Janji Zehan dedah bulan madu Fazura dengan lelaki Iran



KUALA LUMPUR: Filem televisyen terbaru Astro First Eksklusif – Janji Zehan buat julung kalinya menggandingkan lakonan Nur Fazura dan pelakon berbakat besar dari Iran, Amir Rezazadeh.

Filem yang judul asalnya ‘Lahzeye Bi Payan’ (dalam detik masa tidak berpenghujung) ini juga mengangkat keindahan panorama negara timur tengah itu dengan keunikan budaya masyarakatnya yang jarang diterokai filem tempatan.

Diarahkan Bernard Chauly dan Zabrina Fernandes, filem ini melakukan keseluruhan pengambaran di 43 lokasi sekitar Iran antaranya Shiraz, Kota Persepolis dan bandar tertua Yazd.

Menurut Bernard, Iran dipilih kerana beliau cuba lari dari stereotaip filem romantis yang kebanyakannya berlatar belakangkan negara Eropah.

“Bila bercakap mengenai bulan madu, ramai akan terfikirkan Paris, Itali dan sebagainya. Tapi itu yang kita cuba lakukan, lari dari kebiasaan. Iran adalah negara yang sangat cantik, romantik dan puitis – itu antara kelainan filem ini,” katanya.

Manakala bagi Zabrina, sebagai pengarah, beliau berkata selain kecantikan negara iran yang banyak ditonjolkan, lakonan matang Fazura juga antara sebab filem ini harus ditonton semua.

Bagi pelakon utamanya, Fazura, pengalaman berlakon di Iran sememangnya jauh meleset dari sangkaannya sebelum tiba di negara itu.

“Satu pengalaman yang baik untuk saya, walaupun ramai yang risau dengan keselamatan saya ketika di sana. Apa yang pasti apa yang kita dengar tentang Iran kebanyakannya tidak benar. Ia sebuah negara yang selamat, masyarakatnya yang baik dan pemandangan yang sangat cantik,” katanya.

Filem ini mengisahkan percintaan dua individu yang baru berkahwin dan penyesuaian latar belakang dan budaya Zehan (Fazura) serta Arman (Amir Rezazadeh).

Bakal menemui penonton mulai 14 Februari di saluran 480 Astro First Eksklusif dan platform digital On Demand.

Filem ini juga mendapat tajaan AirAsia dan kerjasama Kementerian Pelancongan Negara Iran serta Kedutaan Besar Republik Iran di Malaysia.



Source link

read more

Kahwin 3 Februari depan Taeyang dan Min Hyo Rin belum rancang bulan madu



Anggota kumpulan BIGBANG, Taeyang dan aktres Min Hyo Rin dilaporkan bakal berkahwin pada 3 Februari depan.
 
Berita tersebut diumumkan oleh agenda pasangan ini iaitu YG Entertainment (YGE) dan Plum Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.
 
Menurut YGE, perkahwinan Taeyang dan Hyo Rin akan berlangsung secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.
 
“Taeyang dan Hyo Rin telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada Sabtu, 3 Februari depan. Majlis tersebut akan berlangsung di sebuah gereja yang sering dikunjungi oleh mereka dan keluarga.
 
“Majlis perkahwinan dan juga resepsi pasangan ini akan berlangsung di Paradise City Hotel & Resort di Incheon secara tertutup dan kami harap anda memahami situsasi mereka,” kata wakil berkenaan.
 
Bagaimanapun disebabkan jadual kerja mereka, Taeyang dan Hyo Rin belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu selepas berkahwin nanti.
 
Hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak 2015. Taeyang dan Min Hyo Rin mula bercinta selepas bertemu pada 2014 ketika menjalani rakaman video muzik Taeyang berjudul ‘1AM’
 
Foto: Instagram @_youngbae_ /Google
 
Sumber: Soompi / Allkpop
 



Source link

read more

Jalaluddin mahu berbulan madu di Moscow tapi…



Selamat bergelar suami isteri, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menyatakan hasrat untuk ‘berbulan madu’ bersama isterinya, Rapidah Abdul Ghani, 41, di Moscow, Rusia.

Perancangan itu telah dibuat bersama anak-anak dan cucu-cucunya sebelum majlis perkahwinan yang diadakan semalam (Ahad).

Bagaimanapun, Jalaluddin terpaksa membatalkan impiannya untuk ke Moscow kerana beberapa sebab.

“Pada mulanya saya berbincang dengan isteri saya untuk ke Moscow bersama keluarga saya yang sudah lama merancang untuk melancong ke sana.

“Memang setiap tahun kami sekeluarga akan meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama.

“Namun, Rapidah menolak pelawaan saya sebab dia mahu mengambil masa lebih panjang untuk mengenali lebih dekat anak-anak dan cucu-cucu barunya.

“Dengan masa yang ada ini biarlah dia kenal dahulu dengan anak-anak dan barulah kami akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah,” katanya kepada Astro Gempak.

Jalaluddin dan Rapidah selamat bernikah pada pagi Ahad dengan sekali lafaz di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis itu dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu dan menyaksikan pengantin lelaki menghadiahkan lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 berbalas tujuh daripada pihak Rapidah.

Pasangan itu berkenalan pada Ramadan tahun lalu ketika pengacara Who Wants To Be A Millionaire menghadiri rumah terbuka abang Rapidah, Lokman Ghani di Melaka.

Jalaluddin pernah mendirikan rumah tangga dengan Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah isterinya meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit pada tahun lalu.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons