Isu hamba seks WWII Jepun terus beri tekanan maksimum terhadap Korea Utara



TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk mengekalkan tekanan maksimum ke atas Korea Utara bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Abe pada Selasa berkata beliau mengesahkan dengan Moon, perjanjian kedua-dua negara mengenai hamba seks perang pada zaman Perang Dunia Kedua adalah muktamad.

“Kami mengesahkan bahawa kesepakatan mengenai isu hamba seks perang pada Perang Dunia Kedua adalah muktamad dan tidak akan diubah,” kata Abe yang memberi maklum di Parlimen.

Abe berbincang mengenai isu berkenaan ketika bertemu dengan Moon sewaktu upacara pembukaan Olimpik Pyeongchang, Korea Selatan.



Source link

read more

Kadar faedah maksimum jualan kredit tidak lebih 15 peratus



KUALA LUMPUR: Syarikat jualan kredit hanya dibenar mengenakan kadar faedah maksimum sebanyak 15 peratus setahun bermula 1 Januari depan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pelaksanaan kadar faedah itu ditetapkan menerusi pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan penggubalan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017, yang diluluskan Dewan Negara, April lalu.

“Berdasarkan konsultasi bersama pihak industri, kami mendapati kadar faedah yang dikenakan ketika ini boleh mencecah sehingga 35 peratus setahun.

“Melalui pindaan akta dan peraturan ini, kerajaan menetapkan kadar faedah tetap maksimum sebanyak 15 peratus setahun.

“Penurunan ini diharap dapat membantu rakyat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki barangan untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan isi rumah,” katanya ketika sesi soal jawb di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai penguatkuasaan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menangani kadar faedah tinggi dikenakan syarikat jualan kredit.

Selain itu, Hamzah menambah pihaknya juga akan mengambil tindakan seperti denda tidak lebih RM100,000 dan bagi kesalahan kedua, denda tidak lebih RM200,000 sekiranya terdapat mana-mana pertubuhan perbadanan yang ingkar arahan itu.

“Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak lebih RM50,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua, denda tidak lebih RM100,000, penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons