Tragedi Blok 102 Polis masih jalankan siasatan kes remaja maut dihempap kerusi


KUALA LUMPUR: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian remaja lelaki berusia 15 tahun yang maut dihempap kerusi pejabat.

Dalam kejadian pada Isnin sekitar jam 8 malam, polis mengesahkan menerima panggilan berhubung kejadian di projek Perumahan Rakyat Seri Pantai, Pantai Dalam yang mengorbankan S. Sathirawan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan kerusi pejabat yang terkena tepat mengenai kepalanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Polis Kuala Lumpur pada Rabu, laporan bedah siasat masih belum diperolehi.

BACA: Remaja maut ditimpa kerusi di PPR

Polis kini masih menjalankan siasatan dan menemubual 31 orang saksi yang melibatkan penghuni kediaman itu.

BACA: Tragedi Blok 102: Kerusi ‘maut’ ada di tingkat 21 pada hari kejadian – Datuk mangsa

Pasukan forensik pula mengesahkan mengambil sampel darah di kerusi terbabit serta merakam percakapan lima orang saksi di lokasi kejadian.

Kes kematian diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis turut merayu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi ASP Firdaus Sharil di talian 012-3388164 atau 03-9051222.



Source link

read more

4 anak mati sekali gus namun selepas 5 minggu wanita ini masih tidak tahu



MANCHESTER: Tiada siapa yang sanggup menerima khabar kehilangan seseorang yang tersayang. Jika seorang pun deritanya tidak tertanggung, apatah lagi untuk menerima khabar kehilangan empat orang anak dalam sekelip mata.

Namun itulah nasib seorang ibu yang kehilangan empat orang anaknya sekali gus selepas serangan api yang dahsyat pada 11 Disember 2017 di Salford, Greater, Manchester.

Michelle Pearson, 36 tahun, masih lagi tidak mengetahui insiden malang membabitkan empat anaknya itu setelah koma akibat kecederaan serius ketika serangan api tersebut.

Empat anaknya yang maut dikenal pasti sebagai Demi Pearson, 14 tahun; Brandon, 8 tahun; Lacie, 7 tahun; dan Lia, 3 tahun. Kesemuanya meninggal dunia selepas rumah mereka terbakar.

Seorang lagi anak lelaki Michelle yang berusia 16 tahun bagaimanapun terselamat setelah sempat melompat keluar dari tingkap rumah ketika kebakaran.

Kejadian dipercayai tercetus apabila berlaku pergaduhan antara beberapa kumpulan jalanan menyebabkan beberapa bom petrol dilempar ke dalam rumah keluarga berkenaan, lapor portal Daily Mail.

Sementara itu, bapa saudara Michelle telah meminta bantuan orang ramai untuk membantu mengumpul dana buat pengebumian mangsa melalui laman GoFundMe. Kutipan dana setakat berita ini ditulis mencecah £23,445 (RM92767.18).



Source link

read more

Hubungan saya dan Elfira Loy masih baik – Sufian Suhaimi nafi pertunangan goyah



PENYANYI lagu Terasa Ada, Sufian Suhaimi menafikan ikatan pertunangannya bersama aktres Elfira Loy sedang retak menanti belah.

“Hubungan kami masih baik. Saya dan Elfira sudah lama tak bersua kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk, begitu juga dengan Elfira.

“Saya dan tunang juga mengikut nasihat orang dulu-dulu untuk tidak selalu bersua selepas mengikat tali pertunangan,” kata Sufian.

Dikatakan bakal menamatkan zaman bujang pada Mac nanti, Sufian menjelaskan yang sebenarnya tiada sebarang kata putus untuk tarikh sebenar hari bahagia mereka.

“Apa yang boleh saya katakan, Insya-Allah majlis akan dilangsungkan tahun ini juga. Tarikh spesifik itu belum diketahui.

“Keputusan untuk mengadakan majlis bukan terletak sepenuhnya kepada saya dan tunang.

“Kami perlu sedikit waktu untuk melakukan perbincangan serta mencapai kata sepakat keluarga masing-masing sebelum menetapkan tarikh sebenar,” katanya lagi.



Source link

read more

Sanchi masih terbakar di Laut China



WALAUPUN selepas seminggu pelanggaran kapal tangki dari Iran, Sanchi dengan kapal China di Laut China Timur, kebakaran pada kapal tangki Iran itu masih belum mampu dipadamkan.

Malah 31 anak kapalnya juga masih belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Rakaman udara yang diambil semalam oleh pasukan SAR dari China menunjukkan 14 kapal yang dikerahkan untuk memadamkan kebakaran kapal tangki tersebut masih bekerja keras melakukan usaha pemadaman.

Sachi membawa hampir satu juta tong Kondesat iaitu sejenis minyak Ultra Ringan yang amat mudah terbakar ketika ia bertembung di laluan tersebut iaitu kira-kira 257 Kilometer dari Laut China.

Usaha mencari baki 31 daripada 32 anak kapal malang itu masih diteruskan selepas satu mayat dipercayai kru kapal tangki tersebut ditemui beberapa hari lalu.



Source link

read more

Punca kematian Ahnaf Hanafi masih belum diketahui – Jenayah


KUANTAN 11 Jan. – Punca kematian kanak-kanak berusia setahun sebulan, Ahnaf Hanafi Mohd Haniff selepas dihantar ke rumah pengasuhnya semalam, masih belum diketahui.

Bapanya Mohd Haniff [email protected], 28, berkata laporan bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam tadi, sekadar menyatakan punca kematian sebagai ‘masih dalam siasatan’.

“Bagaimanapun doktor ada mengambil sampel darah anak saya untuk dihantar ke Jabatan Kimia dan saya difahamkan keputusan boleh diketahui dalam tempoh dua bulan,” katanya.

Mohd Haniff berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas selesai urusan pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu jenazah anak tunggalnya dibawa pulang dari HTAA sekitar pukul 9 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ahnaf Hanafi disahkan meninggal dunia di sebuah klinik swasta di Indera Mahkota 5 di sini, sekitar pukul 2.30 petang semalam, beberapa jam selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Indera Mahkota 15.

Kanak-kanak itu dihantar sekitar pukul 8.10 pagi oleh kedua-dua ibu bapanya dalam keadaan baik, sebelum ibunya Rushidah Abdullah, 30, menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan Ahnaf Hanafi tidak sedarkan diri dalam keadaan mata terbeliak.- BERNAMA



Source link

read more

Tol masih murah – Tun Dr Mahathir


PUTRAJAYA 03 JANUARY 2018. Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media Pelancaran Harapan Baru di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

MO, 10/1/2018, KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kadar tol lebuh raya di Malaysia masih murah, berbanding negara lain.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, bayaran tol perlu dikenakan bagi membolehkan lebuh raya diselenggara.

Dr Mahathir juga memberi contoh bayaran tol di Jambatan Pulau Pinang hanya RM7 dua hala, dan tidak pernah dinaikkan sejak 1980-an, manakala bayaran melalui sebuah jambatan yang hampir sama di Jepun mencecah RM270 sehala.

“Jambatan Pulau Pinang kadar tol RM7 sejak ia dibina pada tahun 1980-an, tak naik sekali pun.

“Dan yang baru ini juga RM7. Saya berpendapat walau ada yang mengeluh, agak terlalu tinggi ‘tol rate’ ini, tetapi sebenarnya ini pergi balik kita bayar RM7, sedangkan jambatan lebih kurang sama di Jepun ‘tol rate’ lebih RM500.

“Fikir-fikirlah sama ada kita (kerajaan) terlalu tamak mengenakan ‘tol rate’ terlalu tinggi? Buatlah perbandingan dengan mana-mana negara sekalipun,” katanya dalam Program Policy Talk: Kos Sara Hidup, Jalan Penyelesaian? yang disiarkan menerusi Facebook Live beliau hari ini.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003 itu berkata, kerajaan di bawah pemerintahannya cuba memastikan kadar tol rendah dengan membeli tanah dan memberi pinjaman mudah kepada syarikat pengendali lebuh raya.

“Tetapi masih ramai tak puas hati dengan tol dikenakan. Kalau tol tak dikenakan langsung, sukar nak selenggara lebuh raya utara selatan,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi pakatan pembangkang turut menyentuh mengenai kenaikan kos sara hidup, pendekatan peningkatan gaji yang didakwa tidak dapat menangani kenaikan kos hidup, hutang negara dan isu pekerja asing.



Source link

read more

Hilang di Sungai Kelantan Bapa masih harap anak ditemui


PASIR MAS: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kelantan di bawah jambatan salor di sini sejak Rabu lepas masih belum ditemui.

Operasi mencari mangsa, Alif Aiman yang kini memasuki hari ke tujuh gagal menemui mangsa dalam pencarian di kawasan sungai dan tebing sejauh lebih 30 kilometer.

Bapa mangsa, Mohd Adli Mohd Noor, 34 tahun yang turut serta dalam pencarian sejak hari pertama mangsa dilaporkan hilang, masih menaruh harapan anak sulungnya itu ditemui.

“Dari gerak hati sebagai ayah, mesti ada. Saya berusaha, insya-Allah, cara macam mana sekalipun saya terima ikhtiar,” katanya.

Difahamkan hari ini pihak berkuasa termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menjalankan operasi mencari sejak minggu lepas telah menghentikan operasi mencari petang tadi.

BACA: Operasi mencari kanak-kanak hilang di Sungai Kelantan diteruskan

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa bersama beberapa orang rakannya dikatakan bermain di Tepian Sungai Kelantan di bawah jambatan salor di sini sebelum Alif dikatakan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Mangsa dihanyutkan arus deras sewaktu air sungai tersebut meningkat naik yang hingga kini jasadnya belum lagi ditemui.



Source link

read more

Kami masih aktif cuma kurang popular seperti dulu – Sheila On 7



KUMPULAN Sheila On 7 (SO7) akui masih aktif mengadakan persembahan meskipun nama mereka kurang popular seperti dahulu.

Mewakili SO7, Erros berkata mereka masih bersama dan sering mendapat undangan nyanyian setiap bulan.

“Alhamdulillah, setelah 22 tahun bersama kami masih aktif melakukan persembahan di seluruh Indonesia setiap bulan.

“Dalam sebulan kami akan menerima lebih kurang 12 hingga 13 undangan nyanyian.

“Saya tidak nafikan bahawa nama kami tidak popular seperti dulu namun bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

“Sekarang kami adalah kumpulan Indie yang bergerak sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana label. 

“Kami rasa sudah tiba masa untuk cuba mengurus sendiri dan telah tahu tentang selok belok industri,” katanya kepada Astro Gempak.

Erros berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018, di GTower Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018 akan diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall pada 10 Februari depan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket boleh layari laman web www.myticket.asia dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). 

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more

Tiada rundingan selagi Korea Utara masih berdegil – Haley perhalusi kenyataaan Trump



New York: Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengubah sebarang syarat dalam merealisasikan rundingan dengan seterunya Korea Utara.

Pendirian pentadbiran Presiden Donald Trump itu dibuat ketika ketegangan memuncak susulan provokasi berterusan Korea Utara yang meneruskan program nuklear dan ujian peluru berpandunya.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley menegaskan selagi Pyongyang tidak menghentikan ujian senjatanya dalam tempoh yang ditetapkan jangan harap rundingan akan diteruskan.

“Kita tidak mahu mengulangi apa yang berlaku 25 tahun lalu apabila mereka (Pyongyang)mahu berunding namun dengan syarat diletakkan wang yang akhirnya berkesudahan penuh penipuan,” tegas Haley.

Trump pada Sabtu lalu membuat kenyataan mengejutkan apabila menyatakan keterbukaannya  untuk berunding dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Ia bercanggah dengan pendiriannya tahun lalu yang menyindir Setiausaha Negara AS Rex Tillerson berhubung rundingan berkenaan.

Kata Trump ia tindakan membuang masa jika mahu terus cuba berunding dengan Little Rocket Man gelaran yang diberikan Trump kepada Jong Un.

Kenyataan Trump itu menyusul selepas Korea Utara dan seterunya Korea Selatan dijadual mengadakan rundingan rasmi kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Rundingan yang bakal berlangsung di sebuah bandar yang meisahkan kedua-dua negara itu bertujuan mencari jalan kerjasama bagi menjayakan Olimpik Musim Sejuk  bulan depan di Korea Selatan.

Mempertahankan ketuanya, Haley menyifatkan kenyataan itu bukan bererti Trump beralah sebaliknya membuktikan komitmen beliau mencari damai di Semenanjung Korea tanpa mengenepikan syarat yang ditetapkan sebelum ini.



Source link

read more

PKR masih belum tentukan keputusan bersetuju atau tidak lantik Dr. Mahathir jadi PM – Perlis


KANGAR 6 Jan. – PKR dilihat terus berdolak-dalik dalam menentukan keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya untuk menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu menenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Diajukan soalan berhubung perkara itu ketika ditemui pemberita selepas Jelajah Keadilan Peduli Rakyat di sini hari ini,

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya telah memberi pandangan supaya isu tersebut ditentukan melalui keputusan secara konsensus semua parti dalam gabungan itu.

Selain itu katanya, keputusan mencalonkan Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan itu juga perlu mendapat maklum balas daripada semua rakyat.

“Ini kerana rakyat harus diberikan kuasa untuk menentukan masa depan negara bukannya ditentukan oleh mana-mana individu. Saya percaya Pakatan Harapan akan berlapang dada menerima mandat daripada rakyat,” katanya.

Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat dalam soal siapa yang bakal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi PRU-14.

Bagaimanapun difahamkan tiga buah parti dalam Pakatan Harapan iaitu DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN bersetuju untuk memilih Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri namun dibantah oleh PKR.

Ia memandangkan PKR dikatakan masih berpegang kepada pendiriannya untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara manakala Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan oleh Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, apa yang penting calon Perdana Menteri itu nanti adalah individu yang boleh melakukan reformasi dalam sistem kenegaraan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak supaya Mohamed Azmin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, beliau berkata;

“Saya pemimpin peringkat negeri sahaja dan biarlah saya bekerja di Selangor,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons