Mangsa banjir lumpur selatan California mula bersihkan kediaman



CALIFORNIA: Penduduk Bandaraya Selatan California mula membersihkan kediaman mereka yang dilanda banjir lumpur tempoh hari selepas pasukan mencari dan menyelamat selesai melakukan pencarian .

Sejak kejadian banjir lumpur itu lebih 1,200 anggota dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Montecito adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan kadar populasi penduduknya 9,000 orang.

Kejadian itu dianggap malapetaka paling tragis di kawasan berkenaan selepas meragut 18 nyawa penduduk.

Pasukan SAR sebelum ini berdepan dengan kesukaran disebabkan faktor lumpur yang terlalu tebal untuk meneruskan kerja-kerja mencari mangsa yang masih lagi gagal dikesan.

Malah kesan banjir lumpur itu juga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil masa agak lama untuk mengalihkan runtuhan dan bongkah binaan yang besar sekali gus melambatkan proses pencarian.



Source link

read more

Ditimbus banjir lumpur kanak-kanak 2 tahun berjaya ditarik keluar



SANTA BARBARA: Kanak-kanak dua tahun antara mangsa yang berjaya ditarik keluar dari timbunan lumpur akibat banjir yang melanda Selatan California.

Mangsa itu diselamatkan selepas tangisannya didengari orang awam dan lantas meminta pertolongan pasukan penyelamat.

Dia dikejarkan ke hospital dan mengalami kecederaan pada pinggulnya.

“Saya tidak tahu bagaimana kanak-kanak itu boleh terselamat, “ ujar Berkeley Johnson, yang merupakan seorang saksi dan juga penduduk di kawasan berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Johnson berkata hujan telah berlarutan selama satu jam sebelum banjir lumpur tersebut melanda.

Jelasnya, dia dan isteri terdengar tangisan selepas hujan reda dan mereka berjaya menaiki bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.

Pasangan itu kemudian menyertai pasukan bomba untuk menarik keluar kanak-kanak yang tertimbus itu.

“Sekiranya kami tidak ke sana, saya rasa kanak-kanak itu tidak akan selamat,’ ujarnya lagi.

Menurut polis, 17 orang masih hilang dan jumlah kematian meningkat pada petang Rabu selepas dua lagi mayat dijumpai.

Lebih dari 50 orang berjaya diselamatkan namun masin banyak tempat tidak dapat diakses.

Beberapa jalan terpaksa ditutup, termasuk lebuh raya ‘U.S. Route 101’ yang tidak akan dibuka semula sehingga Isnin.



Source link

read more

13 terbunuh banjir lumpur dan tanah runtuh di California


LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dan ribuan lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Selatan California pada Selasa apabila berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh susulan hujan lebat yang luar biasa.

Tanah runtuh dilaporkan berlaku terutamanya di kawasan cerun di mana satu siri kebakaran hutan terjadi bulan lalu, memusnahkan kawasan tanaman yang dilindungi.

Hujan turun dengan lebat awal pagi Selasa selepas ribuan penduduk Santa Barbara County di kawasan pantai Los Angeles diarahkan berpindah.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Jabatan Bomba Santa Barbara, Amber Anderson, hanya kira-kira 10 hingga 15 peratus yang mematuhi arahan mandatori itu.

BACA: Angin kencang semarakkan ‘Thomas Fire’ di California

BACA: Kebakaran: California kini bagaikan “neraka dunia”

Petugas kecemasan, menggunakan anjing dan helikopter, berusaha menyelamatkan berpuluh-puluh orang yang terkandas di dalam runtuhan, katanya.

Tanah runtuh menumbangkan pokok dan memusnahkan kereta, manakala banjir lumpur yang tebal melanda blok-blok rumah, kata Sheriff Santa Barbara County, Bill Brown, pada satu sidang akhbar.

“Paling tepat untuk saya katakan, ia kelihatan seperti medan perang pada masa Perang Dunia Pertama,” kata Brown.

Susulan timbulnya ancaman tanah runtuh, pihak berkuasa daerah mengarahkan 7,000 penduduk di kawasan itu meninggalkan rumah mereka sebelum hujan turun dan meminta 23,000 yang lain berpindah secara sukarela.

Pusat penempatan telah ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada mangsa banjir lumpur dan tanah runtuh.

Kebakaran hutan bulan lalu, yang terbesar dalam sejarah California, membuatkan kawasan itu terdedah kepada kejadian gelongsoran lumpur.



Source link

read more

Lapan bayi penerima pertama ADAM50 di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Seramai lapan bayi dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari pertama tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, lima adalah bayi lelaki manakala selebihnya perempuan yang mana kesemua bayi comel itu dilahirkan antara pukul 12:00 tengah malam hingga 1 pagi hari ini.

Paling istimewa, mereka adalah antara kumpulan bayi terawal yang menerima Insentif Khas Amanah dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) bermula tahun ini.

Rata-rata ibu yang ditemui teruja kerana anak-anak mereka menjadi bayi pertama penerima ADAM50 seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2018.

nsentif khas tersebut telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Abdul Rahman Ahmad di Pusat Latihan Obstetrik Dan Ginekologi, HKL hari ini.

Insentif khas tersebut telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Abdul Rahman Ahmad di Pusat Latihan Obstetrik Dan Ginekologi, HKL hari ini.

Menurut beliau, inisiatif ADAM50 layak untuk semua bayi warganegara Malaysia yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

“Saya ingin menggalakkan kesemua ibu bapa agar ke cawangan PNB yang terdekat selepas memperolehi sijil kelahiran anak untuk mendapatkan insentif RM200 secara percuma.

“Ibu bapa juga digalakkan untuk menambah perlaburan di ADAM50 yang mana simpanan boleh dilakukan sehingga RM200,000,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusof.

Penyerahan juga turut diadakan di 30 lokasi lain seprti Kota Bharu, Pulau Pinang dan Shah Alam.

ADAM50 adalah insentif baru yang diperkenalkan dalam Bajet 2018 dan mula dilaksanakan pada 1 Januari ini yang akan memanfaatkan kira-kira 2.8 juta bayi di negara ini.

Kos keseluruhan ADAM50 yang akan dilaksanakan selama lima tahun bermula 2018 sehingga 2022 itu dianggarkan mencecah RM560 juta.

Melalui ADAM50, kesemua bayi warganegara Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan menerima insentif percuma sebanyak 200 unit yang akan dikreditkan secara automatik selepas proses pendaftaran dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga ke dalam tabung unit amanah kendalian anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).



Source link

read more

130 maut puluhan hilang akibat banjir lumpur Filipina



MANILA: Ribut tropika yang melanda selatan Filipina sejak Khamis lalu setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 130 orang.

Pihak berkuasa bencana Filipina mengesahkan, mangsa maut akibat kejadian banjir lumpur di lima daerah, iaitu Tubod, El Salvador, Munai, Sibuco dan Salug. 

Hujan lebat beserta angin kuat menyukarkan usaha pencarian puluhan lagi mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus di dalam tanah.

Menurut laporan Biro Cuaca Filipina, kelajuan ribut tropika terbabit kini mencecah 80 kilometer sejam dan dijangka bergerak ke arah barat Laut Sulu.

Filipina merupakan negara yang sering berdepan ribut taufan, sekurang-kurangnya 20 kali setahun, dan ia biasanya melanda wilayah selatan negara itu.

Minggu lalu, 46 orang disahkan maut selepas ribut taufan melanda wilayah tengah Filipina.

Setakat ini rekod tertinggi mangsa dicatatkan pada kejadian Taufan Haiyan pada 2013 yang mengorbankan hampir 8,000 orang dan membuatkan lebih 200,000 keluarga hilang tempat tinggal.



Source link

read more

Gunung Agung Harap dapat balik Kuala Lumpur esok – Pelancong Malaysia



Kuala Lumpur: Susulan amaran gunung berapi di Bali dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi kepada peringkat tertinggi hari ini, pelbagai reaksi membanjiri media sosial.

“Harap dapat balik Kuala Lumpur esok dari Bali,” kata seorang pelancong dari Malaysia, Haaziq Zahar di Twitter yang kini sedang bercuti di Bali. 

Dalam tweet yang sama, beliau menerima banyak mesej dari rakan-rakan yang risau tentang keadaan di Bali.

Beliau menjelaskan bahawa keadaan di Kuta dan Seminyak, Bali masih terkawal dan ada yang masih berada di pulau eksotik itu untuk bercuti.

Menerusi perkongsian beliau di Twitter, Haaziq tiba di Bali pada 25 November. Seorang lagi netizen bernama Nazleen Syahira meluahkan kerisauan oleh kerana penerbangan beliau dari Brisbane ke Kuala Lumpur  dalam transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali yang ditutup sementara waktu.

“Harapnya saya dapat balik Malaysia minggu ini. Semoga dipermudahkan semuanya,” katanya di laman Facebook hari ini.

Di Twitter khususnya, sebuah video dikongsikan Gerry Soejatman memaparkan aksi beberapa penumpang berang kerana penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan.

Gerry menyifatkan penumpang-penumpang ini tidak memikirkan keselamatan nyawa masing-masing.

Selain itu, ini pula beberapa perkongsian pelancong-pelancong yang masih terkandas di lapangan terbang Bali sehingga ke saat ini.

Tidak hanya di penerbangan keluar dari Bali yang terjejas malah semua penerbangan yang dijadual menuju ke sana turut dibatalkan.

Ini pula satu perkongsian pengguna Twitter yang juga terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).

Selain itu, sebuah perkongsian info grafik dikongsi menerusi akaun Twitter Perhubungan Udara Indonesia.

Info grafik ini dikongsi bertujuan bagi memberi pemahaman kepada orang ramai tentang impak debu gunung berapi kepada sesebuah penerbangan.

BACA: Gunung Agung meletus lagi



Source link

read more

Malaysia Airlines batalkan penerbangan Kuala Lumpur – Denpasar esok



KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines membatalkan penerbangan untuk sektor Kuala Lumpur dan Denpasar-Bali pada esok ekoran letusan Gunung Agung, Bali Indonesia.

Para penumpang telah diberitahu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada lewat petang Ahad dan nasihat perjalanan juga dipaparkan di laman web syarikat penerbangan, laman sosial Facebook dan Twitter.

Malaysia Airlines sedang mengawasi situasi itu secara rapat dan akan menyesuaikan operasi penerbangannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai dan berlepas dari lapangan terbang itu apabila perlu.

Kerana keadaan itu, Malaysia Airlines akan membenarkan penumpang yang terjejas untuk:

1. Bayaran balik sepenuhnya atau penangguhan perjalanan sehingga akhir bulan Februari 2018.

2. Pertukaran destinasi (tertakluk kepada kekosongan kerusi) ke Jakarta, Surabaya atau mana-mana destinasi penerbangan Malaysia Airlines dalam ASEAN.

Untuk maklumat lanjut, penumpang boleh menghubungi 1 300 88 3000 (di Malaysia) atau +603 7843 4000 (untuk di luar Malaysia).

Aspek keselamatan sangat penting dan dititikberatkan Malaysia Airlines.



Source link

read more

Kuala Lumpur kekal 10 destinasi pelancongan popular dunia



KUALA LUMPUR dijangka mengekalkan kedudukannya di tangga kesepuluh dalam senarai destinasi pelancongan paling popular di dunia pada tahun ini, menurut senarai 100 destinasi terbaik di dunia yang dikeluarkan oleh Euromonitor International.

Dengan kemasukan 12.3 juta pelancong ke Kuala Lumpur pada 2016, angka ini dijangka meningkat kepada 12.8 juta pada 2017, iaitu peningkatan pelancongan sebanyak 4.5% berbanding tahun lalu.

Menurut laporan ini, bandar-bandar Asia mendominasi kedudukan global, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan bilangan pelancong China di rantau ini.

Enam daripada sepuluh destinasi terbaik itu terdiri daripada bandar-bandar di Asia yang mana Hong Kong menduduki tangga pertama buat sembilan tahun berturut-turut dengan 26.6 pelawat pada tahun 2016 diikuti oleh Bangkok, Singapura, Macau, Shenzhen dan Kuala Lumpur.

Penganalisis Kanan Pelancongan Euromonitor International, Wouter Geerts berkata Asia Pasifik menjadi rantau yang menonjol dalam memacu perubahan dalam pelancongan.

“Kami menjangka rantau ini terus berkembang dalam dekad yang akan datang.

“Singapura akan mengatasi London sebagai bandar ketiga paling kerap dikunjungi pelancong menjelang 2025,  memberikan podium sepenuhnya kepada Asia,” kata Geertz dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, prestasi bandar-bandar Eropah telah terjejas disebabkan oleh krisis Eurozone dan pendatang asing, implikasi Brexit dan serangan pengganas.

Namun begitu, beberapa destinasi Eropah, khususnya Greece, Itali dan Sepanyol menduduki kedudukan yang lebih baik akibat pergolakan di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Senarai destinasi perlancongan terbaik di dunia pada 2016:

1. Hong Kong: 26.6 juta pelancong
2. Bangkok: 21.2 juta pelancong
3. London: 19.2 juta pelancong
4. Singapura: 16.6 juta pelancong
5. Macau: 15.4 juta pelancong
6. Dubai: 14.9 juta pelancong
7. Paris: 14.4 juta pelancong
8. New York: 12.7 juta pelancong
9. Shenzhen: 12.6 juta pelancong
10. Kuala Lumpur: 12.3 juta pelancong

Berpusat di London, Euromonitor International merupakan pembekal perisikan perniagaan global dan analisis pasaran strategik terkemuka dunia.

Edisi World Travel Market (WTM) 2017 mengklasifikasikan 100 destinasi terkemuka di dunia itu berdasarkan dari segi ketibaan pelancong antarabangsa pada 2016 termasuk data ramalan untuk 2017 sehingga 2025.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons