Mugabe letak jawatan, tamatkan pemerintahan selama empat dekad – Nasional


HARARE 22 Nov. – Presiden Zimbabwe , Robert Mugabe meletak jawatan semalam, dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Parlimen, tidak lama selepas Parlimen negara ini memulakan proses pemecatan beliau sekali gus menamatkan pemerintahan hampir empat dekad pemimpin itu.

Keputusan itu yang diumumkan oleh Speaker Zimbabwe, Jacob Mudenda diraikan dengan meriah oleh sidang dewan Parlimen sekali gus menghentikan prosedur pemecatan tersebut.

Bekas ketua keselamatan yang dikenali sebagai `Buaya’, Emmerson Mnangagwa dijangka mengambil alih tempat Mugabe. – REUTERS



Source link

read more

Penduduk berpesta di Harare, Mugabe akhirnya letak jawatan – Luar Negara


Harare 22 Nov. – Hon kereta dibunyikan sepanjang jalan, begitu juga orang ramai yang berpesta di Harare iaitu ibu negara Zimbabwe selepas Presiden Robert Mugabe meletakkan jawatan selepas 37 tahun memerintah.

Pemimpin berusia 93 tahun itu akhirnya meletakkan jawatan selepas menghadapi pelbagai tekanan termasuk rampasan kuasa oleh tentera dan undi tidak percaya di parlimen.

“Kami sangat gembira akhirnya perubahan bakal berlaku,” kata Togo Ndhlalambi berusia 32 tahun.

“Kami bangun setiap pagi mengharapkan detik ini. Negara ini telah melalui situasi sangat getir.”

Selepas krisis politik yang berlarutan selama seminggu rakyat Zimbabwe meluahkan perasaan dengan pelbagai cara termasuk menarik di jalan-jalan.

“Saya gembira Mugabe letak jawatan selepas 37 pemerintahan kuku besi,” kata Tinashe Chakanetsa, 18.

Beliau berharap negara berkenaan tidak lagi ditadbir oleh seorang individu seperti sebelum ini.

“Kami memerlukan pemimpin yang dipilih rakyat. Saya berharap akan memperoleh pekerjaan selepas ekonomi negara ini pulih.” – AFP



Source link

read more

Mugabe letak jawatan | Astro Awani



HARARE: Selepas hampir empat dekad memegang tampuk pemerintahan, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe akhirnya meletak jawatan.

Perkara itu disahkan Speaker Parlimen, Jacob Mudenda yang menerima surat peletakan jawatan Mugabe.

Menurut laporan berita Reuters, keputusan Mugabe meletakkan jawatan itu dibuat secara sukarela bagi membolehkan satu peralihan kuasa yang lancar berlaku.

Krisis di negara itu bermula sejak pemimpin berusia 93 tahun itu memecat timbalannya, Emmerson Mnangagwa dua minggu lalu.

Perkara ini tidak disenangi pihak tentera negara itu yang melihatnya sebagai cubaan untuk melantik isterinya sebagai pengganti.



Source link

read more

Mugabe mesti letak jawatan- Pembangkang – Luar Negara


HARARE 17 Nov. – Pemimpin pembangkang negara ini, Morgan Tsavangirai berkata, Presiden Robert Mugabe mesti meletak jawatan demi kepentingan negara ini, selepas tentera mengambil alih kuasa kerajaan.

Mugabe, 93, mendakwa beliau masih lagi ketua negara yang sah dan menghalang rundingan yang diusahakan seorang paderi Katolik bagi membenarkan pemimpin itu melepaskan jawatan itu secara bermaruah.

“Demi rakyat, Mugabe mesti meletak jawatan serta merta,” kata Tsvangirai yang merupakan pemimpin Pergerakan Perubahan Demokratik. – REUTERS



Source link

read more

Vingada sedia letak jawatan – Bola Sepak


SEPANG 14 Nov. – Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada sedia meletak jawatan jika pengundurannya mampu merubah nasib Harimau Malaya menjadi pasukan yang lebih baik, selain menyelesaikan segala masalah yang dihadapi ketika ini.

“Kalau pemergian saya dapat menyelesaikan segala masalah yang membelenggu pasukan kebangsaan ketika ini, siapkan surat dan saya boleh tandatangani serta merta,” kata jurulatih kelahiran Portugal itu ketika ditemui sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Vingada menegaskan, dia tidak melihat prestasi hambar yang ditunjukkan anak-anak buahnya ketika tewas 1-4 kepada Korea Utara dalam dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand sebagai satu kegagalan, sebaliknya mengambil keputusan itu dari sudut positif.

Dia juga tidak menganggap semua kritikan yang dilempar kepadanya sebagai sesuatu yang negatif, namun dalam masa sama mahu semua pihak tahu bahawa tugas mengendalikan skuad Harimau Malaya tidak mudah dan kejayaan tidak boleh diraih dalam tempoh singkat.

“Saya mengambil tanggungjawab atas keputusan yang diraih kerana apabila kita tewas, saya yang mengalami kekalahan dan apabila menang, pasukan yang meraih kemenangan.

“Sememangnya tujuh perlawanan tanpa kemenangan bukan satu keputusan yang baik kerana saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini tetapi saya yakin senario ini pasti akan berbeza pada tahun depan,” katanya lagi.

Selepas membimbing Malaysia dalam tujuh perlawanan sejak tiba di negara ini pada Mei lalu, Vingada masih belum mencatat sebarang kemenangan. Kekalahan kepada Korea Utara adalah kemuncak kegagalannya, sekali gus menyebabkan Harimau Malaya gagal ke Piala Asia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PM Lebanon letak jawatan – Nasional


BEIRUT 4 Nov. – Perdana Menteri Lebanon, Saad al-Hariri membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya selepas khuatir wujud rancangan untuk membunuhnya dan mengkritik Iran serta sekutu negara itu, Hezbollah.

Pengumuman peletakkan jawatannya itu dibuat menerusi siaran secara langsung stesen penyiar tempatan.

“Kita hidup dalam suasana yang sama sebelum pembunuhan ayah saya, Rafik al-Hariri. Saya telah menghidu wujudnya rancangan untuk membunuh saya,” katanya. – REUTERS



Source link

read more

Presiden Kurdish Massud Barzani umum letak jawatan



BAGHDAD: Presiden wilayah autonomi Kurdish, Iraq, Masoud Barzani pada Ahad mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada 1 November dalam satu sidang tertutup di Parlimen, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

“Saya enggan meneruskan jawatan sebagai presiden selepas 1 November,” menurut media Rudaw Kurdistan memetik surat yang dikirim Barzani kepada sesi parlimen, diadakan di Erbil.

“Perubahan undang-undang berkaitan jawatan Presiden Kurdish atau memanjangkan tempoh perkhidmatan presiden adalah sesuatu tidak dapat diterima,” kata Barzani.

Barzani menetapkan 1 Nov sebagai tarikh untuk peletakan jawatannya dan meminta parlimen mengundi pembahagian kuasa mengenai undang-undang, ketenteraan dan pentadbiran kepada pemerintah daerah, parlimen dan badan kehakiman.

Parlimen Kurdish pada awalnya menetapkan 1 November untuk pilihan raya parlimen dan presiden di wilayah berkenaan dan di kawasan yang menjadi pertikaian antara Baghdad dan Kurdish.

Bagaimanapun, pada 24 Oktober, parlimen menangguhkan pilihan raya berkenaan selama lapan bulan, selepas pasukan keselamatan Iraq menguasai wilayah Kirkuk dan kebanyakan kawasan yang menjadi perebutan. 

Barzani, 71, seorang pemimpin kurdish veteran, mengambil alih jawatan presiden pada 2005.

Bagaimanapun, jawatan Barzani mencetuskan kontroversi, memandangkan tempohnya berakhir pada 19 Ogos 2015. 

Beliau juga merupakan pemimpin Parti Demokratik Kurdistan sejak 1979.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons