Lelaki maut terkena renjatan elektrik – Nasional


TANAH MERAH – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik semasa menangkap ikan di sungai Kampung Bukit Kechik, Bukit Panau, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira ‪pukul 6.20‬ petang itu, mangsa, Mohd. Nasir Yaacob, 52, dipercayai ke kawasan itu berseorangan dengan menaiki sebuah perahu untuk menangkap ikan dengan menggunakan renjatan elektrok dari sebuah generator kecil.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, mangsa ditemukan oleh adik iparnya berusia 44 tahun di tepi perahunya di tebing sungai tersebut.

“Semasa ditemukan, mayat berkenaan lengkap berpakaian baju T kelabu dan berseluar pendek biru gelap tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menangkap ikan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lelaki berbogel sebelum tembak mati 4 pelanggan restoran



TENNESSEE: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata menembak secara rambang di sebuah restoran di Nashville, di sini, pada awal pagi Ahad.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Travis Reinking, 29 tahun, dilapor masuk ke dalam restoran Waffle House pada jam 3.25 pagi dan melepaskan tembakan ke arah pelanggan sebelum melarikan diri.

Menurut polis, Travis dikatakan menanggalkan kotnya dan berada dalam keadaan bogel sebelum melepaskan tembakan menggunakan senjata dipercayai raifal jenis AR-15.

Seorang pelanggan di restoran itu cuba merampas senjata suspek namun gagal.

Polis kini sedang mengesan Travis dan meminta bantuan orang ramai jika terlihat suspek.

Sementara itu, jurucakap Hospital Vanderbilt Jennifer Wetzel berkata pihaknya menerima tiga daripada mangsa yang cedera, kesemuanya berada dalam keadaan kritikal, lapor ABC News.



Source link

read more

Video isteri berzina dengan lelaki lain tersebar



JEMBER: Seorang lelaki di Jember, Indonesia membuat laporan polis terhadap isterinya yang curang selepas video aksi seksnya bersama lelaki lain tersebar, lapor Detiknews.

“Yang pasti, saya sebagai suaminya berasa terkejut dengan perbuatan isteri saya yang berzina.

“Ramai mendesak saya untuk buat laporan ini kerana rakaman video mereka sudah tersebar secara meluas,” kata Gofur, 33 tahun, semalam.

Sementara itu, peguamnya, Muhammad Zainudin berkata, Gofur berada di Surabaya ketika dimaklumkan keluarganya tentang video tersebut.

“Ketika dia pulang ke Jamber untuk mendapatkan penjelasan isterinya, wanita itu sudah meninggalkan kediaman mereka,” ujarnya.

Jelasnya lagi, rakaman video tersebut telah tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Share It.

Difahamkan, identiti lelaki dalam video tersebut masih belum dikenal pasti.

Dalam satu kenyataan lain, polis di Jember, Erick Pradana mengesahkan mereka sudah menerima aduan itu dan telah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti lelaki dalam video itu selain individu bertanggungjawab menyebarkannya.



Source link

read more

Lelaki Kurang Siuman Rempuh Balai Polis – MYNEWSHUB


SITIAWAN – Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan sebelum menahan seorang lelaki yang kurang siuman selepas lelaki itu yang memandu kereta merempuh pintu utama Balai Polis Kampung Koh, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata dalam kejadian 1.45 pagi itu, suspek, 28, yang memandu kereta jenis Proton Iswara secara mengundur merempuh pintu cermin balai tersebut menyebabkan kedua-dua pintu rosak dan cermin pecah.

“Semasa kejadian itu, dua anggota berpangkat koperal sedang bertugas di kaunter aduan balai tersebut dan kereta itu kemudiannya cuba melanggar sekali lagi dan seorang daripada anggota telah melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri.

“Tindakan pantas telah berjaya menangkap suspek. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku ke atas suspek dan anggota tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya hasil siasatan mendapati suspek dipercayai kurang siuman serta di bawah pengaruh dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau kes ceroboh, khianat dan dadah.

Muhammad Hanif berkata kejadian itu menyebabkan suspek mengalami luka di bahagian kepala dan muka akibat pelanggaran dan suspek dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

“Kejadian tersebut turut menyebabkan cermin kereta yang dinaiki suspek pecah dan terdapat juga kesan tembakan di belakang kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 186 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – BERNAMA



Source link

read more

Lelaki kurang siuman langgar pintu balai polis – Jenayah


LUMUT 21 April- Polis menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang melanggar pintu Balai Polis Kampung Koh, Sitiawan dengan kereta yang dipandunya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek berusia 28 tahun melanggar pintu balai polis berkenaan menggunakan kereta jenis Proton Iswara.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kejadian berlaku semasa anggota polis sedang bertugas di kaunter aduan balai berkenaan.

Katanya, kereta yang dipandu suspek secara mengundur melanggar pintu cermin hadapan balai dan menyebabkan kedua-dua pintu pecah.

“Suspek sekali lagi cuba untuk merempuh pintu balai polis menyebabkan seorang anggota melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri dan menghalang perbuatan suspek sebelum suspek berjaya ditangkap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, suspek mengalami luka di bahagian kepala dan muka akibat rempuhan tersebut.

Katanya, kereta yang dinaiki suspek pecah cermin dan terdapat juga kesan tembakan pada belakang kenderaan tersebut dan suspek kini telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

“Suspek merupakan seorang penagih dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat dibawah seksyen 427 dan 186 kanun keseksaan kerana melakukan khianat dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Gara-gara sibuk bekerja lelaki Jepun lupa kebumikan jasad bapanya



TOKYO: Polis Tokyo telah menahan seorang lelaki berusia 49 tahun atas dakwaan mengabaikan mayat mendiang bapanya selama dua bulan di rumah mereka, di kawasan kejiranan Setagaya.

Menurut sumber polis, Masashi Kinoshita menghubungi polis pada Selasa dan memberitahu bahawa bapanya, Michio, 89 tahun, telah menghembuskan nafas terakhir di apartmen mereka.

Apabila polis tiba, mereka menemui mayat Michio yang semakin mereput, lapor portal berita Japan Today.

Masashi apabila disoal siasat polis berkata, bapanya ‘berhenti bergerak sekitar penghujung Februari lalu’ dan dia tidak tahu hendak berbuat apa-apa kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Tanpa berusaha menghubungi pihak yang boleh menguruskan hal-hal kematian, dia sebaliknya hanya membiarkan jasad bapanya itu terbaring di ruang keluarga dalam apartmen berkenaan.

Masashi berkata, dia akhirnya dapat mengambil cuti untuk menghubungi polis.

Pihak polis mengulas, mereka belum menentukan pertuduhan yang layak dikenakan kepada Masashi, dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Michio.



Source link

read more

Gadis dirogol bapa saudara dan anak lelaki selama 3 bulan



MANDYA: Seorang lelaki dan anak lelakinya telah ditahan atas tuduhan merogol seorang gadis selama tiga bulan selepas mangsa diberikan ubat penenang di sebuah kampung di Mandya, India.

Mangsa, berusia 17 tahun, dikatakan tinggal bersama bapa saudaranya, Ramesh, 50, dan anak lelakinya, Jayesh, 25, selepas kematian bapanya serta ditinggalkan ibunya.

Ramesh dan Jayesh bagaimanapun menerima padahnya apabila datuk mangsa, Gavi Gowda iaitu ayah Ramesh, melaporkan perkara itu kepada pihak polis setelah secara tidak sengaja menyaksikan kejadian itu beberapa hari lalu.

Pihak polis berkata, Ramesh membawa mangsa ke rumahnya dan berjanji dengan Gavi bahawa dia akan menjaga gadis itu seperti anak perempuannya sendiri.

Namun siapa sangka sebaliknya yang berlaku.



Source link

read more

Lelaki bunuh bekas isteri kemudian siar aksi bunuh diri secara langsung di Facebook



PHNOM PENH: Seorang lelaki Kemboja membunuh bekas isterinya dan kemudian terjun dari sebuah jambatan dalam aksi bunuh diri yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Reuters melaporkan, polis tempatan sudah mengesahkan perkara itu dan mengakui ia adalah kes pertama seumpamanya di negara itu.

Facebook adalah platform media sosial pilihan warga Kemboja. Hampir satu per tiga daripada populasi rakyatnya yang berjumlah 15.8 juta orang merupakan pengguna Facebook, dan rangkaian itu adalah sumber utama maklumat, terutamanya bagi golongan muda.

Ra Chhay Rath, 21, membunuh bekas isterinya di sebuah sekolah pada Khamis dan kemudian pergi ke jambatan Tsubasa di Kandal, seterunya terjun ke dalam Sungai Mekong. Hanya aksi bunuh diri itu yang disiar secara langsung, kata polis.

“Ini tidak pernah berlaku, Ini yang pertama. Kami sedang menyiasat motif pembunuhan bekas isterinya itu,” ujar jurucakap polis, Kirth Chantharith.

Jurucakap Facebook di Singapura berkata, syarikat itu tidak dapat memberi ulasan segera tentang kes tersebut.

Tahun lalu, Facebook berkata akan mengembangkan perisian mengenal pasti corak perilaku percubaan membunuh diri di Amerika Syarikat selepas ujian seumpamanya berjaya menghasilkan keputusan seperti yang diharapkan.



Source link

read more

Reman 3 Lelaki Dilanjutkan – MYNEWSHUB


PUTRAJAYA – Tempoh reman tiga lelaki termasuk seorang warga India disambung dua hari lagi bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran sijil akademik menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta di negara ini.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan reman ketiga-tiga suspek dilanjutkan mulai esok hingga Ahad selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.

Menurut laporan media, ketiga-tiga suspek berumur antara 30 dan 34 tahun yang direman lima hari bermula Isnin lepas itu ditahan dalam serbuan kira-kira 4 petang Ahad lepas di sekitar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sumber SPRM berkata sindiket terbabit dipercayai mengeluarkan sijil diploma, sarjana muda dan sarjana palsu tanpa memerlukan seseorang mengikuti kursus pembelajaran.

Mereka hanya mengambil masa seminggu untuk menyediakan sijil palsu itu dengan bayaran antara RM2,000 dan RM16,000, bergantung kepada jenis sijil dan IPTS, kata sumber itu.

Semalam, SPRM dilaporkan mereman seorang lagi suspek berumur 34 tahun selama enam hari kerana dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana terdapat banyak syarikat yang menggaji individu yang memiliki sijil palsu ini tanpa menyemak kesahihan sijil yang diberikan.

Beliau berkata perkara itu perlu diberi penekanan supaya majikan dapat menggajikan individu yang benar-benar berkelayakan untuk sesuatu jawatan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..



Source link

read more

Lelaki didakwa rogol ajak rakan jamah anak sendiri



KANPUR, India:

Dalam satu kes jenayah yang disifat amat mengejutkan masyarakat setempat, seorang lelaki ditahan selepas didakwa merogol anaknya sendiri sebelum turut menjemput dua rakan sekongkolnya untuk turut ‘menjamah’ mangsa.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 15 April lalu di bandar Sitapur dalam negeri Uttar Pradesh, India.

Menurut jurucakap polis, Martand Prakash Singh, mangsa yang berusia 35 tahun itu hanya membuat laporan polis pada hari kemudiannya.

Meskipun salah seorang suspek telah ditahan, bapa mangsa dan seorang lagi rakannya telah menghilangkan diri.

“Mangsa mempunyai seorang anak lelaki. Dia pernah berkahwin 20 tahun lalu tetapi telah berpisah, dan kini tinggal bersama ayahnya,” kata pegawai polis itu sewaktu menerangkan fakta kes.

Pada 15 April lalu, suspek telah membawa anaknya itu menghadiri sebuah pesta tahunan sekitar 70 kilometer dari ibu kota Lucknow. Dia kemudianya memanggil rakannya untuk turut serta, kata polis.

Rakan pelaku dikatakan sememangnya sering menjadi pasangan untuk mereka melakukan jenayah.

Suspek kemudiannya berjaya memperdayakan mangsa untuk pergi ke rumah salah seorang rakan lain mereka. Wanita malang itu telah dikurung di dalam sebuah bilik lebih 18 jam dan dirogol bergilir-gilir.

Mangsa bagaimanapun berjaya meloloskan diri dan pulang ke rumah sebelum menceritakan penderitaannya kepada pihak polis.

November tahun lalu, lelaki terbabit pernah ditahan selepas penduduk membuat aduan dia menjalani hubungan terlarang dengan anaknya itu. Namun dia dibebaskan dengan jaminan pada Februari lalu.



Source link

read more