Sultan Johor mahu pemimpin Melayu muafakat selesai kemelut perebutan kuasa



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini melahirkan rasa kebimbangan baginda terhadap kemelut yang menghantui orang Melayu pada masa ini dan menasihati semua pemimpin Melayu untuk bersama berbincang masalah bangsa dengan cara bermuafakat dan berlapang dada.

Baginda bertitah sebagai Raja yang telah berjanji dan berikrar untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Agama Islam maka baginda tidak akan membiarkan krisis perebutan kuasa antara pemimpin Melayu terus berlaku hingga membuatkan orang Melayu berpecah belah dan menjadi lemah.

“Dari hari ke sehari, orang Melayu terheret dengan krisis kredibiliti yang mencalar imej dan kepercayaan kepada institusi yang dipimpin oleh orang Melayu, yang akhirnya menyusutkan keyakinan, pengaruh dan kuasa sebenar orang Melayu.

Kekusutan sebegini membuatkan hati saya merasa bimbang, dan saya mengambil pendirian untuk mengingatkan orang Melayu supaya mencari penyelesaian dengan segera,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor, Royal Press Office (RPO), bersempena Hari Keputeraan baginda yang ke-59.

Dalam kenyataan bertajuk “Pesanan Buat Orang Melayu Johor”, Sultan Johor berharap kepentingan dan pengaruh orang Melayu dijaga sebaik-baiknya tanpa sebarang kompromi dan dolak dalih, terutama di Johor yang dikatakan sebagai negeri yang menjadi benteng dan bermulanya perjuangan Melayu.

Sehubungan itu, baginda mengambil pendirian untuk mengingatkan orang Melayu supaya mencari penyelesaian segera sambil menyaksikan orang Melayu bangkit bersatu untuk menjadi bangsa yang besar dan berpengaruh, tanpa perlu menyinggung atau mengenepikan bangsa lain.

“Jangan hanya sibuk melaungkan tentang hak keistimewaan, tetapi sesama bangsa Melayu, hidup leka dan bersengketa.

Untuk itu, suka saya nasihatkan semua pemimpin Melayu supaya bermuafakat, duduk semeja dan berlapang dada untuk berbincang tentang masalah bangsa dan memberi fokus untuk meningkatkan maruah serta menjaga kepentingan orang Melayu,” titah baginda.

Baginda berharap pemimpin Melayu juga dapat menunjukkan keikhlasan dalam perjuangan membela nasib orang Melayu dan bukannya mengambil segala kesempatan untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

“Kembalikan rasa percaya dan rasa setia orang Melayu kepada para pemimpinnya. Saya yakin, dengan adanya perdamaian dan permuafakatan, segala masalah dan cabaran akan dapat diatasi demi mencapai tujuan sama untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh orang Melayu,

Saya berharap semua pemimpin Melayu dan orang Melayu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kepentingan bangsa. Semoga usaha ini membuahkan manfaat besar kepada tanah air, dan untuk generasi kita yang akan datang,” titah baginda.

— BERNAMA



Source link

read more

Perhilitan mahu doktor veterinar secara tetap – Nasional


SEREMBAN 21 Nov. – Kegagalan memahami fungsi hidupan liar terhadap keseimbangan ekologi adalah punca permohonan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mendapatkan doktor veterinar secara tetap ditolak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, sehingga kini jabatan itu mempunyai seramai 16 doktor veterinar yang dipinjamkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Katanya, semua doktor berkenaan hanya biasa mengendalikan haiwan ternakan dan apabila dipinjamkan kepada Perhilitan, mereka terpaksa dihantar menjalani kursus dan latihan termasuk ke luar negara bagi meningkatkan kefahaman mereka berkaitan hidupan liar.

“Kepakaran yang diperoleh ini menjadi tidak lagi relevan apabila mereka dipanggil balik oleh MOA dan ditempatkan semula untuk menjaga haiwan ternakan.

“Kita telah beberapa kali membuat permohonan kepada JPA untuk mendapatkan perjawatan secara tetap tetapi ditolak. Bagi saya, mereka tidak faham apa itu ekologi, apa itu perubahan iklim dan kepentingannya terhadap alam sekitar, sebab itu ditolak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Biodiversiti 2017 di sini hari ini.

Beliau yang melahirkan kekesalannya terhadap penolakan itu berkata, beberapa cadangan balas daripada pihaknya turut ditolak oleh jabatan berkenaan.

Tambahnya, pihaknya sedia berbincang dengan JPA terhadap isu-isu yang ditimbulkan dalam alasan penolakan itu seperti kenaikan pangkat bagi perjawatan tersebut.

“Kita boleh bincang kerana negara ini telah mempunyai dasar mengenai ekologi termasuk pemuliharaan hidupan liar tetapi tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama JPA.

“Kita mesti ingat bahawa hidupan liar mempunyai peranan masing-masing dalam mengekalkan keseimbangan ekologi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Guru ini paksa pelajar lakukan hubungan seks jika mahu dapat gred bagus



SEORANG guru membawa erti ‘sesi interaktif bersama para pelajar’ ke tahap yang aneh dan menjijikkan!

Itulah yang terjadi di sebuah sekolah menengah di Colombia, apabila seorang guru wanita berusia 40 tahun memaksa para pelajar untuk melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan untuk membolehkan mereka mendapat gred bagus dalam pelajaran dan peperiksaan, lapor portal berita Daily Mail.

Guru bernama Yokasta M, itu selama ini memperdaya para pelajarnya menggunakan ugutan seksual di sebuah sekolah yang tidak didedahkan namanya di Medellin, Colombia.

Yokasta yang juga sudah berumahtangga itu ditahan selepas seorang pelajar mengadukan hal tersebut  kepada ibu bapanya.

Dia kini berdepan hukuman penjara 40 tahun atas perbuatannya.

Dalam siri insiden yang berlaku antara Januari dan April 2016 itu, Yokasta mendekati para pelajar yang berusia 16 dan 17 di media sosial, selain meminta nombor telefon mereka dengan helah untuk ‘membimbing pelajaran’ mereka.

Dia dilaporkan mempengaruhi remaja lelaki yang disasarkan untuk datang ke flatnya, sebelum memaksa mereka melakukan hubungan seks.

Jika mereka menolak, Yokasta akan mengugut untuk menggagalkan mereka dalam peperiksaan.

Perbuatan jijik guru itu turut terbongkar apabila bapa kepada salah seorang mangsanya, telah memeriksa isi kandungan telefon bimbit anaknya.

Akibat pendedahan itu, bukan sahaja Yokasta berdepan perbicaraan yang membawa hukuman penjara, malah suaminya sudah membuat tuntutan perceraian.

Selepas cerita penangkapannya tersebar, Yokasta dimalukan lagi di ruang maya, apabila salah seorang pelajarnya memuat naik gambar-gambar seksi yang pernah dikirimkan untuk menggoda mangsanya.

Siri gambar itu disiarkan bersama kapsyen: “Inilah Cikgu Yokasta, yang akan menggagalkan kita sekiranya tidak melakukan seks dengannya.”



Source link

read more

PBS mahu Kerajaan Persekutuan beri perhatian serius hak Sabah – Pairin



PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu tiga isu utama dikemukakan parti itu menerusi memorandum kepada Jawatankuasa Negeri Sabah mengenai Hak-Hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia dan memo kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi perhatian serius, kata Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin berkata isu utama dikemukakan itu merupakan hak-hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merangkumi Borneonisasi dan penurunan kuasa selain memasukkan sejarah pembentukan Malaysia ke dalam sukatan pelajaran di sekolah.

“Kami berhadap cadangan, keluhan dan ketidakpuasan hati dikemukakan kepada jawatankuasa bersama di peringkat Persekutuan akan diberi perhatian serius,” katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman merangkap Pengerusi BN Sabah serta Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan air.

Pairin berkata meskipun pelantikan pegawai kanan perkhidmatan awam persekutuan dalam kalangan rakyat Sabah semakin baik, namun beliau mahu lebih ramai lagi rakyat Sabah mengisi jawatan itu termasuk dalam badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan universiti tempatan di Sabah atau Semenanjung.

“Ini adalah bersesuaian dengan jaminan Borneonisasi sekali gus sejajar dengan matlamat asal Persekutuan Malaysia dalam MA63,” katanya, dan menambah, sudah tiba masa lebih ramai rakyat Sabah dilantik dan diserapkan ke dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, tentera serta polis,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata jawatankuasa PBS telah mengkaji perkara dijanjikan dalam MA63 mengenai isu pengagihan kuasa selain mencadangkan tindakan pemulihan bagi menyemak semula hak-hak sepatutnya dinikmati Sabah termasuk berkaitan sistem pentadbiran mahkamah tinggi di Sabah dan Sarawak.

PBS juga mahu kerajaan Persekutuan mempertimbang menambah baik dan memperincikan maklumat sejarah pembentukan Malaysia dalam silibus pendidikan negara merangkumi Laporan Suruhanjaya Cabbold; 20 perkara Sabah dan 18 perkara Sarawak, Jawatankuasa Antara Kerajaan dan MA63, katanya.

Menurutnya, fakta berhubung pembentukan Malaysia dalam buku teks sejarah sekolah sedia ada sekarang terlalu ringkas, dan dengan penambahbaikan tersebut generasi akan datang lebih memahami serta menghargai pembentukan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Pairin berkata, PBS turut mengalu-alukan serta menyokong segala usaha pelbagai pihak khususnya daripada parti komponen BN untuk memulihkan kembali hak-hak rakyat Sabah seperti ditetapkan dalam MA63.

Pairin berkata rakyat Sabah boleh membincangkan isu MA63 secara terbuka semasa pentadbiran Najib, namun, perkara itu berbeza ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kerana MA63 dianggap sensitif dan rakyat Sabah merasa takut membincangkan perkara itu kerana tindakan akan diambil dengan menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Pada masa itu, tiada tempat dan peluang membincangkan isu (MA63) secara terbuka. Namun, PBS berterima kasih kepada perdana menteri (Najib) kerana beliau bukan sahaja menghapuskan ISA, malah bersedia mendengar keluhan atau kebimbangan rakyat Sabah jika ada mana-mana peruntukan perjanjian Malaysia yang disalahtafsirkan.

PBS juga yakin dan percaya perdana menteri (Najib) tidak akan mengabaikan atau mengendahkan hak-hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia malah perdana menteri sentiasa prihatin untuk menangani isu berkenaan secara aman menerusi perundingan,” katanya.

Dalam pada itu, Pairin turut mempersoal tindakan Dr Mahathir yang secara tiba-tiba berjanji akan mengkaji isu itu pada masa sekarang sedangkan ketika memegang jawatan sebagai perdana menteri selama 22 tahun beliau tidak pernah berbuat demikian.

“Kenapa beliau tidak mengambil tindakan semasa berkuasa? Ini membuktikan bahawa agenda utama Dr Mahathir adalah untuk membantu parti pembangkang memancing undi pada pilihan raya umum akan datang. Saya tidak percaya beliau jujur dalam perkara ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

PM Najib mahu kementerian pastikan perencanaan Bajet 2018 dicapai



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap kementerian bersiap sedia bagi memastikan apa yang direncanakan dalam Bajet 2018 mencapai matlamat dan sampai kepada rakyat semuanya.

Perdana Menteri merujuk kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat dasar yang diluluskan persidangan Dewan Rakyat semalam selepas mendapat undian majoriti anggota Parlimen.

“Alhamdulillah, Rang Undang-undang Perbekalan 2018 atau Bajet 2018 diluluskan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian belah bahagian yang menyaksikan 107 anggota Parlimen menyokong rang undang-undang itu berbanding 59 yang menolak dan 11 tidak mengundi.

Rang undang-undang yang memperuntukkan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dibentangkan Najib, yang juga Menteri Kewangan pada 27 Okt lepas, dibahaskan selama enam hari sejak 30 Okt.

Ia kemudiannya digulung di peringkat kementerian selama tiga hari bermula 8 Nov, sebelum diluluskan di peringkat dasar semalam dan dijadual dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula hari ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Jalaluddin mahu berbulan madu di Moscow tapi…



Selamat bergelar suami isteri, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menyatakan hasrat untuk ‘berbulan madu’ bersama isterinya, Rapidah Abdul Ghani, 41, di Moscow, Rusia.

Perancangan itu telah dibuat bersama anak-anak dan cucu-cucunya sebelum majlis perkahwinan yang diadakan semalam (Ahad).

Bagaimanapun, Jalaluddin terpaksa membatalkan impiannya untuk ke Moscow kerana beberapa sebab.

“Pada mulanya saya berbincang dengan isteri saya untuk ke Moscow bersama keluarga saya yang sudah lama merancang untuk melancong ke sana.

“Memang setiap tahun kami sekeluarga akan meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama.

“Namun, Rapidah menolak pelawaan saya sebab dia mahu mengambil masa lebih panjang untuk mengenali lebih dekat anak-anak dan cucu-cucu barunya.

“Dengan masa yang ada ini biarlah dia kenal dahulu dengan anak-anak dan barulah kami akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah,” katanya kepada Astro Gempak.

Jalaluddin dan Rapidah selamat bernikah pada pagi Ahad dengan sekali lafaz di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis itu dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu dan menyaksikan pengantin lelaki menghadiahkan lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 berbalas tujuh daripada pihak Rapidah.

Pasangan itu berkenalan pada Ramadan tahun lalu ketika pengacara Who Wants To Be A Millionaire menghadiri rumah terbuka abang Rapidah, Lokman Ghani di Melaka.

Jalaluddin pernah mendirikan rumah tangga dengan Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah isterinya meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit pada tahun lalu.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

MEMANG RAMAI YANG MAHU TUN M MASUK PENJARA!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Ini bukannya perkara baru. Tapi benda ini dah lama menjadi hasrat bagi sesetengah pihak yang sehingga ke hari ini mahu bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke dalam penjara.

Malah bukan hanya kerana isu menggelarkan bangsa Bugis itu sebagai lanun sahaja yang menjadi alasan untuk memasukkan Tun Mahathir ke dalam penjara seperti mana yang dinyatakan.

Menurut kata Tun Mahathir, kelantangan dia mengkritik kepimpinan Perdana Menteri hari ini telah menyebabkan pelbagai pihak yang mahu melihat dirinya dimasukkan ke penjara.

“Kalau polis buat siasatan, saya mungkin kena pakai kuning itu, puas hatilah ramai orang. Dewan yang buat keputusan ini mungkin berminat untuk lihat gambar saya pakai baju lokap,” katanya dipetik menerusi rakaman tersebut.

Kenyataan itu dibuat, susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikeluarkan oleh Dewan Diraja Selangor yang murka terhadap tindakan Tun Mahathir yang menghina bangsa Bugis.

Namun bekas Perdana Menteri itu lupa bahawa ramai lagi pihak lain yang masih mahu melihat dia dipenjarakan diatas kesalahan yang telah dilakukan selama memegang jawatan sebelum ini.

Bahkan, dikalangan rakan sekutu PPBM dalam Pakatan Haprak tu pun masih lagi mengharapkan agar bekas Perdana Menteri itu dihukum diatas kesalahan yang telah dilakukannya.

Sehingga ke hari ini, kepimpinan tertinggi PKR masih belum membuat pengampunan terbuka terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu.

Bagi mereka, Tun Mahathir masih dianggap sebagai seorang pemimpin Diktator yang bertindak Zalim dan Kejam dengan memecat Si Ketua Penipu dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah DAPigs juga masih tidak mengakui bahawa parti itu sedia memaafkan Tun Mahathir diatas tindakan yang telah dilakukan terhadap pemimpin parti itu selama 22 tahun dia memerintah.

Dalam erti kata lainnya, rakan sekutu Tun Mahathir dalam Pakatan hari ini juga masih menyimpan hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri itu dipenjara diatas kesalahan yang dilakukan. Itu satu hakikat yang Tun Mahathir sendiri pun tidak dapat menafikannya!!!




Source link

read more

Saya tidak mahu mana-mana pihak terluka – Hans Isaac



KUALA LUMPUR : “Saya tidak mahu mana mana pihak terluka dengan memberi komen susulan tentang pembatalan perkahwinan ini.”

Ini kenyataan ringkas pelakon dan produser, Datuk Hans Isaac berhubung pengumuman beliau tentang pembatalan perkahwinannya dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson.

Pengumuman itu dibuat oleh Hans, 45 tahun di laman Instagram peribadinya (@hansisaac).

“Dengan penuh dukacita, perancangan saya untuk berkahwin selepas bertunang pada 28 Februari tidak akan dilansungkan,” kata Hans melalui catatan di media sosialnya itu.

“Keputusan yang diambil  itu tidak mudah dan telah dibuat setelah berfikir panjang. Saya memohon maaf dan berterima kasih kepada rakan dan keluarga yang telah menyokong saya selama ini dengan memberi kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat masa hadapan.”

Hans melamar Gabriella pada 29 Januari di Singapura.

Perkahwin mereka sepatutnya berlangsung di Gereja Saint John Cathedral, Kuala Lumpur manakala majlis resepsi di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons