Najib Rosmah lawat Anwar di HKL



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.

Dalam muat naik ke akaun Facebook miliknya, Najib juga mendoakan agar Anwar cepat sembuh.

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Anwar dimasukkan ke HKL pada Rabu untuk menjalani pembedahan pada bahu kanannya.

HKL sebelum ini memaklumkan pembedahan itu dibuat ekoran kecederaan lama akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari pada Jun 2008.



Source link

read more

Isu Rohingya: Setiausaha Luar Amerika Syarikat lawat Myanmar esok – Nasional


MANILA 14 Nov. – Usaha Malaysia untuk membela nasib pelarian Rohingya semakin mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk kuasa-kuasa besar apabila Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Rex W. Tillerson akan melawat Myanmar, esok.

Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak berkata Tillerson memberitahu beliau semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur di sini bahawa beliau akan ke negara itu untuk melihat situasi pelarian Rohingya dan melihat cara untuk mengatasi masalah kemanusiaan itu.

“Sejak kita memperjuangkan isu Rohingya ini, ramai negara lain bangkit sama untuk membincangkannya. Nampaknya Amerika juga memandang serius sejak saya membangkitkannya semasa bertemu Presiden Donald Trump di Washington,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Lebih 600,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan terhadap orang awam oleh tentera Myanmar dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.

Najib juga berkata beliau telah menekankan kepada para pemimpin ASEAN dan rakan dialognya bahawa isu Rohingya bukan sahaja melibatkan soal kemanusiaan, tetapi juga keselamatan kerana ia bakal menjadi satu kawasan untuk kumpulan pengganas IS dan Daesh bertapak jika ia tidak ditangani dengan baik.

Awal bulan ini, satu rombongan Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telah melawat Myanmar untuk melihat sendiri krisis penduduk Rohingya dan mengenai kaedah penyampaian bantuan kemanusiaan ke kawasan-kawasan yang memerlukan, serta melawat melawat Cox’s Bazar Bangladesh, tempat tumpuan pelarian.

Semalam, Najib menyatakan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu ke Manila, telah menyatakan bahawa negara itu sedang berunding dengan Bangladesh bagi mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentukan penghantaran balik pelarian tersebut dari sempadan kedua-dua negara.

Najib juga berkata Suu Kyi turut menyatakan kesediaan kerajaan beliau untuk memberi kerjasama kepada misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya yang masih berada di Rakhine.

Perdana Menteri sekali lagi menegaskan Malaysia menyambut baik usaha Myanmar itu, tetapi mahu melihat butiran MoU serta syarat yang dikenakan bagi membolehkan pelarian itu pulang ke kampung halaman mereka.

Katanya, mereka difahamkan MoU itu akan dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu. – BERNAMA





Source link

read more

Raja Muda Perlis lawat tempat bersejarah Makassar – Nasional


MAKASSAR, INDONESIA 12 Nov.- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan mengetuai delegasi Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melawat beberapa tempat bersejarah di Makassar.

Lawatan tersebut dianjurkan sempena Seminar Institusi Raja Edisi Kelima (SIRaj V) yang antara lainnya bertujuan untuk mempelajari sejarah kesultanan di Sulawesi Selatan.

Baginda yang juga Canselor Unimap dibawa melawat ke Muzium Balla Lampoa yang terletak di Kabupaten Gowa yang menempatkan bangunan Istana Lama warisan Kesultanan Raja Gowa.

Selain itu, baginda turut dibawa melawat Makam Pahlawan Nasional Sultan Hassanuddin yang juga merupakan Raja Gowa Ke-16.

Baginda kemudiannya berkenan menunaikan solat zohor di masjid tertua di Makassar iaitu Masjid Tua Katangka selain turut berkenan beramah mesra dengan jemaah masjid.

Yang turut menyertai lawatan tersebut Pengarah Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) Unimap, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, Pengarah Unit Komunikasi Korporat Unimap, Mustaffa Ismail dan Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabadian Masyarakat Universiti Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar, Prof. Dr. Muhammad Salleh Tajuddin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mahdzir Khalid lawat sekolah terjejas akibat banjir – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini melawat sekolah-sekolah di Seberang Prai Utara yang terjejas akibat banjir.

mahdzir khalid banjir 3
 

Beliau yang diiringi Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman menggunakan kesempatan itu untuk meninjau kerosakan yang dialami sekolah-sekolah terbabit selain bertanya khabar kepada guru-guru yang terbabit.

Banjir yang melumpuhkan Pulau Pinang sejak Sabtu lalu menyebabkan hampir 10,000 mangsa di pindahkan dan beberapa buah sekolah terjejas teruk selain dijadikan pusat pemindahan.

mahdzir banjir
 

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata setakat pukul 12 tengah hari ini, kesemua mereka ditempatkan 50 pusat pemindahan yang terdapat di empat daerah di negeri itu.

Sejumlah 4,032 mangsa banjir ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan 3,163 orang di 26 pusat pemindahan di Seberang Perai Tengah (SPT).

Bagi daerah Seberang Perai Selatan (SPS) setakat tengah hari ini, terdapat enam mangsa dan 21 orang di daerah Timur Laut masing-masing hanya tinggal satu pusat pemindahan.

Beberapa jalan di SPU yang ditutup pada pagi tadi masih belum dibuka kepada lalu lintas. Antara jalan terlibat ialah Jalan Lahar Yooi-Sungai Dua, Lahar Yooi-Padang Menora, Jalan Pokok Tampang dan Jalan Padang Tonsun.

mahdzir khalid banjir 2
 



Source link

read more

Suu Kyi gesa rakyat tidak berkelahi semasa lawat Rakhine – Nasional


SITTWE 2 Nov. – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi hari ini menggesa rakyat negara itu supaya tidak berkelahi semasa beliau melawat negeri Rakhine buat pertama kali sejak tindakan kekerasan tentera yang menyaksikan lebih 600,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari negara ini.

Menurut kumpulan pemantau Arakan Project, Chris Lewa yang memetik sumber Rohingya, Suu Kyi mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pemimpin agama Islam.

“Beliau hanya bercakap tiga perkara kepada penduduk iaitu mereka perlu hidup secara damai, kerajaan ada untuk membantu mereka dan mereka sepatutnya tidak berkali antara satu sama lain,” kata Lewa. – REUTERS



Source link

read more

Putin lawat Iran – Luar Negara


TEHERAN 2 Nov – Presiden Rusia, Vladimir Putin tiba di Teheran dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini yang dijangka bakal memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai krisis di Syria dan perjanjian nuklear Iran.

Putin dilaporkan akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak bersama Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev selain mengadakan perbincangan berasingan dengan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. – AFP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons