Biar dia hilang dara dengan ayahnya daripada orang gila lain – Ibu kejam mangsa rogol



SEPASANG suami isteri warga Rusia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol anak perempuan mereka sendiri, yang berusia 12 tahun. Pasangan tersebut didakwa atas kesalahan pedofilia selepas memaksa mangsa menjadi ‘hamba seks’ mereka.

Tertuduh juga didakwa melakukan gangguan seksual secara kerap terhadap mangsa antara Disember 2016 dan Mac 2017. Ayah mangsa, yang tidak didedahkan identitinya, dituduh merogol anaknya dan pada kebiasaannya, isterinya akan berada di katil yang sama, seperti yang dilaporkan The Daily Mail.

Ibu mangsa pula, didakwa atas deraan seksual termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa.

Ibu mangsa juga berkata dia sendiri pernah dirogol sejak berusia 13 tahun. Disebabkan itu, pasangan itu sama-sama bersetuju “untuk melatih anak perempuan mereka lebih awal tentang hubungan seksual,” katanya kepada pihak polis.

“Biar dia hilang dara kepada ayahnya daripada orang gila lain,” ibu mangsa memberikan alasan.

Kes deraan seksual terhadap anaknya terbongkar apabila mangsa berjumpa dengan doktor berkaitan “masalah haid”. Doktor mendapati mangsa sudah “kehilangan dara”.

Kemudian, doktor tersebut melaporkan kepada pihak penyiasat berkenaan deraan seksual mangsa.

Tertuduh didakwa mengakui penderaan yang mereka lakukan terhadap mangsa.

Selain itu, tertuduh juga memaksa mangsa tidur sekatil sebelum melakuan hubungan seksual. Lebih teruk, mangsa juga dipaksa melaku hubungan seksual secara bertiga.

Dimaklumkan, ahli keluarga lain seperti nenek mangsa juga tinggal sebumbung tetapi langsung tidak tahu menahu berkaitan deraan seksual tersebut.

Ibu bapa mangsa, keduanya berumur 34 tahun, telah direman dan sekarang dibawah jagaan di Volgograd. Tertuduh bakal dipenjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Menurut Daily Mail, tertuduh telah dilucutkan hak ibu bapa dan hak penjagaan terhadap mangsa.



Source link

read more

Mangsa banjir Segamat berkurangan | Merdeka Online


SEGAMAT 12 JANUARI 2018. Anggota APM meninjau kejadian banjir yang berlaku di sekitar Segamat. NSTP/IHSAN APM JOHOR

MO, 17/1/2018, JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat menurun, dengan hanya 33 orang daripada lapan keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 8 pagi tadi, semua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sehingga kini, mangsa yang dipindahkan di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak itu membabitkan 12 lelaki dan 12 wanita, selain empat kanak-kanak serta satu bayi.

“Sementara itu, empat mangsa membabitkan masing-masing seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak ditempatkan di Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ayub berkata, pemantauan berterusan akan dijalankan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.



Source link

read more

1,360 mangsa banjir di Johor – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 15 Jan. – Jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak menunjukkan perubahan ketara apabila seramai 1,360 orang daripada 371 keluarga masih ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas hingga pukul 7 pagi ini.

Jumlah itu turun sedikit berbanding 1,361 orang daripada 372 keluarga yang ditempatkan di PPS sama, pukul 8.20 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, Mersing masih menjadi daerah tertinggi mencatat mangsa banjir iaitu seramai 1, 225 orang daripada 342 keluarga, diikuti Segamat (103 mangsa daripada 22 keluarga) dan Kota Tinggi (32 mangsa daripada tujuh keluarga).

Menurut Ayub, di Mersing, Jalan Telok Arong (J214) ditutup semua untuk lalu lintas akibat runtuhan cerun dan pengguna boleh menggunakan jalan alternatif di

Jalan Tanjung Resang (J183) – Jalan Mersing/Endau (FT003) – Jalan Air Papan (J79). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jumlah mangsa terjejas banjir di Johor terus meningkat


JOHOR BAHRU: Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir di Johor meningkat kepada 1,395 daripada 376 keluarga di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, berbanding 1,245 orang pada malam tadi.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata 103 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di empat PPS di Segamat, 1,261 mangsa daripada 347 di lapan PPS di Mersing dan 31 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah pps di Kota Tinggi.

Kesemua mangsa di Segamat merupakan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Di Mersing pula, mangsa adalah penduduk Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, Kampung Orang Asli Labong, Kampung Air Merah manakala di Kota Tinggi (Kampung Perepat).

Sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Punan Kluang dilaporkan ditutup akibat terputus hubungan.

Selain itu, SK Ladang Mutiara dan SK Seri Sedohok dalam daerah sama (Kluang) turut terputus hubungan namun masih beroperasi.

Jalan Telok Arong di Mersing masih ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan orang boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan.

Laluan ke Kampung Batu 7 di Jementah, Segamat turut terputus hubungan akibat dinaiki air dan pemantauan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.



Source link

read more

Mangsa banjir lumpur selatan California mula bersihkan kediaman



CALIFORNIA: Penduduk Bandaraya Selatan California mula membersihkan kediaman mereka yang dilanda banjir lumpur tempoh hari selepas pasukan mencari dan menyelamat selesai melakukan pencarian .

Sejak kejadian banjir lumpur itu lebih 1,200 anggota dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Montecito adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan kadar populasi penduduknya 9,000 orang.

Kejadian itu dianggap malapetaka paling tragis di kawasan berkenaan selepas meragut 18 nyawa penduduk.

Pasukan SAR sebelum ini berdepan dengan kesukaran disebabkan faktor lumpur yang terlalu tebal untuk meneruskan kerja-kerja mencari mangsa yang masih lagi gagal dikesan.

Malah kesan banjir lumpur itu juga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil masa agak lama untuk mengalihkan runtuhan dan bongkah binaan yang besar sekali gus melambatkan proses pencarian.



Source link

read more

Mangsa banjir di Mersing Segamat meningkat


JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing terus meningkat kepada 527 orang pagi ini berbanding 160 malam tadi dengan pembukaan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 7 pagi tadi, seramai 430 mangsa daripada 106 keluarga di Mersing berada lima PPS manakala 97 mangsa daripada 20 keluarga pula ditempatkan di empat PPS di Segamat.

Beliau berkata PPS Sekolah Agama Mersing Kanan dibuka pada 12 malam tadi dan menempatkan 123 mangsa dan PPS Sekolah Kebangsaan Labong pula dibuka 2 pagi tadi dengan menempatkan 109 mangsa.

“Kawasan terjejas di Mersing juga bertambah apabila sebelum ini hanya Kampung Tenglu Besar dan Kampung Air Papan, namun kini turut berlaku di Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, dan Kampung Orang Asli Labong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di Segamat pula, kawasan terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Beliau berkata Jalan Telok Arong di Mersing ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan pemantauan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan.

Orang ramai yang ingin ke Mersing-Endau boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Pameran pakaian mangsa rogol timbul persoalan


BRUSSELS: Cara pemakaian tiada kaitan dengan rogol.

Itu yang ingin dibuktikan menerusi satu pameran di sini yang mempamerkan pakaian mangsa rogol ketika diserang.

Bertemakan ‘Is It My Fault?’ pameran anjuran Centre Communautaire Maritime itu antara lain meminjam pakaian daripada mangsa, termasuk baju tidur, seluar sukan dan gaun. 

Malah, t-shirt kanak-kanak tertera ‘My Little Pony’ turut dipamerkan.

Ia sekaligus mempersoalkan hujah yang sering timbul yang mengaitkan mangsa rogol dengan cara pemakaian, termasuk menyalahkan si mangsa kerana berpakaian seksi, yang disifat mengundang tindakan rogol.

Pameran yang diadakan di Pusat Komuniti Molenbeek di Brussels itu mula dibuka dari 8 hingga 20 Januari 2018.



Source link

read more

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Bukit Wang mangsa vandalisme


JITRA: Sejak terputus bekalan air beberapa bulan lalu, tandas di sebuah pusat rekreasi di sini berbau busuk dengan najis yang ditinggalkan merata-rata.

Yang menjadi mangsa adalah pengunjung.

Tinjauan mendapati, Pusat Rekreasi Hutan Lipur Bukit Wang di sini, bukan sahaja rosak akibat vandalisme,  tetapi tandasnya juga menjijikkan dan tiada bekalan elektrik.

Kebanyakan pengunjung beranggapan ada pihak yang ‘lepas tangan’.

Salah seorang pengunjung, Shazwin Haizi Abdullah, berkata sepanjang pemerhatiannya selepas beberapa kali datang ke pusat rekreasi itu, tidak banyak perubahan yang berlaku.

“Ini satu masalah. Tadi saya ke bilik air untuk menyalin pakaian. Saya dapati, tempatnya sangat teruk. Tak tahu di mana hendak menyalin baju,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nor Atikah Hasrin, menyuarakan pandangan sama.

“Bagi lelaki, tiada masalah, mereka boleh tukar pakaian di luar. Orang perempuan nak tukar di mana?

“Sudahlah bilik air tiada bekalan air, keadaannya menyeramkan pula,” katanya.

Astro AWANI membawa aduan pengunjung kepada penjaga hutan lipur itu, Mohd Tarmizi Keria.

Dia mendakwa, masalah ketiadaan air di tandas awam pusat rekreasi itu, yang dialami sejak beberapa bulan lalu, adalah diakibatkan saluran paip utama yang pecah.

Kerosakan dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri besi tembaga penyambung paip berkenaan.

Bukan itu sahaja, stor yang menempatkan pelbagai peralatan turut hilang.

“Kecurian berlaku di waktu malam. Siang hari ia tidak berlaku kerana orang ramai. Kami pun berjaga di sini dari pagi sampai petang. Pukul 5 atau 6, kami balik. Mungkin ketika itu mereka datang,” katanya.

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Bukit Wang beroperasi semula sejak awal tahun lalu selepas diarahkan tutup oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim susulan kejadian kepala air.



Source link

read more

Mangsa banjir di Pahang meningkat


KUANTAN : Hujan berterusan yang masuk hari kedua menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat lagi kepada 357 orang hingga 8 pagi ini berbanding 318 malam Khamis.

Pengarah Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata daerah Rompin mencatatkan peningkatan mangsa dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka pada awal pagi Jumaat di Dewan Orang Ramai Leban Chondong yang menempatkan 39 mangsa.

“Mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman pula masih kekal 64 orang seperti malam tadi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata di Pekan keadaan banjir termenung menyebabkan jumlah mangsa tidak berubah dengan 254 orang masih ditempatkan di lima PPS.

“PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Temai menempatkan 93 mangsa, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (75 mangsa),” katanya.

Mangsa turut ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), SK Acheh (sembilan) dan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir (38).



Source link

read more

Tenangkan mangsa banjir, teruskan pembelajaran


11bah2.transformedMO, 10/1/2018, PEKAN – Setiap kali banjir melanda negeri ini pelbagai agensi akan menggerakkan jentera masing-masing untuk membantu penduduk yang terjejas dan memastikan mereka dalam keadaan selesa.

Ia termasuk Pejabat Pendidikan Daerah yang bukan sahaja berperanan menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi juga membantu menenangkan mangsa banjir dan terus menyediakan sesi pembelajaran dengan kaedah tersendiri.

Bagi tujuan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan menyediakan dua pasukan khas iaitu Pasukan Sokongan Pintar (SST) dan Pasukan Sokongan Akademik (AST) di sekolah yang dijadikan PPS seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Temai dan SK Merchong, dekat sini.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Nordin Jais, berkata pasukan SST berperanan membantu memberikan kaunseling bagi menenangkan emosi murid yang mungkin tertekan dengan bencana banjir.

“Bukan mudah untuk menghadapi banjir, terutama kepada kanak-kanak dan remaja dan kita cuba membantu menenangkan mereka dengan menyediakan kaunselor menerusi SST yang disediakan oleh Majlis Guru Kaunseling Pekan.

“Kita mahu mereka tenang menghadapi musibah banjir dan tidak terlalu sedih dan paling penting turut memberi fokus kepada pembelajaran masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nordin berkata, AST pula berperanan menyediakan pembelajaran kepada murid dengan kaedah bersesuaian keadaan semasa bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

“Ia bermaksud kita teruskan juga pembelajaran walaupun sekolah ditutup namun dengan cara lain. Contohnya, tidaklah perlu memakai seragam sekolah seperti hari persekolahan biasa.

“Kaedah pembelajaran juga berbeza dan kita minta murid melakukan aktiviti lain seperti mewarna atau bermain permainan berkonsepkan akademik serta kuiz, sekurang-kurangnya murid tidak bosan,” katanya.

Katanya, pihaknya turut menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi memberikan keceriaan kepada mangsa banjir di PPS.

“Antaranya dengan Jabatan Kesihatan yang menyediakan taklimat kesihatan kepada mangsa banjir manakala bomba pula menerangkan berkaitan keselamatan ketika musim banjir,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons