Risda terima RM37.2 juta laksana pembangunan fasa pertama di Kelantan


MACHANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM37.2 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk melaksanakan program pembangunan fasa pertama bagi pekebun kecil di Kelantan tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata antara program pembangunan itu adalah tanaman semula getah dan program keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

“Kita berharap peruntukan kedua tidak kurang besarnya.

“Ini penting bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penerangan Program Pembangunan Risda Kelantan 2018 dan Pemimpin Bersama Rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong di sini, pada Sabtu.

Ahmad Jazlan berkata peruntukan itu menunjukan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata selain Risda, kementerian itu mengarahkan agensinya yang lain seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk meninjau kehidupan rakyat dan membantu mengatasi masalah yang mereka hadapi.

“Kita tidak mahu golongan miskin tertinggal atau terlepas pandang. Oleh itu, program turun ke akar umbi adalah penting supaya bantuan yang diperlukan dapat disalurkan dengan segera dan berkesan,” katanya.

Beliau menjelaskan bantuan itu diberikan tanpa mengira fahaman politik seseorang penerima itu.

— BERNAMA



Source link

read more

MAHB laksana daftar masuk bagasi sendiri di KLIA2


KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menyediakan 15 kaunter di barisan V dan W di Lapangan Terbang Antarabangsa  KL 2 (KLIA2) dengan kemudahan daftar masuk bagasi sendiri atau ‘self-baggage drop’ (SBD) antara 7 Jan dan 11 Feb, 2018.

“Kemudahan SBD adalah Scan&Fly oleh SITA, pakar terkemuka dalam teknologi maklumat dan komunikasi pengangkutan udara, boleh dinikmati oleh lebih daripada 25 juta penumpang AirAsia, yang melalui KLIA2 dalam setahun, tertakluk kepada kaunter daftar masuk syarikat penerbangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata dengan sistem SBD di terminal itu, masa giliran mendaftar masuk bagasi kini boleh dikurangkan separuh dari masa sebelumnya daripada 2.5 minit bagi setiap penumpang sebelum ini kepada hanya satu minit bagi setiap penumpang sekarang ini.

“Inisiatif ini akan meningkatkan pengalaman perjalanan selaras dengan pertumbuhan kukuh dalam jumlah pergerakan penumpang dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Menurut MAHB, sehingga November 2017, KLIA2 mencatatkan 27.4 juta pergerakan penumpang.

Pelaksanaan SBD juga akan meningkatkan jumlah kendalian penumpang sejam semasa daftar masuk bagasi kepadai 60 penumpang sejam dari purata 24 sebelumnya, katanya.

Katanya, semasa tempoh sebulan  pemasangan itu, penumpang dinasihatkan supaya berjumpa kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbangan di terminal untuk sebarang pertanyaan.

— BERNAMA



Source link

read more

KPM lulus 126 lagi sekolah laksana DLP


PUTRAJAYA 14 NOVEMBER 2017. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid semasa sidang media selepas Sambutan Hari Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Auditorium Kompleks E, Putrajaya. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

MO, 5/1/2018, KUALA NERANG – Kementerian Pendidikan hari ini meluluskan tambahan sebanyak 126 sekolah yang akan melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) minggu depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang melihat kelulusan terbabit mampu memperkasakan sistem pendidikan yang dimahukan ibu bapa.

“Pada Disember lalu, kita menerima permohonan sebanyak 214 sekolah yang mahu melaksanakan DLP tetapi hanya 88 buah sahaja yang diluluskan.

“Namun pada hari ini, saya ingin memaklumkan baki sebanyak 126 sekolah yang tidak diluluskan dibenarkan dan diluluskan untuk melaksanakan DLP.

“Saya berpendapat apabila semua sekolah memenuhi empat syarat pelaksanaan DLP dengan mendapat sokongan ibu bapa, maka ia wajar diluluskan dan saya yakin sekolah yang sebelum ini tidak diluluskan hanya menghadapi sedikit masalah teknikal.

“Kelulusan ini menjadikan keseluruhan sekolah yang akan melaksanakan DLP sebanyak 1,429 buah, iaitu 1,215 buah sudah melaksanakan sejak 2016 dan 2017, manakala tambahan yang baharu ialah 214 buah, termasuk 88 buah yang diluluskan sebelum ini,” katanya selepas melawat seorang penduduk di Perumahan Awam Kampung Baru, di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada sekolah yang baru diluluskan ini akan berdepan masalah, Mahdzir berkata, pihaknya yakin apabila semua sekolah ini memohon untuk melaksanakan DLP, maka ia sudah pastinya menunjukkan sekolah terbabit sudah bersedia.

“Malah paling utama ibu bapa yang mahukan DLP dilaksanakan sekolah anak mereka. Kita mencatatkan peningkatan setiap tahun dan ini jelas menunjukkan ia mendapat permintaan tinggi ibu bapa.

“Kebanyakan ibu bapa sangat meminati DLP kerana ia mampu memberi peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris sekali gus membolehkan anak mereka pergi jauh untuk meneroka dunia ilmu,” katanya.



Source link

read more

Firma luar laksana audit forensik ke atas KLVC


KUALA LUMPUR – Sebuah firma audit luar telah dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk melaksanakan audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) atas tanah milik FELDA, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata firma audit ini akan menjalankan audit forensik ke atas semua aktiviti, keputusan dan tindakan berkaitan projek berkenaan.

“Ia juga akan menilai semula proses pengawalan yang berkaitan, termasuk kelemahan dalam pentadbiran dalaman serta pengawasan FELDA ke atas FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

“Siasatan firma audit ini juga akan membabitkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

​Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Perdana menteri berkata siasatan firma audit berkenaan dijangka siap dalam tempoh 30 hari dan laporan penuh akan dikemukakan kepada JPM.

Najib berkata pelantikan firma audit ini adalah susulan arahan beliau kepada FELDA dalam sepucuk surat bertarikh 11 Dis 2017 untuk menentukan sama ada berlakunya ketidakpatuhan kepada tatacara sedia ada atau berlakunya unsur-unsur salah guna kuasa dan perlakuan rasuah berkaitan projek KLVC.

“Dalam surat tersebut yang dihantar oleh JPM kepada Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, saya juga telah mengarahkan FELDA untuk membuat laporan polis terhadap SPSB untuk ‘criminal fraud´ serta mengambil tindakan undang-undang untuk ‘civil fraud´ bagi pemindahan hak milik tanah FELDA tanpa pengetahuan dan kebenaran, ” katanya.

Najib berkata tindakan-tindakan berkenaan diarahkannya untuk diambil bagi melindungi kepentingan FELDA dan peneroka, tidak dikompromi dan bagi memastikan tanah-tanah tersebut terus kekal menjadi milik FELDA.

Jelas perdana menteri, polis juga telah menjalankan siasatan dan tanah-tanah terlibat telah turut dikaveat.

“Oleh itu, laporan yang mengatakan tanah-tanah itu sudah hilang adalah tidak tepat. Kaveat Pendaftar yang telah dikenakan ke atas tanah-tanah itu akan memastikan kepentingan FELDA dilindungi, ” katanya.

Najib berkata tindakan undang-undang akan diambil jika siasatan firma audit luar dan polis menunjukkan adanya salah laku oleh mereka yang terbabit dalam projek itu yang telah dipersetujui pada tahun 2014.

— BERNAMA



Source link

read more

Sabah terus laksana projek pembangunan utama pada 2018



KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan terus melaksanakan projek pembangunan utama yang memberi manfaat kepada rakyat pada 2018, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Dalam perutusan sempena Tahun Baharu, beliau berkata ini termasuk projek infrastruktur seperti Lebuhraya Pan Borneo, pengeluaran hak milik tanah adat dan memastikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Selaras dengan itu, menjadi visi kami (kerajaan negeri) untuk melihat perumahan berkualiti dan mampu milik buat rakyat Malaysia di Sabah dan kami sentiasa bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam memastikan pendidikan dan penjagaan kesihatan tetap menjadi keutamaan.

“Saya menyeru kepada semua untuk merapatkan barisan dan memberi fokus kepada agenda kerjasama kita dalam usaha membangunkan Sabah.

Usah biarkan pemikiran sempit menutup minda kita kerana kita perlu bekerjasama dengan semua pihak di negara ini untuk menikmati kemajuan,” katanya sambil menggesa rakyat supaya mengukuhkan perpaduan bagi membolehkan kemajuan terus dinikmati di negeri ini.

Musa berkata sejak beberapa dekad lalu, Sabah telah melalui transformasi untuk muncul sebagai negeri yang semakin kompetitif di Malaysia dan rantau ini.

Ini adalah hasil usaha berterusan dalam meningkatkan ekonomi, menjaga kebajikan rakyat, mengekalkan kestabilan politik dan memastikan pembangunan dapat dikecapi oleh golongan yang paling memerlukan, katanya.

“Keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan dan berkembang dalam ekonomi global yang pantas memerlukan kita untuk mentransformasikan cara pemikiran kita.

Program transformasi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi selari dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan sejak beberapa dekad lepas.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia berada dalam landasan yang betul ke arah mencapai kemajuan yang lebih baik dan pembangunan yang lebih saksama di seluruh negara,” katanya.

Musa berkata pelbagai program telah dilaksanakan bagi menonjolkan kekuatan Malaysia dan kini hasilnya dinikmati oleh negara dan rakyat.

Beliau berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) meletakkan Sabah pada kedudukan yang sesuai untuk bersaing di rantau ini dan dalam dunia yang penuh mencabar ini.

Beliau berkata pada Januari 2018, ia bermakna Koridor Pembangunan Sabah telah dilaksanakan selama 10 tahun dan “kita melihat bagaimana tumpuan terhadap sektor pelancongan dan logistik, minyak sawit serta minyak dan gas mewujudkan sumber baharu pertumbuhan”.

“Projek yang terhasil menerusi beberapa inisiatif ini bukan sahaja mewujudkan lebih ramai usahawan tempatan, tetapi juga turut membantu menonjolkan kumpulan pekerja berpengetahuan,” katanya.

Musa berkata semakin banyak produk yang terhasil menerusi perkembangan ekonomi Sabah yang berdasarkan pada pelbagai sektor dan selaras dengan Halatuju Negeri Sabah atau Agenda Pembangunan Negeri.

— BERNAMA



Source link

read more

Ukraine dan kumpulan pemisah laksana pertukaran tahanan



HORLIVKA: Pihak berkuasa Ukraine dan pemberontak pro Rusia melaksanakan pertukaran banduan besar-besaran, sejak tercetusnya konflik pemberontakan pada 2014.

Pertukaran banduan juga memberi bayangan perkembangan pelaksanaan perjanjian rundingan damai yang dimeterai pada 2015.

Kumpulan pemisah dari wilayah Luhansk dan Donetsk menyerahkan 74 tahanan, sementara Ukraine menyerahkan 237 orang tahanan.

Konflik antara pemisah dan tentera kerajaan Ukraine di timur negara itu mengorbankan lebih 10,000 nyawa sejak 2014.

Pertukaran banduan terkandung dalam rundingan damai ditaja Perancis dan Jerman dimeterai di Minsk pada 2015.

Keputusan akhir berhubung pertukaran ini hanya dipersetujui minggu lalu.



Source link

read more

Kerajaan bakal laksana kempen kesedaran penggera kebakaran



BAGAN DATUK: Kesedaran mengenai sistem penggera pengesan asap yang diyakini boleh mengesan kejadian kebakaran dengan pantas dalam kalangan rakyat masih berada pada amat rendah.

Sehubungan itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, kementeriannya akan mengadakan kempen kesedaran mengenai perkara itu di seluruh negara bagi memastikan kes kebakaran melibatkan rumah dapat dikurangkan.

“Kita memang dah berbincang di peringkat kementerian mengenai sistem penggera pengesan asap ini, kita lihat ia merupakan satu alat penting untuk mencegah kebakaran.

“Kita akan menggalakkan orang ramai memasang sistem ini dengan melakukan kempen namun ianya bukanlah satu peraturan atau wajib buat masa ini,” katanya pada satu sidang media pada Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sayang Malaysia, di Hutan Melintang pada Ahad.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya telah pun mewajibkan setiap kediaman yang akan dibina oleh pemaju dilengkapi alat pemadam api melalui Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL).

Namun katanya, masih terdapat beberapa buah negeri yang belum mewartakan undang-undang berkenaan justeru pelaksanaanya tidak dapat dijalankan di negeri-negeri terlibat.

“Undang-undang ini hanya dikenakan ke atas semua projek perumahan di negeri-negeri yang mewartakannya sahaja yang mana pemasangan alat pemadam api untuk mecegah kebakaran adalah diwajibkan.

“Untuk negeri-negeri yang belum mewartakannya, mereka tidak wajib menyediakan alat tersebut tetapi melalui satu mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baru-baru ini, saya telah minta mereka segera melaksanakannya,” ujar beliau.



Source link

read more

Visi Abang Johari laksana ekonomi digital dipuji



KUCHING: Visi dan inisiatif Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk melaksanakan ekonomi digital dan teknologi dengan mencontohi kejayaan inisiatif e-kerajaan Estonia, dipuji.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat berkata teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini menguasai dunia dan usaha untuk menjadikan Sarawak setara dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah dalam bidang itu jelas merupakan visi yang praktikal dan bijak.

“Menjadi kompeten dalam ekonomi digital pasti akan memberi manfaat kepada negeri dan rakyat pada masa depan,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Jamit juga berkata Bajet Sarawak 2018 mencerminkan komitmen ketua menteri dan kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutama di luar bandar menerusi pelaksanaan pelbagai program dan projek yang sekaligus bakal meningkatkan ekonomi rakyat.

Katanya, bajet itu juga menyokong visi kerajaan negeri untuk memaksimumkan potensi teknologi digital apabila memperuntukkan RM1 bilion bagi infrastruktur dan program digital di bawah inisiatif Ekonomi Digital Sarawak untuk merealisasikan harapan ketua menteri bahawa satu hari nanti Sarawak akan dikenali sebagai s-Sarawak atau Smart Sarawak.

Jamit turut menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk membantu pekebun kecil dan petani menerusi peruntukan RM223 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek dalam Bajet 2018.

Beliau turut menyambut baik langkah kerajaan persekutuan memperuntukkan RM1 juta untuk kerja menaik taraf dan membaik pulih sekolah daif di negeri ini termasuk di kawasan diwakilinya.

Terdahulu, pada sesi soal jawab, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Tan Sri Dr James Jemut Masing semasa menjawab soalan Chiew Chiu Sing (DAP- Tanjong Batu) berkata kemajuan keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo berjalan lancar dan dijangka siap pada 30 Jun 2021 seperti dijadualkan.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons