Minum air mendidih: Polis tunggu laporan HKL


lecurbibir13f.transformedMO, 13/2/2018, KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan susulan oleh polis berhubung kes seorang kanak-kanak dipercayai dipaksa minum air mendidih, akan dibuat sebaik memperoleh laporan perubatan.

Setakat ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan, masih menunggu keputusan ujian perubatan dari Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Polis sudah merakam percakapan kanak-kanak berkenaan (mangsa), namun kami tidak dapat memberikan butiran lanjut sehingga keputusan laporan perubatan dikeluarkan.

“Ingin saya tegaskan, apabila laporan polis dibuat ibu kandung mangsa, kertas siasatan dibuka dan dijalankan pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa memandang serius kes seperti itu, namun dijalankan mengikut prosedur ditetapkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, sebelum sesuatu tindakan susulan dibuat.

“Antara perkara yang perlu diteliti adalah pengesahan pegawai perubatan sama ada mangsa benar-benar dipaksa minum air yang mendidih sehingga dia melecur atau disebabkan penyakit seperti ulser dan mungkin juga disebabkan kekurangan air.

“Perkara ini adalah penting bagi memastikan siasatan dan tindakan susulan dibuat secara tepat tanpa sebarang keraguan,” katanya.

Zaldino berkata, selagi laporan perubatan belum dikeluarkan beliau enggan mengulas butiran terperinci mengenai sebarang tindakan awal pihaknya kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan.

Ketika ini, siasatan kes terbabit dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam kejadian Isnin minggu lalu, mangsa pelajar sebuah sekolah kebangsaan di Lenggeng, Negeri Sembilan, melecur pada keseluruhan bahagian bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.

Kejadian dipercayai berlaku sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng.

Ibu kandung mangsa, Nurul Dahlia Jaafar, berkata kejadian berkenaan disedarinya ketika dia mengambil anaknya dari rumah adik bekas suaminya jam 12.30 tengah hari, Jumaat lalu.

Nurul kemudian membawa anaknya ke HKL sebelum membuat laporan polis.

 



Source link

read more

Mingguan Amanz – Surface Book 2, Redmi 5, Laporan Piawaian SKMM 2017 – Amanz


Minggu ini menyaksikan pra-tempahan untuk Surface Book 2 mula diambil oleh para penjual tempatan, dan akan mula ditawarkan bermula Mac kelak. Selain Surface Book 2, Surface Laptop juga turut memasuki pasaran tempatan.

Selain Microsoft, Xiaomi turut telah mula menawarkan Redmi 5, Redmi 5 Plus dan Mi Mix 2 SE untuk pasaran tempatan.

Pada minggu ini, desas-desus baru turut hadir mengatakan Google akan hadir dengan sebuah konsol baru tidak lama lagi.

Minggu ini turut menyaksikan sejumlah emoji baru diumumkan akan hadir pada 2018, selain Qualcomm mengatakan telefon pintar 5G akan hadir daripada pelbagai pengeluar menjelang 2019 kelak.

SKMM kini telah pun mengeluarkan laporan tahunan untuk 2017 yang lepas, menyaksikan Maxis terus mengungguli arena rangkaian mudah-alih tempatan.



Source link

read more

Laporan Perdagangan Dalam Talian iPrice Menunjukkan Rantau Asia Tenggara Terbuka Untuk Membeli Barangan Melalui Laman Web – Amanz


2017 dilihat sebagai tahun dimana pelbagai kedai-kedai atas-talian, termasuklah Lazada, Shopee, 11street dan sebagainya melihat jumlah jualan yang cukup tinggi di seluruh rantau Asia Tenggara, melalui laman-laman seperti Lazada, Shopee, 11street dan juga Amazon yang baru memasuki Singapura pada tahun lepas.

iPrice, laman perbandingan harga dalam talian baru-baru ini hadir dengan laporan The State of eCommerce 2017 yang menunjukkan butiran-butiran yang cukup menarik sekali mengenai trend penjualan dan pembelian dalam-talian sepanjang tahun 2017 di rantau Asia Tenggara.

Diantaranya termasuklah perbandingan pembelian dalam-talian melalui peranti mudah alih dan komputer, dimana komputer mengalahkan peranti mudah alih dengan nilai conversion (lawatan laman web yang menjadi jualan) yang lebih tinggi, negara yang mempunyai nilai conversion yang tertinggi (Vietnam), dan juga negara-negara yang mempunyai basket (jumlah pembelian pada satu masa) yang tertinggi (Singapura).

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa trafik daripada peranti mudah-alih dilihat meningkat sebanyak 19 peratus sepanjang 2017, dan kini bertanggungjawab untuk 78 peratus semua trafik laman web penjual dalam-talian.

2017 juga merupakan tahun dimana banyak kedai dalam talian dilihat hadir dengan jumlah jualan yang cukup tinggi sekali. Terutama sekali Lazada yang mendapat jumlah jualan sebanyak $250 juta (RM1 bilion) sewaktu jualan Lazada Online Revolution Campaign.

Menariknya, laporan iPrice juga menyatakan bahawa hari Rabu merupakan hari dimana laman-laman web ini melihat jumlah pembelian dari para pengguna yang paling tinggi, Di hujung minggu, para pembeli dilihat tidak melayari laman kedai dalam talian ini, dan sekaligus jualan tidak banyak dilakukan pada hujung minggi tersebut.

Penggunaan kad kredit dan debit dilihat semakin meningkat saban tahun, dan ini dapat dilihat untuk pasaran Asia Tenggara, akan tetapi pilihan untuk membayar secara Cash On Delivery masih lagi diberikan bagi mereka yang masih lebih biasa membayar selepas menerima barang yang dipesan.

Laporan perdagangan dalam talian iPrice ini cukup menarik sekali, dan ia menunjukkan pelbagai butiran yang cukup menarik sekali mengenai tabiat perbelanjaan dalam talian rakyat Asia Tenggara.

Baca laporan The State of eCommerce 2017 oleh iPrice.



Source link

read more

400 AHLI BUAT LAPORAN PUN SALAH ORANG LAIN??? ~ SEMUT HITAM


Diri sendiri yang GAGAL menjadi pemimpin dan menjaga ahli – ahli diperingkat akar umbi, pun masih lagi dia nak salahkan orang lain? Pun dia masih tak nak mengaku salah dirinya sendiri?

Jika sebelum ini, pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu melancarkan kempen #UndiRosak kerana tidak setuju dengan pencalonan dia sebagai Perdana Menteri, pun dia salahkan orang lain juga.

Kali ini, Tun Mahathir yang sedang berada dalam keadaan yang sangat terdesak sekali lagi terpaksa tampil menyalahkan orang lain diatas ke-GAGAL-an dirinya sebagai seorang pemimpin.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa kononnya ada pihak luar yang menjadi dalang disebalik tindakan 400 orang ahli PPBM membuat laporan kepada pihak RoS sebelum ini.

“Kita hairan kenapa terdapat sehingga 400 ahli-ahli PPBM ini buat laporan yang sama dengan perkataan yang sama kepada RoS?

“Nampak macam ada satu usaha daripada pihak mana saya tidak tahu untuk memberi alasan kepada RoS supaya tidak meluluskan permohonan untuk PH didaftarkan,” katanya dalam satu sidang media di Yayasan Perdana, di sini, pagi tadi.

Dari satu sudut, dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu tidak berasas kerana ianya hanya bersandarkan kepada tuduhan kosong tanpa sebarang bukti yang benar – benar kukuh.

Walau apa pun dakwaan dan alasan yang diberikan, tindakan 400 orang ahli PPBM itu membuktikan bahawa memang wujud rasa tidak puas hati dikalangan ahli – ahli parti itu sendiri.

Ianya secara tidak lansung menunjukkan bahawa tidak semua orang dalam PPBM itu akur dan tunduk kepada kepimpinan Tun Mahathir seperti mana yang didakwa selama hari ini.

Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin yang baik, Tun Mahathir perlu mengambil berat tentang isu yang menyebabkan mereka tidak puas hati terhadap parti. Dia perlu turun ke bawah dan bertemu dengan ahli diperingkat akar umbi. Bukan buat tuduhan tak tentu arah!!!




Source link

read more

GAUM buat laporan polis artikel fitnah Musa


KOTA KINABALU – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan terhadap satu akaun Facebook menggunakan nama ‘Neo Khai’ yang menuduh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mendalangi aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Maliau Basin.

Presidennya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata tuduhan dalam artikel berserta beberapa gambar kononnya gambar aktiviti pembalakan di hutan simpan itu adalah berniat jahat dan melampau.

“Gambar yang dimuat naik adalah gambar aktiviti pembalakan di (negeri jiran) namun dituduh kononnya berlaku di Sabah, khususnya di Maliau Basin.”

“Ketua Konservator Hutan Sabah (Datuk Sam Mannan) telah mengesahkan bahawa tuduhan itu sangat tidak berasas,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini hari ini.

Zulkarnain yang percaya tuduhan terhadap Menteri Kewangan Sabah itu didalangi pembangkang yang terdesak berkata pihak berkenaan sepatutnya membuat laporan polis sekiranya mempunyai bukti berhubung perkara yang dituduh dan bukannya membuat tuduhan melulu.

Semalam dalam kenyataan penafiannya, Sam Mannan berkata dakwaan itu adalah tidak benar , fitnah malah tanda pendaftaran peralatan pembalakan kononnya digunakan dalam aktitiviti pembalakan seperti dipaparkan dalam foto, tidak terdapat di Sabah.- BERNAMA



Source link

read more

Asap tebal dikesan dari stesen MRT Singapura punca sedang disiasat – Laporan



SINGAPURA: Asap tebal dilaporkan menyelubungi stesen keretapi MRT Singapura pada petang tadi.

Dalam satu kenyataan media, Naib Presiden Komunikasi Korporat SMRT, Margaret Teo memaklumkan siasatan sedang dijalankan berhubung punca asap tebal itu.

Kawasan sekitar eskalator stesen terbabit telah ditutup dan laluan bawah tanah ke stesen berikutnya juga ditutup demi keselamatan pengguna.

Teo bagaimanapun berkata laluan Utara-Selatan tidak terjejas.

Menurut laporan Channel NewsAsia (CNA) seorang saksi wanita berkata dia melihat asap tebal keluar dari kawasan eskalator sekitar jam 1.30 hingga 2 petang.

Kejadian kemudiannya dimaklumkan kepada pihak pengendali.

Jentera bomba dari Pasukan Pertahanan Awam turut dapat dilihat di sekitar stesen terbabit.



Source link

read more

Pegawai cabul atlet gimnastik IOC mahu laporan lengkap



PYEONGCHANG: Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menzahirkan rasa terkejut dan sedih berhubung skandal gangguan seksual yang berlaku dalam Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat (AS).

Thomas Bach menzahirkannya pada sesi taklimat selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif IOC di Pyeongchang, Korea Selatan pada Ahad.

Kes gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh pegawai perubatan gimnastik Amerika Syarikat, Dr Larry Nassar menjadi topik utama perbincangan mesyuarat tersebut.

“Lembaga Eksekutif IOC sangat terkejut dan sedih dengan skandal gangguan seksual dalam Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat.

“Kami menyatakan sokongan moral kami kepada mangsa yang berani tampil membuat pengakuan tersebut.

“Justeru IOC juga mengalu-alukan pengumpulan dana oleh Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat (USOC) untuk perbelanjaan kaunseling dan rawatan kepada mangsa,” jelasnya.

Tambah Bach, IOC akan memberikan tumpuan kepada siasatan bebas yang sedang berjalan dan berharap ia akan dapat memberi penjelasan berhubung inidividu bertanggungjawab.

Sekurang-kurangnya 40 wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual Nassar selama 14 bulan.

Pada masa Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) menerima laporan pencabulan yang dilakukan Nassar sejak 2015.

Nassar, 54, telah dijatuhkan hukuman penjara antara 40 hingga 175 tahun atas dakwaan serangan seksual.

Dia akan mendapat satu lagi hukuman pada Isnin di Eaton County, Michigan.

Kedua-dua kes itu difailkan oleh Peguam Negara Michigan di bawah undang-undang negeri.



Source link

read more

Uber Menyangkal Laporan Grab Akan Mengambil-Alih Operasinya Di Asia Tenggara – Amanz


Lanjutan dari laporan semalam, Uber hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal berita bahawa Grab akan mengambil alih operasi mereka di Asia Tenggara. Melalui kenyataan rasmi yang diberikan pihak Uber kepada kami, mereka mengatakan berita yang dilaporkan hanyalah khabar angin yang tidak benar.

Uber mengatakan mereka terus komited terhadap rantau Asia Tenggara, dan akan terus melabur untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan, pemandu dan bandar-bandar di rantau ini.

UberX KL

Ura-ura yang didengari ini sebenarnya tidak mustahil kerana Uber pada tahun 2016 telah menawarkan operasi mereka di China kepada Didi Chuxing sebagai pertukaran kepada pegangan pada Didi dan pada masa yang sama mengurangkan persaingan yang memakan kos tinggi.



Source link

read more

ICA Singapura buat laporan polis berhubung laman sesawang palsu



SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura telah membuat laporan polis berhubung kewujudan satu laman sesawang palsu yang menggunakan nama agensi itu bagi memancing data visa serta nombor pasport pelawat.

ICA pada Khamis berkata ia sedang berusaha untuk menutup laman sesawang palsu itu, yang menggunakan alamat http://evisasg.mom.

Setakat pukul 2.20 petang 25 Jan, 2018, laman sesawang itu masih dalam talian.

Pihak berkuasa itu menasihati orang ramai agar hanya menggunakan laman sesawang rasminya, www.ica.gov.sg, untuk semua keperluan maklumat dan transaksi berkaitan ICA.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa akses ke laman sesawang rasmi ICA masih tidak terjejas dan tidak ada data yang telah dikompromi,” katanya.

“ICA memandang serius isu seperti laman sesawang palsu ini kerana ia menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap sistem dan proses kami.”

Terdapat beberapa kejadian serupa membabitkan laman sesawang ICA palsu sebelum ini, termasuk satu kes pada Oktober tahun lepas.

— BERNAMA-NNN-CNA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons