Kerjasama UMNO-PAS beri manfaat kepada penyatuan ummah – Ismail Sabri



KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Umno dan PAS sekiranya dimaterialisasi akan memberi manfaat kepada penyatuan ummah, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penyatuan dalam kalangan pimpinan politik beragama Islam, penting dalam memastikan kelangsungan Islam dan dasar berkaitannya di dalam negara boleh dicapai.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata hal mengenai kerjasama antara kedua-dua parti itu, terutamanya dalam pilihan raya, terserah kepada pucuk pimpinan parti.

“Setakat ini kita tak nampak pergaduhan antara Umno dan PAS, kalau benar boleh kita bekerjasama dengan lebih jauh, saya kira itu baik kerana kita bercakap tentang penyatuan ummah.

“Daripada kita bergaduh lebih baik kita bersatu,” katanya semasa menjadi panel kluster politik di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di sini, hari ini.

Beliau mengulas soalan daripada peserta konvensyen yang mahu tahu sama ada Umno dan PAS perlu ada kerjasama politik.

— BERNAMA



Source link

read more

132,851 terima manfaat SKSJ – Nasional


BENTONG 19 Nov. – Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang bertujuan memberi perkhidmatan secara terus kepada masyarakat akar umbi mencapai matlamat apabila seramai 132,851 individu yang terdiri daripada warga emas dan Orang Asli berjaya memiliki lesen memandu kelas B2 motosikal.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 302 program dilaksanakan di seluruh negara secara berperingkat sejak ia mula dilaksanakan pada 2009.

“Di Pahang, sehingga kini sebanyak 29 siri SKSJ dijalankan yang mana seramai 14,444 calon berjaya mendapat lesen.

“Hari ini, seramai 463 calon telah mengikuti kursus pemanduan, latihan dan menduduki ujian yang dikendalikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lulus dan layak memperoleh lesen memandu kelas B2 motosikal,” katanya ketika berucap pada Program SKSJ Bentong 2017 di Dewan Arena Kompleks Sukan Benus di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Mohammad Shahid Ismail. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pelaburan China dalam pembangunan infrastruktur beri manfaat kepada AEC



HONG KONG: Pelaburan China dalam pembangunan infrastruktur memberi manfaat kepada pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) memandangkan kesalinghubungan yang lebih baik adalah pemacu utama pertumbuhannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata infrastruktur yang bertambah baik, termasuk lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan laut dan sistem kereta api, akan memudahkan perdagangan dan pelancongan intra-ASEAN.

Beliau berkata inisiatif jalur dan laluan (BRI) akan membantu ASEAN merealisasikan Pelan Induknya mengenai Kesalinghubungan ASEAN, terutamanya jalan, kereta api, dan sambungan laut.

“Kesalinghubungan dari segi ekonomi pada skala merentas benua yang dibayangkan oleh BRI adalah kukuh, terutamanya semasa globalisasi dilihat lemah dalam menghadapi peningkatan dasar perlindungan dan nasionalisme ekonomi di Barat,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia ke-9 di sini malam Isnin.

Ahmad Zahid berkata pemulihan ekonomi global yang perlahan dari krisis 2008 dan prospek yang semakin berkurang bermakna dunia memerlukan dorongan baru untuk berkembang dan BRI pastinya salah satunya.

“Penglibatan China dalam pembinaan projek pelabuhan dan keretapi baru di beberapa negara ASEAN akan mempercepatkan kesalinghubungan ini. BRI boleh memudahkan Kesalinghubungan ASEAN menerusi bidang lain iaitu sambungan digital,” katanya.

Melalui definisinya yang paling luas, Ahmad Zahid berkata BRI akan melibatkan 65 negara, 4.4 bilion penduduk dan 29 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global (US$2.1 trilion) secara langsung.

Inisiatif ini disokong oleh Dana Laluan Sutera Baru, yang telah menyediakan modal sebanyak US$40 bilion untuk diberikan secara ansuran.

Ahmad Zahid berkata ansuran pertama sebanyak US$10 bilion, yang terdiri daripada US$6.5 bilion daripada Pentadbiran Pertukaran Asing China, Perbadanan Pelaburan China (US$1.5 bilion), Export-Import Bank of China (US$1.5 bilion), dan Bank Pembangunan China (US$ 500 juta).

Dalam tempoh empat tahun lepas, dana tersebut melabur US$4 bilion.

“Tidak diragukan lagi, inisiatif ini telah disambut baik oleh kebanyakan negara dalam skop geografinya, termasuk negara-negara Asia Tenggara. Bagi Asia Tenggara, inisiatif ini boleh menjadi sumber pendanaan yang penting bagi kerajaan di rantau ini untuk membangunkan infrastruktur mereka.

“Menurut laporan Bank Pembangunan Asia, negara-negara Asia Tenggara memerlukan kira-kira US$ 2,759 bilion, yang sama dengan lima peratus daripada KDNK mereka, untuk pelaburan infrastruktur antara 2016 dan 2030,” katanya.

Ahmad Zahid berkata akses kepada pelaburan China melalui BRI dinilai oleh negara-negara Asia Tenggara, terutamanya apabila pembiayaan melalui pelabur swasta dan institusi kewangan antarabangsa kekal terhad dan tidak dapat memenuhi permintaan rantau ini.

BRI juga kata beliau, menghadapi cabaran tertentu di Asia Tenggara.

Beliau berkata sesetengah negara, selain berharap kepada BRI, berhati-hati disebabkan perbezaan dalam skala ekonomi antara China dan negara-negara lain, serta perubahan landskap geopolitik yang boleh mungkin dibawa oleh inisiatif.

“Kita tidak sepatutnya membiarkan cabaran itu menghalang perkembangan positif berkaitan BRI. Syukurlah, terdapat kemajuan antara kedua-dua pihak.

“Dalam hal ini, kita didorong oleh kesimpulan dan penggunaan kerangka Kod Etika di Laut China Selatan pada Ogos 2017.

“Pengesahan rangka kerja oleh kedua-dua pihak sememangnya merupakan satu langkah ke hadapan dalam komitmen dan konsensus,” katanya, sambil menambah bahawa jaminan China menegnai hasratnya akan memberi manfaat yang besar bagi kejayaan BRI.

Beliau berkata pelaksanaan agenda BRI akan memerlukan kerjasama, tahap pemahaman dan kepercayaan yang tinggi.

Mengenai hubungan antara Malaysia dan China, Ahmad Zahid berkata China kini merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dan pelabur asing terbesar manakala pelancong China merupakan pelancong tunggal terbesar di Malaysia.

“Malaysia dan China telah menikmati hubungan yang erat dan teguh selama 43 tahun sejak negara itu menjadi yang pertama di Asia Tenggara untuk menjalin hubungan diplomatik dengan China pada 1974 dan pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara mengukuhkan lagi hubungan dua hala,” katanya.

Sidang kemuncak dua hari bertemakan ‘Menangani Ketidaktentuan Global: Meneroka Peluang Baru’, menghimpunkan pemimpin kerajaan, perniagaan dan akademik serta pemikir untukmeraikan ulang tahun ke-20 penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan pemeteraian PerjanjianPerdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Hong Kong yang melengkapi FTA China-ASEAN.

Acara ini dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

— BERNAMA



Source link

read more

Manfaat KR1M 2.0 untuk rakyat tempatan sahaja – Nasional


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kerajaan akan mencari mekanisme yang boleh digunakan bagi memastikan hanya rakyat tempatan sahaja yang dapat menikmati manfaat daripada pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) versi 2.0.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada masa sama, jualan pelbagai barangan oleh rangkaian KR1M 2.0 juga tidak terhad kepada golongan berpendapatan terendah B40 sahaja.

“Buat masa ini, kita buka kepada semua rakyat tempatan tetapi kaedah yang akan datang kita akan menentukan antara rakyat Malaysia dan warga asing,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) ketika mencelah penggulungan berkenaan untuk bertanya sama ada kerajaan akan mengehadkan jualan di KR1M 2.0 untuk golongan B40 sahaja. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kewangan Islam dapat manfaat daripada teknologi – Penolong Gabenor BNM



PETALING JAYA: Kewangan Islam akan mendapat manfaat besar daripada teknologi kerana ia bertindak sebagai penyama yang hebat, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Beliau berkata, dengan penguasaan pasaran yang agak besar, iaitu lebih 28 peratus daripada jumlah aset kewangan, sudah tiba masanya untuk industri kewangan Islam untuk bersaing dengan kewangan konvensional.

“Industri itu boleh mengeksploit pelbagai peluang yang dibawa teknologi kewangan untuk kekal relevan dan berdaya saing, berikutan pelbagai cabaran yang akan ditempoh di masa depan,” katanya kepada pemberita di Forum Fintech Syariah 2017 di sini, hari ini.

Ahmad Hizzad berkata, teknologi adalah alat agnostik yang boleh menjadi perubah penting untuk industri kewangan Islam.

“Teknologi boleh membantu kewangan Islam merealisasikan janjinya dalam perkongsian risiko dan sokongan untuk aktiviti ekonomi yang tulen lagi produktif.

“Dengan peningkatan keusahawanan, teknologi boleh memainkan peranan pemudahan dalam memperluaskan ruang pembiayaan bagi perniagaan kecil dan sederhana,” katanya.

Menurutnya, teknologi adalah alat yang berkuasa yang boleh memperluaskan akses dan jangkauan instrumen pembiayaan sosial seperti zakat, wakaf dan sedekah.

“Pendigitan pengumpulan dan pembayaran hasil boleh memulihkan semula instrumen pembiayaan sosial ini,” katanya.

Semasa forum tersebut, Persatuan Penasihat Syariah, yang juga penganjur acara itu, telah melancarkan Program Penasihat Syariah Bertauliah (CSA) dan Pengamal Syariah Bertauliah (CSP).

Program CSA itu terbuka kepada mereka yang mempunyai latar belakang undung-undang Syariah manakala program CSP pula terbuka kepada mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan tinggi atau profesional berkaitan kewangan Islam atau mempunyai dua tahun pengalaman bekerja berkaitan kewangan Islam.

— BERNAMA



Source link

read more

Rafizi akui Bajet 2018 beri manfaat kepada rakyat



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli mengakui pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi pulangan dan manfaat kepada rakyat.

Sambil berharap bajet itu memberi kesan lebih positif kepada negara, beliau turut meminta kerajaan memberi penekanan kepada penyelesaian jangka panjang terhadap permasalahan dihadapi rakyat sekarang seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan isu pengambilan pekerja asing.

“Cuma pemberian (imbuhan Bajet 2018) itu perlu diseimbangkan dengan beberapa perkara iaitu perlu ada matlamat jangka panjang dengan mengambil langkah-langkah penting bagi menyelesaikan masalah rakyat sekarang,” katanya semasa menjadi tetamu program Bicara Bajet 2018 yang disiarkan selama sejam di RTM1 malam tadi.

Program dihoskan Datuk Dahlan Maamor itu turut menjemput Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang juga anggota Parlimen Muar bagi membincangkan intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Mohd Rafizi berkata rakyat sebenarnya amat mengalu-alukan sebarang pengumuman kerajaan yang mampu memberi manfaat kepada mereka tanpa mengira parti politik yang memerintah.

“Bagi saya mudah, sebaik-baiknya kalau apa-apa dikembalikan kepada rakyat, saya tiada rungutan kerana lebih banyak diberikan (kepada rakyat) adalah lebih baik,” kata Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas perkara sama, Razali berkata Bajet 2018 bukanlah bajet ‘gula-gula’ seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat untuk menambah pendapatan dalam mendepani kos sara hidup yang tinggi.

“Ada bantuan mikrokredit diberikan Tekun, Amanah Ikhtiar Malaysia dan galakan kepada pengusaha untuk berniaga bagi menambah pendapatan, pengurangan cukai kepada nisbah yang rendah untuk mereka tambah pendapatan,” katanya.

Mengenai Belanjawan Alternatif 2018 dibentangkan Pakatan Harapan yang antara lain mencadangkan penghapusan campur tangan politik dalam Felda, Mohd Rafizi berkata modul Felda ketika awal penubuhannya adalah terbaik dan menyaksikan agensi pembangunan tanah itu ditadbir oleh mereka yang pakar.

“Misalnya kalau perladangan, ada pakar perladangan, kalau hartanah orang yang pakar dalam itu dan dari segi tata kelola urusan Felda, ia boleh bertanggungjawab sama ada kepada lembaga pengarah, jabatan dan lain-lain,” katanya.

Beliau mencadangkan supaya pentadbiran Felda diserahkan kepada mereka yang arif dalam bidang itu manakala ahli politik hanya perlu memastikan pengurusan agensi itu dikendalikan secara cekap seperti dikehendaki rakyat.

Mohd Rafizi turut mengakui Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad telah memainkan peranan yang baik bagi memastikan pengurusan Felda berada pada landasan yang betul dan baik untuk masa depan peneroka.

Turut senada dengan kenyataan Mohd Rafizi berhubung Felda, Razali mengakui Shahrir telah menjalankan tugas dengan baik.

Beliau berkata tindakan Shahrir menyusun semula pengurusan Felda dengan memberikan tanggungjawab kepada individu yang layak, banyak membantu perjalanan agensi itu.

“Contohnya ada wakil daripada Lembaga Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) serta melantik peguam, akauntan termasuk wakil Kementerian Kewangan serta wakil Felda sendiri,” katanya sambil menyifatkan individu itu sebagai profesional serta berkecuali, dan bertindak semata-mata untuk memastikan Felda mendapat faedah maksima.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons