Pac-Man akan jalani latihan di Johor selama sebulan



Ikon tinju dunia, Manny Pacquiao bakal membuat penampilan dalam acara berprestij yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur.

Acara sukan tinju pertama di Malaysia itu adalah hasil cetusan idea Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan dijangka bakal mencetuskan fenomena sekali gus mengangkat profil sukan itu di rantau ini.



Source link

read more

Manfaatkan latihan di Kota Bharu – Chong Yong – Sukan


KOTA BHARU 9 Jan. – Pengendali skuad futsal lelaki kebangsaan Chew Chong Yong mahu barisan pemainnya memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang menjalani sesi latihan di sini menjelang Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Taiwan, awal bulan depan.

Chong Yong berkata, latihan selama enam hari di Kota Bharu yang bermula semalam akan digunakan untuk memperkemaskan lagi corak permainan pasukan.

“Saya gunakan latihan ini untuk melihat perkembangan pemain bagi memudahkan perancangan taktikal di lakukan menjelang kejohanan AFC itu nanti.

“Sepanjang di sini, kita akan menjalani dua aksi persahabatan dengan skuad futsal Kelantan FA dan sebuah lagi pasukan yang akan menjalani ujian kelayakan Liga Futsal Kebangsaan (LFK),” katanya.

Chong Yong memberitahu, pemilihan Kota Bharu sebagai destinasi latihan dilihat mampu menyuntik moral dan angin baharu dalam kalangan pemain.

Katanya, beliau berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Rosmadi Ismail yang telah menguruskan sesi latihan intensif ini dengan jayanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons