Campur tangan AS di Iraq dan Syria hanyalah untuk lariskan senjata – Iran



NEW DELHI: Presiden Iran Hassan Rouhani berkata campur tangan Amerika Syarikat di Iraq dan Syria adalah atas tujuan melariskan penjualan senjata dan bukan atas tujuan keamanan.

“Kenapa mereka Amerika Syarikat menyerang Iraq? Kenapa mereka berada di Syria sekarang? Kenapa mereka menduduki sebahagian daripada Syria sekarang?.

“Dan kenapa Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara di rantau ini?.

“Ia adalah kerana perniagaan yang sangat menguntungkan, kami sedar bahawa kilang-kilang yang menghasilkan senjata memerlukan pelanggan,” jelasnya dalam ucapan hubungan luar Iran di New Delhi, India pada Sabtu.

Terdahulu ketika dalam sidang media bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi, Hassan berkata negara itu akan tetap dengan syarat yang telah dimeterai pada Perjanjian Nuklear Antarabangsa 2015.

Jelasnya ia telah dipersetujui oleh lima kuasa dunia lain termasuk Amerika Syarikat dan beliau melihat tiada keperluan jika ia mahu digubal semula.

“Kami akan meneruskan komitmen kami yang terkandung dalam perjanjian terbabit dan ia adalah suatu yang tidak masuk akal jika masih ada pihak yang mahu tawar-menawar dalam perjanjian itu,” jelasnya

Beliau mengulas pertanyaan berhubung cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu perubahan dibuat pada perjanjian terbabit.



Source link

read more

Janna Nick tak guna elemen viral untuk lariskan produk



PELAKON Janna Nick tidak menggunakan elemen viral untuk melariskan produk lakonan dan nyanyiannya.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 22, mempunyai jawapan tersendiri ketika diajukan mengenai penggunaan kuasa media sosial untuk melariskan sesuatu produk.

“Secara umum, bagi saya, penggunaan elemen viral itu terpulang kepada apa yang ingin dipromosikan. Harus dilihat juga, viral dalam cara yang bagaimana serta apa mahu ditampilkan.

“Kalau dengan kuasa media sosial boleh mendatangkan sesuatu yang baik, apa salahnya. Elemen viral juga boleh menjadi medium promosi dan publisiti untuk memperkenalkan sesuatu produk,” kata Janna ketika ditemui di majlis pelancaran single Akan Bercinta di Neway Karaoke Subang Jaya, semalam.

Namun bagi Janna, dia memilih untuk tigak menggunakan medium viral bagi melariskan sesuatu produk.

Baginya, cukup sekadar yakin dengan prestasi dan kualiti produk, pasti ia akan membuahkan hasil.

Menerusi single terbaru Janna, dia menggunakan khidmat vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza sebagai komposer dan penulis lirik.

“Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Aepul. Muzik video lagu ini juga merupakan sesuatu yang istimewa kerana menjalani penggambaran di Rome, Itali pada penghujung November lalu.

“Istimewanya muzik video ini, saya bertindak selaku pengarah dan ia juga diangkat menjadi lagu tema bagi drama bersiri ‘My Coffee Prince’ lakonan saya bersama Fattah Amin,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan ‘My Coffee Prince’, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons