Sebanyak 700,000 Aplikasi Dibuang Dari Google Play Store Tahun Lalu – Amanz


Peranti pintar tidak akan digunakan secara optimum sekiranya tidak mempunyai aplikasi. Kekurangan aplikasi adalah antara sebab mengapa sistem operasi seperti Window 10 Mobile gagal menentang duopoli Android dan iOS. Tetapi jumlah aplikasi yang banyak juga tidak bermakna sesebuah sistem operasi itu berkualiti. Kami yakin anda pernah menemui banyak aplikasi yang kurang berkualiti dan kadang kala adalah aplikasi hasad.

Google Play Store Pra-DaftarGoogle Play membolehkan pengguna memuat turun aplikasi untuk peranti Android. Terdapat lebih dari 3.5 juta aplikasi boleh dimuat turun menerusinya. Tahun lalu pihak Google telah membuang lebih dari 700,000 kerana melanggar polisi Google Play. Antara kesalahan yang dilakukan ialah aplikasi yang meniru aplikasi lebih popular, kandungan yang tidak sesuai (keganasan dan pornografi) dan adalah perisian hasad.

Sebanyak 99% aplikasi yang dibuang ini berjaya ditarik sebelum sempat dimuat turun oleh pengguna Google Play. Sebanyak 100,000 pembangun aplikasi juga telah digantung bagi mengelakkan mereka dari terus menghasilkan aplikasi yang melanggar polisi.



Source link

read more

SSM agih RM2.03 juta zakat korporat tahun lalu


GOPENG: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengagihkan RM2.03 juta zakat korporat kepada 6,400 asnaf seluruh negara sepanjang tahun 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, jumlah itu jauh meningkat berbanding kira-kira RM1.7 juta kepada 5,000 asnaf pada tahun 2016.

Menurut beliau, peningkatan itu sekaligus membuktikan semakin ramai peniaga telah berdaftar dan menggunakan perkhidmatan SSM.

Beliau turut menjangkakan bilangan itu akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

“Saya harap lebih ramai peniaga akan berdaftar dan menggunakan perkhidmatan kami kerana secara tidak langsung, mereka juga ada ‘saham’ dalam zakat yang SSM keluarkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan zakat korporat SSM di Madrasah Ehsaniah Ke 3, Kampung Pulai di sini, pada Jumaat.

Pada majlis itu, SSM mengagihkan sejumlah RM58,200 kepada 144 asnaf yang menerima RM300 setiap seorang, dan juga RM3,000 kepada beberapa surau dan madrasah.

Zahrah berharap pemberian itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para penerima.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga 31 Dis lalu, terdapat 64,910 pendaftaran baru untuk perniagaan atas talian di mana 2,254 terdiri daripada syarikat, 61,813 perniagaan dan 843 adalah Perkongsian Liabiliti Terhad.

Beliau turut berharap, lebih banyak peniaga atas talian dapat berdaftar bagi membantu mengurangkan kes-kes penipuan.



Source link

read more

Pengurangan 30.1 peratus air tidak berhasil Selangor tahun lalu – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 9 Jan . – Kadar air dirawat yang hilang sebelum sampai kepada pengguna atau Air Tidak Berhasil (NRW) di Selangor berjaya dikurangkan kepada 30.1 peratus menjelang akhir tahun lalu menerusi pelbagai usaha oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor)



Siti Zubaidah Zakaria

Siti Zubaidah Zakaria

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Siti Zubaidah Zakaria berkata, kejayaan tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan dua tahun lalu iaitu 31 peratus.

“Pengurangan ketara dalam kadar NRW daripada 32.6% padatahun 2015 kepada 30.1% pada tahun 2017 adalah bersamaan dengan penjimatan sebanyak 82 juta liter air sehari, iaitu jumlah air yang hampir sama dengan jumlah air yang dihasilkan oleh Loji Rawatan Air Sungai Labu.

“Air Selangor telah melabur sebanyak RM480 juta untuk projek dan program NRW dalam tempoh dua tahun yang lalu. Ia dilaksanakan melalui perancangan secara dalaman (in-house) oleh pasukan pakar NRW Air Selangor menggunakan teknologi terkini dalam pasaran dunia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Siti Zubaidah, antara teknologi terkini yang digunakan ialah penggunaan alat pengesanan kebocoran dan alat pemantauan dan kawalan tekanan air selain pembangunan aplikasi telefon pintar yang digunakan oleh kakitangan untuk melaporkan kebocoran dengan segera.

Tambahnya, dalam tempoh tiga tahun ini Air Selangor merancang pelaburan lebih RM900 juta untuk mengurangkan lagi kadar NRW dengan sasaran 28 peratus menjelang akhir 2020. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kontraktor hilang Khamis lalu ditemukan lemas – Nahas & Bencana


SEBERANG JAYA 16 Dis. – Seorang pekerja kontraktor lelaki yang terjatuh ke dalam laut di Pangkalan Kargo Perai, Perai dekat sini Khamis lalu ditemukan mati lemas berdekatan tiang 130 arah selatan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat Mohd. Khairul Azhar Mat Arik, 29, ditemukan kira-kira 1.45 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Operasi yang dipecahkan kepada tiga kumpulan itu dilakukan dari Jambatan Pulau Pinang dari lokasi mangsa jatuh selain di setiap tiang bahagian bawah pelantar jeti pelabuhan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Mohd. Khairul yang sedang mengecat di kawasan itu terjatuh dalam laut dari atas jambatan yang menghubungkan antara pelantar kargo dengan darat.

Seramai 20 anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Perai melakukan usaha mencari mangsa sejak dia dilaporkan hilang dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Maritim Malaysia (APMM). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Sabotaj punca kebakaran yang mengorbankan enam nyawa bulan lalu



ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah mengesahkan wujud unsur jenayah dalam insiden kebakaran empat rumah sederet di Kampung Baru Sungai Gelugor, Sungai Petani, bulan lalu.

Ia berdasarkan penemuan kesan petrol oleh Unit Forensik Bomba di lokasi kebakaran yang mengorbankan enam nyawa.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda mengesahkan penemuan kesan petrol berkenaan.

“Punca kebakaran memang sengaja dibakar dan wujud ‘accelerant’ yang kami jumpa di sana.”

“Kami juga mengambil pengakuan saksi yang menyatakan bahawa kebakaran itu disengajakan. Laporan itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian pada 4 pagi, 7 November lalu, lima rentung dalam kebakaran berkenaan  yang melibatkan empat rumah yang dihuni 22 mangsa.

Seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan penuh jabatan forensik serta laporan siasatan bomba sebelum siasatan lanjut diteruskan.



Source link

read more

Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu – Ude keyboardist Gegar Vaganza 4


PEMUZIK Gegar Vaganza 4 (GV4), Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, mengakui telah bernikah dengan pelakon popular Izreen Azminda, 32, pada 8 Ogos lalu.

Bagaimanapun Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude merahsiakan lokasi pernikahan mereka.

“Ya, kami sudah bergelar suami isteri sejak lebih dua bulan lalu.

“Buat masa ini, saya tidak akan memberikan kenyataan berhubung pernikahan dengan Izreen. Sebaliknya, ia hanya akan dikongsi pada majlis doa selamat yang dirancang pada minggu hadapan,” katanya.

BACA: ‘Doakan yang terbaik untuk kami’ – kahwin suami orang, ini jawapan Izreen Azminda

BACA: Saya baru tahu suami kahwin pelakon popular 2 minggu lalu – Isteri pemuzik

Ude berkata demikian ketika mengulas kenyataan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 32, yang rela bermadu dengan aktres popular.

Sehubungan itu Ude memohon agar semua pihak berhenti menyebarkan spekulasi dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isterinya.

“Banyak spekulasi yang timbul apabila isteri pertama memberi kenyataan, hari ini.

“Saya mohon hentikan kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

“Saya mengharapkan pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangga saya. Intan dan Izreen adalah isteri saya.

“Saya menjadi ketua keluarga, jadi beri peluang untuk saya menguruskan dua isteri dan anak-anak saya. Doakan kehidupan kami bahagia seperti pasangan lain,” katanya.

Ude dan Intan Liana yang mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan.

Mengulas dakwaan mengatakan rumahtangga bersama isteri pertama berantakan selepas berkahwin secara sembunyi dengan Izreen, Ude menafikannya.

Ude turut memohon pihak media juga tidak mengganggu privasi keluarganya.

“Apa saja kenyataan biarlah saya menjawabnya. Jangan sentuh emosi dan menyalahkan Izreen atas takdir jodoh kami.

“Sebagai suami, saya sedaya upaya mahu menjaga hati kedua-dua isteri demi keharmonian rumah tangga,” katanya.

Sumber: BH Online

Foto: Facebook Intan Liana



Source link

read more

Saya baru tahu suami kahwin pelakon popular 2 minggu lalu – isteri pemuzik



SEORANG wanita dikenali sebagai Intan mengakui tahu mengenai perkahwinan suaminya dengan seorang pelakon popular dua minggu lalu.

Bagaimanapun menurut Intan, 32, dia reda dengan perkara tersebut dan merestui perkahwinan suaminya dan pelakon tersebut.

“Saya baru tahu ‘benda’ ni, dua minggu lalu. Mula-mula saya dapat tahu… iyalah isteri mana boleh terima apabila dapat tahu ‘macam ni’ (suami berkahwin lagi).

“Tetapi selepas berbincang dengan suami saya terima dan reda dengan takdir. Mungkin sudah jodoh mereka,” jawabnya tenang.

Intan berkata demikian ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, di sebuah restoran di ibu kota.

Ketika ditanya adakah dia menerima pelakon popular tersebut sebagai madunya, Intan berkata, demi sayangnya kepada suami dan keluarga dia rela.

“Pada mulanya saya tidak terima, tetapi bila saya fikir saya sayang family saya, saya sayang suami saya, saya tahu dia macam mana…dia baik.

“Saya percaya suami saya. Saya tak nafikan tanggungjawab dia dan saya rasa dia mampu. Hubungan kami suami isteri tiada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia turut berlapang dada menerima madunya (pelakon) sebagai kawan.

“Saya reda, tetapi di pihak sana (pelakon) saya tak tahu macam mana. Saya terima demi anak-anak. Saya sayang family saya, saya nak suami saya itu sahaja.

“Saya kenal suami saya, dialah yang terbaik… Tanggungjawab dia terhadap saya dan anak-anak tidak pernah terabai. Saya yakin dia boleh adil,” ujarnya.

Intan dan pemain muzik dikenali sebagai Ude, sudah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua orang anak berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Ketika ditemuramah, Intan ditemani kakaknya Angah yang turut mengakui sangat menyayangi adik iparnya, Ude.

“Saya sayangkan Ude. Saya mahu Ude kekal sebagai adik ipar saya. Dia seorang yang baik,” katanya dalam nada kesal.

 



Source link

read more

Kami tidak bernikah di Mekah bertunang 13 Nov lalu – Fattah



KUALA LUMPUR : Spekulasi peminat dan pemerhati media sudah terjawab.

Pasangan selebriti, Abdul Fattah Mohd Amin, 27 tahun dan Nur Fazura Sharifuddin, 34 tahun sahkan mereka sebenarnya sudah bertunang pada 13 November lalu di kediaman nenek aktres itu di Petaling Jaya, Selangor.

“Kami tidak bernikah di Mekah,” kata Fattah di sebuah sidang media khas yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini petang tadi. 

BACA PENGAKUAN FAZURA: ‘Saya nampak masa depan saya di mata Fattah’

LIHAT GALERI FOTO: Fattah Amin dan Fazura umum sudah bertunang!

Di sidang media itu, Fattah mengesahkan keluarganya menghantar rombongan merisik Nur Fazura pada 13 November lalu. Mereka terus melangsungkan pertunangan mereka pada tarikh yang sama.

BACA: Tiada permohonan nikah daripada Fattah Amin & Fazura – Jabatan Agama Islam

BACA: Fattah, Fazura berangkat menunaikan umrah, minta peminat doakan

Pasangan tersebut yang memakai baju putih sedondon itu tiba di sidang media itu sejurus selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sekitar jam 4.15 petang tadi.

BACA: “Akhirnya syaitan pun menangis” – Abby Abadi doakan kebahagiaan Fattah & Fazura

Majlis pernikahan Fattzura akan dilangsungkan secara tertutup tidak lama dari sekarang, namun tarikhnya belum dipastikan lagi atas sebab proses aplikasi pernikahan.

Pasangan sensasi ini juga merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi pada awal tahun hadapan; satu bagi keluarga dan rakan media manakala satu lagi untuk para peminat. 

Menurut Fazura, majlis resepsi untuk peminat diadakan bagi menghargai mereka yang telah menyokong dan mendoakan mereka selama ini. 



Source link

read more

Serbuan premis dan operator judi haram, 45 individu ditangkap minggu lalu – Jenayah


KUCHING 20 Nov. – Polis Sarawak meneruskan serbuan ke atas premis dan operator judi haram dalam usaha memerangi kegiatan judi haram di seluruh negeri dengan menangkap 45 individu daripada 28 serbuan dijalankan sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, tangkapan tersebut melibatkan operator loteri haram, perkhidmatan isian semula (reload) judi siber dan gelanggang sabung ayam serta judi di tempat awam.

Katanya, serbuan itu dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah-daerah.

“Mereka ditangkap terdiri daripada 33 lelaki dan 12 perempuan berusia 16 hingga 69 tahun termasuk seorang warga asing.

“Serbuan loteri haram adalah yang paling banyak melibatkan 24 serbuan dengan penahanan 28 individu bersama rampasan wang tunai RM4,836 dan peralatan seperti slip taruhan, kalkulator, pencetak bergerak serta telefon bimbit.

“Selain itu, pasukan JSJ IPK menyerbu kaunter menawarkan perkhidmatan isian semula judi siber di Kuching dengan menangkap tiga individu dan merampaa empat tablet digunakan untuk perkara itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua gelanggang sabung ayam haram juga diserbu di Saratok dan Tatau.

“Kedua-dua serbuan berjaya menahan lapan individu dengan 10 ayam sabung bersama peralatan judi berkenaan.

“Selain itu, JSJ Sibu pula menyerbu hentian teksi di Jalan Khoo Peng Loong dengan menangkap enam pemandu yang sedang berjudi di tempat awam,” tegasnya.

Dev Kumar berkata, kesemua ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Doktor HSNZ ditemukan mati di bilik sewa dipercayai sejak beberapa hari lalu



KUALA TERENGGANU: Seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu ditemukan mati di bilik sewanya di Kampung Nyiur Sepohon, Kuala Terengganu malam semalam.

Mayat Dr Mohd Muaz Mohd Sabri, 29, dijumpai pada pukul 10.40 malam dalam keadaan terbaring di atas katil setelah pintu bilik sewanya berjaya dibuka oleh anak pemilik bilik sewa berkenaan yang hairan arwah tidak keluar rumah sejak beberapa hari.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar berkata arwah yang mula berkhidmat di HSNZ sejak Disember 2013 dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lepas.

Katanya arwah dan tunangnya yang juga doktor di hospital sama sebelum ini terkena keracunan makanan selepas makanan yang dibeli di pasar malam Kuala Ibai, di sini tercemar.

Dr Mohammad Omar berkata tunang Allahyarham ditahan di wad beberapa hari untuk rawatan lanjut, bagaimanapun arwah enggan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebaliknya ingin berehat dan tidak kelihatan keluar dari bilik sewanya sejak dari hari itu.

Beliau berkata bedah siasat sudah dijalankan dan dimaklumkan tiada sebarang unsur jenayah, bagaimanapun punca kematian akan mengambil sedikit masa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Suffian Sulaiman ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menerima laporan daripada pihak hospital.

“Kematian mengejut ini kita akan rujuk kepada hasil bedah siasat, jika tiada elemen-elemen jenayah seperti yang telah dimaklumkan…kita andaikan ianya sebagai kematian biasa,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons