Wartawan veteran Omar Manan dikebumikan selepas solat Jumaat – Nasional


KUALA LUMPUR 03 Nov. – Jenazah bekas wartawan akhbar Utusan Malaysia, Omar Sudi Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Omar Manan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru selepas solat Jumaat.

Allahyarham yang berusia 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, dekat sini akibat komplikasi penyakit kencing manis kira-kira pukul 12.40 pagi hari ini. 


Allahyarham Omar meninggal dunia di sisi isterinya, Fauziah Rauf, yang juga seorang wartawan veteran serta anak bongsu pasangan itu, Firhat Yasir.


Selain Fauziah Rauf, 69 dan Firhat. Allahyarham turut meninggalkan tiga orang lagi anak serta 13 orang cucu.


Omar merupakan antara pelakon yang banyak membintangi drama terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada era 1980-an dan awal 1990-an.


Allahyarham juga pernah menjadi ketua pengarang penerbitan majalah dan akhbar tabloid antaranya Pesta, Pentas Dunia dan majalah kewanitaan iaitu Hawa pada 1990-an.


Selain itu, beliau antara individu yang turut memainkan peranan dalam mewujudkan Festival Filem Malaysia (FFM) yang dikelolakan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA).

Antara rakan seangakatan Omar dalam bidang kewartawanan hiburan ialah Allahyarham Aimi Jarr, Allahyarham Ahmad Idris dan Allahyarham Bahyah Mahmood. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons