Korea Selatan serah mayat nelayan warganegara Korea Utara pada Khamis



SEOUL: Korea Selatan akan menyerahkan empat mayat warganegara Korea Utara pada Khamis melalui laluan wilayah Panmunjom.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Seoul pada Rabu.

Pada 7 Januari lalu nelayan Korea Selatan menemui kapal kayu terbalik di perairan berhampiran Pulau Ulleung, 120 kilometer dari pantai timur, Seoul dan menemui empat mayat yang dikenal pasti sebagai warganegara Korea Utara.

Seoul kemudian telah menggunakan saluran komunikasi di wilayah Panmunjom, yang baru dipulihkan Korea Utara minggu lalu selepas sekatan selama dua tahun.

Sebelum ini, Seoul meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghubungi Korea Utara agar menyelamat dan mengambil semula nelayan mereka yang ingin pulang atau mayat warganya yang ditemui di laut.



Source link

read more

Polis Kosovo serah mayat Ivanovic kepada keluarga



POLIS Kosovo menyerahkan mayat ahli politik Serbia yang terbunuh, Oliver Ivanovic kepada keluarganya pada Selasa.

Mayat Ivanovic dibawa ke kediamannya, ketika berpuluh-puluh penyokong meletakkan bunga dan menyalakan lilin di luar kediaman keluarga ahli politik itu sebagai tanda hormat.

Perdana Menteri Kosovo, Ramush Haradinaj mengutuk pembunuhan Ivanovic pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara tersebut.

Haradinaj berkata beliau terbuka dan mengalu-alukan campur tangan agensi penguatkuasaan undang-undang asing seperti FBI untuk membantu siasatan.

Namun beliau menolak bekerjasama dengan pihak berkuasa Serbia dalam membantu siasatan.

Dalam masa yang sama beliau terkejut dengan tindakan delegasi Serbia yang meninggalkan sesi dialog yang dianjurkan oleh Kesatuan Eropah EU sebelum ini dengan pemimpin Kosovo setelah Ivanovic terbunuh.

Sementara itu, Menteri Luar Serbia Ivica Dacic menyifatkan pembunuhan Ivanovic mampu mengancam kestabilan seluruh rantau itu.

Ivanovic ditembak mati di daerah Mitrovica yang dikawal oleh puak Serbia.



Source link

read more

Suami bunuh isteri campak mayat dalam tangki kumbahan



JAWA BARAT: Seorang wanita dipercayai telah diseksa sebelum dibunuh oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Gugunungan, Jawa Barat, Indonesia.

Menurut polis, mangsa, Nani Yuliati, 27 tahun telah dibunuh oleh suaminya sementara mayatnya dicampak ke dalam tangki kumbahan.

Memetik laporan portal Indonesia, Viva, kes pembunuhan tersebut terbongkar selepas pihak polis berjaya menemui mayat mangsa yang mulai busuk dari tangki kumbahan berkenaan.

Menurut penduduk kampung, suspek dikatakan mula menunjukkan kelakuan pelik beberapa hari sebelum kejadian.

Dia juga dikatakan menjerit serta mengamuk seperti orang sakit jiwa sambil di tangannya memegang parang dan memberitahu akan membunuh sesiapa sahaja.

Hasil bedah siasat menemui kesan lebam serta luka pada badan mangsa.

Motif sebenar pembunuhan masih disiasat. Bagaimanapun, suspek yang telah menghilangkan diri sejak beberapa hari lalu juga masih belum dapat dikesan.



Source link

read more

Dibunuh sebelum dibakar mayat pengasuh rentung ditemui di taman



SEORANG pereka dan pasangannya mengaku bersalah membakar mayat seorang pengasuh warga Perancis.

Bagaimanapun kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh wanita terbabit.

Mayat itu ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah taman di sebuah rumah di Southfields, barat daya London, pada 20 September tahun lalu.

Polis berdepan kesukaran bagi mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayat yang rentung.

Bagaimanapun polis akhirnya berjaya mengesahkan mangsa sebagai Sophie Lionnet, 21 tahun, berasal dari Troyes, timur laut Perancis.

Memetik sumber SkyNews, Suspek Sabrina Kuider, 34, dan pasangannya Oissem Medouni, 40, dari Wimbledon Park Road, Wandsworth, selatan London mengaku membakar mayat wanita malang itu.

Kedua-duanya mengaku bersalah pada sesi pendengaran kes di Mahkamah Old Bailey pada Jumaat terhadap dakwaan cuba melupuskan mayat Lionnet dengan cara membakarnya.

Bagaimanapun kedua dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh pada atau sebelum tarikh mayat itu ditemui.

Kedua dua defendan bakal dibicarakan selama lima minggu bermula 19 Mac depan.



Source link

read more

Mayat remaja Rohingya dihanyut arus dijumpai


HULU TERENGGANU: Mayat remaja Rohingya, Muhammad Rahim Salleh Ahmad, 17 tahun, yang dihanyut arus deras ketika mandi bersama empat rakannya di Sungai Terengganu ditemui kira kira jam 2:08 minit pagi tadi (Rabu).

Mangsa dijumpai dalam keadaan terapung beberapa meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Jenazah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk bedah siasat.

Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa diperluas sehingga 10 kilometer selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat gagal mengesan mangsa.

Jumlah pasukan penyelamat ditambah kepada 56 anggota membabitkan pencarian hingga ke Telemong, Hulu Terengganu.

Bagaimanapun arus deras serta dasar sungai yang dipenuhi tunggul dan ranting kayu menyukarkan unit selam yang menyertai operasi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang Ahad lalu, Muhammad Rahim hilang ketika mandi bersama empat rakannya di Sungai Terengganu selepas bermain bola di padang rekreasi.

Mangsa kemudiannya dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan seorang rakan mereka yang hampir lemas.

Muhammad Rahim adalah anak sulung dari lima beradik dan belajar di Madrasah Hidayah Rohingya Datuk Abd Rahman, Kuala Berang sejak setahun lalu.



Source link

read more

Mayat bayi baru lahir dibungkus dalam plastik dijumpai dalam pesawat


MAYAT seorang bayi yang baru lahir dijumpai di dalam tandas sebuah pesawat Etihad Airways semasa penerbangan ke Jakarta dari Abu Dhabi pada Sabtu.

Bayi itu dijumpai di dalam tong sampah dan dibungkus dalam beg plastik selepas ibunya yang dikenali sebagai Hani, 37 tahun, melahirkannya di dalam tandas pesawat tersebut.

Polis Indonesia telah menahan wanita yang berasal dari Cianjur, Jawa Barat itu selepas tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dari Bangkok pada jam 1 pagi (waktu tempatan).

Menurut laporan CNN Indonesia, ketua polis lapangan terbang Soekarno-Hatta, Ahmad Yusef berkata wanita tersebut mengalami pendarahan dan menyebabkan juruterbang pesawat terbabit terpaksa mendarat di Bangkok.

“Pasukan perubatan memindahkan Hani selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok,” tambahnya.

Wanita tersebut disyaki bekerja sebagai pembantu rumah di Abu Dhabi selama empat tahun dan telah melahirkan anaknya secara rahsia kerana telah berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai anak bersama.

Menurut Ahmad, punca kematian bayi tersebut masih dalam siasatan.



Source link

read more

Mayat bayi baru lahir ditemukan dalam tandas pesawat di Indonesia – Nasional


JAKARTA 7 Jan. – Polis Indonesia hari ini menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada seorang bayi yang ditemukan mati di dalam tandas sebuah pesawat di lapangan terbang antarabangsa Jakarta.

Ketua polis lapangan terbang, Ahmed Yusef berkata, Hani, 37, dari Cianjur, Jawa Barat ditahan tidak lama selepas beliau tiba dari Bangkok di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan.

“Dia kelihatan tidak sihat dan tidak akan disiasat sehingga dia pulih,” kata Ahmed.

Polis percaya Hani yang bekerja sebagai pembantu rumah di Abu Dhabi selama empat tahun bersalin secara rahsia semasa dalam penerbangan Etihad dari negara terbabit ke Jakarta, Sabtu lalu. – AFP



Source link

read more

Mayat lelaki berulat ditemukan dalam longkang


SEBERANG PERAI: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan mengerikan dekat Lorong Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah petang Jumaat.

Mayat tanpa kepala serta berulat ditemui bersama timbunan sampah di dalam longkang oleh orang awam yang terhidu bau busuk ketika melalui jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid memberitahu, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut.

Katanya, setakat ini, polis masih menyiasat identiti mangsa dan polis percaya dia mungkin mangsa pembunuhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Mayat dua mangsa lemas ditemukan – Nahas & Bencana


REMBAU 2 Jan. – Dua lagi mangsa lemas di Sungai Pedas di Kampung Merbau 9 di sini ditemukan pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, mayat Muhamad Syafiq Rosli, 15, dijumpai pada pukul 10.10 pagi manakala Muhammad Alias M. Sadri, 15, ditemukan 45 minit kemudian.

Menurut beliau, mangsa pertama, Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, ditemukan pada pukul 10.03 malam tadi.

“Kedua-dua mangsa yang terperangkap di dasar sungai dijumpai dalam jarak tiga meter masing-masing pada pukul 10.10 pagi dan 10.55 pagi.

“Difahamkan, mereka sebelum itu cuba menyelamatkan Muhammad Iqqmal Haziq yang lemas namun, kedua-duanya turut lemas selepas dibawa arus deras,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Norazam berkata, berdasarkan siasatan, ketiga-tiga mangsa datang ke sungai itu pada pukul 4 petang semalam untuk memancing dan mandi.

Ujarnya, seorang lagi rakan mereka, Haikal Najmi Azhar, 15, terselamat.

Tambah beliau, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mayat pelajar tingkatan empat ditemukan tergantung di rumahnya



BUTTERWORTH: Mayat seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditemukan tergantung di rumahnya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mayat mangsa ditemui oleh ibunya kira- kira 9.30 malam sebelum menghubungi pihak polis.

Berdasarkan percakapan ibu mangsa, kali terakhir dia melihat anaknya adalah pada 8.15 malam sebelum dia keluar bersama anak perempuannya.

Bagaimanapun, sekembalinya ke rumah dia mendapati anak lelakinya itu sudah tergantung di bahagian tepi tangga di dalam rumahnya.

Mangsa anak kedua dari empat beradik itu bersendirian di rumah ketika kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

“Pasukan polis telah sampai ke tempat kejadian di alamat tersebut dan mendapati ada satu lelaki melayu berumur 16 tahun tergantung di tangga.”

“Setakat ini, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Jadi sebarang perkembangan lanjut kita akan maklum dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Noorzainy berkata, pemeriksaan polis setakat ini tidak menemui sebarang nota ditinggalkan mangsa.

Menurutnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons