PERANG “AZMIN-RAFIZI” BERTAMBAH KRONIK!!! ~ SEMUT HITAM


Ianya sudah menjadi satu ‘Rahsia Umum’ apabila kemelut kepimpinan diantara Si Rafizi Ramli tu dengan Azmin Ali semakin bertambah buruk dan menjadi bahan perbualan dikalangan rakyat.

Bahkan kemelut kepimpinan yang sedang bergolak dalam PKR itu sudah menjadi buah mulut orang ramai yang mula hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu pada ketika ini.

Keadaan itu secara tidak lansung membuktikan bahawa parti ciptaan Si Ketua Penipu itu lansung tidak mempunyai kelayakan untuk menerajui kepimpinan Negara dimasa akan datang.

Makanya, tak perlu la pemimpin PKR tu sibuk nak buat program Bina Semula Negara sedangkan hubungan diantara Si Rafizi dengan Azmin pun belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Puteri Umno berkata, hakikat sebenar apa yang dilakukan oleh Si Rafizi itu umpama tin kosong yang berdentum dentang tetapi kosong isinya.

“Sebab itu, daripada terus menabur fitnah, lebih baik Rafizi mengusahakan kempen bina semula hubungannya dengan Timbalan Presidennya PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Ada angin bertiup katanya hubungan sesama mereka umpama telur di hujung tanduk,” katanya dalam Ucapan Dasar Puteri Umno Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2017, hari ini.

Beliau mendakwa, isu perpecahan dalaman turut melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan perkara asas seperti penyusunan struktur serta perjalanan organisasi tidak teratur.

Menurutnya, ketika pemimpin mereka terus berlagak bagai merak yang menayangkan kecantikan bulunya, kepimpinan UMNO pula terus konsisten dengan mengamalkan Politik matang.

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi itu hanya sekadar taktik Politik Murahan untuk mengelirukan rakyat sedangkan realitinya, isu kemelut kepimpinan dan perebutan kuasa dikalangan puak Pakatan Haprak tu pun tak dapat diselamatkan!!!




Source link

read more

RASUAH PASIR: "DENIAL SYNDROM" PKR SEMAKIN KRONIK!!!


UMNO Selangor hari ini membidas sikap Rejim Pakatan yang mendakwa wujudnya ‘konspirasi politik’ di dalam kes tangkapan anak saudara Menteri Besar Selangorberkenaan skandal pasir.
ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata ia sudah menjadi tabiat Pakatan Harapan (PH) untuk mengalihkan perhatian isu yang membabitkan mereka terhadap Umno.

“Demikianlah cara Pakatan Harapan (PH), mereka ada ‘denial syndrom’, apabila berlaku apa-apa masalah di kalangan mereka, mereka akan letakkan kesalahan itu terhadap Umno, termasuklah media, untuk mengatakan seolah-olah mereka tidak bersalah,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Sulaiman berkata demikian sebagai responnya terhadap kewujudan ‘konspirasi jahat’ yang didakwa bertujuan memburukkan kredibilliti Azmin dan kerajaan negeri menjelang pilihan raya yang akan datang.
Sulaiman menambah, selain bersikap sedemikian, Pakatan Haprak itu juga juga pernah mencemuh institusi kehakiman negara apabila keputusan yang dibuat tidak menyebelahi mereka. 

“Membabitkan isu di mahkamah. Jika mereka menang, hakim akan dipuji dan disifatkan sebagai adil. Jika sebaliknya mereka akan dakwa hakim itu dibeli dan tidak telus.

“Apakah benar berlaku masalah rasuah dalam kepimpinan mereka? Hari ini mereka cuba melaungkan kerajaan Selangor di bawah Azmin bersih dan tidak ada masalah,” tambah Sulaiman.

Anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Nuzul Fadli telah ditahan reman selama tujuh hari selepas dipercayai melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor.
Selain Nuzul Fadli, Majistret Ainna Sherina Saipolamin juga mengeluarkan perintah reman terhadap tiga yang lain. Keempat-empat mereka ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam di sekitar Kuala Lumpur.
SPRM juga telah membekukan beberapa akaun syarikat yang bernilai RM4 juta selepas menahan kesemua invidivu terbabit. Difahamkan, tangkapan itu menyusul setelah pasukan penyiasat SPRM memeriksa beberapa lori yang disyaki membawa pasir haram semalam.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons