Neelofa satu-satunya hijabista Malaysia hadiri Victorias Secret Show



SHANGHAI: Neelofa menjadi selebriti pertama Malaysia yang dijemput menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret di Shanghai semalam.

Neelofa berkongsikan keterujaannya dan suasana pertunjukan fesyen itu di akaun Instagram miliknya.

Di majlis itu, Neelofa anggun mengenakan gaun hitam dengan gaya tudung berbeza.

Pertunjukan fesyen Victoria’s Secret merupakan antara acara yang dinanti-nantikan setiap tahun dan digelar sebagai pertunjukan paling seksi di dunia.

Ini merupakan pertama kali Victoria’s Secret mengadakan pertunjukan fesyen di China dan julung kali diadakan di luar Amerika Syarikat dan Eropah.

Acara tersebut turut menampilkan tujuh orang model yang digelar ‘angels’ dari China.

Antara 55 supermodel yang memperagakan rekaan Victoria’s Secret kali ialah Candice Swanepoel, Bella Hadid, Adriana Lima dan ramai lagi.

Kebanyakan rekaan mengambil inspirasi Cina dan yang paling mendapat perhatian ialah rekaan ‘Fantasy Bra’ yang berharga lebih 2 juta dollar dan diperagakan model Brazil, Lais Ribeiro.

Pertunjukan ini hanya dihadiri oleh jemputan khas sahaja dan Neelofa menghadiri acara itu sebagai duta telefon pintar Oppo.



Source link

read more

Pengguna WeChat menurun Facebook terus ungguli carta Malaysia


KUALA LUMPUR: Apakah aplikasi media sosial dan pesanan jadi pilihan anda? Adakah ia terus mengungguli carta pilihan rakyat Malaysia atau semakin berkurangan.

Apa yang pasti, jika anda membaca berita ini, anda merupakan sebahagian daripada 24.5 juta pengguna internet di Malaysia sejak 2016 berbanding hanya 24.1 juta pada 2015.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari turut berkongsi beberapa statistik menarik berkenaan penggunaan media sosial di Dewan Rakyat hari ini.

Apa yang menarik adalah anggaran jumlah pengguna terhadap aplikasi media sosial dan pesanan.

Hanya aplikasi WeChat menunjukkan penurunan berbanding empat lagi aplikasi popular yang lain.

Berikut merupakan pecahan anggaran pemilik akaun media sosial dan pesanan di Malaysia antara 2015 dan 2016.

Datuk Seri Jailani Johari berkongsi beberapa statistik menarik berkenaan penggunaan media sosial. - Astro AWANI

Kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerusi kajian pengguna internet 2017 turut menilai tahap kepenggunaan beberapa media sosial lain termasuk Google, LinkedIn dan beberapa lagi aplikasi lain.



Source link

read more

Kerajaan tidak sekat Mugabe datang Malaysia – TPM Zahid



BAGAN DATUK: Kerajaan tidak akan menyekat atau membantah sekiranya Presiden Zimbabwe Robert Mugabe berhasrat datang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan kesihatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pendirian itu selaras dengan hasrat kerajaan yang giat mempromosikan pelancongan kesihatan di negara ini kepada masyarakat antarabangsa.

“Kita tiada bantahan. Kita (Malaysia) tidak sesekali mencampuri urusan dalam negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini, hari ini.

Program fasa kedua itu dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan Mugabe, yang berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan, dan isterinya Grace mungkin mengunjungi Singapura atau Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata : “Itu hanya laporan, saya belum mendapat laporan yang beliau akan datang Malaysia atau negara jiran”.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri mengesahkan presiden Zimbabwe yang berumur 93 tahun itu sudah beberapa kali datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta di ibu negara.

“Kalau beliau mahu dapatkan rawatan lanjut, mungkin beliau akan datang (ke Malaysia) atau memilih negara lain.

“Berdasarkan rekod yang ada, sejak 10 tahun kebelakangan ini tidak kurang tiga kali beliau (Mugabe) mendapatkan rawatan di Malaysia,” kata Ahmad Zahid.

–BERNAMA



Source link

read more

Singapura terima babi hidup pertama dari Malaysia



SINGAPURA: Buat pertama kalinya sejak 18 tahun lepas, Singapura semalam menerima penghantaran pertama babi hidup dari Malaysia, selepas sebuah ladang di Sarawak menjadi satu-satunya sumber yang diluluskan di negara ini untuk mengeksport babi hidup ke Republik ini, lapor Straits Times hari ini.

Tambahan itu menjadikan ia sumber kedua Singapura untuk babi hidup selepas Pulau Bulan di Indonesia, menurut laporan itu.

Laporan itu menambah import semua babi hidup dan daging babi mentah dari Malaysia telah diharamkan sejak 1999, ketika wabak virus Nipah yang dibawa oleh haiwan itu mengorbankan 100 penternak babi di Malaysia dan pekerja rumah penyembelihan di sini.

Memetik Pihak berkuasa Pertanian-Makanan dan Veterinar (AVA), laporan itu berkata apabila tiada laporan mengenai wabak virus Nipah yang baharu di Malaysia, penggantungan itu dikekalkan kerana daging babi mentah dari bahagian lagi di negara itu tidak bebas daripada penyakit kaki dan mulut.

Produk daging babi diproses daripada pertubuhan yang diluluskan di Malaysia pula perlu dirawat haba untuk menyahaktifkan penyakit itu sebelum dibenarkan untuk diimport.

Penyakit itu tidak memberi kesan kepada keselamatan makanan tetapi import haiwan atau daging dari kawasan yang terlibat akan menjejaskan status Singapura yang bebas penyakit kaki dan mulut, serta mungkin memberi kesan kepada perdagangan eksport, kata AVA.

Sarawak diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia sebagai kawasan yang bebas penyakit kaki dan mulut pada 2010 dan AVA kemudian menilai program kesihatan awam haiwan dan veterinar di negara timur Malaysia itu serta meluluskan ia untuk mengeksport daging babi beku ke Singapura pada 2015.

Tahun ini, pertubuhan itu meluluskan sebuah ladang di sana untuk menghantar babi hidup ke Singapura.

“Pembelian daripada pelbagai sumber menyediakan penimbal penting terhadap kemungkinan gangguan bekalan makanan jangka pendek di luar negara daripada mana-mana sumber,” kata AVA.

Terdapat 24 negara pada masa ini yang mendapat akreditasi oleh AVA untuk mengeksport produk daging babi beku ke Singapura termasuk Australia, Austria dan Brazil. Kanada dan Amerika Syarikat adalah antara enam negara yang diakreditasi untuk mengeksport daging babi sejuk ke Singapura.

Singapura mengimport 116,700 tan daging babi tahun lepas yang mana Brazil, Indonesia dan Australia adalah tiga sumber utama.

Sementara itu, import babi hidup dari Indonesia menyumbang sebanyak 20,3000 tan pada tahun sama.

— BERNAMA



Source link

read more

Singapore receives first live pigs from Malaysia in 18 years



SINGAPORE: Singapore received its first shipment of live pigs from Malaysia in 18 years Saturday, after a farm in Sarawak became the only approved source in the country to export live pigs to the Republic, the Straits Times reported today.

Its addition makes it Singapore’s second source of live pigs, after Pulau Bulan in Indonesia, said the report adding that live pigs are slaughtered locally and sold as chilled pork.

It added that the import of all live pigs and raw pork from Malaysia has been banned since 1999, when an outbreak of the Nipah virus, which is carried by pigs, killed 100 pig farmers in Malaysia and an abattoir worker here.

Quoting the Agri-Food and Veterinary Authority (AVA), the report said while there have been no reports of new Nipah virus outbreaks in Malaysia, the suspension remains because raw pork from other parts of the country are not free of foot-and-mouth disease.

Processed pork products from approved establishments in Malaysia must be heat-treated to inactivate the disease in order to be permitted for import.

The disease does not have any impact on food safety but the import of animals or meat from affected regions would jeopardise Singapore’s foot-and-mouth-disease-free status, and may adversely impact export trade, the AVA was quoted as saying.

Sarawak was recognised by the World Organisation for Animal Health as a foot-and-mouth-disease-free region in 2010 and AVA subsequently assessed the East Malaysian state’s animal and veterinary public health programmes and approved it to export frozen pork to Singapore in 2015.

This year, it approved a farm there to ship live pigs to Singapore.

“Purchasing from diverse sources provides a crucial buffer against potential short-term overseas food supply disruptions from any one source,” the AVA said.

There are currently 24 countries accredited by the AVA to export frozen pork products to Singapore, including Australia, Austria and Brazil.Canada and the United States are among six countries accredited to export chilled pork to Singapore.

Singapore imported 116,700 tonnes of pork last year, with Brazil, Indonesia and Australia making up the top three sources.

Live imports from Indonesia, meanwhile, accounted for 20,300 tonnes the same year.

— BERNAMA



Source link

read more

Rakyat Malaysia ditahan, disyaki terlibat dalam sindiket penipuan – Luar Negara


BANGKOK 18 Nov. – Dua lelaki Malaysia yang dipercayai anggota sindiket penipuan antarabangsa, ‘Macau Scam’ ditahan sepasukan anggota polis Thailand ketika sedang mengeluarkan wang milik mangsa mereka di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Kedua-dua suspek yang masing-masing dikenali sebagai Saw Chooi Hock, 41, dan Saeo Wei Jack, 35, ditahan di Prawet, Ramkhamhaeng dekat sini susulan aduan yang diterima daripada seorang mangsa sindiket di Rayong baru-baru ini.

“Kedua-dua rakyat Malaysia itu mengakui terlibat dalam sindiket yang turut dianggotai oleh warga negara Thailand dan Taiwan,” kata pemangku Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah (CSD), Kolonel Maitri Chimcherd hari ini.

Maitri berkata, salah seorang anggota sindiket terbabit telah menyamar sebagai polis berpangkat tinggi yang menghubungi mangsa dengan mendakwa akaun bank mereka mempunyai kaitan dengan seorang pengedar dadah.

Katanya, mangsa kemudian diarahkan supaya memindahkan wang berjumlah 2.7 juta baht (RM360,000) ke dalam akaun sindiket.

Ketika ini, kedua-dua rakyat Malaysia itu telah direman buat sementara waktu bagi membantu siasatan polis. -BERNAMA



Source link

read more

Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota Macau Scam



BANGKOK: Dua lelaki rakyat Malaysia yang disyaki anggota sindiket “Macau Scam” antarabangsa ditahan polis Thailand di Bangkok ketika asyik mengeluarkan wang mangsa dari Mesin Pengeluaran Automatik (ATM).

Kedua-dua lelaki tersebut dikenali sebagai Saw Chooi Hock, 41 dan Saeo Wei Jack, 35.

“Kedua-dua lelaki rakyat Malaysia itu mengaku tersebut terdiri daripada 10 anggota termasuk rakyat Malaysia, warga Thailand dan Taiwan. Sindiket itu berpangkalan di Taiwan,” kata ketua pemangku Bahagian Anti Jenayah Thailand, Kolonel Maitri Chimcherd di sini hari ini.

Kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan di daerah Prawet di Ramkhamhaeng, Bangkok dijejaki selepas seorang mangsa sindiket membuat aduan di Rayong baru-baru ini.

Seorang anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat tinggi berkata Chimcherd, menghubungi menghubungi mangsa dengan mendakwa akaun bank mangsa mempunyai kaitan dengan seorang pengedar dadah dan diminta memindahkan 2.7 juta Baht (kira-kira RM360,000) kepada sindiket itu.

Mangsa kemudian mendapati bahawa ia adalah satu penipuan dan membuat laporan kepada CSD yang mengambil tindakan segera.

Chimcherd berkata CSD menjejaki transaksi kewangan wang tersebut yang akhirnya membawa mereka kepada kedua-dua lelaki tersebut, yang ditahan semasa mengeluarkan wang dari mesin ATM.

Beliau berkata, kedua-dua mereka mendakwa bahawa peranan mereka hanya untuk mengeluarkan wang seperti diarahkan dan tidak pernah bertemu dengan dalang sindiket tersebut.

“Mereka juga mendakwa bahawa mereka dibayar 30,000 Baht (kira-kira RM4,000) sebulan untuk peranan mereka,” kata beliau sambil menambah polis juga merampas tujuh kad ATM, empat slip ATM, wang tunai 61,000 Baht (kira-kira RM8,100) dan empat telefon bimbit.

Kedua-dua lelaki tersebut kini ditahan untuk membantu siasatan.

— BERNAMA



Source link

read more

Pemandu pelancong hanyut ke Indonesia tiba di Malaysia



ROMPIN: “Saya di mana? Tolong bawa kami ke daratan… kami ditimpa musibah dan kami bukan penceroboh.”

Itu ayat pertama Amat Muhamar, 50, sebaik sahaja bot yang dinaiki bersama anak saudaranya Mohd Abdul Latiff Kasim, 29, dihampiri sebuah bot nelayan Indonesia pada 11 Nov lalu, selepas tiga hari hanyut di laut.

Mereka berdua yang merupakan pemandu pelancong dari Pulau Tioman dilaporkan hilang di laut pada 8 Nov lalu selepas kali terakhir dilihat di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin di sini pada 1.30 tengah hari ketika bertolak pulang ke pulau itu membawa bot gentian kaca yang baharu dibeli.

Kedua-dua beranak itu selamat tiba di Jeti Marina Kampung Tekek, Pulau Tioman di sini pada 6 petang tadi, diiringi bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mengambil mereka daripada jagaan pihak berkuasa Indonesia di sempadan laut Malaysia-Indonesia petang ini.

Berkongsi pengalaman mereka dengan pemberita di jeti itu, Amat berkata keadaan cuaca tidak begitu baik dan berkabus pada hari kejadian namun mereka bertegas meneruskan perjalanan pulang.

“Tidak lama selepas itu, kabus semakin tebal menyebabkan saya tidak nampak daratan… tak nampak bayang pulau langsung. Saya buat keputusan untuk menjatuhkan sauh supaya kami boleh berhenti sehingga keadaan cuaca baik dan teruskan perjalanan.

“Tapi ombak semakin kuat dan kami semakin jauh dibawa ombak, sauh tidak membantu kami untuk berada di satu tempat yang sama di laut. Lama-kelamaan kami kehabisan minyak dan terus dibawa ombak,” katanya.

Amat yang belum berkeluarga berkata berikutan telefon bimbit tidak boleh digunakan, mereka berusaha mendapatkan bantuan daripada beberapa buah bot yang melalui berhampiran mereka dengan melambai-lambaikan tangan, namun bot-bot berkenaan seolah-olah tidak nampak mereka.

Sepanjang tiga hari itu kedua-dua beranak tersebut cuma bergantung kepada tiga botol air mineral yang diminum secara berdikit-dikit memandangkan mereka tidak tahu berapa lama mereka akan berada di laut, katanya menambah mereka turut dilanda ribut selama dua malam.

Katanya apabila dihampiri bot nelayan Indonesia pada 11 Nov lalu, dia amat bersyukur dan bertambah gembira apabila diberitahu mereka berada berhampiran Pulau Jemaja kerana dia mempunyai saudara-mara di pulau berkenaan.

“Mereka mahu menghantar kami ke hospital, tapi saya menolak kerana kami sihat… cuma agak keletihan. Saya beritahu tidak mengapa jika mereka mahu melaporkan kehadiran kami kepada pihak berkuasa kerana kami tidak melakukan kesalahan.

“Saya fikir itu yang terbaik supaya kami boleh pulang ke Malaysia secara baik. Saya mahu bawa bot balik ke Pulau Tioman dan tidak mahu bot dirampas kerana kesalahan menceroboh,” katanya.

Dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan mereka dan pihak berkuasa dan persatuan nelayan yang membantu melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik sahaja mereka dilaporkan hilang.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak berkuasa dan rakan nelayan di Indonesia khususnya di Pulau Jemaja kerana membantu serta melayan kami dengan baik sepanjang enam hari berada di sana,” katanya.

Amat berkata dia amat bersyukur apabila dimaklumkan boleh membawa pulang bot baharunya ke Pulau Tioman dan menambah mereka memulakan perjalanan pulang pada 5 pagi tadi dengan diiringi pihak berkuasa Indonesia yang kemudiannya menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Menteri Luar Malaysia, UAE adakan mesyuarat dua hala – Nasional


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengadakan mesyuarat dua hala di Wisma Putra di Putrajaya semalam.

Mesyuarat dua hala itu diikuti dengan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan kerajaan UAE iaitu mengenai penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Bersama dan perundingan politik.

“Pemeteraian dua MoU itu mendasari komitmen padu kedua-dua pihak untuk menggalakkan kerjasama dalam beberapa bidang dengan tumpuan khusus kepada hubungan ekonomi dan perdagangan,” kata Wisma Putra menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut Sheikh Abdullah Zayed dan Anifah bertukar-tukar pandangan dalam isu dua hala, serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan bersama, termasuk situasi di Timur Tengah.

Sheikh Abdullah Zayed sedang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula kelmarin.

Dalam lawatan itu, beliau turut mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Tugas-Tugas Khas yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di pejabat masing-masing.

“Berdasarkan hubungan mesra antara kedua-dua negara, lawatan rasmi ini memberi peluang yang sangat baik kepada kedua-dua pihak untuk terus memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan membuka laluan untuk meneroka kemungkinan kerjasama dalam bidang lain,” kata Wisma Putra. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons