Kanak-kanak dicabul penjaga masjid ketika mengaji



TANJUNG SELOR: Seorang lelaki didakwa mencabul kehormatan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak di sebuah masjid di Desa Long Beluah Kecamatan Tanjung Palas Barat pada Khamis.

Lelaki berusia 59 tahun yang bertugas sebagai penjaga masjid itu ditahan pihak berkuasa pada Jumaat untuk membantu siasatan susulan laporan oleh ibu bapa mangsa.

Media tempatan dalam laporan pada Isnin berkata suspek didakwa mendekati kanak-kanak berusia 7 hingga 8 tahun yang menghadiri pengajian kitab di sebuah masjid di Long Beluah.

Suspek dipercayai merayu dengan memberikan hadiah berupa wang dan memujuk mangsa untuk dipangku sebelum bertindak meraba bahagian sulit mangsa.

BACA: Hilang pergi mengaji: Zainab ditemui mati dirogol dan dibuang dalam tong sampah

Menurut laporan, suspek dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak September tahun lepas dan kes hanya terbongkar pada 9 Januari lalu.

Polis mengesahkan jumlah mangsa setakat ini adalah 15 kanak-kanak perempuan, manakala seorang lagi sudah diminta memberikan keterangan.

Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara minimum lima tahun hingga maksimum 15 tahun serta denda Rp 5 miliar (hampir RM1.5 juta).



Source link

read more

Johan Asari mengaji netizen bergaduh



PENGIKUT Johan As’ari berbalah sesama sendiri di ruangan komen Instagram (IG) pelakon tersebut dan mempertikai cara aktor itu mengaji Al-Quran.

Ada di antara pengikut yang terang-terangan menghentam Johan kerana mendakwa bacaannya tidak betul, dan sengaja memuat naik video atas tujuan riak.

Namun ada juga yang menegur dengan cara baik dan memperbetulkan kekhilafan bacaan Johan selain meminta pelakon itu memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Mereka turut menasihati pengikut lain yang ada prasangka buruk dengan memberitahu, sekurang-kurangnya Johan berusaha menunjukkan sesuatu yang baik apabila memuat naik videonya membaca Al-Quran.
 



Source link

read more

Hilang pergi mengaji Zainab ditemui mati dirogol dan dibuang dalam tong sampah



MISTERI kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di Kasur, Pakistan terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah Selasa lalu.

Paling menyedihkan apabila terdapat tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya yang tidak lagi bernyawa dihumban dalam timbunan sampah.

Mangsa, dikenali sebagai Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran. Mayatnya ditemui dua kilometer daripada rumahnya.

Ini bukan pertama kerakusan sedemikian dilaporkan berlaku di Pakistan dalam tempoh tedekat. Pihak polis Kasur mengesahkan 12 kes pembunuhan hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.

Solidariti untuk Zainab

Kematian Zainab mencetuskan bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya.  Mereka kecewa dengan pihak berkuasa yang didakwa gagal menangani kes sebegini.

Rusuhan turut melibatkan kehilangan nyawa dengan dua penunjuk perasaan ditembak mati polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore.

Dalam kes melibatkan Zainab, keluarga kanak-kanak malang itu menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.

Rakaman kamera litar tertutup   (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh hasil usaha sanak saudara mangsa dan bukannya pihak polis.

Rakaman yang menunjukkan seorang lelaki memimpin tangan Zainab itu disebarkan di media sosial.
Tidak hanya di Pakistan, kematian Zainab turut mendapat simpati masyarakat dunia.

Menerusi #JusticeforZainab netizen menuntut penahanan segera  penjenayah itu. Ia turut mendapat perhatian beberapa personaliti Pakistan termasuk bekas pemain kritket terkenal yang kini bergerak aktif sebagai ahli politik Imran Khan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons