‘Pakatan tidak mampu penuhi semua janji’


21tun.transformedMO, 22/2/2018, PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Pakatan Harapan (PH) yang diketuainya tidak mampu memenuhi semua janji ditabur pemimpin mereka, jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan menubuh kerajaan kelak.

Berikutan itu, Dr Mahathir berkata, pakatan itu terpaksa menilai semula kira-kira 60 janji pemimpin mereka setakat ini, sebelum disenaraikan dalam manifesto untuk dikemukakan kepada pengundi menjelang PRU14.

Beliau mendakwa, kepemimpinan PH tidak terikat kepada kenyataan dan janji dibuat pemimpin tertentu jika mendapati ia di luar kemampuan kewangan.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai pemimpin pakatan harapan yang membuat kenyataan tertentu (berhubung janji kepada rakyat).

Tak terikat janji

“Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengerusi PPBM itu berkata pemimpin pakatan membuat 60 janji yang diharap dapat dilaksanakan walaupun mungkin tidak seperti diharapkan rakyat.

“Kita berpendapat, kewangan kerajaan ketika itu mungkin tidak boleh menampung janji yang keterlaluan.

“Berikutan itu, kita akan membuat janji setakat yang mampu sahaja dan akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi,” katanya.

Mengenai pendaftaran pakatan harapan, Dr Mahathir berkata, PH akan membawa kes itu ke mahkamah pada Khamis ini berikutan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak memberi maklum balas kepada permohonan membentuk sebuah pakatan.

PH menghantar permohonan sejak pertengahan tahun lalu dan mahu isu itu diselesaikan untuk bertanding pada PRU14.

Mengulas isu pembahagian kerusi peringkat negeri di antara parti dalam pakatan itu, Dr Mahathir berkata, masih ada beberapa pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang gagal dipersetujui parti dalam PH.

“Mereka (peringkat negeri) kalau tak dapat selesaikan pada Jumaat ini kena beritahu ibu pejabat dan perkara itu akan diangkat kepada Majlis Presiden untuk ditentukan di peringkat pusat.

“Segala keputusan selepas itu mesti diterima semua pihak. Setakat ini kita sudah selesai (pembahagian kerusi) empat negeri,” katanya tetapi enggan mendedah empat negeri berkenaan.

Info: Antara janji pemimpin PH

  • Hapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
  • Turun dan hapuskan tol secara berperingkat
  • Turun caj pengangkutan awam
  • Pengampunan diraja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas Dr Mahathir
  • Siaran Liga Perdana Inggeris (EPL) percuma
  • Isytiharkan aset semua menteri dan pegawai kanan kerajaan
  • Dua penggal tempoh jawatan Perdana Menteri
  • Stabilkan harga petrol
  • Kurangkan jumlah Menteri Persekutuan
  • Menteri Kewangan diasingkan daripada jawatan Perdana Menteri
  • Kaji semula kontrak kerajaan dengan syarikat asing
  • Pendidikan percuma kanak-kanak keluarga berpendapatan rendah
  • Pulihkan FELDA
  • Ubah sukatan mata pelajaran Sejarah Sabah



Source link

read more

Hanya Tuhan mampu selamatkan penduduk Ghouta



GHOUTA: Bunyi letupan dan serangan tidak lagi menakutkan Noor dan Alaa.

Bunyi letupan itu bagai sudah sebati dengan hidup mereka.

Kedua-dua kanak-kanak ini ialah antara 400,000 orang awam yang terperangkap dalam kepungan dan serangan tanpa henti regim Bashar al Assad dan Rusia ke atas Timur Ghouta.

Serangan bertubi-tubi dalam tempoh 24 jam sejak Isnin telah mengorbankan lebih 97 nyawa.

BACA: Krisis kemanusiaan di Damsyik semakin meruncing

BACA: Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom di Damsyik

Noor dan Alaa bernasib baik kerana masih terselamat.

Namun begitu, anak-anak kecil ini sedar.

Tanpa campur tangan masyarakat antarabangsa bagi menghentikan serangan, mereka hanya menunggu masa.

Menunggu masa untuk kembali ke pangkuan Tuhan.

“Rejim Assad telah membawa pasukannya untuk menumpaskan Ghouta.

“Kami tidak dapat mempertahankan diri kami.

“Kanak-kanak di sini berada dalam keadaan yang bahaya dan akan dibunuh.

“Tolong selamatkan kanak-kanak Ghouta, sebelum terlambat,” rayu Noor dalam suatu video yang dimuat naik.

Sanggupkah kita berpeluk tubuh dan serahkan nasib mereka kepada Tuhan?



Source link

read more

SonarPen – Stylus Mampu Milik Dengan Sokongan Mengesan Tekanan Untuk Peranti iOS – Amanz


Stylus mungkin dibenci oleh Steve Jobs semasa melancarkan iPhone sebelas tahun yang lalu. Tetapi hakikatnya jari manusia masih belum cukup sempurna untuk menggantikan stylus terutamanya jika ingin melakukan lakaran terperinci. Oleh itu Apple Pencil dilancarkan tetapi stylus dengan kemampuan mengesan tekanan ini dijual pada harga yang tidak mampu milik dan hanya boleh digunakan dengan iPad Pro.

Bagi mereka yang mencari stylus dengan sokongan mengesan tekanan yang mampu milik, SonarPen telah dihasilkan. Stylus ini juga boleh digunakan pada kesemua peranti iOS seperti iPad generasi lama dan iPhone.

Keunikan SonarPen ialah ia menggunakan gelombang bunyi untuk mengubah pergerakan stylus menjadi gambar pada skrin. Ia disambungkan terus kepada bicu audio. Pada peranti tanpa bicu audio, penyesuai Lighthing kepada bicu audio sedia ada boleh digunakan. Buat masa ini hanya aplikasi ZenBrush 2 dan GoodNotes menyokong fungsi mengesan tekanan pada SonarPen.

SonarPen sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dimiliki pada harga HKD 195 (~RM 97). Ini menjadikannya stylus dengan sokongan tekanan paling mampu milik untuk peranti iOS buat masa ini.



Source link

read more

Bilionair sedunia makin kaya mereka sepatutnya mampu akhiri kemiskinan global 7 kali



EKONOMI global telah mencatatkan rekod baharu bilangan bilionair tahun lalu, sekali gus melebarkan lagi jurang ketidaksamarataan, lapor Bloomberg yang memetik kaji selidik organisasi kebajikan, Oxfam International.

Perkara itu berlaku ketika hak pekerja dilihat semakin lemah manakala tekanan korporat untuk menggandakan pulangan pemegang saham semakin meningkat.

Dunia kini mempunyai 2,043 bilionair, dengan seorang bilionair tercipta selang dua hari pada tahun lalu.

Menurut Oxfam, bilionair yang hampir kesemuanya lelaki itu menyaksikan kekayaan bertambah sebanyak AS$762 billion, iaitu cukup untuk mengakhiri kemiskinan teruk sebanyak tujuh kali.

Berdasarkan data berasingan yang dihimpunkan Bloomberg, nilai kekayaan 500 bilionair teratas berkembang 24 peratus kepada AS$5.38 trilion pada 2017.

Tahun lalu juga menyaksikan pengasas Amazon.com Inc. Jeff Bezos, meraih sejumlah AS$33.7 bilion.

“Kemunculan bilionair ini bagaimanapun bukan petanda peningkatan ekonomi, tetapi simptom sistem ekonomi yang gagal.

“Orang yang membuat pakaian kita, memasang telefon pintar kita dan menghasilkan makanan kita sedang dieksploitasi,” ujar Pengarah Eksekutif Oxfam International,Winnie Byanyima.

Oxfam menerbitkan laporan berkenaan ketika para pemimpin dunia, ketua eksekutif dan pemilik bank berada di Davos, Switzerland sempena sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia.

Memandangkan banyak elitis dunia menyatakan bahawa mereka peduli tentang ketidaksamarataan ekonomi, Oxfam pula menegaskan kebanyakan kerajaan di seluruh dunia gagal memperbaiki keadaan itu.

Oxfam menggesa kerajaan dan pemerintah untuk mengehadkan pulangan pemegang saham dan eksekutif, sementara memastikan golongan pekerja menerima wang sara hidup yang sewajarnya.

Organisasi itu juga antara lain mencadangkan agar menghapuskan jurang bayaran antara jantina dan meningkatkan cukai ke atas orang kaya.

“Bersedia untuk berubah. Kita mahukan batas kuasa dan kekayaan, yang kini hanya dimiliki golongan kecil,” ujar Byanyima.



Source link

read more

Hasselblad Dan IKEA Bekerjasama Menghasilkan Koleksi Gambar Hiasan Rumah Berkualiti Tinggi Mampu Milik – Amanz


Bagi penduduk bandar, IKEA ialah gedung perabot yang menjadi pilihan. Pelbagai perabot yang bergaya dapat dimiliki pada harga yang mampu milik. Tetapi mampu milik tidak bermakna ia tidak berkualiti. Oleh itu IKEA bekerjasama dengan Hasselblad bagi menghasilkan koleksi gambar hiasan rumah yang diambil oleh jurugambar profesional.

Koleksi Norrhassel terdiri daripada tujuh gambar yang diambil oleh Dimitry Ageev, Lars van de Goor, Hans Strand, Bára Prášilová, Ali Rajabi, Tom D. Jones dan Joachim Schmeisser. Kesemua gambar di dalam koleksi ini dipilih kerana dipercayai dapat meningkatkan kreativiti pemilik dan menimbulkan emosi.

IKEA menyedari gambar berkualiti untuk hiasan rumah yang berkualiti tinggi biasanya di luar kemampuan kebanyakan pengguna. Kerjasama dengan Hassleblad yang merupakan nama besar dunia fotografi ini diharap dapat mendemokrasikan seni fotografi kepada lebih banyak pengguna. Kesemua gambar di dalam koleksi Norrhassel akan mula dijual pada Ogos hadapan.



Source link

read more

Robot Spot Mini Keluaran Boston Dynamics Kini Mampu Membuka Pintu – Amanz


Di dalam dunia penghasilan robot, Boston Dynamics mungkin yang paling dikenali ramai kerana menghasilkan robot berinovatif. Tahun lalu mereka memperlihatkan Atlas yang boleh melakukan balik kuang dan Handle yang mampu melompat. Mereka telah memperlihatkan model terkini Spot Mini yang kini berkemampuan membuka pintu.

Spot Mini yang sudah dalam pembangunan sejak 2016 direka untuk digunakan di dalam rumah. Ia mempunyai empat kaki dan satu tangan yang boleh dilihat membuka pintu bagi membolehkan sebuah lagi Spot Mini melaluinya. Robot yang bersaiz seperti seekor anjing ini hanya sebesar 30 kilogram, mampu membawa beban sehingga 14 kilogram dan beroperasi selama 90 minit.



Source link

read more

Kamera Phantom V2640 Mampu Merakam Video Pada Kadar 25030 FPS – Amanz


Takhta kamera dengan kadar rakaman video tertinggi untuk telefon pintar buat masa dipegang oleh Motion Eye keluaran Sony. Dengan teknologi Montion Eye, rakaman video sehingga 960 FPS pada resolusi 720P. Kemampuan kamera ini masih lagi perlahan jika dibandingkan dengan kemampuan kamera Phantom V2640.

Kamera yang direka khas untuk rakaman adiperlahan ini mampu merakam pada kadar 25030 FPS pada resolusi 1024P tanpa warna. Ia turut mampu merakam video berwarna pada kadar 6600 FPS dengan resolusi 4-Megapixel (2592×1520 pixel) dan 11,750 FPS dengan resolusi 1080P.

Ia dilengkapi storan sehingga 288GB dengan berat 8.1 kilogram. Nyata sekali ini ialah kelengkapan perlu bagi mereka yang menggemari rakaman video gerak perlahan. Tiada maklumat mengenai harga diumumkan setakat ini.



Source link

read more

Rolls-Royce Melancarkan Visi IntelligentEngine – Enjin Jet Pintar Yang Mampu Membaiki Diri Sendiri – Amanz


Pemintaran objek bakal hadir ke dalam dunia enjin jet. Di acara Singapore Air Show yang sedang berlangsung hari ini, Rolls Royce berkongsi visi enjin jet pintar mereka iaitu IntelligentEngine yang mempunyai kemampuan memperbaiki diri sendiri tanpa campur tangan manusia.

Enjin jet pintar keluaran mereka di masa hadapan berhubung di antara satu sama lain bagi mempelajari tetapan optimum ketika beroperasi. Ia sentiasa menganalisa komponen dan dengan pembelajaran mesin boleh mengetahui bilakah ia perlu diselenggara.

Dengan data penerbangan yang dikumpul, enjin boleh memberikan saranan kepada juruterbang bagi mengurangkan penggunaan bahan api. Di masa hadapan dengan wujudnya robot pintar, kesemua proses selenggara akan dilakukan tanpa campur tangan manusia. Sebuah lagi kerjaya manusia bakal pupus kerana Revolusi Industri 4.0. Adakah kita suah bersedia?



Source link

read more

Rumah mampu milik, janji kosong kerajaan Selangor


SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya rakyat Selangor boleh menilai antara kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri itu dengan kerajaan Persekutuan dalam menjaga kebajikan mereka.

Walaupun kerajaan Selangor bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melancarkan pelbagai program dan skim perumahan untuk rakyatnya, tetapi sehingga kini belum ada satu pun memberi manfaat kepada rakyat.

Dalam kes skim Rumah Selangorku, khabarnya beratus pemohon tidak puas hati kerana permohonan mereka tidak dilayan dengan pelbagai alasan.

Tetapi kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam diam-diam memberi manfaat kepada rakyat apabila satu demi satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) siap dan sudah boleh diduduki.

Terbaharu, Menterinya, Tan Sri Noh Omar mengumumkan akan membina kira-kira 2,000 unit kediaman lagi di bawah PPR tahun ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan di Selangor memiliki rumah.

Projek yang melibatkan kos kira-kira RM400 juta itu akan dibina di Kampung Sungai Yu dan Berjuntai Bestari di Kuala Selangor, diikuti Bukit Subang di Shah Alam dan Dengkil di Sepang.

Menurut Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, projek PPR di Kampung Sungai Yu melibatkan pembinaan 500 unit rumah teres, manakala PPR di Dengkil dan Bukit Subang masing-masing 500 unit pangsapuri.

Di Berjuntai Bestari pun katanya, kementeriannya masih di peringkat perbincangan sama ada untuk membina pangsapuri atau rumah teres.

Projek Rumah Selangorku yang dicanang ke seluruh pelosok oleh kerajaan PH Selangor sejak sekian lama hanya indah khabar dari rupa. – theRakyat



Source link

read more

Siapa sangka Nutella mampu cetuskan rusuhan di seluruh Perancis



HARGA runtuh yang ditawarkan rangkaian pasaraya Perancis ke atas sapuan coklat berasaskan kacang hazel, Nutella, menyebabkan beberapa adegan ganas antara pembeli pada Khamis.

Pasaraya Intermarche menawarkan diskaun sehingga 70 peratus sebotol, yang menjadikan harga terkini sapuan coklat tersebut kepada RM6.70 (€1.40) berbanding harga asalnya pada RM21 (€4.50).

Pihak polis terpaksa masuk campur apabila berlaku pergaduhan antara pembeli.

“Mereka bergaduh seperti haiwan. Seorang wanita ditarik rambutnya, seorang warga emas dihentak dengan kotak di kepala dan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di tangan sehingga berdarah,”menurut laporan media tempatan.

Pergaduhan tersebut cuba dileraikan pekerja pasaraya namun usaha mereka tidak berhasil, lapor portal berita Le Progres.

“Kami cuba leraikan pergaduhan tersebut tetapi akhirnya kami ditolak,” kata pekerja pasaraya tersebut.

Stok pasaraya tersebut habis dalam masa 15 minit selepas dibuka dan seorang pembeli lebam di matanya, lapor portal itu lagi.

365 juta kilo Nutella dimakan setiap tahun di lebih 160 negara seluruh dunia.

Nutella mula dihasilkan oleh keluarga Ferrero pada 1940 di Wilayah Piedmont, Itali yang terkenal dengan kacang hazel.

Syarikat pengeluar sapuan coklat itu berkata ia kesal dengan kejadian ganas pada Khamis itu, namun harga runtuh tersebut telah dipersetujui oleh Intermarche.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons