Seludup manusia 17 orang ditahan terlibat jenayah terancang di Serbia



POLIS Serbia dan Croatia menahan 17 orang yang didakwa menyeludup puluhan pendatang di seluruh kawasan sempadan kedua-dua negara ke Croatia, menurut Kesatuan Eropah (EU)

Dalam satu kenyataan, polis Serbia memaklumkan, 13 orang ditahan di Serbia, manakala empat yang lain ditangkap di Croatia, dalam sebuah operasi bersama selama sebulan.

Kenyataan itu juga berkata, kumpulan jenayah terancang itu telah memindahkan 82 pendatang dari Afghanistan, Iran dan Iraq, dengan mengenakan caj 1,500 euro atau  AS$1,780.

Terdapat kira-kira 4,500 pendatang dari Serbia berhijrah ke negara-negara Eropah untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Ramai juga yang terjebak dalam penyeludupan manusia yang membawa mereka ke negara jiran Serbia, iaitu Croatia dan Hungary.

Ia memperlihatkan ratusan pendatang terdedah kepada cuaca sejuk melampau.



Source link

read more

Hari Hak Asasi Manusia 2017 Malaysia terus perjuangkan kesederhanaan



KUALA LUMPUR: Malaysia mahukan isu-isu yang berkaitan hak asasi manusia di semua negara ditangani melalui pendekatan berasaskan dialog membina dengan menghormati prinsip kedaulatan dan tanpa campur tangan asing.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan sempena Hari Hak Asasi Manusia 2017 berkata sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia menerima falsafah, konsep dan norma yang termaktub dalam deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948.

Deklarasi itu menetapkan standard minimum dan umum berkenaan hak asasi manusia untuk semua orang di semua negara.

“Sejajar dengan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2017 yang bertemakan ‘Mengarusperdanakan Hak Asasi Manusia, Kesederhanaan dan Keterangkuman untuk Perpaduan, Keamanan dan Harmoni’, Malaysia percaya bahawa kesederhanaan, saling menghormati dan pemahaman adalah nilai-nilai utama yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang tenteram serta memupuk semangat muhibah antara pelbagai kaum dan agama yang berbeza di negara ini,” kata kenyataan itu.

Selain itu, kerajaan juga telah menggunakan pendekatan ‘1Malaysia’ untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, bertujuan memelihara dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan dan kekal sebagai harapan terbaik untuk masa depan, katanya.

Untuk itu, Malaysia akan terus memperjuangkan kesederhanaan dalam merapatkan perbezaan dan menyelesaikan pertikaian serta untuk melawan ekstremisme dan radikalisasi di dalam negara dan di forum antarabangsa, di samping terus menerima falsafah, konsep dan norma yang termaktub dalam UDHR, kata kenyataan itu.

Hari Hak Asasi Manusia disambut pada 10 Dis setiap tahun bagi memperingati hari Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerima UDHR pada tahun 1948.

— BERNAMA



Source link

read more

Senjata nuklear atau hidup manusia mana satu pilihan



“PILIHANNYA JELAS, hapuskan senjata nuklear atau semua manusia di dunia ini akan dihapuskan.”

Itu yang disuarakan Pengarah Eksekutif Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN) Beatrice Fihn menjelang penyampaian Hadiah Nobel Keamanan di Norway.

Hadiah Nobel Keamanan itu akan disampaikan di Oslo pada Ahad.

Menariknya, penubuhan ICAN turut dibantu oleh warga Malaysia, Datuk Dr Ronald McCoy, seorang doctor perubatan yang kini berusia 87 tahun dan menetap di Petaling Jaya.

Datuk Dr Ronald McCoy kini turut memegang jawatan sebagai pengerusi Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia).

Tambah Fihn, selagi ada senjata nuklear dimiliki oleh mana mana negara di dunia ini, selagi itu wujud risiko akan berlaku serangan nuklear.

Tegasnya, ancaman ini hanya akan tamat jika semua senjata nuklear dimusnahkan.

“Negara yang memiliki senjata nuklear, hanya akan menjadikan negara lain turut ingin mendapatkan senjata nuklear.”

Beliau turut memberi contoh bagaimana dunia gusar dengan senjata nuklear yang dimiliki Korea Utara.

Tegasnya, tiada mana-mana negara yang boleh memiliki senjata nuklear, tidak kiralah siapa pemimpinnya, Kim Jong Un atau Donald Trump.

Mengiringi upacara penyampaian Hadiah Nobel itu adalah seribu burung lipatan origami di luar Parlimen Norway yang dihasilkan oleh kanak-kanak di Hiroshima, lokasi gugurnya bom nuklear pertama yang menamatkan Perang Dunia Kedua.

ICAN menggabungkan lebih 450 organisasi berkenaan penghapusan senjata nuklear ditubuhkan pada 2007 di Melbourne, Australia.



Source link

read more

Mulut tempayan boleh tutup mulut manusia tidak boleh kawal – Isteri Abam Bocey



ISTERI Abam (Bocey), Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, mengakui senyuman pelawak tersebut membuka hatinya untuk mengenali suaminya itu dengan lebih dekat.
 
Mengenali Abam sebelum lelaki tersebut bergelar artis, Siti Norhidayah atau Hidayah berkata, perkenalan mereka bermula di laman sosial Facebook (FB).
 
“Saya kenal Abam di FB dan kami berkawan biasa dan saya sendiri tidak sangka dia akan bergelar artis seperti hari ini.
 
“Kami tak keluar ‘dating’ hanya berhubung di FB dan telefon. Pertama kali berjumpa ialah ketika Abam menyertai program Raja Lawak 6,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Tambah Hidayah, dia tahu ada segelintir netizen melemparkan komen negatif terhadap dirinya di laman sosial.
 
Namun, dia mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan tohmahan tersebut.
 
“Abam ada pesan, kalau tengok media sosial, tak payah baca komen sebab nanti sakit hati.
 
“Tak apalah, mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia kita tak boleh nak ‘control’. Apa-apa pun saya tak simpan dalam hati,” ujarnya.
 
Hidayah sah bergelar isteri kepada Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dengan sekali lafaz tepat pukul 3.30 petang, 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.
 
Pasangan suami isteri itu dinikahkan Ustaz Kamal Salam, Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin. BACA: Abam Bocey sah bergelar suami dengan sekali lafaz
 
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan dengan wang hantaran berjumlah RM13,888.



Source link

read more

ZAID AL ARAKI NI JENIS MANUSIA TAK SEDAR DIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Jika selama hari ini, bila DAPigs dilabelkan sebagai sebuah parti chauvanist yang Anti Islam dan Anti Ketuanan Melayu, ramai dikalangan puak Pakatan Haprak tu cuba untuk menafikannya.

Sedangkan buktinya sudah cukup jelas. Memang DAPigs parti yang tidak menerima sistem ketuanan Melayu dan mereka tidak menghormati institusi Raja – Raja Melayu secara terbuka.

Sehari selepas protes ahli UMNO yang mengutuk Zaid Ibrahim sebagai biadab, ahli DAPigs itu hari ini menjadi sasaran Sultan Selangor, yang mendakwa kenyataannya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dijadikan bahan politik.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor.

“Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” tambahnya merujuk komen Zaid di Twitter,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam ucapan di perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Oktober lalu dilihat menyindir keturunan Bugis.

Dr Mahathir dilaporkan menggelar Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “lanun Bugis”, sebagai menyindir perdana menteri itu yang menggelar dirinya pahlawan Bugis. Kerabat diraja Selangor merupakan keturunan Bugis.

Ia disusuli dengan kenyataan Sultan Selangor yang menggesa agar bekas Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi PPBM itu disiasat di bawah Undang-Undang Akta Hasutan 1948.

Dalam wawancara baru-baru ini, Sultan Selangor sekali lagi mengkritik Dr Mahathir dengan menyifatkannya pemimpin dengan “sifat inferiority complex” serta “diselubungi perasaan kebencian”.

Tiga hari lalu, Zaid dalam kiriman Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Dalam wawancara hari ini, Sultan Sharafuddin berkata Zaid tidak perlu mengajarnya dan teguran ke atas Dr Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja.

“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” katanya.

Terdahulu, ahli DAPigs itu juga tampil memberikan kritikan secara terbuka terhadap cadangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan berkaitan dengan isu solat zohor secara berjemaah.

Antara lain, ahli DAPigs itu mendakwa cadangan tersebut sebagai satu langkah yang bodoh dan menganggap solat secara berjemaah ini hanya sekadar Ritual Keagamaan yang tidak mendatangkan faedah.




Source link

read more

Dakwaan penghapusan etnik Rohingya Pesuruhjaya PBB mengenai Hak Asasi Manusia desak inkuiri



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia menggesa siasatan jenayah antarabangsa diadakan terhadap serangan kejam ke atas etnik Islam Rohingya di Myanmar.

Tindakan yang boleh dianggap sebagai penghapusan etnik itu menyebabkan lebih 600,000 umat Islam terpaksa melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos.

Zeid Ra’ad Al Hussein berkata, etnik Rohingya di Myanmar sejak berdekad menghadapi situasi tidak bernegara, mangsa diskriminasi dan pemisahan, selain keganasan dan penderaan yang dahsyat.

“Dan yang memburukkan lagi, mereka mengalami kemusnahan kampung, rumah dan harta benda serta kehidupan. 

“Berdasarkan semua ini, bolehkah sesiapa menolak kewujudan elemen-elemen ‘genosid’,” katanya ketika berucap pada sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) pada Selasa yang diadakan berikutan perkembangan yang menyaksikan ratusan ribu etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh.

Sesi khas mengenai  situasi hak asasi manusia masyarakat Islam Rohingya dan minoriti lain di Rakhine, Myanmar, diadakan atas permintaan Bangladesh dan Arab Saudi serta disokong oleh beberapa negara anggota HRC.

Zeid berkata beliau telah melaporkan kepada HRC dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai dakwaan serius pencabulan hak asasi manusia oleh pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, pendakwaan atas tindakan keganasan yang dikatakan dilakukan ke atas etnik Rohingya  termasuk keganasan seksual, sama ada dilakukan oleh pasukan keselamatan atau orang awam amat jarang dijalankan.



Source link

read more

Penampakan wajah manusia di kepulan asap Gunung Agung


MANUSIA Raksasa!

Demikian merupakan topik yang hangat diperbincangkan dalam satu forum di laman web KASKUS, Indonesia apabila ada gambar abu letusan Gunung Agung pada 26 November lalu yang dirakam menerupai wajah manusia.

Dari video yang diambil dari Ketua Data dan Infrmasi Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho @Sutopo_BNPB, terdapat fenomena volcano yang membuat netizen membuat spekulasi mengenai imej tersebut.

Sutopo turut memaklumkan bahawa beliau juga pernah melihat kepulan asap mirip wajah atau seseorang ketika letusan Gunung Merapi 2010.

Beliau juga dalam status di akaun twitter itu turut mempersoalkan adakah ia satu kebetulan.

Sutopo turut memberitahu beliau melihat imej sama ketika letusan Gunung Merapi 2010.

Forum itu bertambah ‘hangat’ apabila terdapat pengikut (follower) Sutopo yang membalas twitnya dengan penjelasan bahawa wajah yang dilihat pada kepulan asap tersebut adalah gejala pareidolia.

Ini kerana kata seorang pemilik twitter @Agus_Mahendra bahawa otak manusia ‘menggambarkan’ sesuatu yang mirip dengan sususan wajah manusia.

Pareidolia adalah kecenderungan melihat wajah di tempat-tempat yang tidak biasa. Fenomena para psikologi ini sering sekali dialami oleh banyak orang. Mungkin, Anda tak terkecuali.

Selain itu, Sutopo turut memuat naik status di Twitter dengan mengatakan bahawa asap atau abu kemerahan yang dilihat selepas letusan Gunung Agung itu bukan api mahupun lava.

Sebaliknya warna merah itu merupakan efek sinar matahari yang menembusi abu letusan.



Source link

read more

18 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan di Sungai Petani



SUNGAI PETANI: Lapan belas warga asing termasuk 17 wanita dan seorang lelaki berperwatakan wanita, yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Taman Tuanku Haminah dekat sini, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata serbuan pada 12.30 tengah malam itu yang dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda selepas melakukan risikan sejak beberapa minggu lalu.

“Seramai 18 mangsa, berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, iaitu 10 warga asing dari Thailand, enam dari Laos, dan dua dari Vietnam, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi bagi tujuan persundalan, telah diselamatkan.

“Polis turut menahan empat lelaki berumur lingkungan 30-an, disyaki bekerja sebagai penjaga premis hiburan terbabit dan mereka direman selama enam hari bermula semalam (18 Nov) bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas peralatan yang digunakan dalam pusat hiburan terbabit serta beberapa buah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk membawa pekerja asing terbabit ke premis hiburan berkenaan.

“Premis terbabit dipercayai menjadikan warga asing sebagai pelayan pelanggan malah lesen hiburan juga gagal dikemukakan sewaktu serbuan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Saifi berkata, perintah perlindungan sementara (IPO) telah dikeluarkan kepada kesemua 18 mangsa dan mereka akan ditempatkan ke pusat perlindungan sementara di Kuala Lumpur dan Melaka, sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana memperdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi; Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana warga asing bekerja di negara ini tanpa permit; dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons