Apple Mungkin Memperkenalkan Dua Model iPad Baru Tidak Lama Lagi – Amanz


Apple kini dilihat telah membuat pendaftaran produk di Eropah untuk dua model iPad baru yang menjalankan iOS11 – sekaligus memperlihatkan gergasi perkomputeran berkenaan mungkin memperkenalkan tablet baru dalam masa terdekat ini.

Melalui 9To5Mac, ia dijangka yang mana tablet ini mungkin lebih kepada kemaskini dari segi spesifikasi untuk iPad sedia ada dipasaran.

Desas-desus sebelum ini mengatakan Apple mungkin hadir dengan iPad yang mengintegrasikan Face ID – tetapi ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum dilancarkan secara rasminya.

Bagi anda yang merancang untuk membeli iPad baru, mungkin boleh nantikan beberapa minggu ini sebelum membuat keputusan akhir untuk membeli tablet keluaran Apple berkenaan.



Source link

read more

Acer Swift 3 Dan Lenovo IdeaPad 720S Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen Mobile Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Amanz


Beberapa minggu selepas APU (Accelerated Processing Unit) AMD Ryzen untuk komputer desktop diperkenalkan di Malaysia, nampaknya AMD Malaysia bakal mengumumkan APU AMD Ryzen Mobile mereka pula, yang akan dimuatkan didalam peranti laptop pada minggu hadapan.

Tidak banyak butiran yang diberikan mengenai model-model Ryzen Mobile yang akan diperkenalkan oleh AMD, tetapi melalui jemputan yang dihantarkan kepada kami, mereka juga akan memperkenalkan dua laptop yang dikuasakan oleh APU AMD Ryzen Mobile ini di acara tersebut.

Kedua-dua laptop ini termasuklah Acer Swift 3 dan juga Lenovo IdeaPad 720S yang telahpun diumumkan sejak Oktober tahun lalu. Mengikut dek persembahan yang diperlihatkan di acara pengumuman yang lalu, diantara spesifikasi yang diperlihatkan pada kedua-dua laptop ini termasuklah AMD Ryzen 5 2500U dan juga AMD Ryzen 7 2700U, storan SSD sebesar 256GB dan juga memori DDR4 sebanyak 8GB.

Butiran-butiran lanjut seperti spesifikasi yang lebih khusus, tarikh pengeluaran dan harga masih belum diketahui lagi buat masa ini. Kami akan melaporkannya sebaik sahaja pihak AMD Malaysia mengumumkannya.



Source link

read more

Kaki mula bengkak peminat jangka Siti Nurhaliza bersalin tidak lama lagi



PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi perkembangan terbaharu mengenai dirinya di akaun peribadi Instagram (IG) yang menunjukkan kakinya membengkak.

Siti Nurhaliza memberitahu dia yang kini hamil dalam trimester ketiga lebih selesa memakai selipar suaminya kerana keadaan kakinya itu.

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada peminatnya yang rata-rata memberitahu ia petanda Siti Nurhaliza bakal bersalin tidak lama lagi.

Tidak kurang juga ada peminat yang turut memberi tip untuk mengurangkan bengkak di kaki ketika hamil.

Rata-rata peminat juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin penyanyi “Aku Cinta Pada Mu” itu dipermudahkan.

Siti sebelum ini memberitahu dia bakal melahirkan puteri sulungnya itu pada Mac ini.
 



Source link

read more

Ayah sudah tahu hayatnya tidak lama – David Teo bersedih sambut Tahun Baru Cina



PRODUSER filem popular David Teo akui bersedih kerana bapanya Teo Tuan Ching, 89, meninggal dunia semalam sebelum mereka sekeluarga menyambut Tahun Baru Cina.

David berkata, mendiang seperti sudah tahu hayatnya tidak lama kerana minta pulang ke rumah sendiri.

“Sebelum ini bapa tinggal di rumah saya di sini tetapi dua minggu lalu, dia mahu balik ke kampung halaman di Kampung Buluh Kasap, Segamat,” katanya.

Bapanya meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Mendiang meninggalkan lapan orang anak termasuk David yang merupakan anak ketujuh.

David yang juga Mejar Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan pernah bekerjasama dengan beberapa pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Intan Ladyana

Sumber: Harian Metro



Source link

read more

Petisyen Mengembalikan Antaramuka Lama Snapchat Sudah Ditandatangani Lebih Setengah Juta Pengguna – Amanz


Aplikasi Snapchat popular di kalangan pengguna muda kerana ia lebih mudah digunakan berbanding Facebook. Snapchat turut memperkenalkan fungsi baru terlebih dahulu sebelum ditiru oleh Facebook. Baru-baru ini antaramuka aplikasi ini diberi nafas baru. Reaksi sebahagian besar pengguna setakat ini adalah negatif.

Oleh itu laman petisyen supaya antaramuka lama dikembalikan semula telah dibuka di laman Change.org. Ketika artikel ini ditulis, seramai 655,252 pengguna telah menurunkan tanda tangan mereka bagi menyokong petisyen ini. Antara komen yang diberikan ialah antaramuka baru sukar digunakan berbanding versi terdahulu. Fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan pula dikatakan tidak berguna.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda bersetuju antaramuka baru Snapchat kurang mesra pengguna berbanding versi terdahulu?



Source link

read more

Terima kasih Nissan tak lama lagi selipar dah boleh parkir sendiri



YOKOHAMA: Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co hari ini mula mempamerkan selipar ‘parkir sendiri’ yang mampu kembali ke posisi asalnya kepada umum di ibu pejabatnya di Yokohama.

Selipar terbabit sebelum ini muncul dalam satu petikan video promosi syarikat itu yang turut memaparkan rekaan bantal kusyen dan meja  ‘parkir sendiri’ di sebuah majlis di Hakone, Jepun.

Apabila selipar, kusyen dan meja ini tidak digunakan ia mampu kembali ke lokasi asalnya yang telah diprogramkan. Ini dibantu dengan sistem sensor kamera.

Idea untuk menghasilkan selipar ‘parkir sendiri’ dicetuskan dari sistem ProPilot yang dibangunkan Nissan yang sebelum ini dipasang di kenderaan model Leaf keluarannya.

Dua tahun lalu, Nissan turut melahirkan kerusi bilik mesyuarat yang boleh disusun secara automatik selepas digunakan dengan hanya gerakan tepukan tangan sahaja.



Source link

read more

Pengguna Mac Dijangka Akan Dapat Menjalankan Aplikasi iPad Tidak Lama Lagi – Amanz


Apple pada tahun ini dikatakan akan memfokuskan kepada penawaran kestabilan dan sekuriti untuk pelbagai sistem operasi mereka. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, Apple tidak melupakan ciri-ciri baru, dan kini ia dilaporkan oleh Axios yang mana Apple mungkin akan memperkenalkan sokongan untuk komputer Mac menjalankan aplikasi iPad.

Dengan sokongan ini, ia sekaligus akan memudahkan para pengguna Mac menjalankan sejumlah aplikasi menarik daripada iPad terus pada komputer mereka. Seperti ramai sedia maklum, kedai aplikasi iPad boleh dikatakan lebih aktif dan mempunyai aplikasi yang dikemaskini lebih kerap berbanding dengan Mac App Store.

Penyertaan ciri baru ini juga akan sekaligus memberikan nafas baru kepada macOS, sekaligus dijangka menarik lebih ramai untuk menaik-taraf atau membeli Mac baru.

Seperti biasa, buat masa ini, ia hanya laporan awal sahaja, dan pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya.



Source link

read more

Fitbit Pay Dijangka Diperkenalkan Untuk Pengguna Tempatan Tidak Lama Lagi – Amanz


Fitbit Malaysia semalam secara rasminya telah memperkenalkan jam tangan pintar mereka yang pertama secara rasminya, iaitu Fitbit Ionic. Dijual pada harga RM1399, jam tangan pintar ini menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya, dan salah satunya adalah sokongan untuk melakukan pembayaran secara nirtunai.

Pengguna hanya perlu menambah maklumat kad kredit atau debit pada jam tangan pintar Fitbit Ionic, dan seterusnya boleh melakukan transaksi dengan hanya menyentuh jam tangan berkenaan di kedai-kedai yang menyokongnya.

Fitbit Malaysia

Ini sekaligus memudahkan anda membuat pembelian, terutamanya selepas bersenam dan tidak perlu membawa dompet bersama ketika itu. Bercakap mengenai sokongan untuk pasaran Malaysia, pihak Fitbit mengatakan mereka telah mendapat pengesahan pihak berkuasa, dan akan memperkenalkannya tidak lama lagi.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pasti yang diumumkan oleh pihak Fitbit. Memandangkan mereka mengatakan telah menerima pengesahan pihak berkuasa, maka kita mungkin akan melihatnya diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.



Source link

read more

ASUS Bakal Hadir Dengan Dua Paparan Ultra-Wide Tidak Lama Lagi – ASUS ROG STRIX XG35VQ Dan XG32VQ – Amanz


Paparan skrin bersaiz Ultra-Wide nampaknya semakin popular dikalangan gamer PC tegar di seluruh dunia. Malah, nampaknya golongan gamer di Malaysia juga semakin terbuka untuk menggunakan paparan ini untuk pengalaman gaming yang lebih mantap.

ASUS Malaysia bakal membawa masuk dua paparan skrin Ultra-Wide ini ke pasaran tempatan pada bulan Februari kelak, iaitu ASUS ROG STRIX XG35VQ dan juga XG32VQ. Walaupun saiz kedua-dua paparan ini adalah berbeza (32 inci, 35 inci), ia hadir dengan resolusi UWQHD 3440×1400 dan juga lengkungan 1800R dan kadar segar semula 100Hz yang menggunakan teknologi Adaptive Sync, ataupun FreeSync dari AMD.

 

Monitor-monitor XG35VQ dan XG32VQ ini juga hadir dengan rekaan hampir nirbingkai, yang membolehkan anda menggunakan beberapa paparan ini didalam setup multi-display.

Kedua-dua model ini juga hadir dengan sistem pencahayaan LED RGB Aura Sync yang boleh diselarikan dengan papan induk, kad grafik dan juga aksesori-aksesori seperti papan kekunci dan tetikus.

Dalam pada itu, ASUS juga dilihat menunjukkan teknologi Extreme Low Motion Blur (ELMB) melalui paparan-paparan ini yang menjanjikan pengurangan motion blur dan memastikan objek-objek yang bergerak dengan laju kelihatan lebih tajam dan berseri.

Menurut pihak ASUS Malaysia, kedua-dua paparan ASUS ROG STRIX XG32VQ dan XG35VQ ini akan hadir dipasaran Malaysia sekitar bulan Februari kelak, akan tetapi, tanda harga untuk paparan-paparan ini masih belum ditetapkan lagi.



Source link

read more

Penduduk Kampung Besol Lama dipindahkan rumah dinaiki air


DUNGUN: Hujan lebat sejak semalam menyebabkan Kampung Besol Lama di Dungun mula dinaiki air.

Menurut laporan  info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 17 mangsa daripada tujuh keluarga itu dipindahkan di Surau Besol Lama.

Ia melibatkan lima kanak-kanak serta lapan wanita dan empat lelaki dewasa.

Pusat berkenaan mula dibuka pada jam 1.10 pagi Ahad selepas paras air di sungai berhampiran sudah melepasi paras bahaya.

Kawasan kampung itu kerap dinaiki air berikutan kawasan rendah dan berdekatan dengan alur sungai.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons