Gara-gara lubang najis AU desak Trump mohon maaf


WASHINGTON: Kesatuan Afrika (AU) yang mewakili negara-negara benua Afrika mendesak permohonan maaf daripada Presiden Donald Trump, kerana gelaran ‘lubang najis’.

Pejabat kesatuan itu yang berpangkalan di Washington menyatakan ia terkejut, kecewa dan marah gelaran berkenaan dan menyifatkan pentadbiran Trump mempunyai anggapan yang salah terhadap negara di benua Afrika.

“Kenyataan berbaur perkauman oleh Trump, menghina warga Amerika Syarikat yang menghormati kepelbagaian martabat manusia.

“Kesatuan Afrika percaya wujud salah faham besar terhadap negara-negara di dalam blok kami, oleh pentadbiran White House ketika ini,” jelas AU dalam satu kenyataan.

Kenyataan celupar Trump terhadap pendatang asing di negara itu dibuat ketika satu mesyuarat bersama anggota Kongres.

Beliau mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump

Sehari selepas membuat kenyataan itu, Trump tampil buat penafian, menerusi akaun Twitternya.

BACA: Presiden Trump nafi terlepas cakap

Kesatuan Afrika mewakili 55 anggota negara di seluruh benua.



Source link

read more

Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis – Donald Trump



PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terus mengeluarkan kenyataan celuparnya terhadap pendatang asing di negara itu.

Kali ini Trump mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’.

Memetik laporan The Washington Post, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House pada Khamis.

“Mengapa kita benarkan rakyat dari negara ‘lubang najis’ datang ke negara ini?,” persoal Trump di hadapan pembuat dasar dari Republikan dan Demokrat.

Kenyataan berbaur penghinaan dari Presiden ke-45 AS itu merujuk kepada beberapa negara iaitu Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.

White House tidak membuat penafian sebaliknya mempertahankan kenyataan Trump itu yang telah disebar secara meluas oleh media AS.

“Ada dalam kalangan ahli politik Washington yang memilih untuk berjuang bagi negara asing, namun Trump sentiasa berjuang untuk rakyat Amerika,” jelas jurucakap White House Raj Shah menerusi satu kenyataan.

Jelas Shah lagi Trump ketika ini berjuang bagi mendapatkan penyelesaian muktamad dalam isu pendatang di negara itu.

“Matlamat Trump hanya pendatang yang mampu menyumbang kepada kekuatan ekonomi dan keutuhan masyarakat dibenarkan menetap di negara itu,” tambah Shah ketika mepertahankan tindakan ketuanya itu.

The New York Times tiga minggu lalu melaporkan Trump mengeluarkan kenyataan menghina terhadap pendatang Haiti dengan mendakwa mereka semua dijangkiti AIDS.

Kenyataan itu dibuat Trump dalam mesyuarat berkaitan pendatang pada Jun lalu.

Trump pada awal tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila mengharamkan sementara pelancong dari Syria dan enam negara Islam lain iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman dari memasuki AS.

Dakwaan Trump itu bertujuan menghalang AS daripada jadi sasaran serangan pengganas.



Source link

read more

Kaki murid prasekolah tersangkut di lubang tandas sekolah


KENINGAU: Hari pertama persekolahan menjadi mimpi ngeri buat seorang murid prasekolah lelaki selepas kaki kirinya tersangkut di lubang mangkuk tandas di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Paganatan, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi Selasa, mangsa kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu dikatakan pergi ke tandas sekolah itu untuk membuang air kecil sebelum tergelincir sehingga kakinya terpelosok ke lubang terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Mudi Pangiran berkata, kejadian itu disedari oleh guru-guru tadika berkenaan yang terdengar mangsa menjerit dan menangis sebelum mereka menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau untuk meminta bantuan.

Murid prasekolah terpaksa berdepan detik cemas selepas kaki kirinya tersangkut pada lubang tandas selama setengah jam.
“Kita menerima panggilan pada pukul 9.25 pagi sebelum sebuah jentera dan turut dibantu oleh kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke sekolah itu.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun dipercayai tergelicir di tandas sekolah dengan keadaan kaki kirinya tersangkut di dalam lubang tandas,” katanya, ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dibawa semula ke kelasnya selepas berjaya diselamatkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut dengan menggunakan kaedah sabun sebagai pelincir.

Jelasnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan sudah mendapatkan rawatan oleh sepasukan anggota ERMS yang turut berada di lokasi kejadian.

Operasi itu ditamatkan pada jam 9.58 pagi tadi.



Source link

read more

Tiga sekeluarga maut terhidu gas beracun ketika gali lubang najis



PASURUAN: Semalam, kita dikejutkan dengan berita empat sekeluarga di Lombok Timur yang maut seorang demi seorang akibat terkena renjatan elektrik di sawah milik mereka.

Hari ini, khabar mendukacitakan dengan jalan cerita yang hampir sama pula berlaku di Pusuruan, Indonesia pada Rabu.

Menurut laporan media tempatan, tiga sekeluarga terkorban pada 8.40 pagi tadi setelah terhidu gas beracun di belakang rumah mereka.

Menurut laporan portal Warta Bromo, ketika kejadian, si ayah Suparno, 40 tahun, yang dibantu anaknya Junaidi, 20 tahun, dikatakan sedang menggali lubang tangki septik baharu di belakang rumah ekoran tangki lama yang sudah penuh dan tidak lagi berfungsi.

Dikhabarkan lubang yang digali Suparno sejak beberapa hari lalu hanya terletak kira-kira 30 cm di sebelah tangki lama tersebut.

Suparno sempat menggali lubang sedalam lebih 4 meter apabila secara tiba-tiba dinding tanah itu bocor dan air kumbahan serta gas beracun daripada tangki septik lama mencurah masuk dan memenuhi lubang yang baru digali.

Suparno yang berada di dalam lubang tersebut terendam di dalam air limpahan selain melemah setelah dipercayai terhidu gas beracun daripada tangki septik tersebut.

Melihat keadaan ayahnya, Junaidi cuba memberi bantuan dengan menariknya keluar dari lubang sambil berteriak meminta pertolongan. Tetapi malang bagi Junaidi apabila dia juga terhidu gas beracun dan pengsan.

Mujiono, 45 tahun, yang terdengar teriakan anak saudaranya Junaidi meluru ke lokasi kejadian dan cuba menyelamatkan kedua-dua mereka.

Malang baginya apabila dia sendiri turut rebah dan pengsan.

Seorang lagi ahli keluarga, Jamin, 65 tahun, iaitu ayah kepada Suparno yang tiba seketika kemudian cuba memberikan pertolongan kepada dua anak dan cucunya itu, namun dia sendiri rebah dan tidak sedarkan diri.

Penduduk yang menyedari kejadian itu berjaya menarik keluar kesemua mangsa yang terjatuh ke dalam lubang septic tersebut, namun hanya Jamin yang berjaya diselamatkan.

Ketiga-tiga mangsa yang lain disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit Pusdik Shabara Porong, manakala Jamin masih dirawat dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Polis Indonesia mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.



Source link

read more

Nahas lubang pembinaan PBT perlu pantau kontraktor – Lam Thye


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab mengeluarkan permit operasi bagi sesuatu kerja pembinaan perlu memantau setiap kerja yang dijalankan kontraktor di lokasi.

Tegas Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, kegagalan berbuat demikian akan mendorong kontraktor yang tidak bertanggungjawab menjalankan kerja pembinaan dengan secara sambil lewa sehingga mengabaikan keselamatan.

“Sudah pasti kemalangan yang berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut selepas terhumban ke dalam lubang di Kuching (semalam) adalah kerana kontraktor gagal mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Namun insiden tersebut membongkarkan kekurangan pengawasan atau pengauditan terhadap kawasan kerja yang dibuat pihak kontraktor,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini, hari ini.

BACA: Motosikal terhumban ke dalam parit, penunggang maut

Lubang yang dikorek untuk kerja penyelenggaraan sistem perparitan dan saliran yang tidak dihadang dengan rapi di menyebabkan seorang lelaki, Dina Dzulkarnain Asan, 29, maut selepas terperosok ke dalam lubang tersebut bersama motosikal ditunggangnya.

Kejadian dekat Hotel Merdeka Palace, Padang Merdeka itu berlaku sekitar 7.15 pagi.

Lokasi kerja projek selenggara tidak miliki ciri keselamatan ditetapkan SOP

Kata Lam Thye lagi, ia disebabkan pihak kontraktor tidak mematuhi prosedur keselamatan yang sepatutnya, seperti pemasangan penghadang dan papan tanda amaran yang sesuai di tempat yang betul.

“Tidak ada papan tanda amaran yang jelas diletakkan di lokasi, manakala hanya penghadang diperbuat daripada polikarbonat (PC) malah diletakkan betul-betul pada tebing lubang tersebut.

“Sepatutnya penghadang konkrit digunakan dan perlu diletakkan di tempat yang sesuai supaya tidak mengakibatkan kemalangan berlaku dengan mudah,” tegasnya.

Beliau berulang kali menekankan supaya pihak PBT tidak ambil sambil lewa dan perlu sentiasa menjalankan pengauditan untuk memastikan kontraktor ikut dan patuh segala SOP lebih-lebih lagi berkaitan aspek keselamatan orang awam dan pekerja sendiri.

Tindakan tegas seperti menarik balik permit kerja boleh dibuat dengan segera terhadap kontraktor yang gagal berbuat demikian, tidak perlu menunggu sehingga ada kemalangan maut berlaku untuk bertindak.



Source link

read more

Nahas lubang pembinaan JKKP keluarkan notis larangan projek



KUCHING: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)  telah mengeluarkan notis larangan ke atas projek pembinaan saliran air ribut di Jalan Tun Abang Haji Openg, di sini semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini JKKP berkata, notis larangan itu dikeluarkan susulan siasatan yang dijalankan selepas insiden kematian seorang penunggang motosikal di lokasi projek mendapati projek pembinaan tersebut gagal memasang penghadang bagi kerja pengorekan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bersama Pihak Berkuasa Tempatan yang lain bagi mengenal pasti punca berlakunya kemalangan.

“JKKP akan mengambil tindakan perundangan sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) ke atas pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

BACA: Motosikal terhumban ke dalam parit, penunggang maut

BACA: Nahas lubang pembinaan, PBT perlu pantau kontraktor – Lam Thye

JKKP turut menggesa agar semua kontraktor projek pembinaan dapat mematuhi dan mempertingkatkan elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) terutamanya aktiviti dan projek pembinaan yang melibatkan orang awam bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

“JKKP berasa amat sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini,” kata kenyataan itu.

Dalam kejadian pagi semalam, Dina Dzulkarnain Asan, 29, maut  apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang projek tersebut.

Mangsa ialah anak kepada Timbalan Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan bekas editor sukan akhbar Kosmo!,  Asan Ahmad Ibin.

— BERNAMA



Source link

read more

Wanita terjatuh ke dalam lubang 8 meter selama tiga hari



NEW SOUTH WALES : Seorang wanita dari Lightning Ridge, New South Wales, Australia bernasib malang apabila hasratnya untuk mengambil angin pada petang Jumaat lalu mengundang padah.

Cynthia Charty terjatuh ke dalam lubang sedalam 8 meter selepas kakinya tersadung dawai berduri dalam keadaan tersembam.

Bagaimanapun nasibnya masih baik apabila pihak polis daerah itu melakukan pencarian beliau menggunakan drone pada Ahad.

Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan selamat namun mengalami beberapa kecderaan akibat luka pada bahagian muka dan kaki.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons