Pemain Media VLC 3.0 Dilancarkan Untuk Desktop, Android, Dan iOS – Amanz


Pemain media VLC merupakan salah satu pemain media popular dikalangan ramai pengguna desktop. Hari ini, pembangunnya telah pun melancarkan versi terbaru pemain media berkenaan, iaitu VLC 3.0.

VLC 3.0

VLC 3.0 menawarkan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan memainkan media 4K dan 8K, kebolehan memainkan video 360-darjah, kebolehan memainkan pelbagai format media melalui peranti Chromecast, dan pelbagai ciri-ciri baru yang lain. Disamping itu, ia turut dikatakan menggunakan kurang tenaga berbanding pemain media yang lain di pasaran.

Bagi anda yang menggunakan pemain media VLC, boleh memuat-turun dan mencuba pemain media baru ini hari ini.

Muat-Turun VLC Media Player 3.0



Source link

read more

Hari Pers Indonesia 2018 himpun 6000 pengamal media



PADANG: Berapa agaknya jumlah media di Indonesia, negara berpenduduk lebih 260 juta orang itu? 47,000 media!

Anggota Dewan Kehormat Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Asro Kamal Rokan berkata jumlah itu menjadikan Indonesia sebagai negara paling banyak jumlah media di dunia.

Asro berkata sebanyak 47,000 media direkodkan setakat ini dan 44,300 daripadanya adalah media dalam talian yang pesat bercambah di seluruh wilayah dan pelusuk Indonesia.

Bagaimanapun, daripada 44,300 media dalam talian itu, hanya  2,000 sahaja yang berdaftar dengan PWI dan Dewan Pers Indonesia, kata Asro yang juga bekas Pemimpin Umum agensi berita ANTARA.

Industri media di Indonesia bermula pada 1937 menerusi penubuhan agensi berita ANTARA pada 13 Dis 1937, dan media di negara jajahan Belanda itu terus berkembang dan bercambah dalam menyalurkan aspirasi rakyat membangkitkan perjuangan kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan. 

Simbolik kepada penghargaan itu, tanggal 9 Feb diumumkan sebagai Hari Pers Nasional (HPN) oleh Presiden Indonesia ketika itu, Presiden Soeharto pada 1985.

Menurut laman web rasmi HPN, sambutan yang didukung komponen media dan pemerintah itu diadakan secara bergantian di kota-kota di Indonesia, bagi membolehkan para peneraju media massa berhimpun dan membentangkan pelbagai usul berkaitan kepentingan mereka dan negara, selain turut diadakan pameran, konvensyen, majlis anugerah, program bakti sosial dan program hiburan.

Bagi 2018, HPN diadakan di Padang, Sumatera Barat, menghimpunkan lebih 6,000 para pengamal media dari seluruh Indonesia yang dijadual dirasmikan Presiden Indonesia Joko Widodo.

HPN 2018 dianjurkan bersama pengamal media di Indonesia yang terdiri daripada PWI, Dewan Pers Indonesia, Serikat Penerbit Surat Kabar (SPS), Asosiasi Televisi Swasta Indonesia (ATVSI), Asosiasi Televisi Lokal Indonesia (ATVLI), Persatuan Radio Siaran Swasta Nasional Indonesia (PRSSNI), dan Persatuan Perusahaan Periklanan Indonesia (PPPI).

Peneraju media Malaysia menerusi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) yang diterajui Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, turut diundang ke sambutan HPN itu.

Menteri  Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut diundang ke HPN 2018. — Bernama



Source link

read more

Kena bijak tapis berita dalam media sosial


SERDANG – Kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) diingatkan agar menapis menilai berita yang diperoleh di media sosial dengan bijak dalam usaha mendapat maklumat yang tepat dan sahih.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama, kakitangan kementerian jangan pula sesekali menjadi penyampai berita atau fakta tidak benar terutama melibatkan polisi atau dasar kerajaan.

Beliau menjelaskan, tindakan itu boleh menjadi fitnah yang mengelirukan pemikiran masyarakat.

“Hari ini media sosial telah muncul sebagai media arus perdana yang menjadi bahan rujukan utama masyarakat setiap hari.

”Terdapat banyak berita yang tidak benar yang disogokkan kepada pembaca. Saya harap kakitangan awam kementerian berhati-hati dan lebih arif menapis dan menilai berita yang dibaca di media sosial.

“Namun bila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said kata kerajaan akan gubal akta berkaitan berita palsu di media sosial , ia bukan gambaran untuk sekat kebebasan di media sosial.

“Perdana Menteri hari ini sebenarnya lebih bebas media daripada Perdana Menteri dahulu apabila menghapuskan ISA dan AUKU.

“Namun kebebasan media bukan bermakna kita bebas untuk buat fitnah, berbohong dan cerita tidak benar.

“Kakitangan kementerian pula masih boleh guna di kumpulan Whatsapp dan tiada halangan namun yang perlu dikekang adalah cerita fitnah,” katanya.

Kena bijak tapis berita dalam media sosial

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada media pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2017 KKLW di MAEPS, Serdang. foto FAREEZ FADZIL, 05 FEBRUARI 2018.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2017 di MAEPS di Serdang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan sedia ada komited untuk mengekalkan kakitangan awam pada masa akan datang.

Namun jelasnya berlainan pula kerajaan di negeri pembangkang yang berhasrat ingin memberhentikan separuh jumlah kakitangan awam.

“Kerajaan sedia ada bukan sahaja hendak kekal kakitangan awam malah tambah lagi kemudahan-kemudahan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2018.

“Jadi peranan kakitangan awam adalah dengan memperkukuhkan kerajaan dan memperbetulkan cerita yang tidak betul.

“Kakitangan kerajaan perlu bantu kerajaan menjadi kuat dan stabil agar dihormati pihak luar seperti isu Malaysia membantu pelarian Rohingya yang membuka mata negara luar,” katanya.

Sementara itu, APC 2017 menyaksikan seramai 2,889 kakitangan KKLW dan agensi di bawahnya menerima penghargaan.-theRakyat



Source link

read more

Syarikat Yang Menjual Pengikut Palsu Di Media Sosial Kini Disiasat – Amanz


Penjualan pengikut palsu di media sosial bukanlah perkara baru. Ramai selebriti atas talian membeli pengikut palsu bagi menunjukkan mereka berpengaruh dan sekaligus membolehkan mereka mengenakan bayaran yang tinggi untuk promosi berbayar. Devumi ialah antara syarikat yang melakukan perniagaan menjual pengikut palsu ini.

Mereka kini disiasat di Amerika Syarikat kerana 55,000 dari 3.5 juta pengikut palsu yang dijual didapati menggunakan identiti insan sebenar tanpa kebenaran. Nama, gambar profil dan maklumat peribadi insan sebenar telah digunakan tanpa kebenaran pada bot yang dijual. Ini adalah menyalahi undang-undang New York.

Masalah penggunaan identiti individu sebenar untuk menghasilkan akaun palsu ini turut berlaku di Malaysia. Tahun lalu tular berita akaun palsu yang menggunakan wajah insan yang telah meninggal dunia di Facebook.

 



Source link

read more

Sidang media khas Yuna dan Adam Sinclair hari ini



KUALA LUMPUR : Penyanyi terkenal Yuna sah menjadi isteri kepada Adam Sinclair dengan sekali lafaz pada petang Jumaat.

Satu sidang media  khas berkenaan pernikahan dua mempelai ini akan diadakan hari ini, jam 4 petang di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

BACA: Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang

Yuna, atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai selamat diijab kabul dengan Adam atau nama penuh, Adam Yousof Mohamed Sinclair oleh Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang.

Majlis pernikahan yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong semalam menyaksikan pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh Yuna.

BACA: Adam dan Yuna bernikah hari ini?

Pasangan ini bakal mengadakan sebuah majlis resepsi tertutup di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai lokasi majlis resepsi, Ahad ini.

Nota: Saksikan secara langsung ‘Sidang Media Khas Yuna dan Adam Sinclair’ melalui platform Facebook live jam 4.30 petang sebaik sahaja sidang media bermula. jangan lupa tonton!

BACA: Yuna dan Adam bersanding 28 Januari ini 



Source link

read more

Pihak media sebelum ini layan saya dengan baik tetapi kini… – sindir Donald Trump



DAVOS: Ucapan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2018 di Davos, Switzerland antara ucapan yang ditunggu-tunggu pemimpin dan delegasi dari seluruh dunia.

Menerusi ucapannya, Trump menekankan beberapa perkara termasuk mempromosi negaranya sebagai lokasi yang sesuai untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan.

Namun di sebalik penyampaian ideologi menerusi ucapannya itu, Trump sempat menyindir pihak media yang dikatakan tidak berlaku adil terhadapnya.

Jelas Trump sewaktu masyarakat dunia mengenalinya sebagai ahli perniagaan yang berjaya, pihak media sering menceritakan kejayaannya tetapi situasi berubah apabila dia bergelar seorang presiden.

“Sewaktu dikenali sebagai seorang ahli perniagaan, saya selalu dilayan baik oleh pihak media sehinggalah saya menjadi seorang presiden, saya sedar betapa jahat dan kejinya pihak media terhadap saya,” katanya.

Selain itu Trump turut mempertahankan istilah America First yang dianggap sebagai mendahulukan kepentingan negara sendiri tanpa memikirkan negara-negara lain.

Katanya, sebagai seorang Presiden Amerika Syarikat, apa yang dilakukannya adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh ketua dan pemimpin-pemimpin negara lain.



Source link

read more

Facebook akui media sosial boleh bahayakan sistem demokrasi



FACEBOOK mengakui gagal mengawal rangkaian media sosial itu daripada digunakan pihak luar dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang lalu.

Pengurus Produk Facebook Samidh Chakrabarti berkata pilihan raya AS pada 2016 telah menimbulkan persoalaan tentang peranan Facebook dalam menyebarkan maklumat palsu serta pemecahan masyarakat dalam suasana politik pada masa ini.

“Pada asalnya, Facebook dibina untuk menghubungkan antara rakan-rakan dan keluarga – dan ia telah berjaya melaksananya.

“Namun, kini ramai pengguna menggunakan platform ini untuk mengeluarkan pendapat politik.

“Ia digunakan dengan cara yang memberi kesan sosial yang langsung,” kata Chakrabarti menerusi laman blognya.

Tambahnya, pada 2016, Facebook tidak menyedari terdapat individu serta pihak yang menyalahgunakan platform tersebut.

“Kami sedang berusaha untuk mengurangkan risiko itu,” katanya.

Sebelum ini, Facebook telah membuat penyelidikan dan mengeluarkan laporan tentang bagaimana penggunaan media sosial itu secara pasif boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna tersebut.

Dalam pada itu, Facebook telah mengumumkan penukaran pada algoritma bagi mengurangkan kehadiran jenama dalam platform supaya dalam mengembalikan fokus kepada hubungan sesama manusia.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberk turut mengumumkan azam tahun baru untuk memperbaiki platform yang dibinanya.

Kini, Facebook sedang menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk mengenal pasti kandungan berita palsu dalam platformnya, dan dalam rancangan untuk meninjau di kalangan pengguna tentang sumber berita yang mereka percayai.

Menggunakan perkhidmatan ini, apa sahaja kandungan yang dikenal pasti sebagai bermasalah akan dihadkan penyebarannya, sekali gus mengurangkan jumlah tontonan di kalangan pengguna sehingga 80 peratus.



Source link

read more

Kemudi becomes first media club to sign MACC’s corruption-free pledge


KEMUDI

MO,20/1/2018, KOTA BARU: The Kelantan Media Club (Kemudi) has become the first association of its kind in the country to sign the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) corruption-free pledge.

The ceremony, which was held at a hotel here on Saturday, was attended by 80 Kemudi members, including its president, Mohd Zailani Abdul Rahman.

The event was witnessed by Kelantan’s MACC director Datuk Moh Samsuddin Yusof.

In his speech earlier, Moh commended Kemudi for taking the pledge.

“The decision by Kemudi to require that its member take the pledge should be followed by other media clubs. It demonstrates that there is awareness among members of the press of the importance of taking the pledge,” he said.

Moh added that he hopes the press would also help the commission in educating the public on the scourge of corruption and its impact on society.

–NSTP



Source link

read more

Semakin panas media AS terus bongkar dakwaan hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah



NEW YORK: Dua laporan media muncul minggu ini yang mendedahkan lebih banyak fakta berhubung dakwaan hubungan sulit Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump dan bintang filem lucah Stephanie Clifford, 38 tahun yang didakwa dibayar AS$130,000 (RM520,000) sejurus sebelum pilihan raya 2016.

Laporan pertama datangnya dari Touch Magazine, yang pada Rabu yang menyiarkan petikan wawancara bersama Stephanie pada 2011.

Wanita itu mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan Trump bermula pada 2006 dan berpisah sejak beberapa tahun yang lalu.

Dalam satu lagi  artikel oleh majalah Slate yang ditulis Ketua Editor Slate Group, Jacob Weisberg, dia memperjelaskan kenyataannya kepada The New York Times pada hari Jumaat dimana dia memperincikan perbualnanya dengan Stephanie dari Ogos sehinggalah Oktober 2016.

Ternyata, beliau menyatakan hal yang sama seperti yang tertulis di majalah In Touch, iaitu Stephanie pernah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Trump.

Stephanie dikatakan memberitahu Jacob, peguamnya Keith Davidson yang mewakili sebahagian bintang dan model filem lucah, telah merundingkan perjanjian berjumlah AS$130,000 dengan  Michael D. Cohen, iaitu peguam Trump.

Stephanie berkata bahawa dia berkongsi butiran ini kerana Trump masih belum membayarnya atau memuktamadkan perjanjian kerahsiaan hubungan mereka.

Manakala, Wall Street Journal pada Jumaat pula menerbitkan satu artikel mendakwa bahawa pembayaran terbabit telah dibuat.

Cohen bagaimanapun sekali lagi menafikan sebarang hubungan seksual di antara Trump dan Stephanie.

Dalam satu kenyataan yang di emel pada hari Rabu, Cohen berkata, “Ini bukan perkara baru. Ini cerita lama dan sama sekali tidak benar duhulu mahupun sekarang.

“Apa dilakukan adalah mengitar semula kisah lama dan membuat cerita palsu yang juga telah dinafikan Stephanie pada 2011, 2016 dan sekali lagi 2018,” katanya.

Dalam satu kiriman emel kepada The New York Times pada Jumaat, Cohen berkata Trump dan Stephanie telah “sekeras-kerasnya” menafikan hubungan tersebut.

Pada Jumaat, Cohen juga mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 10 Januari yang ditandatangani oleh Stephanie yang mana menyatakan hubungan beliau dengan Trump hanya terbatas dalam beberapa pertemuan secara umum, manakala isu Trump tidak membuat bayaran dan tuduhan hubungan seksual berikut adalah tidak benar sama sekali.”

Walau bagaimanapun, Stephanie tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjur, lapor The York Times lagi.



Source link

read more

TUN M TAK SUKA ZURAIDAH MEROYAN DALAM MEDIA!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Nampak sangat janji nak memberi kebebasan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum ini hanya sekadar permainan Politik Retorik puak – puak Pakatan Haprak tu sahaja.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila calon Perdana Menteri Pakatan Haprak tu memberikan amaran kepada mana – mana pihak agar tidak membuat kenyataan media sesuka hati.

Amaran itu diberikan khusus kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.

Kata Tun Mahathir, isu berkaitan dengan bantahan serta ketidak-puasa hati dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu terhadap pencalonannya hanya sekadar isu dalaman semata – mata.

“Tentu ada orang setuju tak setuju. Kita runding tengok siapa calon ganti. Ini semua perkara dalaman tak payah lah media nak tahu,” katanya.

Sekiranya dilihat dari satu sudut, kenyataan itu membuktikan bahawa Tun Mahathir cuba untuk menafikan kebebasan bersuara dikalangan pemimpin serta ahli Pakatan Haprak tu sendiri.

Sebelum ini, kepimpinan PKR Selangor terutamanya menolak cadangan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara Pakatan dan menzahirkan kekecewaan secara terbuka.

Diantara yang lantang mempertikai pencalonan tersebut ialah Ketua Wanita PKR, Si Zuraidah Mak Lampir tu dengan alasan kononnya pencalonan itu membuktikan bahawa Pakatan ketandusan pemimpin muda.

Bahkan, PKR Selangor turut memberikan alasan kononnya pencalonan Tun Mahathir itu menunjukkan bahawa perjuangan mereka selama 20 tahun sebelum ini hanya dianggap sia – sia sahaja.

Tapi malangnya, luahan rasa kecewa dan bantahan yang dibuat oleh PKR Selangor itu lansung tidak diendahkan. Sebaliknya, mereka pulak yang dianggap sebagai ‘Musuh’ apabila membuat luahan seperti itu kepada pihak media!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons