunan yang mendapat kelulusan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan itu akan diadakan di Dataran Merdeka, di sini bermula pada pukul 5 hingga 10 pagi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons