Penduduk kampung bimbang air sungai bertukar merah


BUTTERWORTH: Penduduk di sekitar Taman Sri Pinang dan Kampung Alor Merah dekat sini terkejut apabila air sungai berdekatan kampung mereka tiba-tiba bertukar menjadi merah.

Kejadian itu menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk kerana ia belum pernah berlaku sebelum ini.

Menurut penduduk yang menyuarakan kebimbangan keadaan itu akan menjejaskan habitat ikan, air Sungai Puyu Kiri itu mula bertukar menjadi merah sejak petang Sabtu.

“Kenapa air bertukar jadi merah? Kalau air dari kampung, selalunya akan jadi hitam atau kelabu. Ini jadi merah, pelik sikitlah,” kata seorang penduduk Hasbullah Hashim.

Mereka berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera dan mencari punca kejadian itu berlaku.

Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di kawasan sekitar mendapati ada pihak yang membuang sisa kilang berwarna merah ke dalam longkang.

Begitu juga, tong sampah yang berhampiran kilang dipercayai menjadi punca air sungai tersebut bertukar warna.



Source link

read more

Panji merah di Ayer Hitam?


KUALA LUMPUR – Gendang perang sudah dipalu dengan kuat di Johor!

Selepas berjaya meresap masuk ke dalam Johor termasuk memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah dalam persaingan sengit pada Pilihan Raya Umum 2013, pembangkang kini mengatur strategi untuk merebut lebih banyak kerusi di negeri selatan Semenanjung tersebut.

Sasaran pembangkang khususnya DAP di Johor pada kali ini ialah Ayer Hitam yang pada masa ini disandang oleh Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tekad DAP itu begitu nyata apabila parti pembangkang itu sanggup menawarkan dua kerusi iaitu Tanjung Piai di Johor dan Alor Gajah di Melaka kepada rakan pembangkang lain semata-mata untuk mendapat tiket bertanding di Ayer Itam.

Pada Pilihan Raya Umum 2013 lalu, calon pembangkang iaitu Hu Pang Chaw yang pada masa itu mewakili Pas kecundang di tangan Ka Siong dengan majoriti 7,310 undi.

Dalam pilihan raya akan datang, pembangkang bertekad untuk menakluk Ayer Hitam dengan DAP berharap dapat meletakkan calonnya berdepan Ka Siong.

Walaupun begitu, keadaan itu mungkin dihalang Amanah yang turut mengintai Ayer Hitam. Sebagai jalan penyelesaian, calon Amanah mungkin diberi mandat untuk bertanding menggunakan lambang roket di Ayer Hitam.

Ketua DAP Johor, Liew Chin Tong ketika dihubungi Sinchew Daily tidak menafikan kemungkinan itu, malahan beliau sempat memberi amaran kepada Ka Siong.

“Ka Siong akan menjadi sangat bimbang dengan pencaturan terbaru,” kata Chin Tong dipetik Sinchew Daily.

Selain Ayer Hitam, sebuah lagi kawasan MCA di Johor iaitu Tanjung Piai mungkin juga berdepan serangan kuat apabila DAP bersedia menyerahkan kawasan itu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding.

Keadaan itu dilaporkan sesuai dengan keadaan Tanjung Piai yang mempunyai ramai pengundi Melayu.

PPBM dikatakan mahu meletakkan orang kuat di Tanjung Piai, dan antara calon yang disebut-sebutkan ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kemungkinan itu bagaimanapun dinafikan Chin Tong dan penganalisis politik yang percaya Dr. Mahathir lebih cenderung untuk bertanding di Kedah untuk membantu anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Selain Ayer Hitam dan Tanjung Piai, MCA memenangi Labis dan Tebrau di Johor pada Pilihan Raya 2013.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook ketika dihubungi Kwong Wah Yit Poh berkata, pengaruh parti itu dalam Pakatan Harapan tidak terhakis kerana hanya kekurangan satu kerusi iaitu daripada 36 kepada 35 berbanding pengagihan pada Pilihan Raya 2008.

“Pengorbanan adalah perlu dan pengagihan kerusi di Semenanjung yang diumumkan adalah strategi terbaik Pakatan Harapan,” katanya. – theRakyat

* Analisis yang digabungkan dari akhbar-akhbar Cina



Source link

read more

UMNO BENTANG “KARPET MERAH” BUAT NURUL IZZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Itu pun “KALAU” Si Nurul Izzah tu betul – betul berani nak bertanding dikawasan yang dikuasai oleh pengaruh bapak dia selama ini. Kalau setakat cerita dengar khabar angin je, baik tak payah.

Tapi, jangan Si Nurul Izzah rasa teruja bila UMNO bentang karpet merah. Bukan sebab UMNO nak mengalu – alukan kedatangan dia. Sebaliknya, karpet merah tu untuk hantar dia balik.

UMNO Permatang Pauh mengakui tidak gentar dengan stratergi PKR yang didakwa akan meletakkan Si Nurul Izzah tu bertanding di kerusi berkenaan pada PRU Ke-14 yang akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata, pihaknya sedia untuk berhadapan dengan siapa sahaja calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan kerana ia adalah kerusi panas yang menjadi tumpuan.

“Justeru, kita sudah melaksanakan gerak kerja yang lebih komprehensif bagi membuktikan banyak perubahan dan pembangunan yang dibawa UMNO di Permatang Pauh berbanding peranan Ahli Parlimennya sendiri.

“Kita tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat. Malah, sebaik sahaja PRU-13 selesai persiapan untuk berdepan dengan PRU-14 sudah lama bermula dan kita berjaya menambahbaik kekurangan serta memperbaiki kesilapan lalu,” katanya ketika ditemui selepas Program Sumbangan Alat Tulis di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Baharu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, sepanjang tempoh lima tahun, pihaknya melihat banyak perubahan dibawa di Permatang Pauh dan ianya diterima rakyat kawasan itu.

Tapi, belum pasti lagi sama ada Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh atau tidak, namun petunjuk sudah mula nampak apabila kelibatnya sering dilihat dikawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa laluan untuk PKR mengekalkan kerusi Permatang Pauh tidak lagi mudah apatah lagi selepas berlaku kecelaruan selepas PAS mengundur diri dari pakatan pembangkang,” katanya.

Baru-baru ini laman sebuah portal berita melaporkan Nurul Izzah dikatakan bakal berhijrah dan akan bertanding di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijangka tahun ini.

Menurut sumber dalaman PKR, parti itu menjangka Nurul Izzah tidak akan mempertahankan kerusinya di Lembah Pantai, yang diwakilinya sejak 2008 kerana mendakwa kononnya banyak berlaku manipulasi demografi pengundi yang agresif di situ.




Source link

read more

Selepas 40 tahun Tok Mat Hasan masih digantung kerana kad merah



SEREMBAN: Meskipun bergelar Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), namun tidak siapa tahu, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan pernah digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh persatuan itu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau yang juga tidak mahu penggantungan itu ditarik balik kerana mengakui kesalahannya dalam insiden berkenaan.

Beliau berkata, ada usul dari Ahli Majlis PBNS kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu untuk menamatkan penggantungan berkenaan, namun katanya, ianya tidak perlu dilakukan dan beranggapan dirinya layak dibuang padang atas kesalahan yang dilakukan dan perlu menanggungnya.

Mengimbau semula insiden itu, katanya ia berlaku semasa perlawanan akhir liga tempatan pada tahun 1977 melibatkan pasukannya, NS Malays dengan NS Indians di padang Majlis Perbandaran Seremban.

Dalam perlawanan itu, beliau yang ditugaskan sebagai pemain pertahanan perlu mengawal pemain kebangsaan, G. Torairaju yang ketika itu dikenali sebagai pemain yang cukup bagus dan laju.

Selepas mengasari Torairaju, beliau dilayangkan kad kuning dan bertindak membantah dengan menendang bola sehingga terkena pengadil.

Beliau kemudian sekali lagi dilayangkan kad merah pula, namun dengan berani merampas kad berkenaan dari tangan pengadil sebelum membalingnya ke atas lalu tersangkut di atas pokok.

Ekoran kejadian itu, Mohamad tidak lagi dibenarkan bermain seumur hidup.

“Saya masih digantung. Walaupun saya dah jadi presiden, saya masih digantung. Ada usaha tujuh atau lapan tahun dahulu bawah usul Ahli Majlis (PBNS) untuk menamatkan pergantungan tersebut, tapi saya kata tak perlu lagi lah. Saya memang salah pun. Memang saya harus dibuang padang dan digantung seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri Sembilan hari ini.

Mohamad mengulas demikian ketika ditanya mengenai kisah insiden kad merah ‘Tok Mat’ yang kini tular di laman sosial.



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Melangkaui merah dan kuning di Chiang Mai


  • Chiang Mai adalah sebuah kubu kuat Thaksin – keluarga Shinawatra mempunyai sejarah panjang di sana dan satu laporan 2014 oleh akhbar The Australian menganggarkan bahawa 70 peratus daripada penduduk di situ masih menyokong Perdana Menteri yang disingkirkan.
  • Kerajaan tentera Thailand (yang dipimpin oleh Jeneral Prayut) telah dua kali menangguhkan pilihan raya. Tarikh akhir ialah November 2018, bermakna bahawa rakyat Thai terpaksa menunggu empat tahun untuk pilihan raya.
  • Dengan menekankan pada pengukuhan hubungan masyarakat, pemimpin-pemimpin tempatan kampung telah berusaha menghubungkan jurang antara kumpulan Merah dan Kuning.

DI Chiang Mai, nama Shinawatra – keluarga Perdana Menteri yang disingkirkan, yang juga seorang jutawan, Thaksin – mempunyai akar yang kukuh.

Shinawatra Silk kini merupakan jenama sebutan ramai, setelah mempelopori transformasi fabrik, dari kerja kraftangan kepada industri serantau.

Loet, bapa Thaksin, berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk bandar raya itu pada tahun 1969 dan 1976, sementara bapa saudaranya, Sujate pernah menjadi datuk bandar.

Ia juga merupakan sebuah nama yang telah membahagi Thailand lebih dari satu dekad, dengan negara yang kuat beragama Buddha itu berpecah kepada kumpulan Baju Merah yang pro-Thaksin dan Baju Kuning yang menentangnya.

Chiang Mai, kubu kuat tradisi Thaksin (satu laporan media 2017 oleh akhbar The Australian menganggarkan sehingga 70 peratus penduduk Chiang Mai menyokongnya), telah mengalami polarisasi. Pada tahun 2014, suatu proses penyingkiran seluruh negara telah berlaku – selepas suatu rampasan kuasa menggulingkan adik perempuan Thaksin, Yingluck daripada jawatannya – di mana gabenor wilayahnya telah dipindahkan ke Thailand Tengah, sementara ketua polisnya dipindahkan ke jawatan lain.

Jurang itu telah merembes hingga ke peringkat ketua kampung.

Boonthawee, berusia 55 tahun, seorang ketua kampung di Mu Song (harfiyahnya bermaksud Kampung No. 2), menangani pembahagian itu setiap hari.

Boonthawee di rumahnya. Dia juga menyimpan peralatan audio yang dihubungkan dengan 32 pembesar suara di sekitar wilayah Mu Song, membolehkan dia membuat pengumuman setiap hari. Foto Karim Raslan

“Saya telah berkhidmat di kampung ini yang mempunyai 1,200 penduduk, selama 11 tahun. Saya telah uruskan semua jenis masalah: jenayah, dadah, pendatang haram, pergaduhan orang mabuk, kebakaran… tetapi yang paling sukar masih lagi usaha untuk menghubungkan dua kumpulan itu.”

Beliau lahir dan dibesarkan di Chiang Mai. Anak kepada sorang pekerja pejabat dan penjual loteri, Boonthawee telah melihat Mu Song berubah dari sebuah komuniti penanam padi kepada sebuah penempatan pinggir kota.

“Ketika saya muda, saya membantu ibu saya menanam padi dan sayuran untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Pada paginya, saya pergi ke sekolah di kuil. Kemudian saya akan membantu beliau menjual barangannya.”

Selepas lulus sekolah menengah, Boonthawee menjadi jurujual bergerak, kemudian menjadi pengawal rondaan di sempadan Thailand-Myanmar. Selepas 17 tahun meninggalkan Chiang Mai, beliau akhirnya pulang dan mula bekerja sebagai penolong ketua kampung.

“Saya kembali ke Chiang Mai yang sangat berbza. Sekarang, banyak orang bekerja dalam industri perkhidmatan. Banyak daripada sara hidup kami bergantung pada ekspatriat dan pelancong. Isteri saya mengajar orang asing bagaimana bercakap bahasa Thai, sementara jiran-jiran kami bekerja sbagai pemandu kenderaan hotel.”

“Demografi kawasan itu juga sudah berubah. Sejak dekad lalu, banyak pendatang dari bahagian-bahagian lain Thailand dan juga Myanmar. Kira-kira separuh daripada penduduk bukan asal sini.”

“Banyak orang Burma datang ke sini untuk bekerja dalam pembinaan. Kadang-kadang sehingga lapan orang daripada mereka tinggal dalam sebuah bilik tidur untuk menjimatkan belanja.”

“Kerajaan telah banyak membantu mereka: mereka didaftarkan, dapat kemudahan penjagaan kesihatan, dan anak-anak mereka boleh pergi ke sekolah, semuanya adalah dari wang pembayar cukai Thai. Sebagai orang Buddha, kami suka untuk membantu, tetapi ia mendatangkan tekanan kepada masyarakat.”

Seseorang dapat merasakan bahawa faktor demografi dan ekonomi memainkan peranan memberikan tekanan besar ke atas Chiang Mai.

“Ia tidaklah mudah. Kadang-kadang ia meledak menjadi konflik. Orang boleh menjadi sangat kecewa dan terpulang kepada saya sebagai pemimpin tempatan untuk menjadi orang tengah.”

Kawasan kejiranan Mu Song di pinggiran kota Chiang Mai merupakan tempat tinggal kira-kira 1,200 orang penduduk. Foto Karim Raslan

Berjalan memasuki kejiranan itu, Boonthawe boleh menamakan dan menjelaskan secara terperinci kehidupan orang yang mendiami setiap rumah di situ. Beliau mengetahui semua perkara dalam kampung itu, memberi perhatian terhadap kesemua masalah harian mereka.

“Jika berlaku kebakaran, pergaduhan atau gangguan, penduduk kampung akan memanggil saya dulu sebelum pihak berkuasa. Mereka tahu saya akan bertindak lebih cepat daripada pihak lain dan saya akan sentiasa ada. Sebab itu saya tidur sebelah telefon saya yang saya pasang nada dering paling kuat.”

Memandangkan bahawa pihak berkuasa kampung terlibat secara proaktif dalam kehidupan seharian penduduk, saya bertanya kepada beliau apa yang beliau fikir mengenai Thaksin dan pengaruhnya ke atas Thailand utara.

Boonthawee mengelak soalan itu, sebaliknya memilih untuk menjelaskan tugas-tugasnya.

“Sebagai ketua kampung, tugas saya adalah membawa mereka bersama dalam masyarakat, bukan memecah-belahkan. Baju Merah atau baju kuning, kita semua perlu hidup. Saya tidak boleh membiarkan kecenderungan politik saya mewarnai keputusan-keputusan saya – saya boleh menimbulkan kekacauan terhadap komuniti saya dan akan menjejaskan kupayaan saya untuk berkhidmat kepada mereka.”

“Kerajaan boleh mengeluarkan arahan, tetapi terpulang pada saya untuk melaksanakannya. Ketua-ketua kampung masih berada di tengah-tengah komuniti tempatan dan mempunyai hubungan yang perlu untuk merealisasikan dasar.”

“Negara kami telah melalui perbalahan demi perbalahan sejak 10 tahun lalu. Hubungan peringkat kampung inilah yang telah terlerai: bahawa saya boleh tidak bersetuju dengan anda, tetapi akhirnya kami semua masih berjiran.”

Sebagai seorang yang menyimpan rahsia rancangannya, Boonthawee bagaimanapun mendedahkan kepada saya bahawa beliau mempunyai cita-cita politik.

“Dalam masa lima tahun, saya akan berusia 60 tahun dan saya akan bersara daripada majlis kampung. Saya mahu bertanding pada peringkat daerah kecil dan cuba membuat pembaikan dengan menggunakan platform lebih besar.”

Sudah tentu, bertanding dalam pilihan raya bermakna memperkenalkan diri kepada sesebuah parti politik dan memperjuangkan suatu set penyelesaian dasar.

Taman komunal dengan sayur-sayuran dan rempah-ratus yang ditanam Boonthawee untuk penduduk kampung. - Foto Karim Raslan

“Saya mempunyai pandangan saya, tetapi saya fikir adalah, terbaik untuk menunggu. Semua perkara masih tidak pasti. Tidak ada gunanya membuat keputusan dan mengisytiharkan untuk memperjuangkan sesuatu tetapi ia tidak akan berlaku.”

Pilihan raya umum dijadualkan pada November 2018. Selepas rampasan kuasa tahun 2014, Jeneral yang menjadi Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha berkata bahawa pengundian akan diadakan pada awal 2015. Ia kemudian ditangguhkan kepada 2016 dan sekarang, pada tarikh terbaru tahun depan.

Adakah pilihan raya akan akhirnya berlaku? Boothawee optimis.

“Saya percaya ia akan berlangsung. Perlahan-lahan. Thailand telah sembuh daripada perbezaan itu dan saya fikir setiap orang sudah letih berbalah. Terdapat suatu semangat yang mana kami mahu bergerak ke depan, dengan adanya raja baharu, ia adalah masanya untuk suatu era baharu dalam politik Thai.”

“Saya melihat orang seperti Toon, pnyanyi utama kumpulan muzik rock Bodyslam. Beliau kini sedang berlari 3,192 kilometer merentas negara itu untuk mengumpul dana bagi hospital. Beliau adalah simbol perpaduan; jenis orang yang lebih banyak diperlukan oleh Thailand.”

Dengan perasaan ingin tahu, saya bertanya Boonthawee, apakah impiannya terhadap politik Thai. Adakah kembali kepada ekonomi yang cergas? Memantapkan Thailand sebagai pemimpin serantau? Meningkatkan kedudukan golongan miskin luar bandar?

Dengan senyuman yang letih tetapi optimis, beliau menjawab:

“Saya mahukan orang Thai menjadi jiran yang baik di antara satu sama lain.”

NOTA: Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr



Source link

read more

RM30j untuk pastikan Lang Merah terbang tinggi – Bola Sepak


ALOR SETAR 20 Dis. – Bagi memastikan Lang Merah mampu menjadi pencabar utama Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperuntukan RM30 juta berbanding RM27 juta, tahun ini.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, daripada jumlah itu, hampir RM5 juta akan diperuntukkan untuk mendapatkan pemain import berkualiti yang diharap mampu menjadi tonggak pasukan.

“Peruntukan yang besar ini menunjukkan keseriusan KFA bagi mencabar kejuaraan utama musim depan setelah kita mendakap Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah selain layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

“Kebanyakan peruntukan itu datangnya daripada penaja, terutama ECK Development Sdn.Bhd. yang bersetuju menyumbang RM18 juta demi pembangunan bola sepak negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Kongres KFA ke-42 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Dalam kongres tersebut, kesemua perwakilan daripada 36 badan gabungan KFA yang menyertai kongres terbabit menyatakan persetujuan supaya Ahmad Bashah terus menerajui persatuan berkenaan.

Mengulas kenyataan Pengarah ECK Development Sdn. Bhd., Puan Seri Ginney Chew yang mahu sebarang polemik membabitkan kedudukan Presiden KFA ditamatkan segera sehingga sanggup menimbangkan semula penajaan sekiranya beliau meletak jawatan, Ahmad Bashah berkata, beliau berterima kasih dengan apa yang dinyatakan itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lang Merah mampu terbang tinggi – Marcote – Bola Sepak


ALOR SETAR 12 Dis. – Sejurus selepas menandatangani kontrak sebagai Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote melaungkan keyakinan untuk membawa skuad Lang Merah terbang tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Marcote, 40, yang menandatangani kontrak setahun bagaimanapun sedar tugas yang bakal digalas sangat besar kerana penyokong meletakkan harapan tinggi kepadanya, malah dilihat cukup teruja untuk kembali ke Kedah selepas dua tahun.

“Saya amat gembira kerana saya kenal negeri ini, pemain dan juga masyarakat di sini. Saya percaya peminat dan pemain juga gembira kerana sejak dua tahun lalu prestasi pasukan meningkat. Saya yakin dengan sokongan daripada presiden, kelab dan penaja.

“Saya akui harapan penyokong terlalu besar. Ini Kerana Kedah telah memenangi Liga Perdana 2015, bermain dalam final Piala Malaysia 2015, menjuarai Piala Malaysia 2016, memenangi Piala Sumbangsih 2017 dan Piala FA 2017,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak di Wisma Darulaman di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar.

Kata Marcote, dia akan merencanakan yang terbaik buat pasukan dan cuba untuk tidak menghampakan penyokong dengan mengulangi musim cemerlang seperti ketika kali terakhir bergelar jurulatih Lang Merah pada 2015.

Mengenai pertemuannya bersama pemain semalam, Marcote berkata, dia teruja bertemu semula pemain-pemain yang pernah dibimbing dan berharap dapat bekerjasama baik sebagai sebuah pasukan.

Marcote merupakan bekas penolong jurulatih Atletico Madrid dan pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan.

Dia menjadi calon pilihan bagi menggantikan Mohd. Nidzam Adzha Yusoff yang menyatakan kesediaan untuk berundur selepas gagal membantu Lang Merah mempertahankan gelaran Piala Malaysia 2017.

Mengulas mengenai tiga slot pemain import yang kosong, Marcote berkata, dia dan pihak pengurusan akan berusaha mendapatkan pemain import secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lautan merah memenuhi PWTC – Politik


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Lebih 5,000 perwakilan dan ahli UMNO yang mengenakan pakaian berwarna merah sudah mula memenuhi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mendengar ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 oleh presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini.

Tinjaun Utusan Online mendapati, lautan merah itu sudah memenuhi perkarangan dan dewan di PWTC sejak pukul 7 pagi lagi, yang dilihat seakan-akan tidak sabar mendengar amanat daripada presiden parti keramat itu.

Sementara itu, tinjaun juga mendapati pihak berkuasa telah diletakkan disekitar kawasan PWTC sejak awal pagi lagi bagi memastikan keselamatan terjamin.

Majlis perasmian perhimpunan kali ini akan dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka pukul 9 pagi nanti.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir P.Pinang Siap siaga 100 peratus hadapi amaran merah – TPM



KEPALA BATAS: Semua pihak digesa bersiap siaga dalam berdepan perubahan cuaca serta amaran merah gelombang kedua dan ketiga di utara tanah air bermula petang ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perubahan cuaca itu bukan sahaja melibatkan negeri di Semenanjung tetapi kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Februari depan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyalurkan maklumat secara menyeluruh termasuk amaran berkaitan perubahan cuaca itu sebagai persediaan operasi menyelamat selain pemindahan segara dapat dilakukan.

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang boleh dijadikan pengajaran dan bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Namun, jika MetMalaysia dapat menghebahkan ramalan ini lebih awal, usaha pemindahan segera boleh dilakukan.

“Kesiapsiagaan 100 peratus ini perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dan jawatankuasa ini akan menggunakan acuan Pelan Pengurusan Banjir Kemaman kerana acuan ini mengunjurkan seminggu sebelum berlaku untuk kesiapsiagaan dilakukan. Pemindahan secara fizikal dilakukan tiga hari sebelum ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri menambah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang membuat persiapan akhir berdepan amaran merah gelombang kedua dan ketiga di beberapa kawasan di seluruh negara.

Ujar beliau, kemudahan dan bantuan untuk mangsa banjir pula berada pada skala tujuh daripada 10 serta pihaknya akan memastikan semua barangan keperluan dan peralatan dapat disalurkan kepada mangsa dengan segera.

Katanya, beliau turut mengarahkan pendaftaran segera mangsa-mangsa banjir yang telah dipindahkan dapat disiapkan sebelum pukul 10 pagi esok kerana tidak mahu kelewatan bantuan kewangan kepada mangsa.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata usaha kerajaan membantu Kerajaan Pulau Pinang jelas membuktikan bahawa perbezaan politik bukan menghalang mereka dan akar umbi untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.



Source link

read more

Hujan tak halang penyokong Lang Merah banjiri skrin gergasi – Bola Sepak


ALOR SETAR 4 Nov. – Hujan yang berterusan sejak awal pagi ini tidak menghalang lebih 300 penyokong Lang Merah berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini malam ini untuk memberi memberi sokongan kepada Kedah yang bersaing pada aksi final Piala Malaysia menentang JDT.

Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama MBAS, Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Alor Setar dan Pemuda Bahagian Alor Setar memberi peluang kepada penyokong Lang Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam, Selangor melihat aksi Lang Merah menerusi paparan skrin gergasi.

Difahamkan selain Dataran MBAS, lebih 80 skrin gergasi ditempatkan di semua 15 kawasan Parlimen di Kedah.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Muhamad Fahmi Mohd. Fauzi, pihaknya menyediakan dua khemah dan kerusi untuk kira-kira 200 penyokong Lang Merah.

“Bagaimanapun, sambutan yang diterima menggalakkan apabila lebih 300 penyokong Lang Merah datang untuk bersama-sama bersorak memberi sokongan kepada Kedah.

“Malah, bilangan penyokong juga semakin bertambah dari masa ke masa. Selain menonton bola di paparan skrin gergasi ini, pihak kami juga ada menyediakan hadiah untuk mereka yang berjaya menjawab kuiz yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, penyokong Kedah, Wan Azliza Wan Yusoff berkata, pemasangan skrin gergasi itu memberi peluang kepada peminat Lamg Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam merasai kehangatan perlawanan akhir tersebut.

“Menonton perlawanan akhir ini di rumah mungkin lebih selesa terutama dalam keadaan hujan berterusan ini tetapi kemeriahannya tidak sama.

“Memberi sokongan kepada pasukan Kedah bersama ratusan penyokong Lang Merah yang lain lebih seronok,” ujarnya .

Bagi Shuhaizam Rozali dari Pendang pula, berkumpul beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Lang Merah lebih menyeronokkan berbanding menonton bersendirian di rumah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons