Suspek Florida setuju mengaku bersalah jika boleh elak hukuman mati



FLORIDA: Suspek tembakan rambang yang menembak mati 17 pelajar sekolah di Florida minggu lepas sanggup mengaku bersalah jika dia tidak dikenakan hukuman mati, kata peguambela Howard Finkelstein.

Nikolas Cruz, 19 tahun, berdepan dengan 17 pertuduhan merancang pembunuhan melibatkan 14 pelajar dan tiga guru di sekolah Marjory Stoneman Douglas, Parkland.

“Hanya ada satu persoalan, adakah Cruz patut hidup atau dijatuhi hukuman mati,” soal Finkelstein.

Selain hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan untuk parol, suspek juga mahu melakukan khidmat komuniti.

Cruz sebelum ini mengaku bersalah menembak mati 17 orang di sekolah menengahnya menggunakan senapang separa automatik AR-15 semasa sesi perbicaraan status.

BACA: Kes tembakan Florida: ‘Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?’

BACA: Kes tembakan rambang: Bendera di Florida dikibar separuh tiang

Selepas haknya dibacakan, Cruz memberitahu dia adalah lelaki yang memasuki sekolah bersenjata senapang separa automatik AR-15 dan mula menembak pelajar di lorong-lorong dan di perkarangan sekolah, menurut dokumen pengadilan.

Di Amerika Syarikat, sesi perbicaraan status bukan sebahagian daripada perbicaraan dan tertuduh mesti mengikuti sesi berkenaan, dan mereka boleh mengemukakan rayuan sekiranya perlu.

Keputusan sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati perlu dipersetujui kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.



Source link

read more

MAHASEWEL MENGAKU DIKENCING GENG BERSHIT!!!


Seperti yang pernah kita maklumkan selama hari ini bahawa dasar perjuangan gabungan NGO Pro Pakatan yang menggelarkan diri mereka sebagai BERSHIT itu ada niat lain yang sengaja disembunyikan.

Tapi, pada ketika perkara itu dijelaskan kepada orang ramai, puak Pakatan Haprak tu mendakwa kononnya semua penjelasan yang diberikan itu hanya sekadar alasan semata – mata.

Diorang dakwa, UMNO dan Barisan Nasional sengaja mencipta propaganda untuk menutup kelemahan Pilihan Raya dengan memberikan persepsi buruk terhadap gerakan anjuran BERSHIT tu.

Namun akhirnya, agenda sebenar BERSHIT itu sendiri diakui oleh salah seorang pengikut tegar mereka yang suatu ketika dahlu tegar mempertahankan gerakan Pro Pakatan Haprak tu secara terbuka.

Antara lain, bekas aktivis BERSHIT yang bernama Khalid Ismath tu mengakui bahawa dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum di Malaysia ni tidak bersih hanya propaganda Pakatan semata – mata.

Khalid yang juga bekas jawatankuasa mewakili solidariti mahasiswa berkata, dia sendiri pernah terpengaruh dengan propaganda undi warga asing dan isu blackout, walaupun ia tidak bersandarkan bukti.

“Saya pun dahulu termakan propaganda Pakatan. Namun selepas PRU, BERSIH sendiri lakukan tribunal dan mengesahkan tiada warga asing mengundi dalam PRU 13 yang lalu. Malah kejadian balckout itu juga tidak dapat disahkan.

“Jadi waktu itu saya rasa bingung. Saya juga merupakan antara jawatankuasa yang bertugas semasa himpunan BERSIH mewakili entiti solidariti mahasiswa. Saya tak pasti sama ada apa yang saya ikut waktu itu adalah benar dan tepat.

“Lama juga saya muhasabah sebelum saya bermufarraqah,”katanya dalam Facebook.

Khalid yang juga Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata BERSIH didalangi oleh Pakatan Harapan (dahulunya Pakatan Rakyat), walau bagaimanapun kini sudah semakin ramai yang sedar dengan propaganda palsu tersebut.
Pokok pangkalnya, gerakan NGO yang didalangi oleh puak Pakatan Haprak tu hanya wujud sekadar untuk mengaburi mata rakyat dengan agenda yang mengelirukan supaya mereka dapat merampas kuasa sedangkan hakikatnya, diorang sendiri pun takde la BERSIH sangat!!!



Source link

read more

Menteri Luar Belanda letak jawatan sehari selepas mengaku menipu



THE HAGUE: Menipu mengenai satu majlis rasmi lebih sedekad lalu, tetapi dalam tempoh tidak sampai 48 jam, Menteri Luar Belanda terima padah perbuatannya itu.

Sehari selepas mengaku berbohong mengenai kehadirannya pada satu mesyuarat di Rusia pada 2006, Halbe Zijstra ambil keputusan letak jawatan.

Pengumuman penuh emosi oleh Zijstra dibuat di Parlimen, sejurus sebelum sesi bahas bermula, di mana beliau sudah menjangkakan akan dibidas oleh pembangkang mengenai penipuannya itu.

Ia turut disaksikan Perdana Menteri, Mark Rutte.

Zijlstra, merupakan anggota VVD, sebuah parti berhaluan tengah kanan pimpinan Rutte, yang berjaya membentuk kuasa di Belanda Oktober lepas.

Sepanjang tempoh itu, beliau jadi menteri pertama dalam kabinet Rutte yang letak jawatan.

Peletakan jawatannya menyusul sehari sebelum beliau dijadual bertemu rakan sejawatannya dari Rusia, Sergey Lavrov di Moscow.

Sebelum ini, Zijlstra membuat kenyataan bahawa beliau pernah hadir dalam pertemuan di rumah persinggahan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada tahun 2006.

Ketika mesyuarat itu, Putin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menganggap  Belarus, Ukraine and negara-negara Balkan sebagai sebahagian daripada “Greater Russia.”

Pada Selasa, Zijlstra tampil mengaku bahawa beliau berbohong dan tidak hadir di majlis itu sebaliknya mendengar ucapan Putin itu daripada pihak lain.

Mengikut jadual, Ziljstra yang menjawat jawatan Menteri Luar Belanda sejak empat bulan lalu itu sepatutnya bakal bertemu dengan rakan sejawatnya Lavrov di Moscow hari ini.

Setakat ini belum ada pengumuman mengenai siapa pengganti Ziljstra.



Source link

read more

Sofi Jikan mengaku tidak bersalah masukkan dadah dalam badan



PELAKON Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badan pada 6 Februari lalu.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Selasa, lapor portal berita tempatan.

Pelakon yang pernah membintangi filem KL Gangster itu didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

Dia yang ditemani peguamnya hadir ke mahkamah pada pukul 9.15 pagi.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Jika disabitkan kesalahan, pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes pada 14 Mac depan.

Sofi sebelum ini ditahan pada 6 Februari lalu ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.



Source link

read more

AKHIRNYA, AZMIN MENGAKU SALAH SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Selepas desakan demi desakan dibuat oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan ke atas Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini, akhirnya dia mengaku kesilapan yang telah dilakukan.

Ternyata bahawa sebelum ini, Si Azmin Ali tu telah GAGAL untuk menangani polemik Politik yang berkaitan dengan isu pembahagian kerusi DUN dikalangan puak Pakatan di Selangor.

Sebaliknya, isu yang dibangkitkan oleh rakan gabungan PKR itu menjadi bahan perbualan dan pertikaian hangat dikalangan netizen serta pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu secara terbuka.

Mereka rata – rata memberikan gambaran bahawa tindakan Pengerusi Pakatan Selangor yang tidak mengendahkan desakan PAN sebelum ini sebagai seorang pemimpin yang sombong.

Malah, apabila Si Azmin Ali tu menuduh PAN sebagai sebuah parti yang tidak beramanah, ianya menjadikan keadaan bertambah buruk dan memperlihatkan keangkuhan Menteri Besar itu.

Tambahan pula, ada dikalangan pengikut – pengikut PAN yang mendakwa, tindakan Si Azmin Ali itu didorong oleh pendiriannya yang mahu berunding dengan PAS bagi menghadapi PRU.

Mungkin pada mulanya, Si Azmin Ali tu ingat dia boleh menang dan mengekalkan kedudukannya tanpa sokongan dari DAPigs dan PAN dengan mengharapkan sokongan dari PAS.

Namun hakikatnya, Si Azmin Ali tu perlu sedar bahawa dia tidak akan dapat kekal menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya dia meminggirkan kedua – dua parti yang bergabung dengan PKR.

Maka sebab itu Si Azmin Ali tu terpaksa mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan menyatakan bahawa dia sedia memanggil kedua – dua parti gabungan Pakatan itu untuk berunding.

Katanya, rundingan berhubung isu pembahagian kerusi DUN dikalangan puak Pakatan Haprak tu di Selangor akan diadakan hari ini setelah dia didesak oleh DAPigs dan PAN secara terbuka.

Pokok pangkalnya, tindakan Si Azmin ni secara tidak lansung membuktikan bahawa dia seorang yang Sombong dan Angkuh sehingga sanggup mengenepikan kepentingan bersama. Tapi bila kedudukan dia sendiri mula tergugat, mula la dia menggelupor tak tentu arah!!!




Source link

read more

OSTAZAH ECAH MENGAKU DIPERGUNAKAN PARTI POLITIK??? ~ SEMUT HITAM


Setelah kembali meraih populairiti sejak menyertai pertandingan dikaca televisyen, Si Ostazah Ecah ni akhirnya mengakui bahawa sebelum ini dia hanya dipergunakan oleh parti Politik semata – mata.

Umu mengetahui bahawa Si Osazah Ecah tu pernah menyertai sebuah parti Politik dan giat berkempen dipentas ceramah malah turut menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Namun malangnya, bidang Politik bukan satu perkara yang boleh membawa kecemerlangan buat Si Ostazah Ecah. Tambahan pula, zaman kegemilangan artis itu juga sudah lama berlalu.

Maka keadaan itu yang membuatkan dia tidak diterima masyarakat dan akhirnya menyebabkan dia kecewa. Dan tambah memalukan ialah apabila kekecewaan itu berpanjangan.

Terbaru, Si Ostazah Ecah tu tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap parti Politik di Malaysia yang didakwa hanya mempergunakan golongan artis untuk meraih sokongan dari rakyat.

Kata Si Ecah, golongan artis juga merupakan kelompok profesional dan tidak boleh sewenang – wenangnya diperlekehkan sesuka hati serta dipergunakan oleh parti Politik tertentu.

Kenyataan Si Ecah tu ditujukan khusus buat puak Pakatan Haprak agar mereka tidak mendiskriminasikan golongan artis sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Walaupun apa yang diperkatakan oleh Si Ostazah Ecah tu benar, namun hakikatnya, baru hari ni dia sedar yang dia telah dipergunakan sebelum ini. Malah sekarang pun, benda yang sama juga berlaku.

Adakah Si Ostazah Ecah tu tidak sedar bahawa dia hanya dipergunakan oleh parti PAN untuk meraih sokongan dengan populariti yang dimiliki melalui pertandingan nyanyian sebelum ini?

Pokok pangkalnya, penglibatan seseorang artis tu dengan mana – mana parti Politik sekali pun mesti atas dasar kesukarelaan mereka. Bukan hanya semata – mata kerana artis tu sendiri nak mencari Publisiti murahan atau mengharapkan bayaran yang lumayan!!!




Source link

read more

PAS SELANGOR MENGAKU DIKHIANATI PKR!!! ~ SEMUT HITAM


Ibarat macam ‘Melepaskan Anjing Yang Tersepit’. Bila dah terlepas, tangan kita juga yang digigitnya. Itulah nasib malang PAS kerana terlalu mempercayai ‘keikhlasan’ palsu PKR sebelum ini.

PAS bukan sahaja dianiayai, malah mereka telah dikhianati oleh Rejim Pakatan Selangor secara terbuka. Padahal, jawatan Menteri Besar Selangor tu diorang yang berikan kepada PKR.

Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Sallehen Mukhyi tampil membuat pengesahan peruntukan DUN yang diwakilinya telah dibekukan oleh Rejim Pakatan Selangor sejak September tahun lalu.

ADUN Sabak itu turut menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit dijalankan oleh pihak pentadbiran Rejim pimpinan PKR itu.

“Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan).

“Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri ‘aircond’” dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, lapor Harakahdaily.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang seolah – olah mahu mencari kesalahan, namun GAGAL kerana mendapati pengurusan di DUN Sabak tiada masalah.

Sebelum ini, Sallehen juga yang mengesahkan bahawa 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak memperolehi peruntukan tahunan seperti mana kebiasaan daripada pihak Rejim Pakatan negeri.

Sebaliknya, dia dimaklumkan oleh Pegawai EPU negeri bahawa peruntukan tahunan berjumlah RM800,000 kepada wakil rakyat parti itu untuk tahun ini akan dibekukan sepenuhnya.

Inilah balasannya bila membantu menegakkan perkara yang batil dan memberikan jawatan kepada mereka yang tidak layak untuk menerimanya. Penyudahnya, diorang juga yang merana. Sekarang, terpaksa la diorang jadi Pengemis yang menagih simpati dari orang lain!!!




Source link

read more

Yong Hwa mengaku dapat layanan istimewa



KUALA LUMPUR : Penyanyi kumpulan K-Pop CNBlue, Jung Yong-hwa mengaku mendapat ‘layanan istimewa’ dari Universiti Kyung Hee, Korea Selatan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang selebriti diterima masuk ke pusat pengajian tersebut tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

Yong Hwa kemudiannya mengaku dengan dakwaan itu dan memohon maaf melalui laman sosial Instagram miliknya.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf. Apa juga alasannya, kebenarannya, saya tahu itu salah saya dan saya memohon maaf.

“Pada keluarga, rakan-rakan dan peminat yang selalu percaya pada saya, saya malu dan benar-benar kesal kerana mengecewakan anda semua,” katanya.
Malah, pihak pengurusannya, FNC Entertainment turut mengeluarkan kenyataan berhubung pengakuan Yong Hwa seperti yang dipetik oleh laporan portal Soompi.

“Jika kami tahu terlebih dahulu tentang peraturan yang mana sesi temuduga perseorangan itu perlu diadakan di pekarangan universiti, kami pasti akan menetapkan jadual Yong Hwa untuk hadir sesi temuduga yang sebenar.

“Yong Hwa telah disiasat oleh pihak polis kerana melanggar peraturan universiti. Selepas kejadian in, Yong Hwa kini ‘cuti’ dari pihak universiti.

“Sebagai agensi pengurusannya, kami bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kontroversi ini,” katanya.

Susulan kejadian ini, Yong Hwa terpaksa membatalkan sesi sidang media sempena konsertnya ‘Room 622’ yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Memetik laporan Allkpop, kosert itu bakal berlansung pada 20-21 Januari di Olympic Hall.



Source link

read more

Pelakon Farid Kamil mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan dan guna kekerasan


PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk mendatangkan cedera dan menggunakan kekerasan jenayah Khamis lepas di Balai Polis Kota Damansara.

Farid 37 tahun sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekitar jam 10.55 pagi.

Dia telah ditahan reman selama lima hari sejak Jumaat lalu dan tempoh reman tamat hari ini bagi membantu siasatan.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link

read more

Bukan gimik UNIC tak jadi berpecah – Najdi mengaku tertekan bertindak melulu



Anggota UNIC mengakui masih bersama dan tidak ada sesiapa yang keluar daripada kumpulan tersebut.

Mereka turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pergaduhan yang berlaku di antara Najdi dan Bazli merupakan gimik sempena Anugerah Nasyid 2017 (AN2017).

“Memang hanya salah faham, bagi saya dalam soal ini suami isteri juga bergaduh. Tetapi fokus saya hanya satu untuk memastikan kesemua kami bersama untuk tempoh yang lebih lama demi UNIC.

“Saya anggap ini proses pembelajaran untuk kami di UNIC dan ini sememangnya bukan gimik untuk AN2017 pastinya,” kata Bazli ketika ditemui pada majlis sidang akhbar AN2017.

Sementara itu Najdi, mengakui bertindak melulu sehingga mahu keluar daripada UNIC, namun selepas duduk berbincang dia akui ini adalah kesalahan daripada pihaknya.

“Mungkin tekanan bekerja. Sebenarnya selama beberapa minggu ini kami memang bekerja keras untuk persembahan kami di AN2017.

“Jadi sebagai seorang anggota UNIC saya sebenarnya mahu berterima kasih kepada peminat kami yang selama ini banyak menyokong saya.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini bersama,” katanya.

Sementara itu, UNIC juga turut dianggotai oleh Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (Fakhrul).

Sumber: Utusan Online
 
 
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons