Bagan Datuk perlu majlis daerah sendiri – Nasional


BAGAN DATUK 18 Feb. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menubuhkan Majlis Daerah Bagan Datuk.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini pentadbiran Bagan Datuk yang merupakan daerah baharu ke-12 di negeri ini masih berada di bawah kelolaan Majlis Daerah Hilir Perak bersama Teluk Intan.

Tambah Ahmad Zahid, penubuhan majlis daerah sendiri itu amat penting bagi kemajuan dan pembangunan daerah berkenaan pada masa depan.

“Saya pun tidak mahu lama jadi Ahli Parlimen, jadi sebelum saya berundur, saya ingin majukan semua kawasan bagan, pekan kecil, premis perniagaan dan pusat komersil yang ada di Bagan Datuk.

“Oleh itu saya akan mohon perkenan Sultan Perak dan pada menteri besar untuk kita ada majlis daerah sendiri bagi kendalikan premis tersebut dengan kenakan cukai yang tidak tinggi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Fiesta Gong Xi Fa Cai peringkat Parlimen Bagan Datuk di Pusat Komersil Simpang Empat di Hutan Melintang, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Obama akan berucap dalam majlis tertutup di Singapura



SINGAPURA: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan berada di Singapura pada 19 Mac ini untuk berucap di majlis tertutup anjuran Bank of Singapore, menurut laporan Channel NewsAsia.

Ia akan menjadi kehadiran kali pertama presiden ke-44 AS itu ke Singapura selepas meninggalkan White House pada Januari tahun lepas, menurut laporan tersebut.

Memetik Ketua Pegawai Eksekutif, Bank of Singapore, Bahren Shaari, laporan itu berkata, Obama akan berucap di hadapan 1,000 pelanggan terpilih dan tetamu jemputan.

“Selama lapan tahun, Obama merupakan individu paling berpengaruh di dunia, dan daripada perspektif unik ini, beliau akan berucap mengenai masa depan ekonomi global, serta peranan Asia yang semakin berkembang.

“Sebagai sebahagian daripada usaha melibatkan pelanggan kami, kami sentiasa mencari peluang istimewa supaya pelanggan kami memperolehi perspektif yang menarik daripada pemimpin dunia dalam bidang seperti kewangan, ekonomi dan pelaburan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut laporan itu, personaliti terkenal yang telah berucap dalam acara Bank of Singapore sebelum ini termasuk penerima Hadiah Nobel, Profesor Joseph Stiglitz dan Paul Krugman, selain Ahli Fizik Teori dan Futuris, Dr Michio Kaku.

— BERNAMA



Source link

read more

Fazura dan Fattah Amin adakan majlis resepsi khas untuk peminat 11 Mac Ini



PELAKON Fazura mengesahkan bakal mengadakan satu majlis resepsi khas buat peminatnya pada 11 Mac ini.
 
Fazura memberitahu majlis yang akan diadakan pada 25 Februari ini diadakan secara tertutup dan hanya untuk ahli keluarganya sahaja.
 
“Saya minta maaf, majlis resepsi yang bakal diadakan pada 25 Februari ini akan diadakan secara tertutup untuk kedua-dua belah pihak keluarga sahaja.
 
“Namun saya dan Fattah akan adakan sebuah lagi majlis resepsi khas buat peminat kami pada 11 Mac ini.
 
“Sekarang saya sedang sibuk menyiapkan beberapa persiapan untuk perkahwinan kami,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Pasangan Fattah dan Fazura pilih 25 Februari untuk majlis resepsi
 

BACA: Jangan terlalu obses dengan ‘FattZura’ – Fazura

BACA: Fattah-Fazura kongsi video detik manis majlis pernikahan di Instagram

Fazura dan Fattah Amin selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara, 27 November tahun lalu.
 
Penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu memberitahu dia sangat teruja untuk naik pelamin sekali lagi.
 
“Saya sangat teruja untuk naik pelamin dengan orang yang saya sayang sekali lagi.
 
“Berdebar itu mungkin ada tapi lebih kepada perasaan teruja untuk bersama-sama dengan orang yang selama ini menyokong dan bersama saya,” katanya lagi.
 
Fazura bakal muncul dalam supertelemovie Astro First Exclusive, Janji Zehan yang akan mula ditayangkan pada 14 Februari ini di Astro First (saluran 480).

Foto: Instagram @missfazura
 
Teks oleh: Syafiqah Jalal
 



Source link

read more

Pasangan Fattah dan Fazura pilih 25 Februari untuk majlis resepsi



KUALA LUMPUR : Pasangan sama cantik sama padan yang masih hangat diperkatakan, Fattah Amin dan Nur Fazura memilih 25 Februari ini sebagai tarikh majlis persandingan mereka, lapor beberapa media tempatan

Sisi romantis pasangan ini sejak disatukan dalam satu majlis tertutup pada 27 November lalu menunjukkan kebahagiaan yang dikecapi pasangan pengantin baharu ini walau hampir selepas tiga bulan bernikah.

BACA: Video pernikahan #Fattzura ‘sweet sangat’ – netizen

Pihak Fattah Amin dan Fazura juga dilaporkan sudah mula mengedarkan kad jemputan kepada pihak media dan akan meraikan hari bahagia itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Sebelum ini, pasangan dengan gelaran #Fattzura yang dicipta peminat mereka diijabkabulkan seminggu selepas pengumuman pertunangan mereka dalam satu sidang media khas.

BACA: Fattah Amin, Fazura memadu asmara di Eropah

Fattah terdahulu mendedahkan Fazura sebagai pilihan hatinya dek kerana beliau nampak masa depannya bersama wanita cantik itu.

BACA: ‘Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu’ – Fattah

Pasangan itu yang mula rapat selepas terbabit dalam drama Hero Seorang Cinderella menjadi bualan utama peminat mereka dan kejutan 500 kuntum mawar dari Fattah menguatkan lagi desas-desus tentang hubungan cinta mereka.

BACA: Hikayat cinta sejati sememangnya wujud, netizen doakan kesejahteraan #Fattzura!



Source link

read more

Sedondon ungu majlis akikah anak Hafidz Roshdi meriah



PELAKON Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mengadakan majlis akikah buat anak sulung mereka, Humairah Muhammad Hafidz semalam.

Kemeriahan sekitar majlis itu dikongsi pelakon berkenaan di laman sosial Instagram (IG).

Hafidz dan isterinya kelihatan manis sedondon memakai baju kurung dan baju Melayu berona ungu.

Humairah juga kelihatan sangat comel apabila turut memakai gaun berona ungu.

Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga terdekatnya.

Menerusi foto yang dikongsi, rata-rata memuji kecomelan Humairah dan mereka berdoa agar dia dapat membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah.

Humairah dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor, kira-kira pukul 1.30 pagi pada 9 September tahun lalu.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis akikah Humairah:
 

 



Source link

read more

Luar biasa hebat Tan Sri Vincent Tan berpantun di majlis pernikahan anak



KUALA LUMPUR: Adat meminang dan perkahwinan orang Melayu sememangnya punya keunikan tersendiri.

Seringkali pantun digunakan dalam menyampaikan sesuatu hajat atau hasrat.

Bukan sahaja cantik bahasa, tetapi bait-bait bahasa yang dipertuturkan sehingga menghasilkan baris-baris pantun yang sebenarnya punya maksud tersirat.

Adat berpantun tidak kira budaya atau bangsa.

Mana tidaknya, adat ini sama sekali tidak dikecualikan dalam satu majlis tertutup ijab kabul puteri sulung Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan dan pasangannya, pewaris empayar perniagaan terbesar SM Faliq Nasimuddin.

Sejarah baharu tercipta pada tarikh istimewa 2 Februari 2018.

Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.

BACA: Perkahwinan dua waris syarikat Naza dan Berjaya: Nama Chryseis Tan paling dicari

Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada  kepada pihak lelaki.

Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’  laman sosial Instagram milik @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.

Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup ijab kabul puteri sulung Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan dan pewaris empayar perniagaan terbesar,  SM Faliq Nasimuddin.

Antara bait-bait pantun yang dibalas pihak perempuan kepada lelaki seperti berikut :

Jati tuan, jati Melayu,

Jati kami didalam hati,

Janji tuan masa yang lalu,

Harap disampaikanlah kepada kami.

Turut dituturkan rangkap pantun ini;

Bunga melur warnanya merah,

Warnanya terang memikat hati,

Balasan kami tidaklah mewah,

Sembilan dulang seperti dijanji.

Majlis  penuh adat istiadat terbabit berlansung di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang pada Jumaat.

Pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lepas menerusi laman media sosial, Instagram.

Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti di Marrakesh, Maghribi.



Source link

read more

Tema kapal layar – uniknya majlis akikah anak kedua Fouziah Gous



MAJLIS akikah anak kedua pelakon Fouziah Gous, Zaheen Yusof berlangsung sangat meriah pada Sabtu.

Memilih tema kapal layar dan laut Fouziah Gous bersama suami, Zhafran dan anak-anak sedondon memakai baju rona biru laut.

Dekorasi pelamin majlis akikah juga meriah dengan tempat beradu bayi yang dibuat dengan bentuk kapal layar selain tambahan hiasan lautan dengan koral serta ikan nemo.

Zaheen juga kelihatan sangat comel dan gembira sepanjang majlisnya berlangsung.

Bayi kedua pasangan itu dilahirkan pada 11 November tahun lalu.

Anak pertama Fouziah, Zeeshan kini sudah berusia dua tahun.

Fouziah turut berkongsi foto-foto sepanjang majlis itu berlangsungdi akaun Instagram (IG) peribadinya
 



Source link

read more

Ayah Yuna buat kejutan di majlis resepsi



PUTRAJAYA: Penyanyi Yuna dan pasangannya Adam Sinclair mengadakan majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini malam tadi.

Bertemakan ‘garden wedding’, majlis resepsi tersebut dihadiri oleh kira-kira 1,500 tetamu yang  terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan dari kedua-dua keluarga mempelai.

Bak puteri raja Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Datuk Mat Zara’ai memukau hadirin dengan gaun putih dan puteranya Adam segak dengan berbaju Melayu dan tanjak.

 

Majlis resepsi ini turut dimeriahkan dengan kejutan oleh ayah Yuna, Datuk Mat Zara’ai apabila beliau mendendangkan hadirin dengan lagu ‘Perfect’ yang pernah dipopularkan oleh Ed Sheeran. 

Turut membuat persembahan ialah Noh dan kumpulan Hujan, Aizat Amdan dan selebriti  popular Indonesia, Bunga Citra Lestari. Turut memeriahkan majlis ialah penyanyi antarabangsa Dez Duron yang pernah menjadi peserta program realiti, The Voice.
 
Kedua-dua mempelai ini memilih busana yang direka khas oleh Hatta Dolmat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Rakan-rakan artis yang hadir  termasuk penyanyi Hunny Madu dan penyanyi rap, Sona One.

Majlis pernikahan pasangan Ini berlangsung Jumaat lalu di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Pasangan ini mula menjalin kasih selepas bertemu di sebuah set penggambaran di ibu negara dua tahun lalu.



Source link

read more

Majlis pernikahan saya bak impian jadi kenyataan – Yuna


PUTRAJAYA: “Sudah lama impikan majlis pernikahan yang bertemakan ‘garden wedding’ dan semalam impian saya menjadi kenyaatan!” ini yang diluahkan oleh pengantin baru, Yuna.

Yuna dalam satu sidang media hari ini berkata, beliau gembira dengan dekorasi yang bertemakan taman pada majlis pernikahannya.

“Tema taman itu dilihat sebagai satu tema yang sukar untuk dilakukan di negara ini, tetapi kami berani mengambil risiko itu.

BACA: Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang “Ramai yang menentang idea tersebut termasuk ahli keluarga saya, tetapi Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar,” ujarnya.

 Majlis pernikahan Yuna dan Adam yang bertemakan 'garden wedding' di Puncak Rimba, Bentong. - Kredit foto: WeddingsbyQay

Dalam pada itu, penyanyi terkenal itu turut mengesahkan akan terus menetap di Los Angeles untuk urusan kerja walaupun selepas bernikah dengan pilihan hatinya, Adam Sinclair.

Yuna berkata walaupun sudah mengahwini Adam, mereka akan meneruskan kerjaya sama ada di tanah air mahupun di Los Angeles.

“Adam dan saya akan ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Los Angeles ikut kepada kerja masing-masing.

“Saya sudah menetap di Los Angeles selama hampir 8 tahun. Jadi kami mungkin akan ulang alik memandangkan keluarga saya di tanah air dan Adam yang mungkin ada kerja di sini (Malaysia).

“Sudah tentu saya mahu sentiasa berada di sisi Adam, kami akan mengambil ini sebagai cabaran untuk imbangkan perkahwinan dan karier,” katanya semasa sidang media khas sempena pernikahan mereka di sini, hari ini.

Pada Jumaat, Yuna, atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai selamat diijab kabul dengan Adam atau nama penuh, Adam Yousof Mohamed Sinclair dengan sekali lafaz di Puncak Rimba, Bentong.

BACA: Adam dan Yuna bernikah hari ini?



Source link

read more

Perancis gesa Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat isu Syria – Luar Negara


ALGIERS 21 Jan. – Perancis menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar berhubung ‘risiko kemanusiaan’ yang mungkin dihadapi dalam pertempuran di Syria ketika ini.

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, negaranya prihatin dengan krisis yang berlaku di Syria yang kini semakin memburuk.

“Justeru, kita menggesa supaya Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar untuk menilai sejauh mana risiko kemanusiaan dalam isu ini yang sememangnya sangat dahsyat,” katanya ketika menghadiri satu mesyuarat di Algeria.

Kenyataan Le Drian itu dibuat selepas tentera Turki melancarkan operasi ketenteraan di Afrin, utara Syria dalam usaha menghapuskan kumpulan militan Kurdis di sana. -AFP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons