Argentina tamatkan misi mencari kapal selam hilang – Luar Negara


BUENOS AIRES 1 Dis. – Tentera Laut Argentina secara rasminya menamatkan usaha bagi mencari mangsa yang terselamat daripada tragedi kapal selam San Juan sejak ia dilaporkan hilang dua minggu lalu di perairan Atlantik Selatan.

Jurucakap tentera laut, Enrique Balbi berkata, pihaknya telah mengalihkan misi daripada usaha menyelamat kepada pemulihan.

Tambahnya lagi, pihaknya masih belum dapat mengesahkan kesemua 44 anak kapal telah hilang dalam insiden berkenaan.

Namun, menurut Balbi, tiada bukti kehilangan kapal tersebut dijumpai di kawasan pencarian tetapi usaha menyelamat masih diteruskan.

“Walaupun banyak usaha dibuat, kami masih tidak dapat mencari kapal selam tersebut,” ujar Balbi.

Kapal selam ARA San Juan yang membawa 44 orang kru dilaporkan gagal dikesan selepas kali terakhir dihubungi pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia), 15 November lalu.

Sebelum ini, lebih daripada 10 buah negara telah bersetuju untuk membantu Argentina mengesan kapal selam ARA San Juan dengan menawarkan khidmat kapal atau pesawat peninjau.

Selain Amerika Syarikat (AS), turut serta dalam misi pencarian itu ketika ini ialah Brazil, Chile, Colombia, Pe­rancis, Jerman, Peru, Afrika Selatan, Uruguay dan United Kingdom (UK).

Sementara itu, seorang pegawai tentera laut yang enggan dikenali berkata, dia tidak menjangkakan kesemua kru kapal akan terselamat.

“Kami berada di tengah-tengah tragedi. Kami diselubungi perasaan terkejut, sedih dan sakit kerana 44 rakan kami telah hilang.

“Selain kehilangan nyawa, separuh kapasiti kapal selam Argentina telah hilang,” kata pegawai berkenaan. – AFP



Source link

read more

5 tahun tak putus usaha ini ikhtiar suami Elyana demi mencari penawar barah



Tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati, azimat itu yang dipegang suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi mencari penawar menyembuhkan barah limfoma yang dihidapi suri hatinya.

Kata Khairul, sejak lima tahun lepas mereka tidak berputus asa untuk mencari ikhtiar merawat dan mencegah sel-sel kanser itu daripada menular.

“5 tahun berperang dengan penyakit kanser, bercerita, bertanya dan berkongsi segalanya tentang penyakit itu rasanya seperti pakar kanser pula.

“Selain kemoterapi, pelbagai ubat-ubatan sudah kami cuba. Sebut sahaja jenis ubatnya, semua pernah Elyana telan.

“Ramai yang menyarankan Elyana cuba pelbagai rawatan namun pendek katanya hampir 90 peratus sudah kami buat.

“Berubat secara moden, berjumpa doktor pun sudah. Berjumpa ustaz, berubat secara tradisional pun sudah, makan jamu pun sudah.

“Malah, sebelum bermula Gegar Vaganza 4 (GV4) pun kami sekeluarga ke Jakarta, Indonesia untuk berubat dengan seorang pengamal perubatan berpangkat Ketua Doktor Angkatan Tentera di sana dengan kaedah jamu.

“Katanya, mengamalkan perubatan jamu mungkin makan masa dan ada banyak pantang larang daripada segi makanan, namun apa salahnya kami berikhtiar,” kongsi Khairul eksklusif kepada Astro Gempak.

Penjelasan Khairul sedikit sebanyak menjawab dan menangkis persepsi buruk tentang ulang-aliknya Elyana ke kepulauan maritim itu.

BACA: Di Sebalik Tawa, Ini Cerita Dan Air Mata Dari Hati Suami Elyana

BACA: Saya okay, jangan risau’ – Elyana

BACA: ‘Elyana mengadu letih, tapi tak sangka pula tengah sakit’ – Hazami

Tekanan juga kata Khairul menjadi baja untuk sel-sel kanser dalam badan Elyana pantas membiak.

“Selepas dia membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan kemoterapi, saya lihat dia lebih berkeyakinan dan gembira apabila mendapat semula dirinya yang dulu,” katanya.

Kali pertama Elyana mengetahui dia menghidap kanser limfoma tahap dua pada tahun 2012 selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Cinta Sumayyah.

Namun, pada awal tahun ini, kanser limfoma itu dikesan sudah berada pada tahap empat dan telah menyerang paru-paru dan tulang badannya.

Bersama-sama kita doakan kesihatan Elyana kembali pulih seperti sedia kala dan hadiahkan kata-kata positif kepadanya. Jangan putus harapan dan kuatkan semangat!

Kami di Astro Gempak mendoakan kesejahteraan Elyana.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Operasi mencari kanak-kanak jatuh sungai disambung esok



KUALA KRAI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di jambatan kampung Peria di sini petang Ahad akan disambung esok.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid, operasi mencari mangsa Ahmad Fawas Atikullah, akan disambung jam 7 pagi Isnin.

Pihaknya bersama lapan anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air, PPDA telah melakukan pencarian selepas dimaklumkan mengenai kejadian, namun gagal menemuinya.

Operasi mencari dihentikan jam 8.10 malam Ahad.

“Mangsa dipercayai dihanyutkan oleh arus deras atau kepala air, keadaan sungai yang deras menyukarkan pencarian” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian sekitar jam 3.45 petang Ahad mangsa dikatakan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai berkenaan.



Source link

read more

Operasi mencari MH370 mungkin diteruskan Januari 2018 – Nasional


KUALA LUMPUR 1 Nov.- Kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan China dan Australia bagi mengkaji data penilaian kawasan pencarian Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang berkeluasan kira-kira 25,000 kilometer persegi sebelum membuat keputusan menyambung operasi pencarian.

Liow Tiong Lai



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ketiga-tiga negara tersebut mahu memastikan ketepatan data teknikal kawasan pencarian baharu yang dikemukakan pakar dari Australia.

“Itu matlamat kami dan selepas itu pencarian boleh dilaksanakan di kawasan yang lebih terperinci mungkin merangkumi 5,000 kilometer persegi yang terletak di pinggir utara, selatan Lautan Hindi berbanding zon operasi sebelum ini.

“Kita akan terus mencari MH370, operasi mencari akan diteruskan dianggarkan pada Januari tahun depan sekiranya ketiga-tiga negara berpuas hati dengan semua syarat yang dikemukakan kepada Ocean Infinity,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan kepada anak-anak krew MH370 dan MH17, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan sumbangan kepada 40 anak-anak krew pesawat yang terkorban dalam tragedi tiga tahun lalu.

Mereka masing-masing menerima sumbangan RM5,000 seorang bermula hari ini dan akan diteruskan pada setiap tiga bulan berikutnya sehingga mencapai RM40,000.

Bantuan itu disalurkan Persatuan Pendidikan ‘Flagbearer’ hasil sumbangan pelbagai syarikat swasta di negara ini.

Jelas Tiong Lai, Malaysia telah menetapkan dua syarat antaranya data penilaian pakar Australia perlu tepat dan syarat perjanjian yang dikemukakan syarikat Ocean Infinity perlu memihak kepada ketiga-tiga negara tersebut.

“Ketiga-tiga negara mahu Ocean Infinity mengendalikan operasi pencarian semula MH370 jika syarat yang dikemukakan dipersetujui syarikat berkenaan.

“Kita sudah mengadakan pertemuan dengan syarikat itu sejak September lalu untuk membuat perundingan mengenai syarat menyambung operasi pencarian MH370 di perairan Australia,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons