Pedati diraja teruk mahkota ini boleh buat patah tengkuk – Ratu Elizabeth luah emosi


LONDON: Buat kali pertama membuka cerita tentang upacara kemahkotaan baginda pada 65 tahun lalu, Ratu Elizabeth mendedahkan betapa tidak selesa berada dalam pedati diraja, dan betapa memakai mahkota diraja berisiko ‘patah tengkuk’.

Monarki Britain paling lama yang bertakhta itu telah ditabal sebagai ratu pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey, London, dalam satu istiadat mewah yang membawa tradisi seusang 1,000 tahun.

Reuters melaporkan, dalam satu edisi dokumentari BBC yang bakal ke udara pada Ahad, Ratu Elizabeth bercakap secara berseloroh tentang istiadat tersebut dan mahkota yang membawa peranan simbolik dalam upacara gilang-gemilang berkenaan.

“Teruk,” kata baginda mengenai perjalanan di dalam pedati emas seberat 4 tan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, iaitu tempat raja-raja monarki Inggeris dimahkotakan sejak tahun 1066.

“Ia hanya berlapik material kulit, sangat tidak selesa,” kata baginda.

Elizabeth, kini 91 tahun, cuma berumur 25 tahun ketika menjadi ratu, setelah kemangkatan ayahandanya George VI pada 1952. Kemahkotaan tersebut berlangsung pada tahun berikutnya.

“Ia suatu permulaan kehidupan seseorang yang berdaulat. Ia seperti satu pertunjukan kesatriaan yang dilakukan mengikut istiadat lama. Saya pernah menyaksikan istiadat seumpamanya (ayahanda baginda pada 1937), dan saya pula dimahkotakan dalam satu istiadat lain. Itu luar biasa,” kata Elizabeth.

Menyingkap memori peribadi baginda, Elizabeth juga mendedahkan betapa baginda bersusah-payah menyarungkan persalinan diraja, yang diperbuat daripada sutera bersulamkan mutiara, serta benag emas dan perak.

“Saya teringat pada satu masa ketika hendak berjalan atas permaidani, saya tidak boleh bergerak langsung!”

Ratu Elizabeth membuka cerita tentang pengalaman baginda dimahkotakan sebagai Ratu. - Reuters

Putera Charles sebelum ini pernah bercerita tentang pengalaman bondanya berlatih memakai Mahkota St. Edward yang seberat 2.2 kilogram tersebut ketika memandikan Charles.

Elizabeth memakai dua mahkota dalam istiadat itu – Mahkota St Edward, dan juga Mahkota Diraja ‘Imperial State’ yang bertatahkan berlian, seperti yang dikenakan ketika ke upacara rasmi seperti pembukaan Parlimen atau ketika membacakan ucapan dasar-dasar negara.

“Anda tidak boleh memandang ke bawah untuk membaca ucapan, anda perlu meninggikan kertas ucapan. Kerana jika anda berbuat demikian, tengkuk boleh patah dan mahkota akan tertanggal.

“Maka, ada beberapa kelemahan jika memakai mahkota. Namun selain daripada itu, ia adalah sesuatu yang penting,” kata Elizabeth tersenyum.

Elizabeth sebelum ini tidak pernah bersetuju untuk membuat temu bual rasmi sepanjang baginda bertakhta. Dalam dokumentari eksklusif BBC itu, baginda menceritakan pengalaman baginda di hadapan pakar istiadat kemahkotaan, Alastair Bruce.



Source link

read more

Wallahi aku mencintaimu- Leez Rosli luah rasa cinta terhadap Aepul Drama Band



PELAKON Leez Rosli akui bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan penyayang.
 
Leez meluahkan perasaannya menerusi akaun Instagram (IG) bersempena ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama penyanyi Aepul Drama Band hari ini.
 
“Perjalanan kita masih lagi jauh. Ada banyak lagi yang kami ragui (sila tabah seumur hidup ya). Ada banyak lagi yang nak di ‘argue’ kan (walaupun kami berdua jenis yang tidak suka membebel).
 
“Ada banyak lagi yang nak disabarkan dan ada banyak lagi kebahagiaan yang ingin dikongsikan bersama. InshaAllah.
 
“Tetapi, Wallahi, aku mencintaimu kerana Allah S.W.T. Harap ampa tak menyesal kahwin dengan kami sebab kami tak pernah menyesal punya suami macam ampa,”
tulisnya.
 
Selain itu, Leez juga turut mendoakan agar hubungan mereka sentiasa dirahmati dan diberkati tuhan.
 
“Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati perkahwinan/keluarga kita ini sehingga dikurniakan Mawaddah Warahmah.
 
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga wahai sahabat baikku, bekas tunangku, ‘my not too tall, dark and handsome man,’ aumm! #2712,”
coretnya.
 
Dalam pada itu, entri tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah dan peminat juga mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga akhir hayat.
 



Source link

read more

Wanita OKU Iran pecah tradisi luah hasrat cinta dedah keinginan seksual


KIRA-KIRA 10 juta orang di Iran hidup dengan status orang kelainan upaya (OKU), namun budaya yang menyelubungi isu itu suatu yang memalukan, lapor BBC.

Menurut sebuah laporan khas isu wanita oleh penulis Feranak Amidi, satu perkara yang masih dianggap tabu dalam masyarakat adalah tentang seks, apatah lagi jika hasrat seksual yang diluahkan oleh wanita OKU.

Dalam laporannya, Feranak menceritakan tentang Mitra Farazandeh, 41 tahun, yang mengalami kekurangan fizikal hidup di sebuah kampung di utara Iran.

Mitra meluahkan tentang pengalamannya sendiri yang disifatkan sebagai ‘mengecewakan’.

Pengakuan itu membuatkan Mitra mendapat sebaran meluas dalam media sosial, khususnya di negaranya sendiri yang menganggap perkara itu memecah tradisi dan tidak pernah dibicarakan selama ini secara terbuka.

Berikut adalah luahan hati Mitra, yang dikatakan mewakili perasaan kebanyakan golongan OKU yang senasib dengannya:

“Saya wanita. Saya wanita dengan kekurangan fizikal 75 peratus. Ya saya pernah merasai cinta. Saya selalu berkata bahawa orang yang tidak pernah merasai nikmat cinta adalah ibarat orang-orang di ladang – tiada nyawa.

“Ketika saya berusia 11 tahun, saya mengalami perasaan istimewa terhadap anak lelaki jiran saya. Perasaan itu tidak saya fahami.

“Pada waktu itu, saya tidak melihat diri saya sebagai manusia. Kerana kekurangan dan kecacatan, saya tidak percaya saya berhak untuk hidup. Saya menunggu detik kematian yang tidak diingini.

“Selama 14 tahun, saya benamkan rasa cinta ini dalam diri saya. Semua disimpan sendiri. Selepas 14 tahun, saya mengambil keputusan untuk mnegakuinya dan berterus terang dengan lelaki itu dan keluarga saya. Dia mengalu-alukan cinta saya, namuan keluarga saya tidak merestuinya.

“Itu membuat hidup saya umpama neraka. Namun, cinta saya terhadapnya mengajar erti mencintai diri sendiri. Ia mengubah sesuatu dalam hidup saya.

“Saya mencintai lelaki itu selama 30 tahun, walaupun kami tidak pernah bersama.

“Sejujurnya walaupun dengan kekurangan ini, saya tetap wanita dengan segala keinginan dan perasaan yang setiap wanita miliki.

MItra juga memperoleh pendapatan sendiri dengan menghasilkan dan menjuual sendiri karya seni seperti lukisan dan kerja tangan jahitan manik. - Sumber: Media sosial/Soumya Darbari

“Saya mahukan kekasih yang mendakap saya dalam tangannya dan mengusap rambut saya setiap malam. Malang sekali, ramai orang dalam budaya kita ini percaya wanita seperti saya tidak berhak untuk mencintai dan dicintai. Ini sangat menyakitkan.

“Hakikat bahawa bapa saya tidak membenarkan saya bersama orang yang saya cintai, benar-benar menyakitkan. Ramai lagi wanita serba kekurangan seperti saya menderita kerana keinginan seksual dan emosional diabaikan.

“Saya percaya perubahan yang paling penting perlu hadir dari diri sendiri. Kitalah yang perlu menerima kemampuan dan batas seksual diri sendiri.

“Kita perlu yakin bahawa kta erhak untuk hidup sepenuhnya dan menikmatinya meskipun dalam serba kekurangan. Sekali kita percaya, orang di sekeliling kita akan mula menghormati keperluan kita.

“Saya tahu, ramai wanita OKU sekeliling saya memiliki keluarga yang tidak menyedari keperluan naluri seksual mereka kerana mereka sendiri gagal untuk percaya pada diri sendiri. Jika anda tidak percaya anda layak untuk dicintai, bagaimana keluarga anda mahu mempercayainya?

“Walaupun bapa saya terus mengabaikan perasaan saya, saya tetap berbangga kerana mendedahkan emosi dan keinginan saya, Ini membolehkan saya mengatasi pelbagai cabaran dan meraih kebebasan.

“Ramai orang masih beranggapan bahawa keperluan seksual dan emosional wanita OKU bukan keutamaan. Namun, kebenarannya sungguh berbeza.

“Semua orang – lelaki dan wanita , yang mampu atau yang OKU – memiliki spektrum keperluan emosi dan seksual.

“Saya secara peribadi percaya, bahawa tenaga seksual orang OKU lebih kuat daripada mereka yang tidak pernah ada kekurangan keupayaan. Mungkin kerana ia mustahil bagi kami yang memiliki kekurangan fizikal, untuk melepaskan tenaga itu dengan cara biasa.”



Source link

read more

Neelofa luah hasrat tinggalkan dunia lakonan buat seketika



KETIKA ini semua orang pastinya sudah mengetahui tentang pelantikan pengacara dan pelakon, Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd (AirAsia).

Mungkin kerana tanggungjawab baharu itu, Neelofa merancang untuk memperlahankan kerjaya lakonannya.

Hal itu diberitahu Neelofa dalam satu temuramah bersama portal akhbar berbahasa Inggeris, News Straits Times.

“Tugas itu satu tanggungjawab dan ini bermakna saya perlu melupakan kerjaya lakonan untuk seketika,” katanya.

BACA: Lantikan ini untuk semua wanita di dunia – Neelofa

BACA: Pelantikan Neelofa atas dasar bakatnya – Tony Fernandes

BACA: Kisah Hankyu Jaya dan gadis Lancome, ibu bongkar asal usul nama Neelofa

Jika Neelofa menunaikan kata-kata itu, ini bermakna drama siri Red Velvet lakonannya bersama Alif Satar akan menjadi ‘buah tangan’ terakhirnya untuk peminat, sekurang-kurangnya untuk satu tempoh.

Bagaimanapun, pemilik jenama Naelofar ini memaklumkan akan meneruskan tugasnya sebagai hos rancangan Meletop.

“Meletop sudah menjadi sebahagian daripada diri saya sejak lima tahun lalu.

“Saya dan kru produksi, termasuklah rakan hos, Nabil Amad, sudah serasi dan selesa bekerja bersama. Saya tak mahu mengakhirinya,” ujarnya.

Tahun 2017 menjadi tahun gemilang buat Neelofa apabila turut disenaraikan dalam senarai  Forbes’ 30 Under 30 Asia 2017, selain menjadi wanita berhijab pertama dilantik mewakili produk kosmetik antarabangsa, Lancome.



Source link

read more

Ikhlas itu awak buruk itu saya – Kamal Adli luah rasa terharu terhadap Emma Maembong



KISAH cinta pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong yang kembali bertaut kini menunjukkan perkembangan positif.

Kamal dalam entri di Instagramnya menyatakan perasaan terharunya menempuhi ranjau bersama Emma sepanjang empat tahun bercinta.

Luahan rasa itu diselitkan dengan penghargaan buat kekasihnya yang telah menghadiahkan sebuah telefon pintar terbaharu iPhone X dan sanggup ke Melaka walaupun sakit.

“1,2,3 dan 4 tahun kenal this girl… macam-macamlah dia lalu dan saya lalu.. 

“Orang nak jatuhkan orang nak langgar semua kami dah kena. Tapi apa yang kami rasa biarlah kami yang simpan… Cukup korang tahu kami senyum tak perlu tahu bila kami nangis. 

Best part is dia tak pernah lupa nak apreciate moment. Orang kutuk ke apa ke buat pekak je.. Allah kan ada! Dia lagi tahu.

“Macam saya cakap minta doa yang baik-baik sahaja, tak nak duit pun. To haters, judge-lah hukumlah, Allah kan ada. 

“Okeylah sorry banyak ‘potpet’ Thank you so much for the gift! Ikhlas itu awk, buruk itu sy. Thank you sampai Melaka walaupun tak sihat,” tulisnya di Instagram.
 



Source link

read more

Anis Al-Idrus tak kisah jadi tempat luah perasaan Hafiz Hamidun



BAKAL muncul dengan single terbaharu ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun, pelakon Anis Al-Idrus akui sedia terima apa jua kontroversi yang akan timbul.
 
Anis memberitahu single keduanya berjudul “Tak Guna” itu mengisahkan mengenai luahan hati seseorang kepada kekasihnya dalam percintaan.
 
“Lirik itu ditulis sepenuhnya oleh Hafiz, saya tahu ia akan timbul pelbagai persoalan mengenai kisahnya.
 
“Apa yang saya tahu, ia merupakan luahan hati seseorang kepada kekasihnya yang menghadapi konflik dalam percintaan.
 
“Kisah selanjutnya, saya harap peminat boleh tunggu bila ia dilancarkan pada penghujung tahun ini.
 
“Saya sudah bersedia apa sahaja kontroversi yang mungkin akan terpalit kepada saya.
 
“Lagu itu sudah dirakamkan dan saya harap boleh diterima ramai,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Single pertama Anis berjudul “Mengapa” telah dilancarkan tahun lalu.
 
Mengulas mengenai bidang nyanyian, Anis memberitahu dia serius dalam bidang tersebut dan mahu ia seiring dengan kerjaya seninya yang lain.
 
“Kalau tanya sekarang apa yang saya fokus, saya sedang fokus dalam semua bidang iaitu lakonan, pengacaraan, nyanyian dan perniagaan.
 
“Saya seorang yang kuat bekerja dan saya tidak boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa.
 
“Menyanyi ini salah satunya, selepas ini mungkin ada lagi lagu terbaharu daripada saya dalam bidang ini,” katanya lagi.
 
Anis kini sedang sibuk di set penggambaran “Dia Pertama” yang menampilkannya sebagai pengacara yang akan menemuramah mereka yang telah memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang tertentu

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons