Najib jangka keputusan PRU lebih baik


LIPIS 25 APRIL 2018. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap ketika majlis pemimpin bersama rakyat di perkarangan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. NSTP/ SAIRIEN NAFIS

MO, 26/4/2018, KUALA LUMPUR: Lima tahun selepas mengetuai parti yang menang tipis pada pilihan raya umum 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjangkakan “keputusan lebih baik” pada pilihan raya umum kali ini yang menyaksikan pertembungan pertama beliau menentang mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib, dalam wawancara pertamanya dengan media antarabangsa selepas lebih tiga tahun, turut membicarakan mengenai tempoh sukar ketika berhadapan skandal dana pelaburan negara yang membabitkan kerugian berbilion dolar sehingga mewujudkan pelbagai siasatan di peringkat global.

Beliau juga kini berhadapan waktu yang paling sukar dalam perjuangannya untuk mengekalkan BN mentadbir negara lebih enam dekad, dalam pilihan raya yang menjadi sangat peribadi kerana ini membabitkan pertembungan dengan lelaki yang membantunya berkuasa pada 2009, selain perebutan untuk menambat hati orang Melayu.

Sepanjang satu jam sesi wawancara di ibu pejabat Barisan Nasional di ibu negara, Najib turut membicarakan mengenai Pilihan Raya Umum pada 9 Mei, menyentuh mengenai ekonomi dengan menjanjikan lebih banyak potongan cukai pendapatan dan perniagaan jika menang pilihan raya selain isu 1MDB dan masa depan politiknya sendiri.

Najib sedang berusaha memastikan UMNO terus kekal memerintah sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Selain mengukuhkan kedudukannya sendiri, Najib kini berusaha membaiki prestasi Pilihan Raya Umum pada 2013, apabila Barisan Nasional yang diketuai UMNO kehilangan undi popular buat pertama kali dengan memenangi kerusi majoriti tipis.

Pilihan raya umum kali ini perlu dijadikan penanda aras untuk beliau dengan memenangi kerusi majoriti dua pertiga yang mana kali terakhir dicapai sedekad yang lalu.

“Kami yakin akan mendapatkan keputusan lebih baik,” kata Najib, 64. “Tiada usaha untuk menukar kerajaan, saya tidak nampak. Ini tidak bermakna kami akan menang dengan majoriti besar, saya tidak mahu meramalkan begitu tetapi suka saya menyatakan kita cukup percaya dan optimis dengan keputusannya nanti.

Keyakinan Najib itu disokong dengan kedudukan Pakatan Harapan yang dilabelkan beliau sebagai “parti cacamarba” yang diketuai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, 93, yang selama ini menjadi juara dalam perjuangan hak istimewa orang Melayu kini berjuang bersama parti terbesar orang Cina , DAP .

“Saya tidak nampak bagaimana mereka boleh bekerja sama,” katanya.

Terletak di Selat Melaka, laluan global utama untuk perdagangan laut dan pintu masuk ke Laut China Selatan yang masih dipertikaikan, Malaysia adalah negara yang majoritinya beragama Islam dengan ekonomi yang tertumpu kepada komoditi dan sangat terdedah kepada perubahan dalam permintaan minyak global.

Dalam masa yang sama, Malaysia yang mempunyai masyarakat Cina dan India yang cukup besar, orang Melayu menjadi etnik terbesar yang membentuk sebahagian besar pengundi – dan mereka telah lama menjadi tulang belakang UMNO.

Sejak 2013, Najib telah berusaha untuk meningkatkan sokongan orang Melayu terutama dalam kalangan pemimpin luar bandar, dan kini sokong orang Melayu itu sangat penting untuk menangkis Dr Mahathir, yang mengaitkan beliau dengan skandal 1MDB.

Mahathir yang mentadbir Malaysia lebih 20 tahun dan terkenal dengan usaha menambat mata wang negara semasa krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an, kini memecah belahkan UMNO sejak 2016 dengan membentuk partinya sendiri untuk terus menentang Najib.

Dalam masa yang sama, Dr Mahathir berusaha untuk menguasai undi Melayu, yang mana mereka kini kebanyakan dalam kalangan petani, penjawat awam dan kumpulan berpendapatan rendah menerima bantuan dalam bentuk wang tunai daripada Najib.

Pilihan raya kali ini diwarnai dengan isu berkaitan perkauman dan agama. Susulan pengundi Cina yang meninggalkan Barisan Nasional pada 2013 menyebabkan parti komponen itu mengukuhkan sokongan Melayu terhadap parti itu.

 

– Bloomberg



Source link

read more

Industri mobiliti cipta lebih 700,000 peluang kerja – PM


welcome_cropped.transformedMO, 26/4/2018, SERDANG: Datuk Seri Najib Razak berkata industri automotif bakal berkembang menjadi lebih canggih pada masa depan dan akan dikenali sebagai mobiliti terhubung yang dijangka berpotensi untuk mencipta lebih sejuta peluang pekerjaan baharu.

Malah, Perdana Menteri berkata industri mobiliti terhubung akan menjadi pelengkap kepada inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata, industri baharu itu juga akan membuka penempatan kepada kira-kira 480,000 graduan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) dan 300,000 graduan universiti awam.

Katanya, mobiliti terhubung berupaya meneroka dan menganalisis data raya atau ‘big data’ yang dapat dicapai menerusi kewujudan internet berkelajuan tinggi dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) sebagai faktor pemboleh kepada industri ini.

“Teknologi daripada mobiliti terhubung juga dapat meningkatkan ciri-ciri keselamatan kenderaan generasi akan datang seperti sistem untuk memaksa sesebuah kenderaan diperlahankan dalam jarak tertentu dengan kenderaan di hadapan yang sudah pun digunapakai ketika ini.

“Masyarakat luar bandar juga tidak akan ketinggalan dalam memperoleh manfaat visi mobiliti terhubung termasuk menyokong aktiviti pertanian, kesihatan, perikanan, penternakan, perladangan dan lain-lain.

“Rakyat juga akan berpeluang membangunkan perniagaan berasaskan logistik melalui pendekatan secara logistik pendanaan masyarakat dan pengangkutan multimodal.

“Penambahan jenis perkhidmatan juga akan wujud hasil daripada kemudahan perkongsian perjalanan, pengembara terhubung dan lain-lain. Semua ini akan membuka laluan kepada perniagaan baharu dan menjadi pemangkin kepelbagaian perkhidmatan semasa.

“Mobiliti terhubung disasarkan akan melalui peralihan dari satu produk kepada perkhidmatan dan dalam jangka panjang mempunyai kapasiti amat besar untuk membuka peluang perniagaan dan pekerjaan bagi mereka yang mengambil peluang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Jerayawara Mobiliti Terhubung dan Malaysia Autoshow 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri J Jayasiri dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari.

Pameran automotif anjuran MAI selama empat hari bermula hari ini itu disertai banyak syarikat automotif terkemuka negara dengan lebih 100 model kenderaan dipamerkan.

Dalam pada itu Najib berkata, beliau yakin Dasar Automotif Negara 2018 (NAP 2018) akan terus mendokong transformasi industri automotif ke arah mobiliti pada masa depan dan seterusnya menjadi enjin penggerak kepada ekonomi Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Katanya, MITI dan MAI telah memulakan kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) 2018 yang merangkumi empat tonggak utama iaitu kenderaan generasi baharu, mobiliti, IR 4.0 dan kecerdasan buatan.

“Bagi merealisasikan visi ini, dasar dan peraturan hendaklah disemak dan diselaraskan. Pembabitan secara holistik merentasi pemegang kepentingan termasuk kementerian, agensi industri automotif dan golongan belia adalah penting dalam merancang dan melaksanakan strategi industri ke arah hala tuju yang sama di samping meningkatkan daya saing industri automotif negara,” katanya.



Source link

read more

Resipi Hainanese Chicken Chop. Sos Lebih Mantap Rasa Lebih Sedap!


Paling best menu Hainanese Chicken Chop ni adalah ayam yang besar dan rangup di luar, lembut di dalam. Di mandikan dengan sos yang lebih mild, tak muak dan rasa yang lebih fussion. Gerenti menggentar jiwa si pemakan.. Jom cuba!

RESIPI HANINANESE CHICKEN CHOP


BAHAN-BAHAN:

Bahan-Bahan untuk ayam :

  • 1 ketul dada ayam (basuh bersih dan toskan)
  • 2 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar tepung (dicampur bersama oregano)
  • 1 biji telur (dikacau)
  • 4 sudu minyak masak/olive oil/sunflower oil.
  •  dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama oregano, lada sulah, dan garam, biarkan seketika sementara menunggu minyak panas,
  2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung bersama oregano dan salutkan ayam tadi bersama-sama dengan tepung.
  3. Celupkan ayam yang sudah disalut tepung tadi kedalam telur, dan pastikan semua bahagian dicelup dan ditutupi telur,
  4. Goreng ayam tersebut kedalam kuali, dan pelahankan api supaya ayam tidak keras dan tidak terlebih masak.
  5. Masak sehingga ayam tersebut sudah kekuningan, toskan dan biarkan ditepi sementara menunggu sos hainan (sos masam manis) dimasak.

 

BAHAN SOS:

  • 1 biji bawang merah-hiris halus
  • 1 ulas bawang putih- hiris halus
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar air
  • 1/2 biji buah tomato – belah empat
  • 1/2 cawan kacang pis hijau.

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan layu.
Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau sebentar sehingga pecah minyak sedikit.
Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat sedikit.
Masukkan buah tomato yang dibelah empat, kacau dan tambah oregano, garam dan gula, rasa dahulu, jika rasanya sudah cukup masam manis, tidak perlu tambah gula atau garam.
Akhir sekali masukkan kacang pis hijau, tunggu 1 minit dan hidangkan bersama ayam yang dah digoreng tadi bersama kentang goreng!

P/s: Goreng jejari kentang dan hidangkan bersama ayam dan sos hainan!

TAMBAHAN HIDANGAN:
Tomato biji
Kacang peas

Selamat mencuba!

Kongsi resipi: itisrajjah

Komen anda



Source link

read more

Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Kelantan antara perjuangan calon BN – Politik


KOTA BHARU 23 April – Terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membuka laluan buat Dayang Saniah Awang Hamid menyediakan pekerjaan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Wanita UMNO Tanah Merah itu berkata masih ramai penduduk memerlukan bantuan untuk hidup lebih selesa, dan jalan terbaik ialah meningkatkan pendapatan mereka.

“Sekarang ini ramai penduduk terutama anak-anak muda terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan kerana peluang pekerjaan terhad di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima watikah calon PRU14 yang disampaikan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sementara itu, calon BN bagi DUN Manek Urai, Suzaini Adlina Sukeri berkata BN akan terus memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat terutama di kawasan luar bandar untuk mereka hidup selesa.

“Selepas banjir besar 2014, banyak bantuan diberi kerajaan pusat untuk penduduk sekitar DUN Manek Urai namun masih ramai yang tidak mempunyai tempat tinggal disebabkan masalah tapak (tanah) untuk mereka dirikan rumah,” katanya.


Calon BN bagi DUN Panchor, Zarina Md Eusope pula berkata walaupun terpaksa bertanding di kubu kuat pembangkang, beliau percaya dengan komitmen kerajaan pusat dan BN dalam membawa perubahan di kawasan tersebut, rakyat akan memberi sokongan kepada BN.

“BN juga sudah buat pelancaran projek di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Pengkalan Datu di sini baru-baru ini iaitu ‘My Kampung My Future’ yang mana ia adalah satu bentuk bantuan BN kepada penduduk DUN Panchor untuk menjana ekonomi,” kata Zarina yang juga Ketua Wanita UMNO Pengkalan Chepa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dicalonkan bertanding di kawasan Parlimen Pasir Puteh pula berkata peluang untuk BN meraih kemenangan semakin tinggi memandangkan suasana politik di negeri ini sudah berbeza kerana rakyat dahagakan perubahan.

“Rakyat perlu beri peluang untuk kami (BN) buktikan apa yang mampu dilakukan dan kami tahu yang rakyat di Kelantan tidak pernah takut untuk melakukan perubahan,” katanya.

Sementara itu, calon BN DUN Kota Lama Chua Hock Kuan berkata mahu rakyat memberi peluang kepada BN mentadbir negeri ini untuk meningkatkan kemajuan taraf hidup rakyat.

“Beri peluang untuk kami (BN) melakukan perubahan di negeri ini, saya hanya anak orang kampung yang tahu adat orang Melayu meskipun saya berbangsa Cina* saya optimis penduduk dapat menerima pencalonan saya di kawasan Kota Lama ini,” katanya yang merupakan calon tunggal MCA di negeri ini.

BN Kelantan mempertaruhkan 30 calon muka baharu serta pemimpin veteran untuk PRU14, 9 Mei ini, dalam usaha merampas semula negeri tersebut daripada cengkaman PAS sejak 28 tahun lepas. – BERNAMA





Source link

read more

Perkeso belanja lebih RM230 juta bagi rawatan dialisis pencarum – Nasional


KANGAR 23 April – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membelanjakan lebih RM230 juta sebagai kos rawatan hemodialisis untuk pencarumnya yang layak pada tahun lepas.

Pengerusinya Tan Sri Dr Aseh Che Mat bagaimanapun tidak menyebut jumlah pencarum yang menikmati faedah tersebut.

Katanya, pesakit buah pinggang peringkat ‘End Stage Renal Failure’ menikmati kemudahan rawatan itu secara percuma.

“Pencarum juga dibenarkan mendapatkan rawatan di pusat bukan panel tetapi perlu mendapat kebenaran agensi itu terlebih dahulu,” kata Aseh kepada Bernama selepas melawat Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra (PDTSP) di Jalan Bukit Lagi, di sini hari ini.

Pengerusi PDTSP Datuk Seri Syed Badaruddin Tuanku Syed Putra Jamalullail turut hadir.

Pada majlis itu Aseh menyumbangkan sebuah mesin dialisis berharga RM40,000 kepada PDTSP dan menyerahkan cek faedah PERKESO kepada tiga orang penerima yang ditimpa musibah awal tahun ini.- BERNAMA

 





Source link

read more

Calon BN Selangor PRU14 lebih berwibawa


BARISAN Nasional (BN) Selangor yakin senarai calon PRU14 diumumkan hari ini mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk masa depan rakyat negeri ini.

Keyakinan itu dinyatakan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar bahawa barisan calon itu telah dibuat secara terperinci selain mengambil kira aspirasi warga tempatan di setiap kawasan Parlimen dan DUN.

Katanya, selain kemampuan serta latarbelakang yang baik, calon-calon berkenaan bakal meneruskan agenda BN untuk memperkasakan semula kehidupan serta kesejahteraan rakyat Selangor yang dilihat telah dinafikan hak oleh Pakatan Harapan (PH) sejak hampir 10 tahun diberikan mandat mentadbir kerajaan negeri sejak PRU12 yang lalu.

“Saya percaya rakyat tidak mahu ulangi kesilapan untuk kali ketiga. Justeru, pada PRU14 ini, kita menawarkan alternatif dengan calon-calon yang berwibawa selain disusuli dengan manifesto yang jelas membawa perubahan besar untuk rakyat Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon BN negeri yang disempernakan oleh Ketua Operasi PRU14 BN Selangor, Datuk Faizal Abdullah.

Sementara penyerahan watikah kepada semua calon sempurnakan oleh Noh Omar dalam satu majlis yang berlangsung di Bangunan UMNO Selangor di sini, kira-kira jam 11.40 pagi ini.

BN Selangor hari ini mengumumkan senarai 56 calon DUN dan 22 Parlimen sekaligus melengkapkan ‘Pasukan Kemenangan’ yang akan menjayakan misi merampas semula Selangor daripada pembangkang pada PRU14 ini.

Beliau selanjutnya berkata, kali ini BN Selangor lebih bersedia menghadapi PRU14 berbanding PRU13.

Katanya, ketika PRU13, majoriti pemimpin serta ahli BN seolah-olah masih trauma kesan kekalahan pada PRU12, sekali gus menyebabkan jentera parti gagal berfungsi dengan baik.

“Malah, ketika PRU13, BN diserang daripada pelbagai sudut melalui media sosial dan BN seolah-olah tidak mampu melawan serangan ‘bertali arus’ pihak pembangkang.

“Parti lawan juga melakukan serangan dengan cara membunuh karektor pemimpin kita. Namun, saya yakin kesiapsiagaan BN pada kali ini adalah jauh lebih baik. Kita yakin dan percaya BN akan berjaya merampas Selangor kali ini,” katanya.

Noh selanjutnya menyifatkan semua senarai calon yang dipilih adalah yang terbaik daripada kalangan kepimpinan parti yang akan menggalas tanggungjawab untuk ‘menggempur’ parti lawan demi masa depan Selangor yang lebih gemilang.

Beliau berkata, BN perlu menang di Selangor pada PRU kali ini bagi memastikan segala projek pembangunan yang diluluskan dapat siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Justeru Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, BN perlu menang kali ini bagi memudahkan segala urusan pentadbiran sekaligus mempercepatkan semua projek yang dirancang untuk negeri ini.

“Ini semua janji kita. Peruntukan sudah ada. Kontraktor pun kita sudah lantik. Yang saya bimbang kalau BN tidak menang dan kerajaan negeri (PH) tidak bagi kerjasama. Ini akan timbulkan masalah.

“Saya yakin kalau BN menang lebih mudah untuk kita sempurnakan projek-projek yang kita sudah luluskan,” katanya.

Justeru ujar Noh, amat penting untuk BN kembali mentadbir Selangor, agar semua peruntukan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dan memenuhi permintaan rakyat negeri ini.

“Untuk nak segerakan projek ini, maka kita kena pastikan BN menang pada 9 Mei ini dan segala yang kita rancang akan mudah dilaksanakan selepas ini,” katanya. – theRakyat



Source link

read more

Sasar majoriti lebih besar di Santubong


DbbpmjtVwAA_Uy7MO, 23/4/2018, SANTUBONG: Memenangi kerusi Parlimen Santubong dengan majoriti 20,936 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tidak dilihat sebagai ‘zon selesa’ bagi Barisan Nasional (BN).

Justeru, jentera parti pada peringkat akar umbi meletakkan sasaran mendapat majoriti lebih besar pada PRU-14, sekali gus mengekalkan kawasan itu sebagai kubu kuat BN.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata usaha sudah mula digerak bagi memastikan peningkatan jumlah peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini.

“Bagi PRU-14, kita meletakkan sasaran lebih 70 peratus pemilih berdaftar keluar menunaikan hak mereka, sekali gus menyumbang ke arah usaha meningkatkan perolehan undi majoriti kali ini.

“Pada PRU-13, Parlimen Santubong merekodkan jumlah keluar mengundi cuma 70 peratus dan kadar itu belum memuaskan,” katanya ketika melancarkan Bilik Gerakan BN Santubong di Kampung Rampangi di sini, semalam.

PRU-13 menyaksikan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga penyandang kerusi Parlimen Santubong menang dengan majoriti 20,936 undi, menewaskan Affendi Jeman (Bebas) (233 undi); Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) (3,719 undi) dan calon Parti Reformasi Negeri (STAR), Mura Kadir (206 undi).

Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mencipta rekod sebagai calon BN memperoleh majoriti terbesar di Sarawak.

Secara keseluruhan, Parlimen Santubong memiliki 40,572 pemilih berdaftar kali ini berbanding 37,017 pada PRU-13.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, jentera BN akan melipatgandakan usaha mengenal pasti punca 30 peratus lagi pemilih tidak keluar mengundi pada PRU lalu kerana setiap undi cukup penting dan memberi impak besar.

“Ada yang kata tidak mengundi kerana yakin BN akan menang walaupun tanpa undi mereka. Perangkap minda seperti ini harus dihapuskan kerana setiap undi dikira,” katanya.

Beliau berkata, jentera parti kini berusaha keras memberi penerangan kepada penduduk kampung agar keluar mengundi beramai-ramai pada 9 Mei depan.

“Kita juga berharap pemilih berada di luar kawasan, pulang untuk mengundi,” katanya.



Source link

read more

Lebih 50 terkorban dalam letupan di pusat pendaftaran pengundi


KABUL : Angka korban dalam insiden pengeboman di luar sebuah pusat pendaftaran pengundi di ibu negara Afghanistan, Kabul pada Ahad meningkat kepada 57 orang pada Isnin.

Lebih 100 orang cedera dalam insiden tersebut akibat seorang pengebom bunuh diri.

Menurut agensi berita Reuters, ini merupakan serangan paling serius di negara itu semasa rakyat bersiap-sedia hadapi pilihan raya yang dijadualkan pada Oktober nanti.

Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut yang dilihat cubaan untuk menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan presiden negara itu, Ashraf Ghani.

Beliau turut didesak untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini yang telah sekian lama ditunda.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danesh, pengebom bunuh diri tersebut dilihat berjalan kaki ke arah pusat pendaftaran pengundian semasa pewagai pilihan raya sedang mengedarkan kad pengenalan diri kepada pengundi.

Ini merupakan sebahagian daripada proses pendaftaran bagi 10 juta pengundi di seluruh Afghanistan yang bermula pada bulan ini.

Kawasan pusat pendaftaran pengundi tersebut dikawal ketat susulan kejadian itu pada Ahad. – Reuters

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Presiden Ashraf Ghani mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut dan berkata “tindakan itu tidak akan mengalihkan tujuan kami atau melemahkan proses demokrasi kebangsaan”.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, sekurang-kurangnya 57 terkorban, termasuk lapan kanak-kanak, manakala 119 orang cedera dalam insiden terbabit.

Namun angka korban mungkin akan meningkat dalam hari yang akan datang.

BACA: Lebih 30 maut pusat pendaftaran pengundi diserang pengebom bunuh diri

Letupan tersebut turut memusnahkan beberapa kenderaan dan memecahkan tingkap di bangunan berdekatan.

Ini serangan terburuk di Kabul sejak 100 orang maut pada Januari lepas akibat letupan bom yang disembunyikan di dalam sebuah ambulans.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lebih 750 orang terkorban atau cedera parah akibat pengebom bunuh diri dan letupan oleh kumpulan pengganas dalam tiga bulan pertama tahun ini.



Source link

read more

Lebih 30 maut pusat pendaftaran pengundi diserang pengebom bunuh diri



KABUL: Seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di luar sebuah pusat pendaftaran pengundi di ibu negara Afghanistan pada Ahad, lantas membunuh sekurang-kurangnya 31 orang selain mencederakan lebih daripada 50 yang lain.

Reuters melaporkan, kebanyakan mangsa sedang beratur untuk menerima kad pengenalan.

Militan Daish mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danesh, berkata pengebom bunuh diri itu berjalan kaki ke arah pusat pendaftaran tersebut sebelum meletupkan dirinya.

Serangan berkenaan adalah yang paling buruk terjadi di Kabul selepas insiden letupan ambulans pada Januari lalu yang mengorbankan 100 orang.

Pusat-pusat pendaftaran pengundi kini giat disiapkan di seluruh Afghanistan setelah sekian lama proses pilihan raya parlimen dan majlis daerah tertangguh.

Usaha pendaftaran pengundi itu dilakukan sebagai usaha mengukuhkan integriti kerajaan pentadbiran Presiden Ashraf Ghani yang disokong Barat.

Ashraf Ghani kini berdepan tekanan untuk memastikan pilihan raya itu dapat dilangsungkan Oktober ini, sebelum meneruskan pilihan raya kepresidenan pada tahun 2019.

Siri serangan ke atas pusat-pusat pendaftaran pengundian dijangka terus dirancang, dan memang disasarkan untuk menggagalkan usaha mengadakan pilihan raya.



Source link

read more