Jumlah mangsa terjejas banjir di Johor terus meningkat


JOHOR BAHRU: Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir di Johor meningkat kepada 1,395 daripada 376 keluarga di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, berbanding 1,245 orang pada malam tadi.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata 103 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di empat PPS di Segamat, 1,261 mangsa daripada 347 di lapan PPS di Mersing dan 31 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah pps di Kota Tinggi.

Kesemua mangsa di Segamat merupakan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Di Mersing pula, mangsa adalah penduduk Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, Kampung Orang Asli Labong, Kampung Air Merah manakala di Kota Tinggi (Kampung Perepat).

Sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Punan Kluang dilaporkan ditutup akibat terputus hubungan.

Selain itu, SK Ladang Mutiara dan SK Seri Sedohok dalam daerah sama (Kluang) turut terputus hubungan namun masih beroperasi.

Jalan Telok Arong di Mersing masih ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan orang boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan.

Laluan ke Kampung Batu 7 di Jementah, Segamat turut terputus hubungan akibat dinaiki air dan pemantauan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.



Source link

read more

Mangsa banjir di Mersing Segamat meningkat


JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing terus meningkat kepada 527 orang pagi ini berbanding 160 malam tadi dengan pembukaan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 7 pagi tadi, seramai 430 mangsa daripada 106 keluarga di Mersing berada lima PPS manakala 97 mangsa daripada 20 keluarga pula ditempatkan di empat PPS di Segamat.

Beliau berkata PPS Sekolah Agama Mersing Kanan dibuka pada 12 malam tadi dan menempatkan 123 mangsa dan PPS Sekolah Kebangsaan Labong pula dibuka 2 pagi tadi dengan menempatkan 109 mangsa.

“Kawasan terjejas di Mersing juga bertambah apabila sebelum ini hanya Kampung Tenglu Besar dan Kampung Air Papan, namun kini turut berlaku di Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, dan Kampung Orang Asli Labong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di Segamat pula, kawasan terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Beliau berkata Jalan Telok Arong di Mersing ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan pemantauan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan.

Orang ramai yang ingin ke Mersing-Endau boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Saham AirAsia, AirAsia X Meningkat Susulan Kemungkinan Penyusunan Semula Laluan


indexMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Saham syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia dan sekutu jarak jauhnya, AirAsia X, meningkat pada sesi pagi hari ini.

Ini susulan siri tweet oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, yang membayangkan penyusunan semula laluan kedua-dua syarikat penerbangan itu.

Pada 11.03 pagi, saham AirAsia melonjak tujuh sen kepada RM3.84 dengan 3.82 juta saham bertukar tangan, manakala saham AirAsia X meningkat setengah sen kepada 38.5 sen dengan 7.47 juta saham didagangkan.

Fernandes dalam tweetnya berkata AirAsia akan memindahkan laluan yang membabitkan penerbangan lebih empat jam kepada AirAsia X memandangkan AirAsia sudah matang dan boleh menggunakan kapasiti untuk menawarkan laluan jarak pendek yang lebih menguntungkan.

“Imbangan pembayaran AirAsia X bagi permulaan suku keempat 2018, nampak bagus,” katanya.

Beliau juga berkata AirAsia X tidak berminat dalam pasaran jarak jauh seperti Berlin dan London, antara lain, memandangkan syarikat penerbangan itu berpendapat pasaran itu belum bersedia, dan akan terus kekal memberi tumpuan kepada laluan jarak sederhana.
— BERNAMA



Source link

read more

Mangsa banjir di Pahang meningkat


KUANTAN : Hujan berterusan yang masuk hari kedua menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat lagi kepada 357 orang hingga 8 pagi ini berbanding 318 malam Khamis.

Pengarah Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata daerah Rompin mencatatkan peningkatan mangsa dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka pada awal pagi Jumaat di Dewan Orang Ramai Leban Chondong yang menempatkan 39 mangsa.

“Mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman pula masih kekal 64 orang seperti malam tadi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata di Pekan keadaan banjir termenung menyebabkan jumlah mangsa tidak berubah dengan 254 orang masih ditempatkan di lima PPS.

“PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Temai menempatkan 93 mangsa, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (75 mangsa),” katanya.

Mangsa turut ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), SK Acheh (sembilan) dan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir (38).



Source link

read more

Bursa Malaysia meningkat semula | Astro Awani


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula semasa dagangan dibuka pagi ini susulan minat belian selepas mencatat penurunan selama tiga hari berturut-turut.

Pada 9.20 pagi Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,823.62, naik 6.74 mata daripada 1,816.88 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 8.13 mata lebih tinggi kepada 1,825.01 pagi Jumaat.

Peniaga berkata, pusingan dagangan spekulatif ke atas saham harga rendah dan Pasaran ACE sewajarnya terus menumpukan dagangan aktif.

“Paras sokongan penting adalah pada 1,807, susut kepada pergerakan purata selama 10 hari, manakala 1,796 adalah paras bagi pergerakan harga pasaran dapat  melepasi paras sokongan atau rintangan dengan jumlah yang besar, di samping rintangan segera bagi indeks itu kekal pada paras tertinggi yang dicatat Selasa, 1,840 diikuti 1,867, iaitu paras tertinggi pada April 2017,” katanya.

Lingkungan pasaran keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 363 berbanding 113, manakala 228 kaunter tidak berubah, 1,110 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 393.44 juta saham bernilai RM187.11 juta.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.84 manakala TNB kurang dua sen kepada RM15.80.

Public Bank meningkat 10 sen kepada RM20.9 manakala Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing naik lima sen kepada RM8.12 dan RM6.80.

Bagi saham aktif, Sapura Energy meningkat 2.5 sen kepada 89.5 sen, UMW OG naik 1.5 sen kepada 42 sen, Hubline dan PUC masing-masing menokok setengah sen kepada 15 sen dan 31.5 sen dan Matang bertambah satu sen kepada 11.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 56.93 mata kepada 13,212.63, Indeks FBMT 100 menokok 53.34 mata kepada 12,853.76 dan FBM 70 melonjak 88.25 mata kepada 16,563.61.

Indeks FBM Emas Syariah berkembang 59.021 mata kepada 13,700.58 dan FBM Ace meningkat 76.97 mata kepada 6,942.17.

— BERNAMA



Source link

read more

Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi


KUALA LUMPUR: Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan sokongan prospek optimistik aliran masuk dana asing ke pasaran hutang domestik, disokong oleh asas ekonomi kukuh.

Pada 9.13 pagi, unit tempatan berada pada 3.9980/0020 berbanding dolar AS daripada 4.0020/0070 pada sesi penutup semalam.

Dalam nota penyelidikannya, Kenanga Research berkata ringgit dijangka kekal kukuh dan meningkat perlahan-lahan berbanding dolar AS dan mata wang utama lain memandangkan lebihan akaun semasa negara yang kukuh, prospek inflasi tidak berubah dan paras fiskal berhemat.

“Bagaimanapun, kita juga mungkin akan melihat lebih banyak turun naik ringgit, terjejas terutamanya oleh jangkaan tiga kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan AS tahun ini.

“Justeru, kita mungkin melihat dagangan adil dolar AS-ringgit Malaysia dalam jajaran antara 3.95 dan 4.10 dalam suku pertama tahun ini,” kata firma penyelidikan itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 2.9975/0018 daripada 2.9975/9024 pada penutupan semalam tetapi meningkat berbanding pound British kepada 5.4013/4075 daripada 5.4019/4090.

Ringgit turun berbanding yen kepada 3.5860/5899 daripada 3.5806/5857 dan susut berbanding euro kepada 4.7804/7864 daripada 4.7776/7844.

— BERNAMA



Source link

read more

Mangsa banjir di Segamat meningkat 38 orang – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 5 Jan. – Mangsa banjir di Segamat meningkat sedikit kepada seramai 38 orang daripada 11 keluarga pukul 8 pagi ini, berbanding 34 orang daripada sembilan keluarga pukul 6 petang semalam.




AYUB RAHMAT

AYUB RAHMAT

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, iaitu Balairaya Kampung Mensudut Lama menempatkan seramai 28 orang daripada tujuh keluarga.


Katanya, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Badang yang dibuka 4 petang semalam pula menempatkan 10 orang daripada empat buah keluarga.


Menurutnya, pemantauan di kawasan tersebut dilakukan secara berterusan oleh pelbagai agensi dan pejabat daerah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan meningkat data



SEOUL: Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan pada tahun lepas meningkat, sekaligus menunjukkan semakin ramai mula menggunakan mekap pada usia terlalu muda, lapor agensi berita Yonhap.

Data dikumpulkan SK Planet Co., sebuah pengendali platform e-dagang tempatan mendedahkan, penjualan produk kecantikan di laman webnya meningkat 29 peratus pada 2017.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan enggan memberikan angka jualan sebenar. Jualan gincu kanak-kanak misalnya meningkat dengan drastik iaitu sebanyak 549 peratus.

Menurut syarikat itu, data turut menunjukkan, penjualan kosmetik kanak-kanak dalam talian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 94 peratus dan 251 peratus masing-masing pada 2015 dan 2016.

“Populariti kosmetik yang selama ini dianggap hanya untuk wanita, kini turut digunakan oleh golongan lelaki dan juga kanak-kanak,” kata pegawai SK Planet.

Satu kajian yang dimuatnaik di laman web Korea Citation Index, menunjukkan 42.4 peratus pelajar sekolah rendah memakai alat solek dan 43.4 peratus responden mengatakan mereka mula bersolek pada gred kelima.

Kajian yang dijalankan bermula 14 November hingga 9 Disember 2016 itu, membabitkan 288 remaja perempuan gred empat, lima dan enam di sekolah rendah di Seoul, Incheon dan bandar perindustrian di tenggara Ulsan.   

Kerajaan Korea Selatan sedang mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk memantau produk kosmetik kanak-kanak, dengan menambahkan kategori berasingan terhadap label bahan, termasuk bahan yang boleh menyebabkan alahan.

“Terdapat pandangan berbeza mengenai sama ada perlu membuat kategori berasingan untuk kosmetik kanak-kanak. Kami kini di peringkat mengumpulkan pendapat,” kata seorang pegawai kerajaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Banjir: mangsa meningkat lebih 1,000, enam sekolah ditutup – Nahas & Bencana


KUALA TERENGGANU 4 Jan.-Hujan berterusan malam tadi menyebabkan keadaan banjir semakin buruk dengan beberapa lagi kawasan dinaiki air di dua daerah di negeri ini.

Jumlah mangsa meningkat kepada 1,001 awal pagi ini, dan mereka berada di 12 pusat pemindahan sementara di Kemaman selain dua di Hulu Dungun.


Keadaan itu turut menyebabkan enam buah sekolah terpaksa ditutup hari ini, menjejaskan persekolahan lebih 2,300 murid.


Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin memberitahu selain Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah yang diumumkan awalnya, lima lagi sekolah terjejas. 


Turut ditutup hari ini ialah SK Padang Kubu, SK RKT Tayor dan SK Seb Tayor kerana jalan ke sekolah tidak dapat dilalui.


Di samping itu menurut beliau, SK Pusat Kemaman dan SK Bukit Mentok pula ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan sementara.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mangsa banjir terus meningkat ekoran air pasang besar – Nahas & Bencana


KUANTAN 4 Jan. – Fenomena air pasang besar kira-kira pukul 11 malam tadi dan keadaan cuaca yang tidak banyak berubah menyebabkan jumlah mangsa banjir dipindahkan di negeri ini meningkat kepada 7,035 orang daripada 1,968 keluarga pagi ini.

Sehingga pukul 8 pagi ini, sebanyak 43 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuantan (24 PPS), Rompin (sembilan PPS), Maran (tiga PPS), Pekan dan Jerantut (masing-masing tiga PPS) serta satu PPS di Lipis.


Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bagi daerah ini, seramai 5,522 mangsa banjir dipindahkan melibatkan 1,584 keluarga.

“Antara pusat pemindahan di daerah ini ialah di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Damai, Dewan Wawasan JPS Kemunting, Balai Raya Kampung Paya Bungor, Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abd. Samad, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau, SMK Sungai Lembing, SK Kampung Padang, SMK Pandan dan Balai Raya Kampung Pahang.

“Bagi daerah Rompin pula, seramai 665 mangsa dipindahkan membabitkan 178 keluarga,” kata portal berkenaan.

Sementara itu, lapan buah sekolah lagi ditutup hari ini iaitu SMK Pandan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Ching, SK Jaya Gading, SMK Paya Besar, SMK Gudang Rasau, SMK Tanah Putih, SJKC Yoke Shian dan SJKC Tanah Tas.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons