Kebakaran hutan California jejas muzium kilang wain lebuh raya



LOS ANGELES: Kebakaran hutan yang besar berlaku di Los Angeles pada awal pagi Rabu waktu tempatan, tidak jauh dari muzium The Getty Centre yang menempatkan koleksi karya seni kelas dunia.

Ia merebak hingga ke lereng Gunung Santa Monica dan turut menjejaskan kawasan kejiranan Bel Air yang mewah, memusnahkan beberapa buah rumah, kilang wain serta penempatan haiwan liar.

Lebih memburukkan, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan angin bertiup kencang pada 22 dan 33 batu sejam.

Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti berata, sekurang-kurangnya enam buah rumah telah musnah akibat kebakaran di Bel Air.

Api meletus awal pagi Rabu bermula di Sepulveda Pass, laluan komuter utama di antara bahagian barat Los Angeles dan lembah San Fernando di utara.

Kebakaran merebak di lereng bukit di sebelah timur sehingga ke kawasan kejiranan mewah menyebabkan lebih 1,000 orang diarahkan berpindah.

Kebakaran dilaporkan seluas 150 ekar dengan pembendungan sifar.

Ketika ini, kira-kira 500 anggota bomba dikerah bersama helikopter membawa air dan kapal terbang dalam usaha memadamkan kebakaran itu.

Beberapa saksi juga dilihat memuatnaik kejadian berkenaan di media sosial. 



Source link

read more

Tiada tol bagi Lebuh raya CSR – Rosnah



KUALA LUMPUR: Lebuh raya Central Spine (CSR) sepanjang 411 kilometer yang menghubungkan Pahang ke Kota Bharu, Kelantan tidak akan dikenakan tol, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ia turut merangkumi Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, melibatkan laluan sepanjang 61.36 km yang merupakan sebahagian daripada projek CSR.

“Alhamdulillah, ingin saya menyatakan Lebuh raya Central Spine Road dan juga Lebuh raya Kota Bharu yang menghubungkan Kuala Krai tidak akan dikenakan tol,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat) yang ingin tahu adakah kerajaan merancang untuk mengenakan tol apabila Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai siap kelak.

Menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai penyelenggaraan lebuh raya itu, Rosnah berkata peruntukan bagi kos penyelenggaraan dibuat oleh kerajaan sebagaimana penyelenggaraan bagi jalan raya persekutuan.

Rosnah berkata projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai itu dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Beliau berkata pakej 1B iaitu dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 km yang bermula April 2014 dijangka siap Februari 2018, pakej 2A dari Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 km pula akan siap pada November 2018 dan pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 km telah pun dikeluarkan surat setuju terima pada 3 Nov lalu.

“Pelaksanaan fizikal projek pakej-pakej lain dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam RMK11, tertakluk kepada kelulusan agensi pusat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Baling batu di lebuh raya Tiga remaja diarah jalani pemeriksaan mental



FLINT: Hakim mahkamah Michigan mengarahkan tiga daripada lima remaja jalani pemeriksaan mental selepas mereka didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki.

Pemeriksaan itu dijangka akan melengahkan pendengaran kes tersebut hingga 11 Januari depan.

Kelima-lima remaja itu didakwa membunuh Ken White tanpa niat.

White terbunuh selepas terkena sebutir batu yang dibaling kumpulan remaja itu dari laluan atas Lebuhraya 1-75 di Wilayah Genesee melepasi cermin depan van yang dinaikinya pada 18 Oktober lepas.

White merupakan penumpang van itu ketika kejadian.

Hakim mengarahkan pemeriksaan mental dijalankan ke atas Kyle Anger, 18; Mark Sekelsky, 16 dan Trevor Gray, 15.

Hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat lebih 20 ketulan batu di laluan atas Lebuhraya 1-75 itu yang terletak 130 kilometer utara Detroit.

Beberapa kenderaan lain turut alami kerosakan akibat perbuatan kumpulan remaja itu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons