Serangan pengebom bunuh diri mengorbankan 2 orang di Helmand Afghanistan



AFGHANISTAN: Tindakan pengebom bunuh diri menyebabkan dua orang terkorban sementara 29 yang lain cedera termasuk orang awam di Wilayah Selatan Helmand, di Afghanistan.

Menurut jurucakap polis wilayah itu, Abdul Salam Afghan, suspek dipercayai merempuh sekumpulan polis yang sedang bertugas.

Sementara itu, salah seorang saksi kejadian memberitahu, dia ada terdengar letupan kuat terbabit dan mendapati adik, anak dan pekerjanya antara yang tercedera.

Dia dengan pantas membawa kesemua mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Setakat ini masih belum ada individu atau pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.



Source link

read more

Tanah runtuh di Chile mengorbankan lima nyawa



SANTIAGO: Hujan lebat sejak beberapa hari lalu yang melanda kawasan perkampungan di Los Lagos, Selatan Chile mengakibatkan kejadian tanah runtuh sehingga mengorbankan lima nyawa sementara 15 yang lain dipercayai masih hilang.

Presiden Chile, Michelle Bachelet turut mengisytihar kawasan berkenaan sebagai zon bencana.

Pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan helikopter dalam membantu mangsa yang dipercayai masih terperangkap.

Insiden terbabit turut memusnahkan 20 deretan rumah.

Perkhidmatan air dan elektrik dilaporkan turut terjejas akibat bencana itu.



Source link

read more

Sabotaj punca kebakaran yang mengorbankan enam nyawa bulan lalu



ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah mengesahkan wujud unsur jenayah dalam insiden kebakaran empat rumah sederet di Kampung Baru Sungai Gelugor, Sungai Petani, bulan lalu.

Ia berdasarkan penemuan kesan petrol oleh Unit Forensik Bomba di lokasi kebakaran yang mengorbankan enam nyawa.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda mengesahkan penemuan kesan petrol berkenaan.

“Punca kebakaran memang sengaja dibakar dan wujud ‘accelerant’ yang kami jumpa di sana.”

“Kami juga mengambil pengakuan saksi yang menyatakan bahawa kebakaran itu disengajakan. Laporan itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian pada 4 pagi, 7 November lalu, lima rentung dalam kebakaran berkenaan  yang melibatkan empat rumah yang dihuni 22 mangsa.

Seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan penuh jabatan forensik serta laporan siasatan bomba sebelum siasatan lanjut diteruskan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons