Nape dengar macam cakap Hindustan je – Peminat menyampah Nazim Othman cakap Korea


PANTANG ada benda negatif mengenai dunia hiburan Korea, pasti ada dalam kalangan peminatnya yang lantang bersuara.

Selepas Sharifah Sakinah, kini giliran pelakon Nazim Othman dan Eyka Farhana pula menerima kecaman.

Bukan kerana menghina artis K-pop, tetapi kerana bercakap dalam bahasa Korea yang dikatakan lebih kepada bunyi Hindustan.

Trending di Twitter apabila satu klip video yang dimuatnaik pengguna twitter [email protected] memaparkan pelakon Nazim Othman dan Eyka Farhana berbual dalam bahasa Korea dalam sebuah babak lakonan.

Beberapa netizen mempertikaikan sebutan kedua-dua pelakon itu yang tidak tepat.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kenapa sampai Bahasa Korea pun nak dibawa dalam drama Melayu. Ke mana perginya identiti drama tempatan?

xxx



Source link

read more

Dua Korea bertemu mahu perbaiki hubungan



KOREA Utara dan Korea Selatan dijadual mengadakan pertemuan rasmi yang pertama dalam tempoh dua tahun hari ini (9 Januari, 2018), dijangka menjadi platform bagi membincangkan kaedah memperbaiki hubungan antara dua negara itu.

Susulan Pyongyang mengeluarkan kenyataan menerima tawaran Seoul pada Jumaat, rundingan tersebut bakal membincangkan kerjasama untuk membolehkan Pyongyang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

Biarpun wujud tanda positif selepas ancaman nuklear berterusan dari Pyongyang tahun lalu, dua Korea ini mempunyai sejarah panjang gagal dalam rundingan dua hala, kerana tidak dapat mengetepikan keraguan.

Kali terakhir dua Korea mengadakan rundingan adalah pada Disember 2015.

Pentadbiran Seoul sebelum ini menutup kawasan perindustrian Kaesong, projek usahasama besar antara dua seteru ini pada 2016, sebagai bantahan terhadap tindakan provokasi nuklear Pyongyang.

Sebagai reaksi balas, Pyongyang memutuskan saluran komunikasi dengan Seoul pada Februari 2016.

Sejak itu, hubungan dua Korea terus tegang, susulan provokasi berterusan Pyongyang, termasuk dengan ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandunya.

Bagaimanapun awal tahun ini, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un membuat kenyataan mengejutkan, dengan mengemukakan cadangan supaya kedua-dua pihak bertemu dan berbincang untuk mengurangkan ketegangan, serta memperbaiki hubungan antara dua Korea. 

Jong Un juga memberi bayangan negaranya mahu menyertai Sukan Olimpik musim sejuk.

Ia juga menyaksikan Korea Utara membuka semula pintu sempadannya dengan Korea Selatan.

Kim Yong-hyun, Profesor Kajian Korea Utara di sebuah universiti di Seoul menjangkakan kedua-dua seteru ini bakal mencapai persetujuan berhubung penyertaan Pyongyang dalam Sukan Olimpik di Pyeongchang.

Kedua-dua pihak juga dijangka mencari titik persamaan ke arah perjanjian berhubung beberapa isu tertinggah, termasuk penyatuan keluarga dan rundingan tentera.



Source link

read more

Pope Francis gesa dialog keamanan di Korea haramkan senjata nuklear



VATICAN CITY: Pemimpin tertinggi Katolik, Pope Francis, dalam ucapannya pada Isnin menyeru semua negara menyokong dialog untuk membawa keamanan di Semenanjung Korea dan bekerjasama untuk mengharamkan senjata nuklear, lapor Reuters.

“Adalah penting untuk menyokong segala usaha dialog di Semenanjung Korea, termasuk mencari kaedah baharu menangani pertelingkahan, meningkatkan kesalingpercayaan dan memastikan masa depan yang aman untuk rakyat Korea dan seluruh dunia,” ujar Francis dalam ucapan perdana sempena tahun baharu.

Francis berkata demikian di hadapan wakil dan diplomat dari 180 negara, sehari sebelum Korea Utara dan Korea Selatan dijadual mengadakan rundingan menegnai penyertaan Korea Utara dalam Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang.

Acara tersebut dilihat para diplomat sebagai peluang terbaik untuk perbincangan tentang topik seperti isu kemanusiaan dan hubungan persaudaraan.

Awal tahun ini, selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata bahawa dia bersedia ‘menekan butang’ senjata nuklear, Trump menerusi Twitternya menyatakan AS mempunyai senjata nuklear yang ‘lebih besar dan berkuasa’.

“Senjata nuklear mesti diharamkan,” tegas Francis.

Selain itu, dalam ucapannya, Francis mengulangi seruan agar penyelesaian dua hala dapat dicapai antara Israel dan Palestin dan perlu hormati status quo Baitulmaqdis berikutan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengisytiharnya sebagai ibu negara Israel.

Francis antara lain turut menyentuh soal penghijrahan manusia dan pelarian, dan perubahan iklim serta usaha mengurangkan pelepasan karbon.

Dalam sesi pertemuan selepas ucapannya, Francis dilihat menghabiskan basa yang lebih dengan wakil Korea Selatan, Jonghyu Jeong, berbanding diplomat lain.



Source link

read more

Tiada rundingan selagi Korea Utara masih berdegil – Haley perhalusi kenyataaan Trump



New York: Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengubah sebarang syarat dalam merealisasikan rundingan dengan seterunya Korea Utara.

Pendirian pentadbiran Presiden Donald Trump itu dibuat ketika ketegangan memuncak susulan provokasi berterusan Korea Utara yang meneruskan program nuklear dan ujian peluru berpandunya.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley menegaskan selagi Pyongyang tidak menghentikan ujian senjatanya dalam tempoh yang ditetapkan jangan harap rundingan akan diteruskan.

“Kita tidak mahu mengulangi apa yang berlaku 25 tahun lalu apabila mereka (Pyongyang)mahu berunding namun dengan syarat diletakkan wang yang akhirnya berkesudahan penuh penipuan,” tegas Haley.

Trump pada Sabtu lalu membuat kenyataan mengejutkan apabila menyatakan keterbukaannya  untuk berunding dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Ia bercanggah dengan pendiriannya tahun lalu yang menyindir Setiausaha Negara AS Rex Tillerson berhubung rundingan berkenaan.

Kata Trump ia tindakan membuang masa jika mahu terus cuba berunding dengan Little Rocket Man gelaran yang diberikan Trump kepada Jong Un.

Kenyataan Trump itu menyusul selepas Korea Utara dan seterunya Korea Selatan dijadual mengadakan rundingan rasmi kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Rundingan yang bakal berlangsung di sebuah bandar yang meisahkan kedua-dua negara itu bertujuan mencari jalan kerjasama bagi menjayakan Olimpik Musim Sejuk  bulan depan di Korea Selatan.

Mempertahankan ketuanya, Haley menyifatkan kenyataan itu bukan bererti Trump beralah sebaliknya membuktikan komitmen beliau mencari damai di Semenanjung Korea tanpa mengenepikan syarat yang ditetapkan sebelum ini.



Source link

read more

Korea Utara terima tawaran rundingan Korea Selatan



SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan akan mengadakan rundingan rasmi pada 9 Januari, menurut kementerian penyatuan Korea Selatan pada Jumaat.

Ia susulan Pyongyang mengeluarkan kenyataan menerima tawaran Seoul untuk  mengadakan rundingan minggu depan.

Agenda yang akan dibincangkan termasuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang serta isu-isu kepentingan bersama, menurut jurucakap kementerian, Baik Tae-hyun.



Source link

read more

Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan meningkat data



SEOUL: Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan pada tahun lepas meningkat, sekaligus menunjukkan semakin ramai mula menggunakan mekap pada usia terlalu muda, lapor agensi berita Yonhap.

Data dikumpulkan SK Planet Co., sebuah pengendali platform e-dagang tempatan mendedahkan, penjualan produk kecantikan di laman webnya meningkat 29 peratus pada 2017.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan enggan memberikan angka jualan sebenar. Jualan gincu kanak-kanak misalnya meningkat dengan drastik iaitu sebanyak 549 peratus.

Menurut syarikat itu, data turut menunjukkan, penjualan kosmetik kanak-kanak dalam talian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 94 peratus dan 251 peratus masing-masing pada 2015 dan 2016.

“Populariti kosmetik yang selama ini dianggap hanya untuk wanita, kini turut digunakan oleh golongan lelaki dan juga kanak-kanak,” kata pegawai SK Planet.

Satu kajian yang dimuatnaik di laman web Korea Citation Index, menunjukkan 42.4 peratus pelajar sekolah rendah memakai alat solek dan 43.4 peratus responden mengatakan mereka mula bersolek pada gred kelima.

Kajian yang dijalankan bermula 14 November hingga 9 Disember 2016 itu, membabitkan 288 remaja perempuan gred empat, lima dan enam di sekolah rendah di Seoul, Incheon dan bandar perindustrian di tenggara Ulsan.   

Kerajaan Korea Selatan sedang mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk memantau produk kosmetik kanak-kanak, dengan menambahkan kategori berasingan terhadap label bahan, termasuk bahan yang boleh menyebabkan alahan.

“Terdapat pandangan berbeza mengenai sama ada perlu membuat kategori berasingan untuk kosmetik kanak-kanak. Kami kini di peringkat mengumpulkan pendapat,” kata seorang pegawai kerajaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Percutian pelakon pengarah filem ke Korea terjejas akibat ditipu



PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab dan Pengarah Filem, Aziz M. Osman membuat laporan polis selepas ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai ejen agensi pelancongan ketika mereka serta keluarga bercuti ke Korea Selatan pda 24 hingga 28 Disember lalu.

Ekoran itu, aktiviti percutian rombongan keluarga mereka bersama 22 pelancong lain terjejas pada hari ketiga selepas isteri Aziz, Lily Lokman menyedari hotel penginapan mereka tidak dibayar.

Menurut Den atau nama sebenarnya, Zaharudin Abd. Wahab, 54 tahun, dia membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara di sini selepas mengalami kerugian sebanyak RM90,000 meliputi kos tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan, makanan serta pengangkutan.

Katanya, mereka mula menyedari ditipu individu terbabit pada hari ketika apabila secara tiba-tiba diminta keluar dari hotel penginapan selepas pihak Agensi Pelancongan Arba Travel & Tours tidak mendapat sebarang bayaran.

Mereka turut mendakwa telah melakukan pembayaran secara tunai berjumlah RM50,000 bagi kos tiket penerbangan pergi, makanan dan pengangkutan kepada wanita itu sebelum datang ke Korea selain terpaksa mengeluarkan wang sendiri RM40,000 untuk membeli tiket penerbangan balik.

“Saya rasa tidak perlu lagi perbincangan sebaliknya (wanita itu) membayar semula segala apa juga yang telah dia hutang kepada kami. Wanita ini juga dikatakan telah melakukan penipuan ke atas orang lain,” katanya.

Tambah Den, dia berharap agar individu itu dibawa ke muka pengadilan supaya orang ramai tidak menjadi mangsa pada hari kemudian selain memberi tempoh seminggu kepada waita itu untuk menjelas kesemua bayaran yang telah dibuat.

Katanya, para mangsa tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti sebenar wanita itu kepada umum selain mengambil tindakan undang-undang.

“Wanita itu dipercayai aktif menipu orang ramai menerusi pakej pelancongan murah yang ditawarkan,” katanya.

Selain itu, Pengarah Operasi Arba Travel & Tours, Ammar Shahri sebaik berkata sahaja menyedari ditipu, pihaknya ada menghubungi wanita itu namun dia berdolak-dalik selain mengugut untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes tersebut.



Source link

read more

Amerika Syarikat ancam tidak akan iktiraf rundingan Korea Utara-Korea Selatan



NEW YORK : Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menegaskan AS tidak akan menerima sebarang cadangan rundingan antara Korea Utara dan Korea Selatan sehingga pentadbiran Kim Jong-Un mengharamkan semua senjata nuklear di negara itu.

AS akan “tidak akan menerima Korea Utara dan senjata nuklearnya” tegas Haley.

“Korea Utara boleh berunding dengan sesiapa sahaja tetapi AS tidak akan mengiktiraf sebarang usaha antara kedua Korea Utara dan Selatan sehingga usaha itu dilakukan,” katanya di ibu pejabat PBB, di sini.

BACA: Amerika jangan main-main, jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear – Kim Jong Un

Terdahulu, Kim dalam Deklarasi Tahun Baharunya memberi amaran bahawa AS kini berada dalam jajaran senjata nuklear negara itu.

Semalam, Korea Selatan menawarkan rundingan antara pegawai tingginya bersama rakan sejawatan di Korea Utara bagi membincangkan tentang kerjasama Olimpik dalam usaha memperbaiki hubungan dua hala.

Namun tawaran itu masih belum mendapat maklum balas daripada Korea Utara.

Jika sebarang rundingan berlaku, ia bakal menjadi dialog rasmi yang pertama di antara kedua negara sejak Disember 2015.



Source link

read more

Kandungan industri kreatif Oppa Korea atau abang sado Hollywood jadi pilihan penonton



“WHILE that Hollywood international category was 60 – 70% a few years ago, that is coming down and the Asian category and the premium local category is going up.”

Pengarah dan pengasas Media Partners Asia, Vivek Couto berkata demikian kepada AWANI REVIEW.

Couto telah berkongsi pandangannya mengenai kandungan vernakular dan mengapa beliau berpendapat bahawa ia akan mengambil alih pasaran Hollywood semasa pembentangan ketika Sidang Kemuncak Communication ASEAN (COMMA 2017).

Antara negara Asia yang mampu menguasai penghasilan kandungan vernakular asli bagi memenuhi keperluan penonton ialah Korea Selatan, diikuti China dan India.

COMMA 2017 ialah persidangan 2 hari yang dianjurkan oleh Astro AWANI, pada November lalu.

Dalam pada itu, beliau turut menghuraikan dengan lebih lanjut tentang trend industri kreatif, kandungan dan komunikasi.

Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul Media Partners Asia Chief: Betting Big on Vernacular Content.

Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang perkembangan industri kandungan vernakular.



Source link

read more

Selepas dituduh Trump China nafi jalankan urusan minyak dengan Korea Utara



BEIJING: China pada Jumaat menafikan laporan bahawa negara itu menjual produk minyak kepada Korea Utara dan melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seperti yang didakwa oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Beijing sudah menuruti syarat sekatan dengan sepenuhnya, yang bertujuan menghalang kerajaan Kim Jong Un daripada meneruskan penerokaan teknologi nuklear dan peluru berpandu, tegas jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying.

Pada Jumaat, Trump berang dengan tindakan China menjalankan transaksi tersebut dengan Korea Utara. Kenyataan Trump itu dipetik dari laman Twitter-nya yang menulis “Caught RED HANDED”.

Menurut Trump, janji yang dilontarkan Beijing berhubung sekatan ekonomi ke atas Pyongyang jelas palsu, selepas China didapati masih menjalankan urusan ekonomi melibatkan jual beli minyak dengan Korea Utara.

BACA: Beijing ‘ditangkap’ bersubahat dengan Pyongyang – Trump

Diplomat Majlis Keselamatan PBB berkata, China pada Khamis telah menyekat usaha AS dalam pertubuhan dunia itu untuk menyenarai hitam enam buah kapal dagang, yang Washington percayai digunakan untuk berurusan dengan Korea Utara.

“Selama ini saya berlembut dengan China kerana satu-satunya yang lebih penting bagi saya selain perdagangan adalah peperangan.

“Jika mereka membantu saya dengan Korea Utara, saya akan melihat hal perdagangan secara berbeza, untuk tempoh masa tertentu. Itulah yang sedang saya lakukan. Namun, apabila ia melibatkan minyak, saya tidak gembira,” ujar Trump.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons