Resipi Step By Step Kari Ayam Untuk Anak-Anak Dara Yang Baru Nak Belajar Masak.


Bagi sesetengah dari kita, resipi Kari Ayam memang mudah sebab dah biasa masak menu ni. Namun ada juga yang belum mahir. Malah, Kari Ayam ni pun ada banyak jenis dan menggunakan bahan-bahan yang berbeza. Nak cuba resipi ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA-CARA MEMASAK KARI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
  • 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  • 3-4 ulas bawang merah – dimayang
  • 2 ulas bawang putih – dimayang
  • 1cm halia – dimayang
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 2 sudu teh cili boh
  • Garam kasar secukup rasa
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 kotak kecil air – sukat guna kotak santan
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Sedikit gula – tujuan untuk melemakkan kari
  • 4 biji cili merah – belah 2

 

CARA MEMASAK:

1. Tuangkan minyak. Bila dah panas, masukkan 4 sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.

2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.

3. Seterusnya masukkanrempah kari ayam/daging dan cili serbuk. ( empunya resipi guna serbuk kari adabi dan serbuk cili babas). Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, tambah air sedikit.

4. Masukkan garam kasar dengan secukup rasa.

5. Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih.

6. Gaul rata kesemua bahan.

7. Masukkan santan segar atau santan kotak. Jika nak pakai kara mcm ni, tuangkan air dalam kotak sebanyak dua kali.  

8. Masukkan ubi kentang.

9. Kemudian masukkan pes asam jawa.

10. Tambahkan sedikit gula. Ia bertujuan untuk melemakkan kari.

11. Campak cili merah belah tengah dan biarkan masak.

12. Siap! Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Jannah Zakariar

Komen anda



Source link

read more

Pikat Selera Keluarga Dengan Menu Sotong Masak Szechuan Cili Kering.


Masakan szechuan memang  terkenal dengan kepedasan yang sedikit lain dari masakan cina biasa. Salah satu resipi yang boleh anda ‘test’ ialah Sotong Masak Szechuan ni. Ia berupa sotong yang ditumis secara ringkas serta mempunya aroma cili kering. Sesekali cuba masakan yang lain dari kebiasaan ni enak juga. Pasti suami bertambah sayang. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

SOTONG MASAK SZECHUAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang besar -potong kiub
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 2.5cm halia-hiris
  • 3 batang cili kering-potong 2.5cm
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1batang cili merah-belah dua
  • ¼ sudu makan minyak bijan
  • ½ sudu makan tomato sos
  • 3 batang daun bawang-potong 2.5cm
  • 300gm sotong
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau sekata.
  2. Apabila sebati dan mendidih, besarkan api dan masukkan sotong, cili merah serta daun bawang. Kacau sehingga masak dan tambah minyak bijan dan garam secukupnya. Kacau lagi hingga sebati.
  3.  Angkat dan sedia dinikmati.

 

 

 

BOLEH JUGA CUBA KOLEKSI MASAKAN SOTONG YANG LAIN:

Sotong Goreng Tepung Tak Meletop Tapi Rangup

Puas Masak Sendiri Nasi Goreng Sotong Belacan Ikan Bilis Pedas Menyengit

Masakan Mudah Sotong Masak Asam Akan Kenyangkan Perut Hari Ini

Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas Sotong Masak Nyonya Simple

Sotong Masak Lemak Serai Resipi Turun Temurun Nenek

Komen anda



Source link

read more

Suka Makan Yang Pedas Dan Hangat! Cubalah Resipi Daging Goreng Masak Kicap Pedas Kebabom Ni.


Resipi ni nampak lazat, sesiapa pun mesti suka akan lauk masak kicap, tapi apa yang membezakan resipi ni dengan yang lain adalah penggunaan cili kering, lada hitam, cili padi dan rempah sup dalam masakannya memang sedap lain macam. Wajib buat untuk hidangan makan tengahari atau malam. Selamat mencuba.

Resepi Daging Goreng Masak Kicap Pedas Kebabom

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kilo Daging batang pinang (cuci bersih, hiris nipis, perap bersama garam & serbuk kunyit)
  • 1 biji bawang besar (potong wedges)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (dititik)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu Manis
  • Lada hitam (ditumbuk) anggaran dlm 1 sudu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk rempah sup
  • 2 sudu besar sos tiram (saya guna sos seafood Adabi)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Sedikit daun bawang
  • 1 biji tomato (sy buang biji)
  • 10 biji cili padi (jangan hiris biar sebiji2 )

CARA MEMASAK:


1) Goreng kilas daging dlm minyak yg betul2 panas sehingga keperangan
2) Setelah daging masak ketepikan


3) Tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau.


4) Masukkan bunga lawang, Buah pelaga & kulit kayu manis dan masukkan rempah sup (guna api perlahan ye)


6) Masukkan cili kisar & masak hingga naik minyak


7) Masukkan daging yg telah digoreng. Masukkan juga blackpaper gaul sebati hingga daging bersalut cili & bahan2 yg ditumis tadi
8) Masukkan sos tiram
9) Masukkan air, kicap & cili padi. Renihkan dlm 20 minit.


10) Sekiranya kuah kurang pekat boleh tambah sos [email protected] kicap lg..
11) Akhir sekali masukkan daun bawang & tomato

Sedia utk dihidang..Sy tak letak garam & gula dlm resepi ni.

 

Kongsi resipi: Nora Nur

 

 

Posted by Nora Nur on Tuesday, 17 April 2018

Komen anda



Source link

read more

Aneka Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Taucu. Sedap & Mudah!


Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!

 

1. TAUCU TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan Tenggiri yang dah digoreng 
  • 1 inci halia – dihiris
  • 4 biji bawang merah – dihiris
  • 1 biji bawang holland – dihiris
  • Lada besar – dihiris panjang
  • Cili api 
  • Air ikut citarasa masing-masing

BAHAN PES ( GAUL SEBATI):

  • 3 sudu makan  taucu
  • 6 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 2 sudu makan sos tomato

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
  4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
  5. Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
Kredit resipi & foto: Norhidayah Mohd Aripin

 

2. TAUCU PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • Petai
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 10 biji cili api hijau – tumbuk
  • 2 biji cili merah – tumbuk
  • 2 sudu makan taucu
  • Sedikit belacan
  • Gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
  2. Setelah layu, masukkan taucu.
  3. Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
  4. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ida Filzati

 

3. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
  • 3 biji bawang merah – dipotong
  • 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
  • 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 2 biji cili hijau – dipotong
  • 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
  • 4 biji cili padi merah – potong halus
  • 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
  • Minyak untuk menumis
  • Gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
  2. Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
  3. Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
  4. Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.

Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud

 

4. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS 

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
  • 1 biji bawang holland – dicincangkan
  • 1 labu bawang putih – dicincangkan
  • 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
  • 1 sudu besar taucu tamin
  • 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa – jika perlu
  • 1 batang daun bawang – hiris kecil

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
  2. Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
  3. Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na

 

5. TIMUN MASAK TAUCU 

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 batang timun – hiris panjang
  • 3-4 biji cili padi  
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 1-2 sudu makan taucu
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 keping asam keping/ gelugor
  • 1 sudu makan cuka
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
  2. Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
  3. Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
  4. Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
  5. Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.

Kredit resipi & foto: Fizah Nasir

 

6. AYAM MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:

  • 6-7 ketul ayam
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 3-4 ulas bawang putih – hiris
  • 1cm halia – hiris halus
  • 3-4 biji cili padi – hiris ( kalau tak suka pedas, boleh ganti dengan cili emrah atau cili hijau)
  • 2 sudu makan taucu
  • 1 mangkuk air asam jawa – masam ubahsuai ikut citarasa
  • 1 kiub pati ayam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam seperti membuat ikan masak taucu. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan taucu.Gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan kiub pati ayam. Biarkan seketika dan rasa. Tambah garam jika perlu sahaja.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto:  Fadhilah Alattas Syed Mahusin

 

Komen anda



Source link

read more

Masak Cara Simple, Tapi Rasa Padu! Try Mi Sanggul Goreng Ni.


Mi sanggul atau ada yang panggil mi siput cukup terkenal di belah utara semenanjung. Ia adalah mi yang dikeringkan, berbentuk leper di gulung seakan-akan sanggul dan perlu direndam terlebih dahulu untuk melembutkannya.

MI SANGGUL GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Mi Sanggul
  • 1 biji besar bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sendul cili kisar
  • sos cili
  • sos tomato
  • pati ayam
  • kicap manis
  • kicap masin
  • kicap pedas
  • sos tiram
  • Daging (dihiris nipis)
  • Udang kering
  • Udang
  • Kucai
  • Sawi
  • Taugeh

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing.
  2. Masukkan satu senduk cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, pati ayam, kicap manis, kicap masin, kicap pedas, dan sos tiram. Kacau hinnga sebati.
  4. Masukkan daging yang sudah dihiri nipis dan udang kering.
  5. Kemudian masukkan batang sawi, udang dan kucai
  6. Akhir sekali masukkan mi sanggul, sawi dan taugeh. Siap untuk dihidangkan.

 

Kredit: Annisa Katering Kedah Penang

 

Komen anda



Source link

read more

Resipi Ayam Golek Mudah & Masak Guna Oven Je.


Resipi Ayam Golek mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan. Hanya bakar menggunakan ketuhar sahaja. Di hujung minggu macam ni, sesuai sangatlah mak-mak cuba.

 

AYAM GOLEK OVEN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 senduk minyak zaiton
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk sos chicken marinade – senduk yang betul bukan sudu teh atau sudu makan.
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 5 sudu makan kicap abc
  • 1 sudu makan basil
  • 1 sudu makan oregano
  • Seekor ayam (saiz besar)
  • 3 sudu makan serbuk cili babas
  • Garam,ajinamoto secukupnya
  • 5 sudu makan madu
  • 1 sudu makan mentega
  • Kentang
  • 1 ulas bawang besar – belah dua
  • 1 labu bawang putih – belah dua jangan buang kulit

*campur kesemua bahan-bahan diatas.

 

CARA MEMASAK:

  1.  Basuh ayam bersih-bersih, kemudian lap dengan tisu. Bila sudah betul-betul kering, perap ayam dgn bahan-bahan diatas. Perap selama 2 jam, tak payah masuk peti sejuk.
  2.  Kemudian, panaskan oven dengan suhu paling panas (oven saya jenama cornell 43L)
  3.  Kemudian turunkan suhu kepada 180C, api atas bawah, tempoh masa membakar dalam 1jam 40min bergantung pada ketuhar masing-masing. Kalau tak ada pencucuk macam oven saya ni, guna redai besi yang jarang-jarang tu letak kat tengah-tengah, pastu letakkan tray pada lapisan bawah. Jangan lupa letak air ke dalam tray, supaya ayam tadi tak kering dan lembut serta ‘juicy’ bila dimakan.
  4.  Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam tray.
  5.  Bila ayam sudah masak, jangan keluarkan dari ketuhar. Biarkan ayam dalam ketuhar selama 10 ke 15 minit.

INFO:

*setiap 10 minit, glis ayam dengan bahan perapan. Bila ayam dah bertukar warna, boleh berhenti glis ayam tu.

*Fungsi air ialah untuk mengelakkan ayam daripada kering bila di bakar.

* Ubi kentang pula hanya bahan sampingan, manakala bawang untuk menambahkan lagi aroma.

 

 

Kredit Resepi & gambar: Nana Sabrina Sarsan

Komen anda



Source link

read more

Cara-Cara Masak Soto Daging Istimewa. Memang Sedap Lain Macam!


Bagi yang tercari-cari resipi soto yang sedap, RASA sarankan anda cuba resipi ni. Sekali cuba, pasti dah tak nak yang lain. Ada rasa pedas, manis dan masin yang seimbang. Perahan jus limau kasturi menambahkan lagi kesedapan soto.

SOTO DAGING ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan

 

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 500ml air
  • 400gm daging | rebus empuk, carik-carik

 

BAHAN UNTUK SUP:

  • 50gm rempah sup
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Air rebusan daging secukupnya
  • 30ml minyak masak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

BAHAN SAYUR:

  • 30gm tauge
  • 40gm kacang goreng
  • Limau kasturi
  • Sedikit daun bawang

 

BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:

  • 50gm cili padi
  • 40ml kicap manis
  • 30gm gula pasir
  • 20ml air

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
  3. Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Biarkan ia mendidih, tutup api.
  5. Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
  6. Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.
  7. Sedia dinikmati bersama sambal kicap.

 

 

 

Komen anda



Source link

read more

Cara-Cara Masak Nasi Mandy Lengkap Bersama Ayam & Sos. Resipi Mudah & Sedap!


Di hujung minggu sebegini, memang sesuai sangat kalau cuba masak menu yang luar dari kebiasaan. Bagi anda yang gemarkan sajian dari Timur Tengah, set Nasi Mandy Ayam mudah ni pastinya perlu dicuba. Ringkas dan kena dengan citarasa Melayu. Selamat mencuba!

 

NASI MANDY AYAM

 

BAHAN AYAM:

  • 1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa – boleh beli di kedai makanan sunah @ gantikan dengan rempah kurma
  • 2 biji bawang besar-hiris bulat
  • Sedikit pewarna kuning/saffron
  • Aluminium foil.

 

CARA MEMASAK:

  1.  Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

 

BAHAN NASI:

  • 4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
  • 3 sudu besar minyak sapi)
  • 4 ½  cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar – hiris halus
  • 3 ulas bawang putih –  hiris halus
  • 2.5cm  halia – hiris halus
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  5. Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
  6. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  7. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  8. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.

 

BAHAN SOS:

  • 1 biji tomato -hiris
  • 5 biji cili besar hijau – hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar – halus
  • Garam, gula
  • Jus perahan lemon secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan semua bahan dalam pengisar.
  2. Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

 

INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia  akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut.  Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.

 

 

Komen anda



Source link

read more

Package Lengkap Dari Nasi, Acar Hingga Lauk Special Masak Kurma Bawang Goreng. Memang Kenduri betul!


Hujung minggu kalau tidak ada jemputan majlis kahwin atau kenduri kendara boleh la kamu cuba resipi ni. Sangat mudah lengkap semua ada dari nasi, jelatah hingga la lauk kurma bawang goreng istimewa! Tak guna santan hanya guna susu cair, sangat sedap dan menyelerakan untuk hidangan sekeluarga. Selamat mencuba!

RESIPI MASAK KURMA BAWANG GORENG


Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam / 1 kg daging(ptng ikut suka)
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 4 biji kentang(belah ikut suka)
  • 7/8 biji cili padi
  • [email protected] biji tomato ceri
  • 5 genggam bawang grng
  • 1 sudu mkn kerisik
  • 2 sudu mkn gula merah
  • 5 sudu susu cair(utk perap)
  • 1 cwn lg susu cair (utk bubuh kemudian)
  • Mesin 2biji bwng besar,4 ulas bwng putih n 1 inci halia (Perap ayam/ daging dgn rempah,bwng grng,kerisik,gula merah,bhn mesin n susu cair..dlm 15 min)

Bahan tumis:

  • Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
  • 1 biji bwng besar-hiris nipis
  • 3 ulas bwng putih-hiris

Cara Memasak:

  1. Panaskn minyak, masukkn bahan tumis. Setelah naik bau tuangkn ayam/daging yang di perap tadi..
  2. Masukkan air hingga ayam/ daging tenggelam kemudian masukkan kentang..
  3. Masukkn garam dan perasa. Jika ayam/ daging belum empuk boleh tambahkan air sedikit lagi…

Setelah agak pekat dan ayam/daging dan kentang dah empuk..tuangkan lagi 1 cawan susu cair
akhir sekali masukkan cili padi, tomato dan ceri.

 

RESIPI NASI MINYAK KUNING

Bahan-Bahan:

  • 3 pot beras basmathi(basuh n toskan)
  • 5 pot air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 rempah sup bunjut
  • 1 genggam kismis
  • *1 biji bwng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning
  • Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
  • Garam dan perasa

Cara Memasak:

  1. Mesin bhn bertanda *
  2. Panaskn rice cooker..masukkan minyak sapi n butter
  3. Tumis kulit kayu manis,b.lawang n buah pelaga
  4. Tumis bhn mesin n kismis
  5. Masukkan garam,serbuk kunyit n perasa
  6. Masukkn susu cair n rempah sup bunjut
  7. Masukkan air dan beras
  8. Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.

 

RESIPI ACAR TIMUN DAN NENAS

Bahan-Bahan:

  • 1 biji timun-(buang kulit,cakar dgn garfu..belah 2 dan hiris)
  • Suku biji nenas(hiris nipis)
  • 1 biji bwng besar-belah 4 n hiris nipis
  • Cili masak n cili hijau-hiris
  • 5 sudu mkn gula
  • Sedikit garam
  • 3 sudu mkn cuka

Cara Memasak:

Campurkan semua bhn ke dlm mangkuk n gaul rata..balancekn rasa masam manisnya..
.
Kongsi resipi: Mazli

Komen anda



Source link

read more

Masak Sedap Tapi Dapur Berkerak! Guna Tip Ni Kalau Nak Dapur Berkilat… Baru Lebih Berselera.


 

” Ishhhh!!! Muka dah lawa.. pandai masak dan sedap pulak tu… tapi eiiii… dapur dia berkerak… geli aku tengok”  – Makcik Bawang

 

Mintak elak makcik bawang mengata dapur anda yang berkerak itu sampai di canang satu kampung. Kalau tidak pun memang tidak boleh biarkan dapur kotor kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda sekeluarga. Ini kerana, di atas dapur itu juga kita masak pelbagai makanan yang akan dihidangkan untuk satu keluarga. Ini juga akan menarik binatang-binatang yang membawa penyakit seperti tikus dan lipas.

Tidak perlu pening hanya guna ubat gigi cara mudah dan murah untuk menaggalkan kesan kotor di permukaan dapur anda. Jangan sampai nanti beri alasan tidak mahu masak sebab sayang dapur anda cantik berkilat.

 

CARA KILATKAN DAPUR MASAK

  1. Sapukan ubat gigi celah-celah dan atas dapur.
  2. Gosok guna tuala atau tisu lembab
  3. Kalau tempat yang degil itu letak banyak ubat gigi
  4. Sudah siap gosok lap dengan tisu atau tuala basah
  5. Bila sudah bersih semua lap lagi sekali dengan tisu atau tuala kering

INFO:

  1. Boleh gunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi untuk menyental kotoran degil di celah dapur.
  2. Sila pastikan lap bersih dapur anda setiap kali memasak jika malas untuk menyental dapur.

 

KREDIT PETUA: Rohaslizawati Ibrahim

 

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI PETUA DAPUR INI:

Rimas Dapur Penuh Semut & Lalat. Sembur Dengan Spray Serbaguna Campuran Cuka Yang Selamat Untuk Keluarga Anda

Jamu Ekstrak Peria Katak Homemade. Petua Kurangkan Kencing Manis

Guna Cuka Makan Untuk Hilangkan Kesan Karat Pada Pisau

Minuman Khas Kaum Wanita! Air Rebusan Jujube Melancarkan Darah Ketika Bulan Mengambang

Jimat Masa! Tip Mudah Buang Biji Cili Kering Tanpa Perlu Menggunting Satu-Satu Sebelum Merebus.

 

Komen anda



Source link

read more