AS anggap tindakan Myanmar terhadap Rohingya sebagai “penghapusan etnik” – Luar Negara


WASHINGTON 22 Nov. – Amerika Syarikat (AS) menganggap tindakan ketenteraan Myanmar ke atas penduduk Rohingya sebagai “penghapusan etnik” dan negara kuasa dunia itu akan mengenakan tindakan sekatan terhadap pihak terbabit.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menganggap tindakan itu sebagai kekejaman yang dahsyat.

“Selepas analisis secara berhati-hati terhadap fakta yang ada, ia jelas situasi di utara Rakhine sebagai penghapusan etnik terhadap Rohingya,” kata Tillerson dalam kenyataan di sini hari ini. – REUTERS



Source link

read more

Dua pesawat Boeing dilelong dalam laman sesawang di China – Luar Negara


BEIJING 22 Nov. – Dua buah pesawat Boeing 747 dilaporkan telah berjaya dilelong menerusi sebuah laman sesawang, Taobao pada harga melebihi 320 juta yuan (RM199.56 juta) di China.

Menurut BBC, pesawat jumbo itu milik sebuah syarikat kargo yang telah lama diisytiharkan bangkrap oleh mahkamah.

Difahamkan, pesawat terbabit dilelong secara dalam talian selepas enam proses lelongan biasa menemui jalan buntu sebelum ini.

Acara lelongan yang menarik lebih 800,000 tontonan itu memperoleh 26 bidaan dengan pembida tertinggi dipercayai datang daripada syarikat pengangkut China, SF Airlines.



Source link

read more

Aktor, penyanyi David Cassidy meninggal dunia – Luar Negara


LAS VEGAS 22 Nov. – Aktor dan penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS), David Cassidy dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun hari ini.

Cassidy yang dikenali menerusi siri televisyen popular tahun 70-an, The Partridge Family sebelum diangkat menjadi idola pop remaja ketika itu dimasukkan ke hospital minggu lepas selepas mengalami masalah kegagalan organ berfungsi.

“David (Cassidy) menghembuskan nafas terakhirnya dengan dikelilingi saudara tercinta serta hati dan jiwa yang bebas selepas lama hidup dalam keadaan menderita,” kata keluarganya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan BBC.



Source link

read more

Kelantan cari jurulatih luar – Bola Sepak


KOTA BHARU 21 Nov. – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) lebih berminat untuk mendapatkan jurulatih dari luar negara bagi membimbing The Red Warriors (TRW) musim depan.

Bibi Ramjani Ilias Khan

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, setakat ini pihaknya sudah mempunyai dua calon jurulatih import yang dalam pemerhatian dan penilaian pengurusan persatuan itu.

“Kita tidak mahu mendedahkan calon-calon jurulatih itu kerana mereka dalam pemerhatian dan penilaian kami,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, Kafa mengumumkan penolong jurulatih Kelantan, Santhit Bensoh diberi tugas mengendalikan latihan skuad TRW sehingga ketua jurulatih baharu dilantik.

Bibi Ramjani berkata, antara faktor jurulatih import menjadi perhatian ialah pihaknya mahu kelainan teknik yang diterapkan kepada pemain bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia.

“Kita tahu pemain yang mewakili Kelantan adalah pemain muda, jadi mungkin teknik tertentu boleh dipelajari daripada jurulatih luar,” katanya.

Sementara itu, katanya lagi, Kafa akan menguji lima pemain import dari Amerika Latin dalam sesi perlawanan persahabatan tidak lama lagi. – BERNAMA



Source link

read more

Parlimen Zimbabwe terima cadangan undi tidak percaya terhadap Mugabe – Luar Negara


HARARE, 21 Nov. – Parlimen Zimbabwe hari ini menerima cadangan undi tidak percaya terhadap Presiden Robert Mugabe selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa minggu lalu.

Speaker, Jacob Mudenda berkata, parlimen akan bersidang bagi memulakan undi tidak percaya terhadap presiden berusia 93 tahun itu yang turut enggan melepaskan jawatan walaupun telah dipecat oleh partinya, semalam. – REUTERS



Source link

read more

Penduduk berpesta di Harare, Mugabe akhirnya letak jawatan – Luar Negara


Harare 22 Nov. – Hon kereta dibunyikan sepanjang jalan, begitu juga orang ramai yang berpesta di Harare iaitu ibu negara Zimbabwe selepas Presiden Robert Mugabe meletakkan jawatan selepas 37 tahun memerintah.

Pemimpin berusia 93 tahun itu akhirnya meletakkan jawatan selepas menghadapi pelbagai tekanan termasuk rampasan kuasa oleh tentera dan undi tidak percaya di parlimen.

“Kami sangat gembira akhirnya perubahan bakal berlaku,” kata Togo Ndhlalambi berusia 32 tahun.

“Kami bangun setiap pagi mengharapkan detik ini. Negara ini telah melalui situasi sangat getir.”

Selepas krisis politik yang berlarutan selama seminggu rakyat Zimbabwe meluahkan perasaan dengan pelbagai cara termasuk menarik di jalan-jalan.

“Saya gembira Mugabe letak jawatan selepas 37 pemerintahan kuku besi,” kata Tinashe Chakanetsa, 18.

Beliau berharap negara berkenaan tidak lagi ditadbir oleh seorang individu seperti sebelum ini.

“Kami memerlukan pemimpin yang dipilih rakyat. Saya berharap akan memperoleh pekerjaan selepas ekonomi negara ini pulih.” – AFP



Source link

read more

Video ahli politik India buang air kecil jadi tular – Luar Negara


MUMBAI 20 Nov. – Seorang ahli politik India menjadi perhatian ramai apabila rakaman video yang menunjukkan beliau sedang membuang air kecil di khalayak ramai menjadi tular.

Ram Shinde yang merupakan Menteri Pemuliharaan Air di negeri Maharashtra dirakam membuang air kecil di tepi jalan pada Sabtu lalu.

Penularan video berkenaan memberi tamparan hebat kepada kerajaan India yang berusaha melarang orang ramai daripada melakukan tindakan tersebut di khalayak ramai. – AFP



Source link

read more

Penjenayah Twitter disabitkan kesalahan – Luar Negara


TOKYO 20 Nov. – Suspek pembunuhan sembilan mayat tanpa kepala yang dijumpai di sebuah kawasan pangsapuri di pinggir Tokyo bulan lalu disabitkan kesalahan pertama hari ini.

Takahiro Shiraishi, 27, dipercayai memperdaya sembilan mangsanya, kebanyakannya wanita ke kediamannya sebelum melakukan pembunuhan selepas mengetahui mereka memuat naik status ingin membunuh diri di Twitter.

Shiraishi mengaku membunuh kesemua mereka dan hari ini dia disabitkan kesalahan melakukan pembunuhan pertama terhadap Aiko Tamura. – AFP



Source link

read more

VjQyZkBjTurki keluar waran tangkap kepada 107 guru – Luar Negara


VjQyZkBj

ISTANBUL 20 Nov. – Pihak berkuasa Turki mengeluarkan waran tangkap kepada 107 orang guru yang disyaki terlibat dalam cubaan rampasan kuasa tahun lalu.

Seramai 51 orang telah ditahan di Ankara selepas pendakwa raya tempatan mengeluarkan waran tersebut.

Kesemua guru berkenaan sebelum ini digantung bertugas sepanjang siasatan terhadap mereka dijalankan. – REUTERS



Source link

read more

Lima tebusan Abu Sayyaf diselamatkan – Luar Negara


MANILA 20 Nov. – Tentera Filipina berjaya menyelamatkan lima nelayan tempatan daripada kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Lima nelayan itu dijadikan tebusan selama 35 hari sejak mereka ditahan oleh kumpulan berkenaan berdekatan Kepulauan Sulu.

Ketua Tindakan Mindanao Barat Filipina, Leftenan Jeneral Carlito Galvez berkata, kesemua tebusan berjaya melarikan diri ketika tentera kerajaan berbalas tembakan dengan Abu Sayyaf.

Tambahnya lagi, tentera sedang berusaha menyelamatkan 17 lagi tebusan termasuklah seorang warga Belanda, Vietnam, lima rakyat Indonesia dan 10 penduduk tempatan. – BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons