Dua maut 22 cedera letupan bom di Myanmar



YANGON : Dua pekerja bank terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam kejadian letupan bom Lashio, utara Myanmar pada Rabu.

Menurut jurucakap polis siasatan telah dilancarkan bagi mengenalpasti punca kejadian dan individu yang bertanggungjawab.

Laporan awal menyebut 11 orang awam tercedera dalam kejadian.

“Kami telah menerima laporan mengenai kejadian letupan bom di Lashio hari ini,” kata Kolonel Thet Naing.

Menurut jurucakap kerajaan Zaw Htay menerusi laman Twitter miliknya, dua wanita maut dalam kejadian manakala 11 orang awam tercedera.

Menurut saksi, Lway Dehnin, 27 tahun, satu letupan kuat berlaku kira-kira jam 4.30 petang berdekatan dua bank di pusat bandar yang terletak berhampiran pejabat Kementerian Kesihatan negara itu.

“Letupan itu berlaku berdekatan bank Aya dan Yoma yang menyebabkan tingkap di kedua-dua bangunan tersebut serta Kementerian Kesihatan dan beberapa rumah berdekatan pecah,” kata Lway Dehnin.

Bank Yoma dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, dua pekerjanya yang berkhidmat di cawangannya di Lashio maut dalam kejadian manakala dua cawangannya lagi di bandar tersebut akan ditutup buat sementara waktu.

“Bank Yoma akan terus berdiri teguh dan situasi yang sedih ini,” tambah kenyataan itu.



Source link

read more

Bangkai pesawat Iran ditemui kesemua penumpang dan anak kapal maut



LONDON: Kesemua penumpang dan anak kapal pesawat Iran yang terhempas di kawasan pergunungan Zagros, selatan Isfahan pada 18 Februari disahkan terkorban susulan penemuan bangkai pesawat pada Selasa.

65 penumpang dan anak kapal ditemui tertimbus di bawah sajli tebal oleh pasukan penyelamat.

“Hanya sebahagian pesawat itu kelihatan dan sebahagian lagi tertimbus di bawah sajli yang tebal.

“Pasukan penyelamat melaporkan 30 mayat bergelimpangan tidak jauh daripada bangkai pesawat,” kata pegawai Bulan Sabit Merah Iran.

Pesawat ATR-72 berkenaan yang dijadual menuju ke Yasuj, hilang dari radar ketika baru 20 minit berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran.

Namun usaha pencarian pesawat Iran, Aseman Airlines yang terhempas itu terpaksa ditangguhkan akibat salji tebal dan rebut.



Source link

read more

Pesawat Iran terhempas di kawasan pergunungan 66 dikhuatiri maut


Kesemua 66 orang termasuk enam anak kapal dalam pesawat Iran, Aseman Airlines, yang terhempas di Gunung Padena, selatan Isfahan, dipercayai maut, lapor media tempatan.

“Ketua perhubungan awam Aseman Airlines berkata kesemua yang berada di dalam pesawat itu malangnya terkorban,” ujar wartawan dalam siaran berita tersebut..

Pesawat ATR-72 berkenaan yang dijadual menuju ke Yasuj, hilang dari radar ketika baru 20 minit berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran.

Press TV adalah antara yang terawal mengesahkan insiden berkenaan berdasarkan kenyataan Gabenor Boyer-Ahmad menerusi akaun Twitter rasminya.

Menurut akaun Twitter itu lagi, satu helikopter kecemasan yang cuba mendarat di kawasan nahas pesawat itu tidak dapat berbuat demikian berikutan cuaca buruk dan berkabus.

Lokasi nahas pesawat Iran Aseman Airlines yang terhempas. - Google Map

Reuters yang memetik jurucakap Jabatan Kecemasan Iran Mojtaba Khaledi, berkata pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan berdekatan bandar Semirom.

Setakat ini, ketua pasukan penyelamat memberitahu media bahawa mereka masih belum berjaya tiba di lokasi nahas.

Mehrabad terletak di barat Tehran dan secara umumnya berfungsi sebagai lapangan terbang domestik, walaupun terdapat beberapa jadual penerbangan antarabangsa.

Insiden pesawat terhempas pernah terjadi di Iran dalam tempoh beberapa dekad. Sekatan daripada Amerika Syarikat (AS) adalah antara sebab yang sekian lama menjadi penghalang kepada Iran untuk membeli pesawat baharu atau alat ganti dari Barat.

Artikel berkaitan:

BACA: Pesawat Rusia terhempas, 71 maut (11 Februari 2018)

BACA: 13 maut helikopter bawa menteri Mexico terhempas (18 Februari 2018)



Source link

read more

Empat maut kemalangan tiga kenderaan di Jalan Gerik-Jeli – Nahas & Bencana


GERIK 18 Feb. – Empat maut termasuk seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik-Jeli di sini hari ini.

Tiga buah kenderaan yang terlibat  ialah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Isuzu D-max, Audi dan sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

Difahamkan, mangsa yang maut terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Mayat kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Gerik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, kemalangan turut mengakibatkan dua yang lain parah dan empat lagi cedera ringan.

Katanya, kenderaan Isuzu D-max dan Kenari  dalam perjalanan dari arah Gerik dan Jeli manakala Audi pula dari arah bertentangan.

“Anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.56 tengah hari.

“Empat mangsa  maut manakala enam yang lain cedera,” katanya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

13 maut helikopter bawa menteri Mexico terhempas



MEXICO CITY: Seramai 13 orang terbunuh apabila sebuah helikopter membawa seorang menteri kabinet negara itu terhempas ketika dalam penerbangan ke pusat gempa di selatan Mexico, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Alfonso Navarrete dan gabenor Oaxaca, Alejandro Murat pada ketika itu sedang dalam perjalanan meninjau lokasi kejadian gempa sebelum helikopter yang dinaiki terhempas.

Kedua-dua mereka bagaimanapun terselamat. Navarette memaklumkan, helikopter milik tentera itu hilang kawalan pada ketinggian 40 meter ketika kendak mendarat.

Dalam insiden itu, lima wanita, empat lelaki dan tiga kanak-kanak maut manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

BACA: Gempa bumi 7.2 magnitud gegar selatan Mexico

Satu gempa bumi berukuran 7.2 magnitud telah menggegarkan ibu kota negara Mexico dan Oaxaca, pada Jumaat.

Kajian Geologi Amerika Syarikat memaklumkan pusat gempa berkenaan terletak 53km timur laut Pinotepa di Oaxaca.



Source link

read more

19 maut, 70 cedera letupan di pasar ikan Nigeria – Luar Negara


KANO, NIGERIA 17 Feb. – Seramai 19 orang terkorban manakala 70 lagi cedera selepas tiga pengebom bunuh diri meletupkan diri masing-masing di sebuah pasar ikan di Konduga dalam kejadian yang dipercayai dilakukan kumpulan militan Boko Haram.

Anggota Pasukan Petugas Bersama Awam (CJTF), Babakura Kolo dan Musa Ari berkata, kejadian yang berlaku pukul 8.30 malam waktu tempatan semalam dilakukan oleh tiga suspek lelaki.

“Dua pengebom bunuh diri menyerang pasar ikan Tashan Kifi dan empat minit kemudian, pengebom bunuh diri ketiga menyerang kawasan berhampiran,” kata Kolo.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada 18 orang awam dan seorang anggota tentera.

Menurut Ari, seramai 22 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. – AFP



Source link

read more

13 maut helikopter terhempas atas van di Mexico – Luar Negara


SANTIAGO JAMILTEPEC, MEXICO 18 Feb. – Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tiga kanak-kanak yang berada dalam dua van terkorban selepas sebuah helikopter tentera Mexico yang membawa Menteri Dalam Negara terhempas di atas kenderaan tersebut di sini, di wilayah Oaxaca, selatan negara ini.

Helikopter berkenaan yang turut membawa gabenor wilayah terbabit cuba mendarat di bandar berkenaan selepas meninjau kawasan yang dilanda gempa bumi.

Menteri dan gabenor berkenaan terselamat namun 12 mangsa yang berada di kawasan berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di sebuah hospital.

Menurut kenyataan dari pejabat Peguam Negara, seramai 15 lagi mangsa cedera akibat kejadian tersebut.

Gempa bumi 7.2 magnitud yang melanda negara ini menyebabkan hampir sejuta kediaman dan kawasan perniagaan terputus bekalan elektrik di Mexico City dan kawasan selatan manakala 50 rumah rosak di Oaxaca. – Reuters

habis.



Source link

read more

Lelaki maut kereta terjunam dalam gaung – Nahas & Bencana


JEMPOL 16 Feb. – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 13, Jalan Bahau-Rompin, di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Mohammad Nor Amirrul Haffiz Arshad, 23, memandu seorang diri dari Bahau menghala ke Rompin.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian , mangsa dipercayai gagal mengawal kereta jenis Proton Wira lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya telah dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat,” katanya, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rambut tersangkut di roda go-kart kulit kepala robek hingga bawa maut



SEORANG wanita maut selepas rambutnya tersangkut di bahagian roda go-kart sehingga merobek kulit kepalanya di sebuah taman hiburan Aqua Village, di India, pada Rabu.

Puneet Kaur yang berusia 28 tahun, pada ketika kejadian sedang melawat taman tersebut bersama suami, dua anak lelakinya dan ahli keluarga lain.

Memetik sumber agensi, polis memaklumkan keluarga itu sedang  bercuti dan melawat Timber Trail di Parwanoo sebelum tiba di Kharar pada malam selasa.

“Dalam perjalanan pulang, keluarga itu telah memutuskan untuk membuat lawatan di taman hiburan tersebut.

“Difahamkan keluarga itu menempah empat buah go-kart untuk enam ahli keluarga; termasuk Puneet yang menaiki go-kart bersama suaminya, manakala anaknya bersama neneknya.

“Selepas pusingan pertama trek, rambutnya terperangkap,” kata Jurucakap polis.

Susulan kejadian mangsa yang dalam keadaan kritial telah dibawa ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Polis menerima panggilan kira-kira 5.30 petang oleh Hospital Panchkula.

“Ahli keluarga mangsa masih belum memberi sebarang kenyataan, dan kami akan melakukan siasatan.

“Bedah siasat akan dijalankan pada Khamis ini,” kata polis.



Source link

read more

17 maut dalam kejadian tembakan rambang di Florida



FLORIDA: Sekurang-kurangnya 17 maut dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat.

Angka kematian itu disahkan jurucakap polis Scott Israel, yang mana rata-rata mangsa adalah pelajar Marjory Stoneman Douglas High School, Parkland.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan penahanan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.

Suspek dikatakan dibuang sekolah sebelum ini kerana masalah disiplin.

Katanya, tiada sebarang insiden berlaku ketika penahanan suspek yang dilakukan berdekatan sekolah itu.

BACA: Sekurang-kurangnya 20 cedera dalam insiden tembakan di Florida

Kesemua mangsa dibawa ke Broward Health Medical Center dan Hospital Broward Health North.

Dalam kejadian 2.30 petang waktu tempatan, polis menerima panggilan kecemasan dan menggerakkan pasukan SWAT untuk mengosongkan kompleks pendidikan yang menempatkan lebih 1,000 pelajar.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons