Robot Spot Mini Keluaran Boston Dynamics Kini Mampu Membuka Pintu – Amanz


Di dalam dunia penghasilan robot, Boston Dynamics mungkin yang paling dikenali ramai kerana menghasilkan robot berinovatif. Tahun lalu mereka memperlihatkan Atlas yang boleh melakukan balik kuang dan Handle yang mampu melompat. Mereka telah memperlihatkan model terkini Spot Mini yang kini berkemampuan membuka pintu.

Spot Mini yang sudah dalam pembangunan sejak 2016 direka untuk digunakan di dalam rumah. Ia mempunyai empat kaki dan satu tangan yang boleh dilihat membuka pintu bagi membolehkan sebuah lagi Spot Mini melaluinya. Robot yang bersaiz seperti seekor anjing ini hanya sebesar 30 kilogram, mampu membawa beban sehingga 14 kilogram dan beroperasi selama 90 minit.



Source link

read more

CEO Razer Ingin Membuka Kedai Flagship Razer Di Malaysia – Amanz


Razer ialah jenama aksesori PC yang menjadi kegilaan penggemar permainan video. Tahun lalu mereka akhirnya menerjah ke dalam arena  telefon pintar dengan Razer Phone. Bagi peminat di Malaysia, mereka terpaksa memesannya dari negara jiran Singapura ataupun dari pihak ketiga kerana tidak dijual secara rasmi.

Di masa hadapan ini mungkin tidak akan lagi menjadi masalah kerana Razer mungkin akan membuka kedai flagship mereka di Malaysia. Hasrat membuka kedai ini diluahkan sendiri oleh CEO Razer Min-Liang Tan menerusi status Facebook beliau hari ini. Beliau turut mendedahkan Malaysia ialah negara yang mempunyai peminat produk Razer yang tertinggi.

Sekiranya anda ingin beliau mempercepatkan proses pembukaan kedai Razer di Malaysia, sila tinggalkan komen di status beliau.



Source link

read more

7-Eleven Membuka Kedai Automatik Sepenuhnya Tanpa Pekerja Manusia Di Taiwan – Amanz


Sebelum ini, kita sedia mendengar beberapa kedai automatik sepenuhnya dibuka dibeberapa kawasan sebagai ujian konsep, dan juga untuk perniagaan di beberapa kawasan seperti oleh Amazon dan juga Alibaba. Kini, jenama terkemuka 7-Eleven turut menguji kedai automatik sepenuhnya tanpa pekerja manusia di Taiwan melalui apa yang mereka panggil sebagai “X-Store”.

7-Eleven

Buat masa ini, ia pada peringkat ujian, dimana ia beroperasi untuk digunakan dan diuji oleh pekerja dalam syarikat 7-Eleven terlebih dahulu.

Daripada apa yang dipertontonkan, ia menggunakan sejumlah teknologi, termasuk pengecaman wajah untuk memasuki kedai, membuat pembayaran dan sebagainya. Kedai ini beroperasi tanpa keperluan pekerja manusia, termasuk untuk memantau pembyaran dan sebagainya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah 7-Eleven akan menggunakan teknologi jualan seumpamanya di negara-negara lain seluruh dunia.



Source link

read more

Chrome Untuk Android Kini Menyertakan Sokongan Menghalang Iklan Yang Membuka Tab Web Baru – Amanz


Google sebelum ini telah mengatakan mereka akan mula menghalang paparan iklan di web yang menganggu pengalaman pelayaran pengguna. Lanjutan daripadanya, hari ini Google telah mula menawarkan kemaskini untuk Google Chrome di Android, iaitu Chrome 64 dan menyertakan sebahagian daripada ciri berkenaan.

Melalui pelayar web Chrome 64 ini, Google kini akan mula menghalang iklan yang membuka sesuatu tab atau tetingkap pelayaran baru secara automatik tanpa kebenaran pengguna.

Chrome Android

Kebiasaannya, gangguan berbentuk sebegini digunakan pada beberapa laman web yang mempunyai penyertaan kadar iklan yang tinggi. Dengan halangan ini secara terbina pada Chrome di Android, ia akan memberikan pelayaran yang lebih baik kepada pengguna – disamping pada masa yang sama mengelak tab baru berjalan di latar tanpa kebenaran pengguna.

Disamping itu, Chrome 64 juga kini menyertakan tetapan khas yang membolehkan pengguna menghalang bunyi atau audio dimainkan pada sesatu web.

Bagi anda yang menggunakan Chrome di Android, anda boleh memulakan proses kemaskini hari ini, dan menikmati ciri baru ini.



Source link

read more

Sennheiser Membuka Kedai Flagship Di Suria KLCC – Menunjukkan Pelbagai Fon Kepala Baru Dan Terhad – Amanz


Sennheiser, pembuat peralatan audio terkemuka daripada negara Germany membuka kedai flagship mereka di pusat membeli-belah Suria KLCC hari ini, untuk memudahkan orang ramai untuk membeli fon-fon kepala dan mikrofon dari syarikat tersebut.

Kedai flagship Sennheiser ini direka bukan sahaja untuk membolehkan pelanggan mencuba fon-fon kepala sebelum membelinya, tetapi juga untuk menunjukkan fon-fon kepala terbaru dan edisi terhad dari Sennheiser.

Di hari pembukaan kedai flagship tersebut, Sennheiser memperlihatkan beberapa fon kepala edisi terhad mereka, termasuklah siri Sennheiser HD 25 edisi Robin Schulz, Sennheiser Momentum HD 1 edisi Pink Floyd dan juga siri fon kepala Dior Homme x Sennheiser yang hadir melalui Sennheiser HD 800 S, Sennheiser PXC 550 dan Sennheiser IE 800 yang diberikan sentuhan rekaan Christine Dior.

Selain dari itu, kedai flagship Sennheiser di Suria KLCC ini juga menjadi rumah kepada sebuah fon kepala Sennheiser HE 1, yang merupakan fon kepala paling mahal di dunia setakat ini pada harga 50,000 Euro (RM200,000). Para pelawat boleh menempah tempat untuk pengalaman mendengar fon kepala yang cukup mahal ini pada waktu kedai dibuka.

Bersempena pembukaan kedai flagship Sennheiser ini, syarikat tersebut juga memberi diskaun sebanyak 20 peratus untuk setiap pembelian fon kepala di kedai tersebut dari 23 Januari hingga 28 Januari 2018.



Source link

read more

WIEF Terokai teknologi terkini bagi membuka peluang baharu



KUCHING: Teknologi baharu perlu diterokai kerana ia mampu membuka peluang baharu untuk merancakkan ekonomi.

Pegawai Media Agensi Pembangunan Pelaburan Tatarstan di Rusia, Wieam Al-Sharabi berkata tujuan utama negara tersebut melibatkan diri dalam sistem teknologi terbaharu adalah untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk mengukuhkan ekonomi.

“Sistem-sistem terbaharu seperti teknologi blockchain diteroki bukan sahaja kerana ia adalah peluang baharu tetapi juga kerana tahap keselamatan sistem tersebut.

“Dengan ini, rakyat dan pelabur yang terlibat dengan negara ini akan yakin dengan dana yang dilaburkan mereka,” kata Wieam.

Beliau ditemui ketika salah satu sesi perbincangan di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF)yang masuk hari kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pada hari pertama semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menekankan kepentingan menyediakan generasi muda dengan kemahiran berkaitan teknologi baharu supaya mereka boleh bersedia untuk pekerjaan yang masih belum wujud ketika ini.

Perkara tersebut turut disentuh pengasas bersama Apple Incorporated Steve Wozniak yang menggalakkan kerajaan untuk menyokong pembangunan digital di negara masing-masing.



Source link

read more

Teroka teknologi terkini bagi membuka peluang baharu



KUCHING: Teknologi baharu perlu diteroka kerana ia mampu membuka peluang baharu untuk merancakkan ekonomi.

Pegawai Media Agensi Pembangunan Pelaburan Tatarstan di Rusia Wieam Al-Sharabi berkata tujuan utama negara tersebut melibatkan diri dalam sistem teknologi terbaharu adalah untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk mengukuhkan ekonomi.

“Sistem-sistem terbaharu seperti teknologi blockchain diteroka bukan sahaja kerana ia adalah peluang baharu tetapi juga kerana tahap keselamatan sistem tersebut.

“Dengan ini, rakyat dan pelabur yang terlibat dengan negara ini akan yakin dengan dana yang dilaburkan mereka,” kata Wieam.

Beliau ditemui ketika salah satu sesi perbincangan di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang masuk hari kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pada hari pertama WIEF, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menekankan kepentingan menyediakan generasi muda dengan kemahiran berkaitan teknologi baharu supaya mereka boleh bersedia untuk pekerjaan yang masih belum wujud ketika ini.

Perkara tersebut turut disentuh pengasas bersama Apple Incorporated Steve Wozniak yang menggalakkan kerajaan untuk menyokong pembangunan digital di negara masing-masing.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons