Meninggal dunia selepas bayar tol


WhatsApp_Image_2018-01-17_at_09.02.26_cropped.transformedMO, 17/1/2018, DUNGUN: Seorang pensyarah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas membayar tol di Plaza Tol Bukit Besi, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam, Che Ku Mohamad Rafee Che Ku Ali, 45, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Besi, kira-kira jam 10.30 malam.

Sebelum kejadian, Che Ku Mohamad, yang bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus itu dikatakan dalam perjalanan untuk menemui seorang rakannya di Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata mangsa dikatakan memandu seorang diri dengan membawa kereta jenis BMW berwarna putih.

Katanya, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Cendering, Kuala Terengganu dan berjanji untuk bertemu dengan seorang rakannya dari Kemaman di Bukit Besi.

“Selepas membayar tol di plaza tol terbabit,  mangsa dipercayai diserang penyakit jantung dan berhenti berhampiran plaza tol terbabit.

“Beberapa anggota peronda lebuh raya yang bertugas di situ memberi bantuan kepadanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Besi, namun disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu.

“Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.



Source link

read more

Vokalis kumpulan The Cranberries Dolores ORiordan meninggal dunia


LONDON: Vokalis kumpulan The Cranberries, Dolores O’Riordan meninggal dunia pada Isnin.

O’Riordan, 46 tahun, dilapor menghembuskan nafas terakhir di London. Punca kematiannya masih belum diketahui.

Kumpulan sensasi The Cranberries ditubuhkan di Limerick, Ireland pada 1989 dan mencipta fenomena di pentas muzik antarabangsa pada awal 1990-an.

Selain O’Riordan, kumpulan ini turut dianggotai tiga ahli lain iaitu pemain gitar Noel Hogan, pemain bass Mike Hogan dan pemain drum Fergal Lawler.

Antara lagu kumpulan ini yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini ialah Zombie, Linger, Ode To My Family dan Dreams.

The Cranberries berpecah pada 2003 namun kembali bersatu pada 2009.

Sepanjang tempoh ahli kumpulan itu memilih membawa haluan masing-masing, O’Riordan tampil menghasilkan album solonya sendiri iaitu “Are You Listening?” pada 2007 dan “No Baggage” pada 2009.

Pada 2017, mereka menghasilkan sebuah album akustik “Something Else” dan telah mengadakan konsert jelajah di Eropah dan Amerika Utara.

Namun pada ketika itu durasi konsert jelajah tersebut terpaksa dipendekkan kerana O’Riordan mengalami sakit tulang belakang.



Source link

read more

Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia


SUNGAI PETANI: Pesara tentera, Ismail Jaafar, yang merupakan pemenang pertandingan mencipta nama kereta pertama keluaran Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Taman Nuri dekat sini, pukul 3.10 petang semalam.

Allahyarham Ismail, 71, mencipta nama Proton Saga, yang terpilih daripada keseluruhan 102,823 penyertaan yang diterima Proton selaku penganjur, ketika pelancaran edisi pertama kereta nasional itu yang disempurnakan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1 Sept 1985.

Beliau meninggalkan isteri, Sariah Abdul Rahman, 69, dan tiga anak, Mohd Sariffuddin, 46, Siti Sarismahan, 42, dan Siti Sarismahanim, 37.

Ketika ditemui pemberita, Mohd Sariffuddin berkata kesihatan bapanya semakin merosot sejak akhir tahun lalu dan sering keluar masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Allahyarham juga ada penyakit jantung, buah pinggang dan kencing manis, Khamis lalu dia baru keluar wad, petang semalam, selepas Jumaat, dia menghembuskan nafas terakhir di samping semua anggota keluarga.

“Alhamdulillah, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahtus Solihin Amanjaya, pukul 10.55 malam tadi,” katanya.

Ismail yang bersara sejak lebih 20 tahun lalu, sebelum itu merupakan Staf Sarjan dengan jawatan terakhir disandang, Ketua Kerani di sebuah sekolah tentera (Kor Perkhidmatan) di Taiping, Perak.

Ismail yang berasal dari Pulau Pinang, berpeluang menunaikan haji pada Julai tahun lalu bersama isterinya.

— BERNAMA



Source link

read more

Kanak-kanak penghidap kanser sempat peluk adik baharu sebelum meninggal dunia



SEORANG kanak-kanak sembilan tahun yang menghidap kanser sempat ‘membantu’ memberikan nama kepada adik bongsu perempuannya sebelum meninggal dunia.

Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Bailey Cooper dari Bristol yang menghidap kanser Non-Hodgkin’s lymphoma itu juga sempat menitipkan mesej kepada ibu bapanya bahawa mereka hanya dibenarkan menangis 20 minit sahaja.

Bailey yang menghidap kanser itu sejak 15 bulan lalu kuat semangat sekali gus ‘berjuang’ untuk hidup demi melihat dan memangku adik perempuan baharunya.

Ibunya, Rachel, 28 melahirkan bayi perempuan pada November sebelum Bailey menamakan adiknya itu dengan nama Millie.

Malah, ibu bapanya, Lee dan Rachel memegang erat jari Bailey ketika dia menghembuskan nafas terakhir selain kanak-kank itu tidak lekang daripada senyum ketika menjalani diagnosis tahun lalu.

Rachel menambah, dia dan ahli keluarga tidak menyangka anaknya itu mampu bertahan dan bertemu Millie.

“Saya melahirkan Millie pada hujung November dan Bailey melakukan apa yang sepatutnya abang sulung lakukan selain memeluk Millie,” katanya seperti dipetik portal Dailymail pada Sabtu.

Keluarga itu juga mengetahui Bailey tidak dapat bertahan tetapi meminta kanak-kanak itu menyenaraikan hadiah sempena perayaan Krismas.

Mengetahui dirinya akan meninggal dunia, Bailey juga membuat permintaan terakhir supaya ahli keluarga dan pihak yang datang ke majlis pengebumiannya memakai pakaian adiwira.

Lebih menyedihkan Lee dan Rachel apabila Bailey sempat menitip mesej terakhir kepada pasangan itu bahawa mereka dibenarkan menangis untuk tempoh 20 minit selain menjaga kedua-dua adiknya, Riley dan Millie.



Source link

read more

Bapa Sharifah Shahirah meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon, pelawak dan hos terkenal Sharifah Shahirah meninggal dunia jam 9.15 malam di sebuah hospital di Ampang pada Khamis.

Jenazah akan dikebumikan pada jam 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Klang Gate.

Pengumuman dibuat pelakon tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagramnya.

Dua hari lalu, isteri kepada pelakon Ijoy Azahari ini juga mengesahkan bapanya Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dimasukkan ke wad akibat jangkitan pada paru-paru menerusi satu entri Instagram.

Terdahulu pada 6 Januari, pelakon yang juga kakak kepada Sharifah Sakinah ini kehilangan nenek kepada suaminya, Eshah Said atau Mak Esah.

Mak Esah  yang meninggal dunia pada usia 88 tahun merupakan ibu kepada Datin Maria Arshad.



Source link

read more

Tan Sri Celestine Ujang meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kabinet Sarawak, Tan Sri Celestine Ujang, 70, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuching pada jam 7.45 petang tadi.

Ujang pernah memegang portfolio sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Perumahan ketika berkhidmat dalam kabinet negeri Sarawak.

Ujang merupakan bekas exco Kemena dan bekas ahli Dewan Perniagaan Dayak dan Industri (DCCI) dan bekas Naib Pengerusi Bintulu Development Authority.

Sebagai bekas ahli veteran politik, Ujang pernah memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda Barisan Nasional, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).



Source link

read more

Penyanyi pop Perancis France Gall meninggal dunia



PARIS: Penyanyi pop Perancis, France Gall, yang popular pada era 60-an meninggal dunia pada ahad ketika berusia 70 tahun.

Gall ketika di zaman kegemilangannya pernah memenangi pertandingan Lagu Eurovision sebelum menghasilkan hits dan menjual berjuta-juta album sepanjang karier empat dekadnya.

Ejennya, Genevieve Salama memberitahu bahawa penyanyi berambut perang dan berwajah bulat  meninggal dunia akibat kanser di Paris.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menulis dalam tweeternya turut merakamkan takziah dan merakamkan terima kasih di atas jasa yang dicurahkan kepada industri muzik sepanjang kariernya selama ini.

Gall lahir pada tahun 1947 dan telah menunjukkan bakatnya dalam bidang nyanyian sejak dari kecil lagi.

Salah satunya, lagu yang dipopularkannya termasuklah “Poupee de cire, poupee de son” (“Wax Doll, Rag Doll ”).



Source link

read more

Pendaki ditemukan meninggal dunia – Nahas & Bencana


RANAU 7 Jan. – Seorang pendaki yang terpisah daripada kumpulannya ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan maut kawasan berhampiran puncak gunung, petang tadi.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, mangsa dikenali sebagai Nazri Omar, 49, dari Selangor disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 5.40 petang.

“Bomba menerima laporan pada pukul 1.15 petang bahawa seorang pendaki dipercayai terpisah dan hilang daripada kumpulannya di Kilometer 8 semasa turun dari puncak Gunung Kinabalu.

“Bertindak atas maklumat tersebut pasukan bomba bantuan, kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) dan malim gunung telah pergi ke tempat kejadian,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Tambah jabatan itu lagi, mangsa dibawa turun dari puncak Gunung Kinabalu menggunakan kemudahan usungan oleh anggota penyelamat berkenaan yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I. Rashedee Engsoi.

Katanya, kumpulan operasi yang membawa mangsa tiba di Pintu Timpohon pada pukul 5.40 petang dan dibawa menaiki ambulans ke Hospital Ranau, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor perubatan.

Tambahnya, sebanyak 16 anggota bomba dan pasukan bomba bantuan, sembilan malim gunung dan lapan anggota pasukan mencari dan menyelamat (TTS) terlibat dalam operasi itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pelakon Star Trek Alezander Rozhenko meninggal dunia pada usia 33 tahun



Pelakon filem sains fiksyen Star Trek: The Next Generation, Jon Paul Steuer meninggal dunia pada usia 33 tahun.

Bintang kanak-kanak ini yang terkenal dengan watak ‘Alexander Rozhenko’, meninggal dunia pada 1 Januari 2018 namun punca kematiannya belum didedahkan lagi, menurut laporan akhbar Oregon, Willamette Week.

Pemergian mendiang pada usia muda mengejutkan ramai pihak termasuk peminat setia Star Trek.

Ucapan takziah memenuhi ruangan komen selepas Star Trek Online berkongsi berita sedih itu menerusi Twitter rasminya.

Dilahirkan di California pada 27 Mac 1984, mendiang dilabel sebagai pelakon cilik paling berbakat ketika muncul di kaca televisyen pada usia 3 tahun.

Mendiang juga popular dengan gelaran Jonny P Jewels selepas menukar kerjaya sebagai penyanyi dan pemuzik.

Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, mendiang tidak melepaskan peluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Paling membanggakan, restoran berkonsepkan ‘vegetarian’ sering menjadi tumpuan pengunjung dan penggemar makanan sihat yang diusahakan mendiang, terletak di Portland, Oregon.



Source link

read more

John Young lelaki yang pernah berjalan di bulan meninggal dunia



ANGKASAWAN yang pernah menjejakkan kaki di bulan John Young dan juga bertanggungjawab sebagai pengarah dalam misi ulang-alik angkasa pertama, meninggal dunia, menurut satu kenyataan Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA).

Agensi angkasa itu berkata, Young meninggal dunia pada Jumaat berikutan komplikasi radang paru-paru dan berusia 87 tahun.

NASA berkata Young adalah satu-satunya angkasawan agensi untuk melakukan misi ke angkasa sebagai sebahagian daripada program Gemini, Apollo dan angkasa lepas selain individu yang pertama terbang ke angkasa sebanyak enam kali.

Young yang meninggal dunia di rumahnya di Houston juga merupakan lelaki kesembilan berjalan di bulan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons