Kalau betul tsunami Melayu, kenapa tidak masuk tanah rancangan? – Nasional


KUALA LUMPUR 22 April – Walaupun pemimpin gabungan pembangkang PKR bersungguh-sungguh menjaja cerita kononnya tsunami Melayu akan tercetus dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, nampaknya mereka sendiri kurang yakin dengan dakwaan tersebut.

Selain daripada gagal meletakkan pemimpin utama mereka, terutamanya dari DAP sebagai calon di kawasan majoriti Melayu, mereka juga belum cukup berani untuk memasuki kawasan tanah rancangan Felda yang diketahui sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Hal ini terbukti apabila gabungan tersebut memilih Pekan Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan sebagai lokasi Jelajah Felda Selamatkan Malaysia semalam, walaupun kawasan rancangan Felda yang terdekat terletak kira-kira 40 kilometer dari pekan tersebut.

Seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Zakaria berkata, kebanyakan pengunjung terdiri daripada penduduk dari luar kawasan Johol, termasuklah masyarakat Cina dari pekan berdekatan, seperti Dangi dan Tampin.

“Saya anggarkan kira-kira 80 peratus pengunjung adalah pengunjung luar yang bukan dari kawasan Johol. Sama ada mereka yang hadir adalah penduduk Felda atau tidak, saya tidak pasti, tetapi ada juga yang datang dari Kuala Lumpur dan Seremban,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Walaupun Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar menjangkakan seramai 5,000 hingga 10,000 pengunjung akan hadir ke jelajah tersebut, namun sasaran berkenaan ternyata meleset.

Dalam pada itu, keputusan gabungan tersebut mengadakan Jelajah Felda di kawasan tersebut juga mengelirukan orang ramai kerana ramai yang menganggap Pekan Johol dan Air Mawang sebagai tanah rancangan Felda, termasuklah portal propembangkang, Malaysiakini.

Kesilapan portal tersebut menjadi bahan bualan netizen di media sosial, apabila seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ku Mohd Ikhwan II menulis beliau hairan dengan istilah ‘Felda Johol’ dan ‘Felda Air Mawang’ yang digunakan.

“Felda Pekan Air Mawang? Sojak bilo ado Felda kek Mawang? (Felda Air Mawang? Sejak bila ada Felda di Air Mawang?),” tulisnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Aziz Bari Contoh DAP Pesong Pemikiran Melayu? – MYNEWSHUB


KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah undang-undang, Dr. Abdul Aziz Bari antara contoh bagaimana DAP berjaya memesongkan pemikiran segelintir orang Melayu tentang sekular supaya menyokong parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff memberi contoh Abdul Aziz dalam bukunya pada tahun 2009 pernah menegaskan negara ini tidak sekular dan tidak pernah disekularkan.

Kata beliau, Abdul Aziz dalam buku itu malah menegaskan tiada sepatah perkataan dalam Perlembagaan Negara menyebut Malaysia negara sekular dan perlembagaan `menaikkan’ kedudukan Islam.

Namun, dakwa beliau, sesiapa yang pernah membaca buku bertajuk “Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis” itu pasti dapat membandingkan bahawa Abdul Aziz sejak menyertai DAP bukan lagi Abdul Aziz yang dulu.

“Abdul Aziz yang kini menyertai DAP akur sepenuhnya dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular”.

“Kini turut sama berjuang bersama-sama para pemimpin DAP lain untuk mecapai matlamat yang dinyatakan oleh Perlembagaan DAP iaitu untuk `mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Aziz Bari yang pernah terlibat dalam kontroversi mengkritik institusi raja merupakan calon Melayu tunggal DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak Pakatan Harapan baru-baru ini.

Kamarul berkata, Aziz Bari dalam bukunya pernah juga menyebut murtad boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana gejala murtad akan mengelirukan dan merubah definisi Melayu di bawah perlembagaan.

Tambah beliau, Aziz Bari juga menyatakan murtad tidak termasuk di dalam ruang lingkup Perkara 11 kerana murtad itu bukan sejenis agama, manakala orang ateis tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Negara.

“Bagaimanapun, Abdul Aziz sudah akur sepenuhnya dengan pendirian pemimpin DAP lain mahupun pendirian pemimpin parti komponen Pakatan Harapan lain serta senyap tidak terkata bila rakan-rakan beliau seperti Tony Pua dan Mohamad Hanipa Maidin melaungkan murtad adalah hak asasi yang dilindungi oleh perlembagaan dan bahawa orang ateis mempunyai hak di bawah perlembagaan kita,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC



Source link

read more

DAP kurangkan ciri kecinaan untuk pikat Melayu


KUALA LUMPUR 07 FEBRUARi 2018. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak ketika menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran ?KL as A Cultural & Creative City? Report di Bursa Malaysia. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

MO, 22/4/2018, KUALA LUMPUR: DAP kurang menonjolkan ciri kecinaannya semata-mata menyasarkan untuk memenangi lebih banyak kerusi Parlimen di kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata mereka perlu mewujudkan persepsi bahawa DAP tidak mendominasi pakatan pembangkang atau sebaliknya mereka akan ditolak pengundi Melayu.

“Ini adalah alasan di sebalik strategi DAP untuk mengetepikan logo ‘Roket’ dalam PRU-14 dan calon mereka bertanding menggunakan lambang PKR.

“DAP sendiri mengakui bahawa penggunaan logo PKR untuk bertanding dalam PRU-14 bermatlamat untuk memenangi lebih banyak undi Melayu,” katanya dalam blognya, sskeruak blogspot.my., hari ini.

Salleh menarik perhatian bahawa seperti biasa DAP akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding sekutunya dalam pakatan pembangkang dan ia bermakna parti itu akan menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri.

“Walaupun (Datin Seri) Dr Wan Azizah Ismail adalah Presiden PKR tetapi bilangan besar kerusi Parlimen akan dimenangi oleh calon DAP dan bukan PKR. Oleh itu DAP akan memegang kata putus siapa menjadi perdana menteri dan ia bukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

 

– BERNAMA



Source link

read more

Perguna Melayu semata-mata demi parti – Politik


KUALA LUMPUR 20 April – Beberapa hari selepas melabelkan DAP sebagai parti Cina, hari ini Datuk Zaid Ibrahim tampil sekali lagi mengkritik kepemimpinan tertinggi DAP sebagai angkuh dan tidak mungkin mendapat sokongan Melayu.

Perkara itu juga timbul susulan daripada kenyataan Zaid yang membidas sikap pemimpin parti berteraskan Melayu dalam gabungan pembangkang PKR kerana masih membisu dan ‘malu’ memperkatakan tentang calon jawatan menteri sedangkan DAP lebih proaktif menamakan dua calon yang bakal diangkat menjadi menteri.

Mengulas perkara ini, bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, kenyataan Zaid itu bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kerana orang Melayu sendiri sudah sedar dengan helah licik yang ditampilkan DAP.

Katanya, tindakan ‘menyisihkan’ Zaid daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) merupakan contoh terbaik bahawa DAP hanya memilih pemimpin Melayu yang boleh dipergunakan.

“Pada pendapat saya, kalau kita lihat senarai pemimpin Melayu diberi peluang bertanding, mereka ini adalah pemimpin yang ‘mendengar kata’ berbeza dengan Zaid yang kita tahu merupakan ahli politik yang tidak mudah diubah pendiriannya.

“Strategi DAP memilih pemimpin Melayu dalam PRU-14 hanyalah semata-mata mendapatkan undi demi kepentingan parti tersebut, bukanlah ikhlas untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zaid dalam catatan di laman blog miliknya, The Zaidgeist berkata, keangkuhan ‘parti Cina’ DAP tidak akan sesekali mendapat sokongan kaum Melayu sekalipun mengadakan kerjasama dengan gabungan pembangkang PKR yang dipimpin oleh orang Melayu untuk menandingi Barisan Nasional (BN). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Koleksi Resipi Masakan Vietnam Yang Sedap, Mudah & Kena Dengan Selera Melayu.


Teringin masakan Vietnam? Anda tidak perlulah ke restoran yang menyajikan masakan Vietnam atau sehingga berpeluang ke negara. Apa kata anda cuba masak sendiri di rumah  dan boleh sesuaikan dengan cita rasa keluarga anda. Berikut,  Rasa kongsikan beberapa resipi yang boleh anda cuba buat di rumah.

 

1. AYAM SERAI VIETNAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 4 batang serai | titik atau hiris halus
  • 10 biji cili padi | hiris  memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 4 sudu makan kicap ikan
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit sebuk lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
  4. Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
  5. Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
  6. Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Ayam sedia dihidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Selain ayam anda juga boleh gunakan udang atau sotong.

 

2. TUMIS BAWANG PUTIH KEPAH (NGHEU XAN TAI NHA)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kepah |cuci bersih dan tos
  • 5 ulas bawang putih | titik
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 8 biji cili padi | hiris
  • 3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
  2. Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
  3. Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
  5. Kepah sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika suka anda boleh tukar daun bawang dengan batang leeks.

 

3. MI DAGING VIETNAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm Banh Pho/ bihun  vietnam | rendam, rebus dan tos
  • 500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
  • 500gm tulang | cuci bersih dan tos
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • 4 ulasa bawang putih | titik
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan sos ikan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN REMPAH RATUS:

  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN ISIAN:

  • Daun sup secukupnya
  • Tauge secukupnya
  • Limau nipis atau lemon | ikut suka
  • Sambal kicap / hirisan cili
  • Bawang goreng | jika suka

 CARA MEMASAK:

  1. Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang.
  2. Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
  3. Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
  4. Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus  bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  5. Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
  6. Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
  7. Setelah secukup rasa . tutup api.
  8. Sementara itu panaskan air dalam periuk, celur  mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
  9. Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
  10. Hidangkan bersama sambal kicap atau cili potong.

INFO CHEF: Untuk mendapat air rebusan yang  bersih, anda  panaskan air,  kemudian masukkan tulang dan daging. Celur seketika keduanya lebih kurang dua minit. Tutup api buangkan air rebusan dan bersihkan daging dan tulang tadi. Kemudian baru rebus semula.

 

4. ASAM LAKSA VIETNAM

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm mi telur | celur hingga lembut dan tos
  • 250gm daging | rebus dan hiris nipis
  • 250gm udang | buang kepala dan kulit kemudian rebus dan tos
  • 1500ml air rebusan daging
  • 6 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 3cm lengkuas | ketuk
  • 6 helai daun limau purut | carik-carik
  • 2 sudu makan kicap ikan
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN HIASAN:

  • Daun ketumbar | hiris
  • Daun bawang | hiris
  • 4 biji telur rebus | belah dua

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan daun limau purut hingga wangi.  
  2. Tambahkan daging dan udang sambil kacau hingga berubah warna.
  3. Tuang air. Masukkan kecap ikan, kecap manis, jus limau nipis, gula, dan garam.
  4. Setelah cukup rasa dan masak. Tutup api dan masukkan daun bawang.
  5. Masukkan mi telur dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah dan hias di atasnya dengan bahan hirisan dan telur rebus.
  6. Sedia dihidangkan.

Komen anda



Source link

read more

Aziz Bari calon Melayu tunggal DAP Perak – Politik


IPOH 19 April – DAP menyerlahkan cita-cita parti itu untuk mendapatkan kedudukan Menteri Besar Perak apabila mengumumkan Dr. Abdul Aziz Bari sebagai calon Melayu tunggalnya yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu akan bertanding di DUN Tebing Tinggi, kerusi yang dimenangi calon DAP, Ong Boon Piow pada PRU-13.

Dalam majlis pengumuman calon oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di sini hari ini, DAP bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN.

Pengumuman tersebut menyaksikan Penasihat DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham melepaskan kerusi DUN dan hanya bertanding kerusi Parlimen Beruas yang dimenanginya pada PRU-13.

Beliau merupakan penyandang kerusi DUN Sitiawan di bawah Parlimen Lumut pada PRU-13 namun ditukar nama kepada DUN Astaka selepas persempadanan semula.

Koo Ham memberi laluan kepada muka baharu, Teoh Yee Chow berusia 28 tahun bertanding di DUN Astaka yang kini di bawah Parlimen Beruas.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pula bertukar kawasan di kedua-dua kerusi yang dimenanginya dalam PRU-13 iaitu dari Parlimen Taiping ke Teluk Intan dan dari DUN Kepayang ke DUN Aulong

Lain-lain kerusi Parlimen yang ditanding oleh DAP ialah Taiping (Teh Kok Lim), Ipoh Timur ( (Wong Kah Woh), Ipoh Barat (M. Kulasegaran, Batu Gajah (V. Sivakumar) dan Kampar (Thomas Su).

Lain-lain kerusi DUN yang ditandingi ialah Pokok Assam (Leow Thai Yih), Jalong (Loh Sze Yee), Canning (Jenny Choy), Pasir Pinji (Howard Lee), Bercham (Ong Boon Piow), Kepayang (Dr. Ko Chung Sen), Buntong ( A. Sivasubramaniam), Jelapang (Cheah Poh Hian), Menglembu (Steven Chaw), Tronoh (Paul Yong), Pantai Remis (Wong May Ing), Malim Nawar (Leong Cheok Keng), Keranji (Chang Zhemin), Pasir Berdamar (Terence Naidu) dan Sungkai (A. Sivanesan). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Boleh percayakah DAP mahu bela orang Melayu? – Politik


LIM Kit Siang ketika berceramah di Teluk Intan, Perak pada Isnin lalu menaburkan janji palsu kononnya tsunami Melayu yang digerakkan gabungan pembangkang PKR tidak akan menggugat kepentingan orang Melayu.

Sukar dipercayai apabila pemimpin veteran DAP itu berjanji antara lainnya akan mengekalkan institusi-institusi berkaitan kepentingan bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Felda, Felcra dan Lembaga Tabung Haji.

Nampak sangat DAP yang terkenal dengan sentimen ‘kecinaan’ yang tebal semakin terdesak untuk menarik sokongan pengundi Melayu terhadap calon-calonnya yang bakal bertanding menggunakan logo PKR.

Walhal sebelum ini, pemimpin-pemimpin DAP turut tumpang sekaki menyerang semua institusi terbabit dengan melemparkan pelbagai fitnah walaupun tidak ada kena mengena dengan mereka pun.

Seperkara lagi, dalam lima janji yang disebut Kit Siang, tidak dinyatakan langsung tentang jaminan untuk mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Usah mimpilah tsunami Melayu yang dirancang DAP serta sekutu-sekutunya akan berjaya selagi Kit Siang tidak berjanji secara konkrit bahawa hak istimewa orang Melayu dan bumiputera akan dikekalkan.

Silap-silap gelombang tsunami Melayu berbalik ke arah perancangnya sebelum ‘menenggelamkan’ gabungan pembangkang PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kutukan institusi-institusi hanya rugikan Melayu – Politik


KUALA LUMPUR 16 April – Tindakan pemimpin-pemimpin Melayu dalam gabungan pembangkang PKR yang keterlaluan mengutuk institusi-institusi bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Felda serta Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) adalah tindakan hanya yang merugikan orang Melayu secara keseluruhan.

Perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung mensia-siakan usaha generasi terdahulu yang banyak berkorban bagi mengangkat martabat bangsa Melayu.

Lebih memburukkan keadaan, segala pencapaian untuk membela ekonomi bangsa Melayu langsung tidak dipedulikan, malah mereka umpama rela melihat bangsa Melayu mundur ke belakang dan berpecah-belah.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia, A. Rahman Mahadi berkata, kutukan-kutukan yang sering dilemparkan para pemimpin gabungan PKR apabila berucap di hadapan khalayak ramai itu seolah-olah tidak mahu melihat ekonomi orang Melayu meningkat.

“Atas sebab politik, habis semua benda pemimpin gabungan PKR hentam termasuk institusi bumiputera, sedangkan ketika mereka dalam kerajaan dahulu inisiatif ini dipuji kerana membantu orang Melayu.

“Akhirnya, dalam persengketaan politik ini, orang Melayu yang rugi manakala pemimpin DAP akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengambil kesempatan memanipulasikan perpecahan sedia ada,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ceramah di Langkawi, Kedah, mengutuk Felda, Tabung Haji serta Mara secara keterlaluan dalam kempennya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Melayu terpinggir di bawah gabungan pembangkang PKR – Politik


KUALA LUMPUR 14 April – Jika dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dahulu wujud ‘tsunami Cina’, keadaan di mana orang Cina beralih sokongan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, untuk PRU-14 ini pula digembar-gemburkan akan muncul pula ‘tsunami Melayu’.



AZLAN ABU BAKAR

AZLAN ABU BAKAR

Hanya waktu yang akan menentukan sama ada ‘tsunami Melayu’ benar-benar akan melanda atau tidak. Namun harus diingat, pengundi Melayu perlu berhati-hati memilih parti yang ingin diangkat kali ini, seperti kata pepatah, diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.

Hal ini kerana keputusan PRU-14 kali ini akan menentukan untung nasib orang Melayu dalam negara ini kelak.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Perwira Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azlan Abu Bakar berkata, orang Melayu perlu membuat pilihan berpandukan fikiran yang rasional.

Menurut beliau, hal ini kerana gabungan pembangkang PKR akan sedaya-upaya cuba menggambarkan bahawa kemenangan mereka akan  menguntungkan orang Melayu, sedangkan ia sebenarnya merugikan.

“Kita ambil iktibar di Selangor. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu, tetapi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada DAP lebih berkuasa.

“Buktinya,  sepanjang DUN Selangor bersidang, tiada usul yang menampakkan usaha mereka untuk menjunjung tinggi martabat agama Islam dan juga orang Melayu yang dibincangkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha gabungan berkenaan untuk mengangkat seorang bekas Perdana Menteri merupakan percubaan untuk mengaburi dominasi sebenar DAP dalam gabungan tersebut.

“Percayalah, dalam gabungan tersebut, DAP lebih maju selangkah daripada parti lain dengan agendanya yang tersendiri,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more