Dr. Mahathir is blatantly lying to PKR?


20171228-pkr-setuju-mahathir-jadi-pmMO, 13/2/2018 – In the beginning, Pakatan Harapan announced that Tun Dr Mahathir Mohamad would temporarily become Prime Minister. When PKR advisor, Datuk Seri Anwar Ibrahim receives royal pardon, he will be “crowned” as Prime Minister.

However, analysing the statement of Dr Mahathir on becoming Prime Minister in the past two years, the term “temporary” is debatable. The ex-Prime Minister promises many things now that he is part of the opposition block, as customary of the opposition. Whether or not these promises will be fulfilled is secondary. Some other reason will be presented when this promise is claimed.

Therefore, when Dr. Mahathir proudly announced that he would solve all the problems purportedly created by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak within two years, is this promise then believable?

It cannot be denied that as someone who has assumed the post of Prime Minister before, Dr Mahathir has experience, but the nation’s problems (if there is any) is not as easily solvable as him, in the blink of an eye, altering his political stance on DAP. Apparently, at the age of 92, Dr Mahathir is still eager to become Prime Minister, as if there is no one else more eligible in Pakatan Harapan.

Pity Anwar, whom for all these while has been revered as the ultimate opposition leader. He is no longer seen as the main candidate for the Prime Minister post, but on contrary, Dr Mahathir is. Only Dr Mahathir can solve the nation’s problems, Anwar is incapable – this is the message conveyed by Dr Mahathir.

The President of PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin is also not eligible, perhaps he is suitable as the “skin”, as he himself has declared. Going by Dr Mahathir’s statement, only he can solve all problems, as per the dialogue in the movie “Tiga Abdul”, the Pakatan Harapan version, “more experienced than Anwar, more experienced than Muhyiddin…

Having been Prime Minister for 22 years, unlike Anwar and Muhyiddin who have yet to be Prime Ministers, this is understood. Dr Mahathir fired Anwar as it was thought that he is not worthy of the post, whereas Muhyiddin was dropped from Cabinet when he appeared to be the “thorn in the flesh” of the Najib administration.

Both are incapable of solving the nation’s problems within two years, as Dr. Mahathir himself has said that: “ Indeed for those who is a first-time Prime Minister, the two years isn’t enough, but I have 22-years of experience and I no longer need to learn the ropes of being Prime Minister”.

Therefore, it is not necessary for PKR supporters, nor their leaders to dream of Anwar becoming Prime Minister, and similarly those hardcore Malays of PPBM, just don’t dream of Muhyiddin assuming the post. It is clear that Dr Mahathir is desperate to become one.

Supposedly, Dr Mahathir promises that in the two years he is Prime Minister, he will train his successor on the ropes of becoming one. However, this has not happened. Dr Mahathir is portraying that it is only him that is capable to solve the problems brought about by Najib on the nation.

We too have the right to question – what problems? The problems left by Dr Mahathir to his successors were numerous. We should not debate at length on this, since an experienced leader such as Dr. Mahathir himself should know better what these problems were.

Nevertheless, Dr Mahathir is brilliant at politics, and this is why factions in Pakatan Harapan who previously hated him with a vengeance can now simply accept him as one of the opposition.

Also, Dr. Mahathir is good at garnering sympathy, including through his apology during the Pakatan Harapan convention recently. Among others, he said: “As any other human being, I am not shy of uttering or making mistakes.  Not just today but also throughout my time in the politics of this country. I apologise for all my past wrongdoings,”

And perhaps it is not impossible that after this Dr Mahathir will utter the word “sorry” in another version, should he be appointed as interim Prime Minister. He may say sorry for not letting go of the post within the duration of two years as he has a lot do solve. Supposedly, with all the political “U-turns” he’s committed, Dr Mahathir’s promises are not credible.

Dr Mahathir is back, fighting hard neither for the people nor the nation, but solely to defeat Najib. Aside from this, Dr Mahathir wants to gain power and he can see that only through this would he be able to exact his revenge on the Prime Minister. Moreover, as claimed by others, it is also to safeguard the political career of his beloved son, Datuk Seri Mukhriz.

Furthermore, until this day, Dr Mahathir has never retracted two of his most “classic sayings” regarding Anwar, that is, “ I cannot let someone of that character replace me as the Prime Minister of Malaysia, even I myself will not want him in the Government,” and “Perhaps I have made mistakes, but firing Anwar is not one of them,”

Therefore, the leaders and supporters of PKR must be ready to be blatantly lied to by the leader they have once labelled as “Maha Firaun”. “Congratulations!”



Source link

read more

Istana Kelantan tarik balik DK Mahathir


KOTA BHARU – Istana Kelantan menarik balik Darjah Kerabat (D.K) yang dianugerahkan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkuat kuasa 6 Februari lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat ketika mengesahkan perkara tersebut tanpa memberikan sebarang sebab.

“Saya hanya melaksanakan titah Istana Kelantan,” katanya.

Difahamkan Dr. Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri menerima surat penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan itu di kediamannya di Seri Kembangan hari ini.

Beliau menerima darjah tersebut pada April 2002.

Dr. Mahathir merupakan tokoh politik ketiga selepas Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang dititahkan supaya menyerahkan kembali darjah kebesaran dan watikah penganugerahan.

Husam dan Wan Abdul Rahim turut hilang gelaran Datuk.-theRakyat



Source link

read more

Sistem sedia ada meletakkan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun – Politik


KANGAR 1 Feb. – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempersoalkan sistem pilihan raya sedia ada dianggap pelik memandangkan apa yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dahulu sehingga kini telah membolehkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Dr. Mahathir perlu menjawab persoalan, mengapa sistem yang beliau sendiri gunakan dahulu dianggap sebagai tidak telus sedangkan pilihan raya yang diadakan pada zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat jauh lebih baik dan adil.

Dalam masa sama, Azlan juga mempersoal Dr. Mahathir yang tidak mengamalkan kebebasan pada zaman pemerintahannya sehingga sanggup menahan ramai pemimpin menerusi Op Lalang dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekali gus menutup ruang untuk bersuara pada masa itu.

“Kenapa beliau (Dr. Mahathir) hendak pertikai (sistem pilihan raya) yang telah meletakkan dia sebagai Perdana Menteri cukup lama. Di mana kelemahan sistem yang ada sekarang, beliau perlu jawab itu.

“Kita masih mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan saya rasa sistem sedia ada itu telah ditambah baik di zaman Perdana Menteri sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis makan malam bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Cina negeri ini di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Baru-baru ini, Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu telah mengadakan perjumpaan dengan 16 duta dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) bagi menggesa mereka supaya memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara bersih dan adil.

Dalam perkembangan lain, Azlan yang juga Menteri Besar yakin pengundi Cina akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang berdasarkan pencapaian cemerlang kerajaan yang ada sekarang.

Katanya, seluruh rakyat pastinya ingin melihat Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan dan Perdana Menteri telah membuktikannya melalui pelbagai tranformasi yang dibawa.

“Saya yakin masyarakat Cina tidak akan mempercayai lagi pembohongan pembangkang yang dilihat tidak pernah konsisten. Perjuangan gabungan ini hanya hendak jatuhkan Perdana Menteri dan BN sahaja,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ibrahim Ali perjelas mengapa tidak menyokong Tun Mahathir – Politik


KUALA LUMPUR 28 Jan. – Walaupun terhutang budi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali enggan menggadaikan prinsipnya untuk bersama dengan bekas Perdana Menteri itu yang kini menganggotai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

Menurut Ibrahim, sewaktu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu ditubuhkan, Dr. Mahathir sendiri mempelawannya menyertai PPBM atas alasan beliau selalu menyokong segala aktiviti dan perjuangan Perkasa.

Namun jelas beliau, hanya disebabkan PPBM menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP, dirinya terus menolak pelawaan itu kerana sejak dari dahulu tidak menyukai DAP yang mempunyai agenda tersendiri terutamanya dengan konsep Malaysian Malaysia yang begitu tidak disenangi oleh orang Melayu.

“Memang betul saya rapat dengan Dr. Mahathir kerana begitu banyak jasa beliau kepada saya. Saya juga befikir panjang mengenai perkara ini sehinggalah saya membuat keputusan tidak mahu bersama PPBM kerana parti itu membuat keputusan untuk bersama DAP.

“Dr. Mahathir kawan saya, dan situasi ini agak menyedihkan. Tetapi inilah ujian sejati dan telus yang perlu saya hadapi,” katanya ketika menjadi seorang daripada ahli panel di dalam forum Perjuangan Untuk Semua yang dikendalikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, di sini malam tadi.

Turut menjadi ahli panel ialah bekas Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin.

Forum itu yang turut disiarkan secara langsung di beberapa akaun Facebook termasuk akaun milik Annuar.

Tambah Ibrahim, Dr. Mahathir yang diletakkan sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP membuatkan beliau juga terfikir apakah nasib yang bakal menimpa PPBM kerana status sebagai calon sementera adalah sangat singkat untuk melaksanakan segala dasar terutama dalam memelihara nasib orang-orang Melayu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

TUN MAHATHIR, RAHMAT ATAU LAKNAT BUAT PKR??? ~ SEMUT HITAM


Suka atau tidak, semua orang kena menerima hakikat bahawa kehadiran Tun Mahathir dikalangan puak Pakatan Haprak tu hari ini tidak seperti mana yang mereka harap – harapkan.

Kalau dulu, kehadiran Si Ketua Penipu tu dianggap sebagai Anugerah Tuhan buat puak Pakatan Haprak apabila dia didakwa berjaya menyatukan parti pembangkang yang ada di Malaysia.

Kata mereka, Si Ketua Penipu tu sebelum ini berjaya menggabungkan PAS dengan DAPigs yang secara umumnya mengetahui bahawa kedua – dua parti itu sering bercanggah ideologi Politiknya.

Namun, sejak Si Ketua Penipu tu disumbat ke dalam penjara, macam – macam musibah mula menimpa gabungan Pakatan Haprak yang disatukan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Makanya, puak Pakatan Haprak tu kini mula bergantung harap kepada Tun Mahathir dapat menjadi Penyelamat menggantikan Si Ketua Penipu tu menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Harapan mereka, dengan kehadiran Tun, gabungan Pakatan Haprak tu menjangkakan bahawa mereka akan dapat menarik perhatian dan meraih undi dari kalangan orang Melayu.

Tapi malangnya, kehadiran Tun Mahathir itu tidak disenangi oleh ahli serta pemimpin – pemimpin Pakatan Haprak. Terutama sekali dikalangan pengikut – pengikut PKR secara terbuka.

Nak pulak apabila pucuk pimpinan PKR membuat keputusan bersetuju mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak. Ianya berjaya menambah kekecewaan para pengikut parti tersebut.

Dan yang terbaru, 70 orang pengikut PKR bertindak keluar parti kerana mereka hilang keyakinan terhadap dasar perjuangan pucuk pimpinan parti yang hanya mementingkan diri sendiri.

Soalnya, adakah kehadiran Tun Mahathir ini dilihat sebagai satu katalis kepada perpaduan dikalangan puak Pakatan Haprak tu? ATAU, adakah kehadiran bekas Perdana Menteri itu hanya bertujuan untuk memecah-belahkan PKR yang sememangnya sedang menunggu hari untuk ditalkinkan?




Source link

read more

Pas sindir Dr. Mahathir, angan-angan Mat Jenin inilah Pas tawan Kelantan – Politik


KANGAR 27 Jan. – Pas menyindir keras Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyifatkan ‘angan-angan Mat Jenin’ itulah parti tersebut semakin kuat sehingga berjaya menawan Kelantan di zaman pemerintahan beliau pada 1990.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, disebabkan angan-angan Mat Jenin itu jugalah Pas masih menguasai Kelantan 

sehingga Dr. Mahathir dan pengantinya selepas itu masih tidak berupaya merampas negeri tersebut.

Katanya, meskipun dihina dan diperlekeh oleh bekas Perdana Menteri itu, namun Pas membuktikan parti tersebut semakin kuat dan dihormati seluruh masyarakat.

“Dr. Mahathir mengulangi benda yang sama labelkan Pas sebagai angan-angan Mat Jenin dan Pas membuktikan dengan menang di Kelantan. Kita daripada kosong, diperlekehkan oleh Dr. Mahathir akhirnya Allah bantu berikan kita kemenangan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ulang Tahun Ke-9 MATIN di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr. Mahathir bahawa hasrat Pas untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai angan-angan Mat Jenin.


Dalam masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu juga turut mempersendakan hasrat Pas yang dipimpin Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya umum akan datang.


Mengulas lanjut, Mohamad Abduh berkata, Pakatan Harapan disifatkan cukup malang kerana mengambil Dr. Mahathir bersama dalam gabungan itu.

“Langkah Pakatan Harapan itu dilihat sebagai langkah terbelakang. Bagaimana hendak bina Malaysia baharu jika ambil Dr. Mahathir bersama,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

#UNDIROSAK, GILIRAN TUN MAHATHIR PULAK CUAK!!! ~ SEMUT HITAM


Hah! Katanya yakin sangat boleh menang. Kononnya sebelum ini bukan main lagi dia pukul canang membuat dakwaan puak Pakatan Haprak tu mampu meraih sokongan dari kalangan rakyat.

Tapi, bila ada yang mula membantah dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya serta melancarkan kempen #UndiRosak terhadap Pakatan, kenapa pulak dia nak rasa cuak?

Padahal, dia sendiri yang GAGAL nak mententeramkan pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu dari membuat bantahan mereka secara terbuka. Sekarang, ada hati pulak dia nak tuduh orang UMNO?

Padahal, rasa kecewa dan tidak puas hati dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri memang wujud. Kenapa perkara seperti itu pulak yang sengaja nak disembunyikan dari pengetahuan umum?

Sedangkan rakyat sendiri sudah sedia maklum dengan bantahan yang dikemukakan oleh pemimpin Pakatan, terutama dikalangan pengikut – pengikut PKR terhadap dirinya selama ini.

Perkara itu kini bukan lagi menjadi menjadi satu Rahsia. Tetapi sebaliknya, ia sudah menjadi pengetahuan umum yang tersebar diseluruh pelusuk dunia. Pun dia cuba nak menafikannya?

Hakikatnya, Tun Mahathir perlu tampil secara jujur dan mengakui bahawa kehadiran dia telah membangkitkan rasa kurang senang dikalangan pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu.

Seperti mana dia mengakui kesilapan dan kegagalan dia sewaktu menjadi Perdana Menteri dihadapan penyokong Pakatan Haprak tu sebelum ini, jadi tak salah jika dia buat benda yang sama. Tak payah la dia nak melalak dan menyalahkan orang lain tak tentu arah!!!




Source link

read more

Dr. Mahathir tuduh Pas hanya pasang angan-angan Mat Jenin


Pas hanya memasang angan-angan Mat Jenin, demikian respon Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasrat Pas yang mahu menjadi kerajaan pada PRU14, nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, Pas sentiasa bercita-cita tinggi walaupun parti itu sedar bahawa mereka tidak mampu untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

“Bagus, fantastik. Saya rasa dalam sejarah Pas, mereka sentiasa memerintah ‘negara mereka’.

“Membentuk kerajaan mereka sendiri. Kadang-kadang mereka menang satu kerusi, tapi mereka masih ada cita-cita yang tinggi untuk bertanding lebih 100 kerusi, jadi biarlah mereka hendak bertanding,” katanya di sidang media Pakatan Harapan di pejabat Yayasan Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat parti itu mahu menjadi kerajaan pada PRU14, bukan lagi pembangkang.

Abdul Hadi baru-baru ini mengesahkan, Pas mungkin bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU14 akan datang.

Jelas Abdul Hadi, sasaran tersebut yang ditandingi oleh partinya di peringkat Parlimen kerana mahu menjadi kerajaan, dan bukan lagi sebuah parti pembangkang sekiranya memenangi PRU14.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, tujuan Pas menyertai PRU14 dilihat hanya memberi kelebihan kepada BN.

“Tujuan utamanya, Pas menyertai pilihan raya adalah untuk memecahkan undi BN dan beri kelebihan kepada Harapan. Jadi BN akan menang,” katanya lagi. – SINAR HARIAN



Source link

read more

Polemik Pencalonan Mahathir | GedungKartun.Com


Peluang duduk berbual dan mendengar sendiri luahan hati dari kalangan aktivis Pro Pembangkang semalam memang dianggap sebagai satu perkara yang cukup mengujakan.

Nampak sangat isu berkaitan dengan polemik pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak tu sudah mencapai ke peringkat akar umbi gabungan tersebut.

Jika sebelum ini, hanya dikalangan ahli serta kepimpinan PKR sahaja yang berani bersuara. Namun hakikatnya, bantahan terhadap pencalonan itu juga turut disuarakan dikalangan akar umbi.

Nak pulak apabila Tun Mahathir mengeluarkan amaran kepada mana – mana pihak agar tidak meluahkan bantahan mereka terhadap pencalonannya kepada pihak media secara terbuka.

Tindakan itu, kata mereka, membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri itu masih mahu menunjukkan yang dia mempunyai kuasa mutlak dan berlagak seperti seorang pemimpin diktator.

“Belum dapat kuasa, Baru nama sahaja dicalonkan. Tapi lagaknya macam dah menang Pilihan Raya. Dia ingat dia besar sangat ke nak bagi amaran kepada orang lain?

“Walaupun nama dia dicadangkan, tapi belum tentu lagi Pakatan boleh menumbangkan Barisan Nasional. Setakat bercakap macam seorang diktator, memang takde faedahnya,” jelas seorang aktivis pembangkang.

Malah bagi mereka, tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu dilihat seolah – olah cuba nak menghalang kebebasan bersuara dikalangan ahli serta pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri.

Bahkan mereka juga turut kecewa apabila barisan kepimpinan Pakatan hanya menjadi Boneka dan terpaksa brdiam diri walaupun luahan terhadap pencalonan itu dibuat secara terbuka.

“Tambah memalukan ialah apabila kepimpinan Pakatan hanya menjadi Pak Angguk kepada tindakan Mahathir. Itu membuktikan yang mereka hanya mementingkan diri sendiri.

“Selama ini, kita berjuang menentang pentadbiran Mahathir yang dianggap sebagai Zalim. Tapi hari ini, demi nak menjaga kepentingan politik peribadi masing – masing, mereka sanggup jadi patung bernyawa,” katanya lagi.

Pokok pangkalnya, amaran yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir itu jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan penyokong Pakatan dan ianya dianggap sebagai satu pengkhianatan terbuka terhadap perjuangan mereka selama hari ini!!!

SUMBER:

http://semuthitam80.blogspot.com/2018/01/jangan-berlagak-macam-dah-menang.html



Source link

read more

Saya nak tanya siapa sebenarnya label Tun Dr Mahathir diktator – Salleh Said Keruak


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini melontarkan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang siapa sebenarnya yang melabel beliau diktator.

Salleh berkata bekas perdana menteri itu menulis dalam blognya semalam catatan bertajuk ‘The Dictator’ yang berbentuk sindiran dan cuba memulang paku buah keras tuduhan beliau seorang diktator dan kleptokrat semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

“Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, “jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar.”

“Yang sebenarnya mereka yang menggelar Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah” adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan,” kata Salleh dalam catatan terbaru blog beliau hari ini.

Menteri itu berkata Dr Mahathir mungkin lupa suatu perkara penting bahawa mereka itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang.

“…atau apakah sebenarnya beliau memang mahu menyindir sekutu politknya sekarang?” tanya Salleh.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons