‘Jangan main-main dengan saya!’ | Merdeka Online


28rasmi.transformed_0MO, 27/1/2018, BAGAN DATUK: “Jangan hina orang Bagan Datuk, jangan hina SMK Hutan Melintang, saya tak puas hati, saya tidak akan pernah puas hati, RM600,000 macam ini ke?”

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi nyata berang sebaik melihat mutu pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang yang dirasmikannya di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri nyata tidak berpuas hati, malah menyifatkan projek itu memalukan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk berikutan spesifikasi yang mempunyai terlalu banyak kekurangan berbanding kos pembinaan RM600,000 menggunakan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Mentang-mentang kita orang kampung, jangan kita direndah-rendahkan, dengan mata kasar pun kita tahu.

“Saya tak mahu rakyat katakan ahli parlimen ambil duit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ambil duit, kita tidak akan berkompromi.

“Jangan main-main dengan saya. Walaupun saya duduk di atas tetapi saya tetap berpijak di bumi Bagan Datuk. Saya tak boleh terima, rakyat Bagan Datuk tak boleh terima.

“Siapa agensi pelaksana, kontraktor jangan main-main. Kalau RM600,000 mesti RM600,000 nilainya, Jangan tuntut (claim) RM600,000 tetapi nilai sebenar ialah RM300,000,” katanya ketika berucap merasmikan dewan berkenaan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat projek pembinaan bangunan terbabit.

“Saya tak puas hati RM600,000 macam ini dewannya. Saya nak SPRM siasat kenapa jadi macam ini, kalau ada penyelewengan ambil tindakan kepada kontraktor, perunding dan JD (jurutera daerah) jika terbukti ada kesalahan,” katanya.

Pembinaan dewan terbuka yang dinamakan Balai Utama SMK Hutan Melintang itu diluluskan pada 25 September 2015. Ia mula dibina Mac tahun lalu dan siap pada 31 Disember lalu.

Ahmad Zahid memberi tempoh tiga bulan dan mengarahkan bangunan berkenaan dipertingkatkan termasuk ruang dipanjangkan, berdinding penuh dan lantai dipasang jubin.

Timbalan Perdana Menteri memberi peringatan akan kembali membuat lawatan mengejut demi menjaga kepentingan rakyat, khususnya di kawasan parlimennya.

Beliau turut menyentuh masalah di Sekolah Menengah Khir Johari di sini yang menerima peruntukan dan tarikh kelulusan sama, namun tidak siap hingga kini.

“Kontraktor yang dilantik menghantar simen dua kampit sehari dan projek tidak dapat disiapkan hingga terpaksa dibatalkan kontraktor itu.

“Projek ini bukan besar atau sukar sangat. Jangan berbohong dan saya tidak mahu lagi tuduhan wakil rakyat atau kerajaan adalah ‘Little Napoleon’,” katanya.

Bercakap pada sidang media kemudian, Ahmad Zahid menyatakan akan memantau semua projek di parlimennya.

Beliau juga mengarahkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) serta agensi pelaksana peringkat negeri dan Persekutuan memantau projek di seluruh negara dan melaporkan kepada SPRM jika mengesan penyelewengan.

“Saya tidak mahu rakyat menjadi mangsa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, semua pihak termasuk wakil rakyat bertanggungjawab terhadap peruntukan diberikan dan perlu memantau projek di kawasan masing-masing.

“Kalau mereka melakukan penyelewengan, tindakan akan diambil. Kita tidak boleh berkompromi dalam soal penyelewengan dan ketirisan,” katanya.



Source link

read more

Amerika jangan main-main jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear – Kim Jong Un



PYONGYANG: “Awas, hanya satu butang diperlukan untuk melancarkan peluru berpandu ke Amerika Syarikat.”

Itu amaran pemimpin Korea Utara Kim Jong Un kepada negara Uncle Sam, susulan ketegangan berhubung pembangunan program nuklearnya.

Dalam amanat tahun baharu, Jong Un memaklumkan Amerika Syarikat kini dalam lingkungan sasaran senjata nuklear Pyongyang, dan butang untuk lancarkan peluru berpandu sentiasa berada di jarinya.

“Ini realitinya, ini bukan lagi ancaman,” kata Jong Un dalam amanat yang disiarkan di televisyen.

Sehubungan itu, Jong Un anggap Amerika tidak lagi berada dalam kedudukan untuk melancarkan perang, kerana kemampuan Pyongyang kini adalah sama.

Dalam pada itu, Jong Un memaklumkan akan memberi tumpuan kepada pengeluaran peledak nuklear dan peluru berpandu balistik secara besar-besaran.

Senjata itu akan digunakan apabila kepentingan keselamatan Pyongyang terancam.

Korea Utara melancarkan enam ujian peluru berpandu balistik tahun ini, menimbulkan kebimbangan timbul ketegangan baru di semenanjung Korea.



Source link

read more

Hasrat belajar vokal dengan Hazami bukan main-main – Datuk Seri Vida



USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida memberitahu hasratnya mengikuti kelas vokal bersama penyanyi Hazami adalah serius.

Datuk Seri Vida atau DSV berkata, dia sudah bersedia untuk mengikuti kelas vokal bersama bekas finalis Gegar Vaganza 4 (GV 4) itu sebagai persediaan untuk single kedua nanti.

“Saya tak main-main bila cakap saya mahu belajar vokal dengan Hazami.

“Saya tahu ramai di luar sana anggap saya tak serius selepas mengumumkan tentang perkara tersebut awal bulan lalu.

“Saya memang mahu menyanyi, jadi tak salah saya berguru untuk ‘polish’ lagi vokal saya sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah DSV, single keduanya nanti merupakan lagu balada dan bernada tinggi.

“Kalau single pertama saya, I Am Me mereka kata suara saya ke lautlah, jahanamlah…salahkah saya nak ‘improve?’

“Jadi saya ingin pastikan vokal saya dalam single kedua nanti lebih baik dan ada perubahan,” katanya bersemangat.

DSV turut memberitahu Hazami juga sudah bersedia memasuki studio rakaman pada bila-bila masa.

“Hari tu dia sibuk dengan GV 4, sekarang ni tinggal nak susun waktu masing-masing sahaja.

“Insha-Allah, sedikit masa lagi kami akan masuk ke studio dan mulakan rakaman,” ujarnya.

Dalam pada itu, DSV yakin single keduanya boleh pergi jauh seperti lagu pertamanya kerana ia berentak 90an dan kebetulan genre sedemikian sedang menjadi ‘trend’.

Bagaimanapun buat masa sekarang, DSV memilih untuk merahsiakan nama komposer lagu terbaharunya itu.

Vida ditemui pada majlis sidang media Final GV 4 di Johor Bahru baru-baru ini.

 



Source link

read more

Jangan main-main dengan Jabatan Imigresen – Mustafar – Negeri Sembilan


TELOK KEMANG 14 Nov. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran kepada orang ramai yang berurusan dengan jabatan itu supaya tidak sesekali cuba menawarkan rasuah kepada para pegawainya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, ini kerana pegawai imigresen telah diminta supaya menahan mana-mana individu yang berbuat demikian.

“Jangan main-main dengan kami. Jangan terfikir untuk memberi rasuah kepada pegawai imigresen. Ada individu yang memberikan rasuah ini telah djpenjarakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kadet Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 4/2017 di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, Mohd. Jasmi Mohd. Juwahir.

Seramai 239 kadet melafazkan ikrar tersebut yang diperkenalkan buat pertama kali kepada pegawai baharu kursus berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mustafar mengingatkan para pegawai supaya mengekalkan JIM sebagai jabatan bermaruah dan menegaskan rasuah bukan budaya jabatan itu.

“Ingatlah bahawa masyarakat sentiasa memandang kita. Pakaian seragam yang kita pakai ini adalah amanah.

“Sebagai barisan hadapan di pintu masuk negara, kita tidak akan berkompromi dengan kedaulatan dan keselamatan negara,” ujarnya.

Mengenai majlis IRB itu, Mustafar berkata, ia merupakan usaha bagi membentuk minda pegawai muda supaya menjauhi rasuah sebelum memulakan tugas dengan jabatan tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons