Pedati diraja teruk mahkota ini boleh buat patah tengkuk – Ratu Elizabeth luah emosi


LONDON: Buat kali pertama membuka cerita tentang upacara kemahkotaan baginda pada 65 tahun lalu, Ratu Elizabeth mendedahkan betapa tidak selesa berada dalam pedati diraja, dan betapa memakai mahkota diraja berisiko ‘patah tengkuk’.

Monarki Britain paling lama yang bertakhta itu telah ditabal sebagai ratu pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey, London, dalam satu istiadat mewah yang membawa tradisi seusang 1,000 tahun.

Reuters melaporkan, dalam satu edisi dokumentari BBC yang bakal ke udara pada Ahad, Ratu Elizabeth bercakap secara berseloroh tentang istiadat tersebut dan mahkota yang membawa peranan simbolik dalam upacara gilang-gemilang berkenaan.

“Teruk,” kata baginda mengenai perjalanan di dalam pedati emas seberat 4 tan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, iaitu tempat raja-raja monarki Inggeris dimahkotakan sejak tahun 1066.

“Ia hanya berlapik material kulit, sangat tidak selesa,” kata baginda.

Elizabeth, kini 91 tahun, cuma berumur 25 tahun ketika menjadi ratu, setelah kemangkatan ayahandanya George VI pada 1952. Kemahkotaan tersebut berlangsung pada tahun berikutnya.

“Ia suatu permulaan kehidupan seseorang yang berdaulat. Ia seperti satu pertunjukan kesatriaan yang dilakukan mengikut istiadat lama. Saya pernah menyaksikan istiadat seumpamanya (ayahanda baginda pada 1937), dan saya pula dimahkotakan dalam satu istiadat lain. Itu luar biasa,” kata Elizabeth.

Menyingkap memori peribadi baginda, Elizabeth juga mendedahkan betapa baginda bersusah-payah menyarungkan persalinan diraja, yang diperbuat daripada sutera bersulamkan mutiara, serta benag emas dan perak.

“Saya teringat pada satu masa ketika hendak berjalan atas permaidani, saya tidak boleh bergerak langsung!”

Ratu Elizabeth membuka cerita tentang pengalaman baginda dimahkotakan sebagai Ratu. - Reuters

Putera Charles sebelum ini pernah bercerita tentang pengalaman bondanya berlatih memakai Mahkota St. Edward yang seberat 2.2 kilogram tersebut ketika memandikan Charles.

Elizabeth memakai dua mahkota dalam istiadat itu – Mahkota St Edward, dan juga Mahkota Diraja ‘Imperial State’ yang bertatahkan berlian, seperti yang dikenakan ketika ke upacara rasmi seperti pembukaan Parlimen atau ketika membacakan ucapan dasar-dasar negara.

“Anda tidak boleh memandang ke bawah untuk membaca ucapan, anda perlu meninggikan kertas ucapan. Kerana jika anda berbuat demikian, tengkuk boleh patah dan mahkota akan tertanggal.

“Maka, ada beberapa kelemahan jika memakai mahkota. Namun selain daripada itu, ia adalah sesuatu yang penting,” kata Elizabeth tersenyum.

Elizabeth sebelum ini tidak pernah bersetuju untuk membuat temu bual rasmi sepanjang baginda bertakhta. Dalam dokumentari eksklusif BBC itu, baginda menceritakan pengalaman baginda di hadapan pakar istiadat kemahkotaan, Alastair Bruce.



Source link

read more

Najib menghadap Putera Mahkota Bahrain – Nasional


MANAMA 16 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Bahrain, menghadap Putera Mahkota, Timbalan Pemerintah Tertinggi dan Timbalan Perdana Pertama negara ini, Putera Salman Hamad Al Khalifa, di sini hari ini.

Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Putera Salman menyambut mesra ketibaan Najib di Istana Ghudaibiya di mana Perdana Menteri diberi sambutan rasmi negara, dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Najib juga memeriksa perbarisan kehormat sempena upacara itu.

Putera Salman kemudian meraikan Najib dan anggota delegasi beliau pada majlis jamuan tengah hari.

Terdahulu, Najib menghadiri taklimat tentang pembangunan ekonomi negara Teluk Arab ini di pejabat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain.

Pada majlis itu, ketua eksekutif lembaga berkenaan, Khalid Al Rumaihi memberi taklimat tentang rancangan Bahrain untuk menarik pelaburan dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang kondusif, termasuk ekonomi digital.

Taklimat itu turut dihadiri Hishammuddin.

Dalam pada itu, Permaisuri Bahrain, Sabeeka Ibrahim Al-Khalifa menerima menghadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sewaktu beliau dalam lawatan ke Kompleks Majlis Tertinggi Wanita.

Rosmah, yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan rasmi ke Bahrain, kemudian diberi taklimat tentang kemajuan wanita di negara Teluk ini.

Permaisuri Sabeeka yang menyambut ketibaan Rosmah ke kompleks itu, kemudian mengiringi isteri Perdana Menteri melawat kompleks berkenaan yang ditubuhkan bagi memperkasakan pencapaian wanita.

Semasa menerima menghadap, Permaisuri Sabeeka bertitah baginda amat kagum dengan dasar mesra wanita yang dilaksanakan Malaysia.

Dalam taklimatnya, seorang pegawai majlis itu berkata 37 peratus wanita di Bahrain terlibat dalam proses penggubalan dasar negara, dan 61 peratus wanita Bahrain berpendidikan tinggi. – BERNAMA



Source link

read more

PM Najib menghadap Putera Mahkota Bahrain



MANAMA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Bahrain, menghadap Putera Mahkota, Timbalan Pemerintah Tertinggi dan Timbalan Perdana Pertama negara ini, Putera Salman Hamad Al Khalifa di sini pada Sabtu.

Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Putera Salman menyambut mesra ketibaan Najib di Istana Ghudaibiya di mana Perdana Menteri diberi sambutan rasmi negara, dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Najib juga memeriksa perbarisan kehormat sempena upacara itu.

Putera Salman kemudian meraikan Najib dan anggota delegasi beliau pada majlis jamuan tengah hari.

Terdahulu, Najib menghadiri taklimat tentang pembangunan ekonomi negara Teluk Arab ini di pejabat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain.

Pada majlis itu, ketua eksekutif lembaga berkenaan, Khalid Al Rumaihi memberi taklimat tentang rancangan Bahrain untuk menarik pelaburan dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang kondusif, termasuk ekonomi digital.

Taklimat itu turut dihadiri Hishammuddin. — BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons