Wabak jangkitan MERS-CoV tamat – KP Kesihatan


CYBERJAYA 25 SEPTEMBER 2017. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media selepas majlis pecah tanah Hospital Cyberjaya. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

MO, 23/1/2018, KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan, hari ini, mengisytiharkan wabak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) membabitkan jemaah berusia 55 tahun berasal dari Selangor, yang dilaporkan 1 Januari 2018 lalu, tamat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia susulan tiada kes baharu jangkitan MERS-CoV dikesan dari seluruh negara dan tiada kejadian kluster jangkitan MERS-CoV dilaporkan dalam kalangan kontak rapat jemaah terbabit.

Beliau berkata, kementerian menjalankan pemantauan tempoh jangkitan MERS-COV selama dua tempoh inkubasi penyakit, iaitu 28 hari dari hari pertama kes (24 Disember 2017) menunjukkan gejala dan tempoh pemantauan wabak berakhir pada 20 Januari lalu.

Beliau berkata, ia membabitkan seramai 75 kontak kes yang berjaya dikesan iaitu ahli keluarga serumah, saudara-mara, sahabat handai dan ahli kumpulan pakej umrah disertai jemaah.

Katanya, pengesanan itu turut membabitkan petugas kesihatan yang mengendalikan kes di klinik swasta dan hospital kerajaan serta penumpang duduk berhampiran jemaah berkenaan bagi perjalanan pulang ke Malaysia pada 23 Disember 2017.

“Daripada jumlah itu, seramai 59 orang kontak rapat diletakkan di bawah pengawasan di rumah selama 14 hari bermula dari hari terakhir kontak bertemu dengan kes.

“Semua sampel diambil dalam kalangan kontak rapat kes diuji dan dilaporkan negatif jangkitan MERS-CoV. Ini menjadikan hanya satu kes MERS-COV dilaporkan di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia masih berisiko mendapat jangkitan penyakit MERS-CoV dan langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi jangkitan penyakit itu perlu dijalankan secara berterusan.

Katanya, agensi pelancongan khususnya yang menguruskan jemaah umrah dan haji diminta memaklumkan jangkitan MERS-CoV kepada jemaah mereka secara berterusan, terutama ketika berada di Tanah Suci.

Katanya, agensi pelancongan diminta merujuk pekeliling terkini Kementerian Pelancongan membabitkan Pekeliling Pesuruhjaya Pelancongan Bil. 1/2018 – Larangan Menganjurkan Lawatan ke Ladang Ternakan Bagi mencegah Jangkitan Penyakit MERS-CoV dan nasihat kesihatan berkaitan MERS-CoV.

“Belum ada penemuan vaksin khusus untuk memberi perlindungan kepada jangkitan MERS-CoV dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. Justeru, jemaah amat digalakkan mengambil vaksin influenza bermusim dan pneumococcal bagi membantu merangsang imuniti, khususnya membabitkan sistem pernafasan mereka.

“Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi kejadian penyakit MERS-CoV dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

INFO : Maklumat terkini jangkitan MERS-CoV boleh diperoleh daripada laman sesawang http://www.moh.gov.my dan Facebook CPRC Kebangsaan (National Crisis Preparedness Response Centre).

*Gejala utama dikesan dalam kes MERS-CoV adalah jangkitan pernafasan berlaku secara akut dan serius, iaitu demam serta sukar bernafas.



Source link

read more

Pengkorporatan kastam ditangguh – KP JKDM – Nasional


KUBANG PASU 13 Jan. – Keputusan untuk mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan ini ditangguhkan sementara menanti hasil kajian yang sedang dijalankan pengurusan tertingginya.



Penswastaan kastam ditangguh - KP JKDM

Subromaniam Tholasy 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, penangguhan itu dibuat bagi memastikan sebarang tindakan diambil selepas ini benar-benar memberi manfaat kepada JKDM, rakyat serta negara.

“Setakat ini masih belum ada sebarang perubahan terhadap JKDM sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Kami masih melakukan penilaian berhubung perkara tertentu dan melihat kesesuaian untuk melaksanakan perkara tersebut.

“Untuk itu kami akan mengunjungi beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Singapura dan Afrika Selatan bagi tujuan penilaian dan rujukan. Setelah semuanya selesai, kami akan sediakan kertas Kabinet dan kita tunggulah nanti apa hasilnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan Ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 50 pegawai dan kakitangan JKDM menerima diploma berkenaan yang julung-julung kali disertai oleh warga agensi kerajaan tersebut.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya tidak mahu terburu-buru dalam melaksanakan perkara itu kerana terlalu banyak perkara yang perlu diperhalusi.

“Di Amerika Syarikat contohnya, selepas kejadian 11 September 2001, pihak kastam mereka berpecah kepada dua iaitu Perlindungan Sempadan dan Kastam (CBP) serta Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Persekutuan (ICE). Jadi kita sendiri perlu buat penelitian sebaik mungkin bagi mendapatkan model terbaik mengikut kesesuaian semasa.

“Sebelum ini apabila cadangan pengkorporatan kastam diumumkan, banyak cakap-cakap tidak betul mengenainya tersebar. Apa yang diperkatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam videonya baru-baru ini mengenai pengkorporatan kastam juga semua tidak betul,” katanya.



Source link

read more

Malaysia boleh capai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 – Bekas KP WTO


KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, berdasarkan pelaksanaan strategi jangka panjang negara, boleh dicapai, kata bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy.

Beliau berkata ia juga berasaskan dasar politik, ekonomi, pendidikan dan sistem sosial yang menghadapi cabaran pembangunan.

“Perdagangan juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan ekonomi. Semakin anda pakar dalam apa yang anda lakukan, lebih baik daripada yang lain, semakin banyak pertumbuhan ekonomi anda.

“(Keperluan negara) untuk memberi tumpuan kepada perdagangan di rantau ini dan pasaran baru seperti pasaran Eropah, yang merupakan sebab mengapa perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah telah menjadi agenda untuk beberapa waktu,” katanya pada taklimat media selepas menyampaikan ceramah tentang “Kepentingan Perdagangan Global Dalam Zaman Peningkatan Perlindungan” di sini pada Khamis.

Lamy berkata negara perlu meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pendidikan untuk mengembangkan ekonomi dengan pantas.

Mengenai menangani ketidaksamaan, beliau berkata kerajaan perlu menangani secara beransur-ansur jaringan keselamatan sosial yang besar dan mengurangkan rasa tidak selamat.

“Menangani ketidaksamaan adalah masalah rumit yang ada kalanya memerlukan sebahagian besar sumber awam,” katanya.

Oleh itu, menurut Lamy, pembangunan ekonomi perlu memberi tumpuan kepada memperluaskan sistem kebajikan negara.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak sepatutnya ada sistem kebajikan yang serupa dengan negara-negara lain yang mempunyai cukai yang lebih tinggi dan mampu menyediakan sistem kebajikan yang lebih baik.

— BERNAMA



Source link

read more

Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlanePutrajaya – KP



PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menyatakan pihaknya tidak mengeluarkan Sijil Operator Udara (AOC) kepada mana-mana organisasi untuk menganjurkan aktiviti [email protected] di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu pada Januari.

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.

“Oleh kerana Putrajaya menempatkan pejabat kerajaan dan kawasan perumahan, DCA berpendapat keselamatan awam adalah amat penting dan satu keutamaan.

“Orang ramai dinasihatkan membuat pemeriksaan dengan DCA sebelum terbabit dalam aktiviti itu. Ini sebagai langkah berhati-hati dan keselamatan untuk mengelakkan daripada sebarang isu yang mungkin timbul,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azharuddin mengulas iklan [email protected] yang sedang tersebar dalam media sosial, mempromosikan aktiviti itu dijadual diadakan di Putrajaya Recreational Airfield, Presint 6 pada 20 Jan tahun depan.

— BERNAMA



Source link

read more

KP Kesihatan Malaysia dilantik pengerusi jawatankuasa pembedahan global ISS



KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global Persatuan Pembedahan Sedunia (ISS) bagi penggal 2017-2021.

ISS mengumumkan perkara itu pada 25 Dis.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Dr Noor Hisham berkata pelantikan itu adalah sebahagian daripada tugas beliau sebagai Konsul Tugas Khas Jawatankuasa Eksekutif ISS.

Dr Noor Hisham dilantik menganggotai Lembaga Eksekutif ISS sebagai Konsul Tugas Khas bagi tempoh 2017 hingga 2021 seperti diumumkan pada 17 Ogos tahun ini pada Perhimpunan Agung Kongres Pembedahan Sedunia Ke-47.

“Inilah julung kalinya rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan itu di peringkat ini, sekali gus merupakan satu lagi penghormatan bagi negara kita untuk menerajui dan memberi khidmat kepada persatuan global terkenal ini,” katanya.

Berhubung pelantikan beliau sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global ISS, Dr Noor Hisham berkata:

“Dengan penuh syukur dan rendah hati, saya terima peranan sebagai pemimpin peringkat global ini untuk berganding bahu dengan semua cawangan dan wakil dari negara masing-masing untuk menyediakan rangka kerja program pengajaran dan latihan, khususnya di negara membangun, di samping menambah baik organisasi ini dalam menyesuaikan diri dengan perubahan berpandukan idea kreatif dan inovasi.

“Peranan ini juga akan menonjolkan ISS sebagai sebuah organisasai global yang membawa kemajuan dalam bidang pembedahan ke arah mewujudkan penjagaan berkualiti dan memberi fokus terhadap keselamatan pesakit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham atas pelantikan itu kerana ia merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan kecekapan profesional beliau.

“Paling penting, keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap perkhidmatan awam kita, yang tiada tolok bandingnya,” kata beliau.

— BERNAMA



Source link

read more

Keputusan UPSR 2017 lebih baik berbanding 2016 – KP Pelajaran



PUTRAJAYA: Prestasi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding 2016, menurut Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Katanya, peratusan calon yang mencapai tahap penguasaan minimum tahun ini meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 293,514 (68.1 peratus) calon berbanding 293,184 (66.5 peratus) calon pada 2016.

Jelasnya, pencapaian UPSR tahun ini memberi fokus kepada tahap penguasaan minimum, iaitu calon mencapai sekurang-kurangnya gred D dalam semua mata pelajaran.

“Peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum, iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu gred E, turun sebanyak 0.9 peratus kepada 30.2 peratus pada tahun 2017 berbanding 31.1 peratus pada tahun 2016.

“Manakala peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum turun sebanyak 0.7 peratus kepada 1.5 peratus pada tahun 2017 berbanding 2.2 peratus pada tahun 2016,” katanya pada sidang media Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah di sini hari ini.

Seramai 443,794 orang pelajar Tahun Enam mengambil UPSR tahun ini.

Daripada jumlah itu, 433,536 (97.7 peratus) adalah sekolah calon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala 10.258 (2.3 peratus) adalah calon sekolah swasta.

UPSR telah dijalankan pada 11 hingga 14, dan 18 September, 2017 di 8,085 pusat peperiksaan.

Dalam pada itu, jelas Amin, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah itu bukan dibuat berdasarkan keputusan UPSR semata-mata, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“Ia mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).

“Ini bermakna, pelaporan itu tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan,” katanya.

Calon UPSR boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR menerusi MySMS 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 23 November sehingga 6 petang 29 November.



Source link

read more

Program Kejar diteruskan ke Sabah Sarawak – KP SPRM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) di Sabah dan Sarawak tahun depan, bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai usaha membanteras rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Kejar 2017 yang bermula 18 hingga 30 Sept di seluruh negara, menunjukkan keberkesanan yang luar biasa dalam mendidik segenap lapisan masyarakat untuk membenci rasuah.

Beliau berkata Kejar yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM adalah program mendekati masyarakat sehingga ke akar umbi supaya SPRM digeruni perasuah.

“Mereka yang mahu lakukan rasuah dan salah guna kuasa harus gerun dan gentar kerana SPRM sangat serius dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Bermula awal tahun ini, setiap minggu ada siasatan dan tangkapan dibuat dan ia akan berterusan,” katanya pada majlis Aspirasi Kejar 2017 sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas penubuhan SPRM, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Dzulkifli berkata Kejar 2017 yang diadakan julung kali mengambil masa selama 13 hari berturut-turut melibatkan jarak perjalanan hampir 2,700 kilometer dan diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi serta membabitkan 135 pegawai dan kakitangan SPRM.

Mengenai majlis Ini, Dzulkifli berkata ia dianjurkan bagi menghargai sumbangan dan jasa kepada jabatan dan agensi kerajaan, media dan pihak yang membantu secara langsung atau sebaliknya, dalam menjayakan program Kejar 2017.

Pada majlis itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antara agensi kerajaan yang menerima sijil aspirasi daripada Dzulkifli.

– BERNAMA



Source link

read more

Gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa membimbangkan – KP SPRM



KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa di negara ini di tahap membimbangkan susulan kajian yang dilakukan entiti itu pada tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 1,000 penuntut universiti pada tahun lalu, pihaknya merekodkan 16 peratus dalam kalangan mereka sanggup menerima rasuah manakala 18.5 peratus pula sanggup memberi rasuah.

Sehubungan itu, pihaknya sedang menjalankan pelbagai inisiatif bagi menyekat gejala rasuah daripada terus menular di peringkat akar umbi termasuk mahasiswa menerusi beberapa program dan kempen yang dijalankan di insititut pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

“Kita melihat perkara ini (gejala rasuah) membimbangkan (dalam kalangan mahasiswa) sebab itu kita fokus program seumpama ini kepada mahasiswa, pada tahun depan kita akan membuat program bersama pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi membolehkan mereka mempunyai kesedaran mengenai rasuah di peringkat awal,” katanya

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Perhimpunan Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa (Pemarah) 2.0 Borneo di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Lebih 500 mahasiswa terdiri daripada penuntut UMS menyertai program berkenaan dan Dzulkifli turut berkesempatan menyaksikan acara ikrar bebas rasuah dalam kalangan peserta program tersebut.

Untuk rekod, program Pemarah yang pertama kali diadakan di Universiti 

Universiti Sains Islam Malaysia merupakan universiti pertama yang mengadakan program Pemarah dengan penglibatan seluruh kepimpinan mahasiswa di Semenanjung Malaysia.

Terdahulu, dalam ucapan beliau, Dzulkifli meminta semua golongan mahasiswa supaya sentiasa memegang prinsip 3J iaitu (Jangan hulur, Jangan kawtim dan Jangan settle) bagi memastikan negara ini terus bebas daripada gejala rasuah menjelang 2050 nanti.

Sementara itu, zulkifli berkata, pihaknya akan meneruskan inisiatif SPRM bagi meneruskan kempen rasuah termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar bagi memastikan penduduk di kawasan itu tidak terpinggir mengenai isu-isu rasuah di negara ini.

“Bermula esok, kita akan melaksanakan program ziarah kasih ke kampung-kampung yang mana sebelum ini dilakukan di beberapa kawasan di Semenanjung dan bagi Sabah, kita akan mulakan di daerah Keningau.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons