Ringgit lepasi paras psikologi cecah 3.9850 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit sekali lagi melepasi paras psikologi 4.0 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh seminggu, dipacu oleh sentimen positif susulan pengumuman data pengeluaran perindustrian yang menggalakkan hari ini selain pengukuhan harga minyak mentah.

Pada 6 petang ini, ringgit ditutup pada paras 3.9850/9900 berbanding dolar AS daripada 4.0020/0070 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata ini merupakan kali kedua ringgit diniagakan di bawah paras 4.0 berbanding dolar AS dalam tempoh seminggu selepas ditutup pada 3.9950/9990 pada Isnin.

Menurut peniaga, Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) pada November yang meningkat 5.0 peratus tahun ke tahun kepada 134.8, jelas memaparkan pertumbuhan ekonomi negara ini kekal memberangsangkan selain menyuntik sentimen positif terhadap unit tempatan itu.

“Malah, peningkatan harga minyak mentah dengan penanda aras, Brent, mencecah US$69.37 setong hari ini turut melonjakkan permintaan terhadap ringgit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata pasaran kekal memberi tumpuan terhadap jangkaan kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menaikkan kadar dasar semalaman (OPR), tahun ini.

Selain dolar AS, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama dunia termasuk dolar Singapura yang menyaksikan unit Malaysia itu ditutup di bawah paras 3.0 untuk hari kedua berturut-turut dalam masa seminggu.

Ringgit ditutup pada 2.9886/9926 berbanding dolar AS daripada 2.9975/9024 sebelum ini, tinggi berbanding euro kepada 4.7605/7681 daripada 4.7776/7844 semalam dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3738/3821 daripada 5.4019/4090 semalam.

Ia juga tinggi berbanding yen kepada 3.5695/5749 daripada 3.5806/5857 pada Rabu.

— BERNAMA



Source link

read more

The Last Jedi catat kutipan lepasi AS1 bilion



FILEM paling hangat tahun ini, “Star Wars: The Last Jedi” terbitan Disney-Lucasfilm melepasi kutipan AS$1 bilion (RM4.10 bilion) bagi tempoh kurang tiga minggu.

Bagi tempoh Jumaat-Sabtu, filem itu berjaya merekod kutipan global AS$120.4 juta, dengan AS$52.8 juta dicatat bagi pasaran domestik dan AS$68 juta bagi pasaran antarabangsa.

“The Last Jedi’ juga merupakan filem ke-4 melepasi kutipan AS$1 bilion bagi tahun ini, selepas “Beauty and The Best” (AS$1.26 bilion), “The Fate of the Furios” (AS$1.24 bilion) dan “Despicable Me” (AS$1.03 bilion).

Ia kini juga jadi filem ke-8 dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Amerika Syarikat dengan AS$517.1 juta, di belakang “Rogue One: A Star Wars Story” di tangga ketujuh.

Selepas  hampir sebulan ditayangkan “The Last Jedi” terus menjadi filem nombor satu di negara seperti Denmark, Perancis, Hungary, Jerman, Iceland, Norway dan Sweden.

Ia juga ungguli carta filem di Jepun.



Source link

read more

Ronaldo, Messi, Neymar cerah lepasi halangan awal – Bola Sepak


MOSCOW 1 Dis. – Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol diletak dalam Kumpulan B bersama Portugal yang bakal diketuai oleh Cristiano Ronaldo dalam cabutan undi pusingan akhir Piala Dunia 2018, di sini, sebentar tadi.

Turut berada dalam kumpulan bersama mereka adalah Maghribi dan Iran.

Sementara itu, Brazil pula berpeluang cerah untuk melepasi pusingan peringkat kumpulan E apabila diletakkan bersama Switzerland, Costa Rica dan Serbia.

Juara bertahan, Jerman pasti mahu mempertahankan kejuaraan tersebut apabila diundi dalam kumpulan F bersama Mexico, Sweden dan Korea Selatan.

Dalam pada itu, Lionel Messi yang memainkan peranan penting buat Argentina selepas bergelut di pusingan kelayakan, bakal bersaingan di peringkat kumpulan D berdepan Iceland, Croatia dan Nigeria.

England dan Belgium pula, turut dilihat tidak berdepan masalah untuk layak ke pusingan seterusnya setelah diundi bersama Panama dan Tunisia dalam kumpulan G.

Peluang besar juga buat Perancis untuk layak ke pusingan seterusnya apabila diletakkan bersama Australia, Peru dan Denmark dalam Kumpulan C.

Tuan rumah, Rusia bakal memulakan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 dengan menentang Arab Saudi pada 14 Jun tahun depan di Moscow.

Dua lagi pasukan dalam kumpulan A adalah Mesir dan Uruguay.- AFP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons