Conte terpaksa akui sukar buru gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini – Bola Sepak


LONDON 12 Dis. – Pengurus Chelsea, Antonio Conte sudah mula memberi bayangan awal untuk menaikkan bendera putih dalam kempen Liga Perdana Inggeris selepas mengakui peluang Chelsea mencabar kejuaraan sudah hampir tertutup berikutan ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Bukan itu sahaja, Conte turut berpendapat pasukannya kini perlu bergelut untuk ke saingan Liga Juara-Juara musim depan kerana prestasi yang kurang meyakinkan sejak akhir-akhir ini.

Chelsea ketika ini berada di tangga ketiga dengan 32 mata lebih dua mata dengan pasukan di tangga keempat Liverpool.

Selepas mengharungi kekalahan keempat daripada 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada West Ham, Sabtu lalu, bos Chelsea itu berpendapat aksi saingan liga tidak boleh dipandang mudah dan perlu fokus dalam semua perlawanan selepas ini termasuk menentang Huddersfield pada awal pagi esok.

“Apabila kami kalah ia tidak menggembirakan saya terutama apabila dalam 16 perlawanan, kami tewas empat perlawanan dan pengalaman mengajar saya bahawa kini semakin sukar untuk memenangi gelaran.

“Kini kami perlu berusaha untuk mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara,” kata Conte. – AFP



Source link

read more

Tiada perdamaian melainkan Baitulmaqdis bebas – Liga Arab



KAHERAH: Liga Arab pada mesyuarat tergempar Menteri-Menteri Luar di Kaherah, Mesir menyifatkan perdamaian tidak akan berlaku tanpa pembebasan Baitulmaqdis.

Malah, mesyuarat itu turut menganggap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah langkah bahaya dan tidak boleh diterima selain jenayah terang-terangan dalam penyelesaian politik berhubung konflik Palestin-Israel.

Menteri Luar Jordan, Ayman Al-Safadi berkata, pihaknya mahu keamanan sebagai pilihan strategik yang dituntut untuk semua rakyat Palentin buat selama-lamanya.

“Bagaimanapun, tidak akan ada perdamaian tanpa kebebasan melainkan Baitulmaqdis bebas dan (diiktiraf) sebagai ibu negara Palestin,” katanya pada mesyuarat tergempar itu.

BACA: Baitulmaqdis: Menteri-Menteri Luar liga Arab adakan sidang tergempar di Kaherah

Dalam pada itu, Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki mengharapkan Blok Negara-Negara Arab (Majlis Keselamatan) segera bertindak dalam menyampaikan resolusi draf kepada majlis tersebut dengan menolak keputusan Trump itu.

“Kami juga menyeru masyarakat Arab dan Muslim serta dunia secara keseluruhannya segera melawat Baitulmaqdis sebelum ia (Baitulmaqdis) menjadi mangsa kepada keputusan Amerika dan ancaman Israel,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Liga Arab,  Ahmed Aboul-Gheit berkata, keputusan kontroversial Trump itu melanggar undang-undang antarabangsa sekali gus membangkitkan persoalan mengenai usaha AS menyokong usaha perdamaian Palestin-Israel.

Katanya, peralihan dasar dalam pentadbiran Trump melemahkan keyakinan Arab serta jumlah pengesahan mengenai pendudukan Israel ke atas Palestin.

“Keputusan AS secara paksa itu hanya satu pembaziran kepada prinsip-prinsip keadilan antarabangsa. Maka sesiapa yang melaksanakan keputusan itu dilihat sebagai bertentangan dengan kehendak masyarakat dunia,” katanya.



Source link

read more

Baitulmaqdis Menteri-Menteri Luar liga Arab adakan sidang tergempar di Kaherah



KAHERAH: Menteri-Menteri Luar Arab mengadakan pertemuan di ibu kota Mesir, Kaherah dalam  satu sesi mesyuarat tergempar pada Sabtu.

Ia bagi merumuskan satu tindak balas bersama susulan kepada pengumuman satu hala Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Mesyuarat yang menghimpunkan  menteri-menteri luar dari negara-negara anggota Liga Arab itu berlangsung di tengah-tengah gelombang api kemarahan dunia terhadap keputusan pemimpin A.S itu.

Pengumuman turut mencetuskan  protes jalanan selama tiga hari di Tebing Barat dan Gaza.

Sementara itu ketua-ketua gereja Kristian terbesar dan Universiti Al-Azhar, pusat pengajian Islam pada Sabtu turut mengumumkan bahawa mereka tidak akan bertemu dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence yang dijadualkan bakal berkunjung ke Kaherah pada 20 Disember ini.



Source link

read more

RB Leipzig tersingkir daripada Liga Juara-Juara – Bola Sepak


LEIPZIG 7 Dis. – Jaringan lewat permainan daripada Anderson Talisca telah mengakhiri kempen RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara apabila kelab Jerman itu tumpas 1-2 kepada Besiktas di laman sendiri, hari ini.

Porto meraikan kemenangan 5-2 ke atas Monaco dalam aksi Kumpulan G, dan ini bermakna walaupun Leipzig melakar kemenangan, ia tidak memadai untuk mereka melepasi halangan peringkat kumpulan.

Walaupun sudah tersingkir daripada Liga Juara-Juara, Leipzig tetap mahu menjaga maruah apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan menentang juara Kumpulan G, Besiktas, terima kasih kepada Naby Keita yang menjaringkan gol tiga minit sebelum waktu sebenar perlawanan berakhir.

Pasukan pelawat meledakkan gol pembukaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Alvaro Negredo seawal minit ke-10, sebelum Talisca memastikan kemenangan kelab Turki, Basiktas pada minit ke-90. – AFP



Source link

read more

Isu Baitulmaqdis: Jordan, Palestin gesa Liga Arab adakan mesyuarat tergempar – Luar Negara


KAHERAH 6 Dis. – Jordan dan Palestin hari ini menggesa agar satu mesyuarat tergempar antara Menteri-Menteri Luar negara Arab diadakan bagi membincangkan isu pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut satu sumber diplomatik dalam Liga Arab, mesyuarat itu dijangka bersidang Sabtu ini.

Terdahulu, delegasi negara-negara anggota Liga Arab dalam satu kenyataan bersama mendakwa, tindakan Trump jika menjadi kenyataan boleh dianggap sebagai satu ‘serangan yang jelas terhadap negara-negara Arab, hak penduduk Palestin serta semua semua penduduk Islam dan Kristian’ di Baitulmaqdis.

Trump dijangka mengumumkan keputusannya itu pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia) dari White House dan mengarahkan Jabatan Negara untuk mencari kawasan bagi pembinaan kedutaan itu di Baitulmaqdis. AFP



Source link

read more

Menteri Luar Palestin gesa Liga Arab OIC bincang situasi Baitulmaqdis



RAMALLAH: Menteri Luar Palestin, Riad Al-Maliki pada Ahad menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA). 

Gesaan itu disuarakan, berikutan laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, diplomat Palestin itu mendesak mesyuarat tergempar diadakan menerusi perbualan telefon dengan ketua Liga Arab, Ahmed Abul-Gheit dan Setiausaha Agung OIC, Yousef al-Othaimeen,

Al-Maliki memberi amaran, langkah AS itu akan memberi kesan serius dan mewujudkan keadaan tidak stabil di wilayah Palestin serta rantau berkenaan.

Baitulmaqdis dilihat kekal menjadi intipati kepada konflik Israel-Palestin.

Semasa pemilihannya sebagai Presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.



Source link

read more

Trump akan isytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel Liga Arab bermesyuarat



Ramallah: Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki pada Ahad menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA). 

Gesaan itu disuarakan, di tengah laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, diplomat Palestin itu mendesak mesyuarat tergempar diadakan menerusi perbualan telefon dengan ketua Liga Arab, Ahmed Abul-Gheit dan Setiausaha Agung OIC, Yousef al-Othaimeen.

Al-Maliki memberi amaran, langkah AS itu “akan memberi kesan serius” dan “mewujudkan keadaan tidak stabil di wilayah Palestin dan rantau berkenaan”.

Baitulmaqdis dilihat kekal menjadi inti pati kepada konflik Israel-Palestin.

Semasa pemilihannya sebagai Presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.



Source link

read more

Liga Arab beri amaran peningkatan keganasan jika Jerusalem diberi kepada Israel



KAHERAH: Sebarang langkah mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat hanya akan meningkatkan aktiviti keganasan di rantau itu.

Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit pada Sabtu menegaskan perkara itu perlu diambil serius Presiden Donald Trump yang dijangka mengumumkan perkara tersebut minggu hadapan.

BACA: Trump dijangka iktiraf ‘Jerusalem’ sebagai ibu negara Israel minggu depan

Kenyataan Liga Arab terbabit dibuat sehari selepas pentadbiran Trump mengumumkan hasratnya itu pada Jumaat.

“Hari ini kami mahu menyatakan dengan jelas bahawa tindakan seperti itu tidak wajar kerana ia tidak akan memberi keamanan atau kestabilan.

“Tetapi akan menggalakkan lagi aktiviti ekstremisme dan galakan keganasan,” kata Ahmed Aboul dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman web Liga Arab.

Katanya, pengumuman yang dirancang oleh Trump jauh berbeza dengan keputusan yang dibuat presiden sebelumnya yang menegaskan status Jerusalem itu mesti diputuskan dalam rundingan dengan Palestin.

“Ia hanya memberi manfaat kepada satu pihak iaitu kerajaan Israel yang bermusuhan dengan keamanan,” katanya lagi.

Masyarakat antarabangsa sebelum ini tidak mengiktiraf dakwaan Israel terhadap semua bandar, tempat suci bagi agama Islam, Yahudi dan Kristian yang diduduki rejim dan mahu keputusan dibuat memihak kepada Palestin.

Bagi umat Islam sedunia, ‘Jerusalem’ adalah nama yang tidak diiktiraf sebaliknya mahu terus mengekalkan kedaulatan dan kebebasan Baitulmaqdis.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons