Apple Watch Mungkin Menambah Sokongan Untuk Muka-Jam Daripada Pihak Ketiga – Amanz


Apple Watch telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan sejak daripada itu, penawaran muka jam hanya terhad kepada penawaran daripada pihak Apple sahaja, tanpa sokongan pihak ketiga seperti beberapa jam tangan pintar yang lain. Namun, perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi.

Melalui kod pembangunan yang ditemui oleh <em9to5Mac, ia dilihat Apple mungkin kelak menambah sokongan muka-jam daripada pihak ketiga tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkannya secara rasmi. Namun, dengan pembangunan sokongan untuknya yang telah mula diintegrasikan, kita mungkin akan dapat melihatnya tidak lama lagi – sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam menjadikan paparan jam Apple Watch selari dengan citarasa mereka.



Source link

read more

Samsung Gear S3 Menerima Kemaskini Bagi Menambah Ketahanan Bateri – Amanz


Samsung sedang giat melakukan kemaskini ke atas peranti-peranti boleh pakai mereka. Sejak tiga minggu kebelakangan ini Gear S2 menerima fungsi yang sama seperti Gear Sport dan Gear Fit 2 turut diberikan kemaskini antaramuka. Gear S3 yang menerima kemaskini Tizen 3 tahun lalu turut menerima kemaskini hari ini.

Kemaskini menurut log perubahan akan menambah prestasi bateri dan memperbaiki sambungan tambatan Bluetooth. Bagi pengguna Gear S3 ini pastinya amat dihargai kerana pasca kemaskini Tizen 3, hayat jam tangan pintar ini tidak lagi mampu bertahan melebihi 2.5 hari seperti dahulu. Kemaskini ini diberikan terlebih dahulu kepada pengguna di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.



Source link

read more

Snapchat Kini Menambah Semula Sokongan GIF Dari GIPHY Setelah Kandungan Perkauman Dibuang – Amanz


Tidak lama dahulu, Instagram dan Snapchat dilihat membuang sokongan untuk menambahkan GIF dari GIPHY pada video-video mereka, kerana khuatir mengenai kandungan yang bersifat perkauman pada GIF-GIF tersebut.

Nampaknya Snapchat bekerjasama dengan GIPHY untuk menapis kandungan tersebut kerana syarikat perkongsian video tersebut baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telahpun menambah semula sokongan GIF tersebut untuk pengguna-pengguna mereka.

Jurucakap Snapchat berkata bahawa mereka bekerjasama dengan GIPHY untuk memantau kandungan-kandungan GIF yang dimuat-naik ke laman tersebut, dan memastikan bahawa tiada kandungan perkauman hadir pada aplikasi tersebut.

Dengan pantauan kandungan baru ini, pihak GIPHY dikatakan akan memastikan bahawa tiada kandungan yang berbaur perkauman akan hadir di laman mereka, dan semua kandungan tersebut akan dipadamkan serta-merta.



Source link

read more

(April Fool) Google Maps Menambah Permainan-Mini, Where’s Waldo? – Amanz


Setiap tahun, pelbagai syarikat teknologi menyambut tarikh 1 April dengan pelbagai jenaka kreatif. Kini, memulakannya pada tahun ini adalah Google, melalui integrasi permainan-mini pada Google Maps.

Permainan dinamakan Where’s Waldo? ini ditawarkan melalui Google Maps untuk Android, iOS dan juga web. Pengguna akan dapat melihat sebuah watak khusus dipaparkan apabila anda mengakses Google Maps hari ini, dan anda boleh memulakan permainan-mini dengan tap pada watak berkenaan.

Melaluinya, anda akan perlu mencari beberapa watak disesuatu lokasi rawak di Google Maps. Pengguna boleh memainkan permainan-mini ini, dan pada masa yang sama turut melihat pelbagai lokasi baru diserata dunia.

Bagi anda yang berminat, boleh mengakses Google Maps hari ini, dan memainkannya sendiri. Google menawarkan permainan ini untuk tempoh seminggu dari hari ini.

Layari : Google Maps



Source link

read more

Kini Anda Boleh Menambah Pautan Ke Profil Lain Dan Tagar Pada Profil Instagram Anda – Amanz


Instagram sedia popular dengan penggunaan tagar (tanda-pagar / hashtag) untuk menandakan sesuatu perkara – daripada topik, kepada minat dan sebagainya. Hari ini, setelah sekian lama dinantikan, pihak Instagram kini menambah ciri menambah tagar dan juga pautan ke profil lain terus pada profil seseorang pengguna di Instagram.

Instagram Profil

Sebelum ini, pengguna sedia boleh menambah tagar dan juga petanda kepada profil lain (seperti bekerja di sesuatu jenama dan sebagainya), namun, ia tidak boleh diklik dan ia tidak berfungsi sebagai pautan. Hal berkenaan berubah melalui kemaskini baru yang mula diperkenalkan hari ini.

Kemaskini baru ini mungkin akan serba-sebanyak membantu peniaga atas-talian, atau mereka yang terlibat dalam promosi atas-talian dan sebagainya dalam mempersembahkan profil mereka dengan lebih baik kepada pengikut dan sebagainya.

Instagram Tagar



Source link

read more

Switfkey 7.0 Untuk Android Menambah Fungsi Toolbar Dan 19 Bahasa Baru – Amanz


SwiftKey ialah antara papan kekunci yang popular yang ditawarkan pada Android dan iOS. Aplikasi ini bersaing dengan papan kekunci Google Gboard yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Baru-baru ini, SwiftKey telah dikemaskini untuk Android kepada versi 7.0 dengan menambahkan Toolbar dan 19 bahasa baru.

Toolbar mempunyai akses pantas untuk tema, GIF, pelekat, papan klip, dan Collections. Pengguna juga kini mampu mereka pelekat sendiri dan boleh terus disimpan ke dalam Collections. Selain itu, Swiftkey 7.0 juga membawa mod incognito, integrasi kalendar dan 19 bahasa baru termasuk Latin, Yucatec Maya dan Miskito.

Akan tetapi, Swiftkey 7.0 ini adalah untuk Android sahaja, manakala kemaskini untuk iOS akan menyusul tidak lama lagi. Kepada pengguna Swiftkey anda boleh mula muat turun kemaskini aplikasi di Google Play Store.

Muat turun Swiftkey 7.0 dari Play Store



Source link

read more

Google Duo Menambah Sokongan Permesejan Video – Elak Anda Terlepas Sebarang Panggilan – Amanz


Google Duo merupakan salah satu aplikasi berbentuk panggilan video yang telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini. Ia beroperasi menggunakan nombor telefon, dan pengguna turut boleh melihat siapakah yang memanggil sebelum menjawab sesuatu panggilan.

Google Duo

Terkini, Google Duo turut menambah sokongan ciri peti mel suara/video, dimana sekiranya sesuatu panggilan tidak terjawab, anda masih boleh meninggalkan mesej video melaluinya. Penerima pula, akan dapat melihat mesej berkenaan selepas mereka memasuki aplikasi berkenaan.

Mesej video ini dihadkan kepada hanya 30 saat, dan ia akan hilang secara automatik selepas sehari. Penerima boleh memuat-turun sesuatu mesej video berkenaan sekiranya ingin menyimpannya untuk tempoh lebih lama.

Bagi anda yang menggunakan Google Duo, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri permesejan video ini.



Source link

read more

Netflix Mengambil Inspirasi “Stories”- Akan Menambah Ciri Pra-Lihat Video Pada Android/iOS – Amanz


Netflix sebelum ini sedia menambah sokongan pra-lihat sesuatu video pada web, sekaligus membolehkan anda melihat apakah yang dibawakan oleh sesuatu siri-TV atau filem dengan mudah sebelum memilih untuk menontonnya.

Kini, membawa konsep sama ke aplikasi mudah-alih, Netflix turut mengumumkan sebuah ciri baru dinamakan Mobile Preview. Melaluinya, Netflix akan menambah sokongan pra-lihat video – dimana paparannya mengambil sedikit inspirasi daripada Snapchat.

Netflix Video Preview

Sejumlah video menarik akan dipaparkan dibawah tab “Preview” dalam bentuk ikon bulat, dan apabila pengguna tap padanya, ia akan membuka paparan video menegak dan membolehkan pengguna pra-lihat sesuatu siri-TV atau filem.

Ciri pra-lihat ini akan memperlihatkan video selama 30 saat, dan pengguna boleh turut menyambung melihat pra-lihat video lain melaluinya.

Sokongan baru ini dijangka hadir ke Netflix sekitar bulan April ini, di Android dan juga iOS.



Source link

read more

Facebook Messenger Lite Kini Menambah Sokongan Panggilan Video – Amanz


Messenger Lite merupakan variasi aplikasi Facebook Messenger yang dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi rendah dan menggunakan sambungan internet yang perlahan. Ia lebih ditujukan kepada negara-negara membangun, dan Facebook terhad akan sejumlah ciri-ciri padanya.

Hari ini, Facebook menambah sebuah lagi ciri popular daripada Messenger ke Messenger Lite, iaitu kebolehan untuk membuat panggilan video menggunakannya.

Seperti biasa, anda boleh memilih rakan-rakan pada Messenger, dan seterusnya memilih untuk membuat panggilan video menggunakan aplikasi Messenger Lite ini.

Dengan lebih 17 bilion panggilan video dilakukan menggunakan Facebook Messenger pada tahun lepas, selain populariti panggilan video yang semakin meningkat, ia sesuatu yang tidak mengejutkan untuk melihat ciri ini diperkenalkan pada Messenger Lite hari ini.

Bagi anda yang menggunakan Facebook Messenger Lite, boleh memuat-turun versi terkini aplikasi berkenaan dan menggunakan ciri baru ini.

Muat-Turun Facebook Messenger Lite untuk Android



Source link

read more

Gboard Menambah Sokongan 20 Lagi Bahasa Termasuk Cina Dan Korea – Amanz


Papan kekunci yang baik memudahkan proses menaip pada telefon pintar. Kami secara peribadi gemar menggunakan Gboard kerana sokongan bahasa yang tinggi bagi mengurangkan masalah ejaan yang salah. Hari ini Gboard menambah sokongan untuk 20 lagi bahasa.

Sedikit mengejutkan ia hanya baru menyokong bahasa Cina (tradisional dan ringkas) dan Korea. Turut disokong ialah bahasa Manx,Maori dan Fulani. Jumlah bahasa yang disokong oleh Gboard kini melangkaui 300 kesemuanya.



Source link

read more