Jika mereka digelar kroni, mengapa harus diselamatkan?


Di sebalik tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdiam diri mengenai dakwaan skandal RM1.18 bilion terhadap tanah Ijok yang diutarakan Pengarah BNSC, Datuk Abdul Rahman Dahlan seminggu lalu, hanya pembantu Menteri Besar memberi reaksi.

Antaranya termasuk Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong, Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei dan Penyelaras Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dari Parti Amanah Negara (PAN).

Bagaimanapun, jawapan mereka tidak masuk akal dan dilihat hanya cubaan rapuh untuk menutup isu sebenar.

Contohnya, Shao Loong melabelkan dua syarikat swasta terbabit sebagai syarikat kroni, di mana mereka telah gagal melaksanakan projek dijanjikan, dan kemudiannya mempertahankan kerajaan Selangor yang bertindak menyerahkan semula tanah kepada dua syarikat kroni yang gagal ini.

Malah, Shuhaimi Shafiei juga mendakwa ia adalah satu keputusan menang-menang, untuk tidak meneruskan kes di Mahkamah Persekutuan dan membuat penyelesaian dengan syarikat terbabit yang dilabelkan sebagai ‘kroni BN’.

Maka, jika kedua-dua Shao Loong dan Shuhaimi berkata syarikat terbabit adalah ‘kroni BN’ yang wujud ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir antara 1998-2000, mengapa pula kerajaan Selangor mahu selamatkan mereka yang sudah jelas gagal dan kini dibenarkan ‘menang-menang,’ malah sangat ‘menang’ berbanding peneroka melalui keuntungan atas angin.

Lebih mengejutkan ialah kenyataan dari Dr Dzulkefly dari PAN yang memperincikan bagaimana wang RM1.18 bilion dibahagikan:

– Pampasan kepada 981 peneroka = RM300 juta
– Bayaran kepada bank dan pemiutang = RM670 juta
– Disimpan oleh dua syarikat ‘kroni’ = RM210 juta

Pengiraan oleh BNSC bagi pampasan kepada peneroka sebelum ini lebih murah hati iaitu RM421 juta berbanding jumlah RM300 juta sahaja yang didedahkan Dr Dzulkefly, iaitu lebih rendah daripada keseluruhan jumlah RM1.18 bilion manakala RM880 juta diperolehi dua syarikat ‘kroni’ untuk melangsaikan hutang mereka kepada bank, pemberi pinjaman dan turut menyimpan bonus RM210 juta untuk syarikat mereka.

Ini bermakna, daripada harga efektif RM12.34 bagi setiap kaki persegi yang dibayar untuk tanah peneroka oleh sebuah syarikat senarai awam kepada dua syarikat ‘kroni’ di mana penyokong tegar Dr Mahathir, Khairuddin Abu Hassan pernah memegang jawatan Pengarah Eksekutif, peneroka di Ijok hanya dibayar RM3.12 bagi setiap kaki persegi bagi tanah mereka, manakala bakinya masuk ke kantung dua syarikat terbabit.

Dalam keadaan tergesa-gesa mereka untuk menyalahkan BN bagi skandal ini, ketiga-tiga individu ini tidak mengendahkan satu fakta penting, iaitu kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah memberikan tanah itu kepada peneroka.

Ini satu fakta yang perlu mereka akui.

Apapun, cubaan rapuh ketiga-tiga individu ini untuk memberi penjelasan membuka lebih banyak pekung dan persoalan seperti berikut:

a). Adakah anda merasakan adalah adil kepada peneroka yang diberi pampasan pada harga RM3.12 bagi setiap kaki persegi bagi tanah mereka, dinilai mengikut harga 18 tahun lalu, memandangkan syarikat senarai awam itu membayar RM12.34 bagi setiap kaki persegi kepada dua syarikat ‘kroni’ dan ketika hakikatnya bahawa pasaran tanah pertanian di Ijok ketika ini dijual pada harga antara RM30 hingga RM65 bagi setiap kaki persegi?

b). Jika anda mendakwa mereka adalah syarikat kroni dari era Dr Mahathir, mengapa anda masih mahu menyelamatkan mereka dengan membenarkan mereka memperoleh RM810 juta daripada RM1.18 bilion yang dibayar itu?

c). Apakah harga yang boleh diperolehi jika kerajaan Selangor menjual tanah berkenaan melalui tender terbuka?

d). Syarikat senarai awam itu telah mengumumkan secara terbuka projek perumahan ke atas tanah itu mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sekurang-kurangnya pada RM15 bilion. Bukankah lebih baik jika Kerajaan Selangor meneruskan perancangan dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah merangka satu model di mana kerajaan Selangor akan memajukan tanah berkenaan atau melalui perkongsian, yang akan memanfaatkan peneroka dan kerajaan Selangor sendiri?

e). Amat jelas, terdapat model alternatif.

Jika alasan Azmin adalah bagi memastikan peneroka memperolehi pampasan dengan lebih cepat, mengapa kerajaan Selangor tidak menggunakan rizab RM3 bilion bagi membayar RM300 juta terus kepada peneroka terlibat?

Pada masa sama, kerajaan Selangor sepatutnya meneruskan kes di Mahkamah Persekutuan bagi memiliki terus tanah berkenaan yang berjaya dirampas dari dua syarikat berkenaan ketika pentadbiran Tan Sri Khalid, memandangkan kerajaan Selangor sudah memenangi kes berkenan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Kerajaan Selangor juga boleh menjual tanah berkenaan secara terus kepada syarikat senarai awam berkenaan pada harga RM1.18 bilion dan memperolehi RM810 juta untuk kerajaan Selangor berbanding keuntungan atas angin bagi dua syarikat terbabit.

Atau, mereka boleh melaksanakan ketelusan dengan menjual tanah berkenaan melalui tender terbuka bagi mendapatkan harga lebih tinggi.

f). Ketiga-tiga individu ini juga secara rapuh mendakwa kerajaan Selangor akan menanggung hutang ratusan juta Ringgit kepada bank. Adakah ketiga-tiga individu ini boleh menjelaskan secara terperinci, bagaimana pula kerajaan Selangor terpaksa menanggung hutang yang diambil oleh dua syarikat terbabit dan berapa jumlah tepat ratusan juta Ringgit ini?

Jika tanah berkenaan sudah dilucuthak berdasarkan kepada perlanggaran Kod Tanah Negara oleh kedua syarikat terbabit, tidakkah tanah berkenaan bebas dari sebarang bebanan?

Perlu juga dinyatakan di sini, penghakiman bertulis bagi kedua-dua kes dimenangi kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan langsung tidak menyebut kerajaan Selangor bertanggungjawab terhadap pinjaman bank yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ‘kroni’ berkenaan.

g). Demi ketelusan, adakah kerajaan Selangor akan mendedahkan perjanjian penyelesaian akhir dengan dua syarikat terbabit?

Eric See-To.
Timbalan Pengarah,
Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC)



Source link

read more

Bilionair sedunia makin kaya mereka sepatutnya mampu akhiri kemiskinan global 7 kali



EKONOMI global telah mencatatkan rekod baharu bilangan bilionair tahun lalu, sekali gus melebarkan lagi jurang ketidaksamarataan, lapor Bloomberg yang memetik kaji selidik organisasi kebajikan, Oxfam International.

Perkara itu berlaku ketika hak pekerja dilihat semakin lemah manakala tekanan korporat untuk menggandakan pulangan pemegang saham semakin meningkat.

Dunia kini mempunyai 2,043 bilionair, dengan seorang bilionair tercipta selang dua hari pada tahun lalu.

Menurut Oxfam, bilionair yang hampir kesemuanya lelaki itu menyaksikan kekayaan bertambah sebanyak AS$762 billion, iaitu cukup untuk mengakhiri kemiskinan teruk sebanyak tujuh kali.

Berdasarkan data berasingan yang dihimpunkan Bloomberg, nilai kekayaan 500 bilionair teratas berkembang 24 peratus kepada AS$5.38 trilion pada 2017.

Tahun lalu juga menyaksikan pengasas Amazon.com Inc. Jeff Bezos, meraih sejumlah AS$33.7 bilion.

“Kemunculan bilionair ini bagaimanapun bukan petanda peningkatan ekonomi, tetapi simptom sistem ekonomi yang gagal.

“Orang yang membuat pakaian kita, memasang telefon pintar kita dan menghasilkan makanan kita sedang dieksploitasi,” ujar Pengarah Eksekutif Oxfam International,Winnie Byanyima.

Oxfam menerbitkan laporan berkenaan ketika para pemimpin dunia, ketua eksekutif dan pemilik bank berada di Davos, Switzerland sempena sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia.

Memandangkan banyak elitis dunia menyatakan bahawa mereka peduli tentang ketidaksamarataan ekonomi, Oxfam pula menegaskan kebanyakan kerajaan di seluruh dunia gagal memperbaiki keadaan itu.

Oxfam menggesa kerajaan dan pemerintah untuk mengehadkan pulangan pemegang saham dan eksekutif, sementara memastikan golongan pekerja menerima wang sara hidup yang sewajarnya.

Organisasi itu juga antara lain mencadangkan agar menghapuskan jurang bayaran antara jantina dan meningkatkan cukai ke atas orang kaya.

“Bersedia untuk berubah. Kita mahukan batas kuasa dan kekayaan, yang kini hanya dimiliki golongan kecil,” ujar Byanyima.



Source link

read more

Adakah Nokia Akan Menjual Perniagaan Kesihatan Digital Mereka? – Amanz


Nokia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka telah memulakan proses kajian strategik untuk perniagaan kesihatan digital mereka. Ini sekaligus membawa kepada spekulasi sama ada Nokia ingin menjualnya, atau melihat kepada beberapa pilihan lain untuk perniagaan berkenaan.

Perniagaan kesihatan digital merupakan salah satu arena yang dilihat oleh pelbagai pihak – termasuk Nokia. Nokia sendiri sebelum ini telah mengambil-alih Withings dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena ini – selain telah menawarkan beberapa produk kesihatan dibawah jenama Nokia.

Nokia mengatakan yang mana kajian strategik semula ini mungkin membawa kepada transaksi atau mungkin juga tidak.

Sebelum ini, Nokia turut telah menamatkan perniagaan Ozo yang memfokuskan kepada penawaran kamera 360-darjah. Mungkinkah kita melihat perniagaan kesihatan digital Nokia ini turut menerima nasib sama?



Source link

read more

Tembak alat sulit tanpanya mereka tidak berguna – Duterte



ADA persamaan ketara antara Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Donald Trump. Kerap keluarkan kenyataan  kontroversi dan gemar menjadikan wanita bahan perlecehan.

Terbaharu pemimpin berusia 72 tahun itu dilaporkan mengarahkan tentera yang ditugaskan memerangi pemberontak agar menembak anggota pemberontak wanita di bahagian kemaluan.

Memetik laporan portal akhbar Metro UK, Duterte mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap di hadapan bekas anggota komunis Rabu lalu.

“Beritahu askar. Ini arahan baharu daripada datuk bandar. Kami tidak akan bunuh kamu. Kami hanya akan tembak alat sulit kamu kerana tanpanya kamu tidak berguna,” kata Duterte disambut gelak tawa hadirin.

Dalam ucapannya Duterte turut mengkritik penglibatan wanita dalam kumpulan pemberontak Tentera Rakyat Baharu (NPA). Katanya kepada tentera jangan ambil peduli lelaki atau wanita, tembak sahaja mereka.

“Kita ada pil percuma. Kenapa kamu lahirkan sehingga enam ke tujuh orang anak sedangkan kamu anggota NPA? Kemudian kamu pergi berperang dan meninggalkan keluarga,” kecam Duterte.

Duterte sebelum ini beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina kaum hawa masuk membuat lawak berunsur lucah mengenai Miss Universe.

Paling kontroversi bekas Datuk Bandar Davao City itu juga pernah memberi kebenaran kepada tentera Filipina untuk memperkosa sehingga tiga orang wanita ketika di zon konflik tanpa dikenakan sebarang hukuman.



Source link

read more

Amazon Merancang Untuk Mengeluarkan Cip AI Mereka Tersendiri – Amanz


Amazon merupakan salah satu syarikat yang bukan sahaja memfokuskan kepada arena e-dagang, tetapi juga turut menerajui arene kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin melalui pembantu digital yang dinamakan sebagai Alexa.

Kini, selain daripada hanya penawaran pembantu digital, pihak Amazon kini dikatakan merancang untuk membangunkan cip kecerdasan buatan mereka tersendiri.

Melalui sokongan ini, ia dijangka lebih dioptimasikan untuk Alexa, sekaligus membolehkan ia memberikan respon yang lebih pantas kepada pengguna.

Disamping itu, cip AI juga mungkin boleh digunakan oleh bahagian Amazon Web Services untuk digunakan pada pusat data dan sebagainya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Amazon akan memulakan pengeluaran dan sebagainya untuk cip kecerdasan buatan ini buat masa ini.



Source link

read more

Samsung Mengesahkan Mereka Membina Cip ASIC Untuk Pelombong Kriptowang Dari China – Amanz


Samsung kini boleh dikatakan salah satu, jika bukan pembina cip semikonduktor terbesar di dunia sekarang. Boleh dikatakan semua peranti elektronik di dunia memerlukan cip-cip seperti ini, termasuklah peranti pintar, televisyen, dan apa-apa sahaja yang memerlukan kuasa perkomputeran untuk melakukan tugas-tugas yang sepatutnya.

Terkini, Samsung mengesahkan dimana mereka sedang membina cip ASIC (Application Specific Integrated Circuit) yang digunakan khusus untuk tugas-tugas spesifik, misalnya melombong kriptowang khusus seperti Bitcoin. Ini juga mengesahkan desas-desus bahawa Samsung telah menerima tempahan besar untuk cip-cip ASIC ini dari pelanggan-pelanggan pelombong kriptowang dari China.

Untuk Samsung, ini merupakan satu pasaran dimana mereka berpeluang untuk mengaut keuntungan yang cukup besar sekali, kerana tidak banyak syarikat mempunyai kepakaran dan kemudahan untuk membina cip-cip ASIC tersebut.

Penggunaan cip ASIC untuk tujuan melombong bukanlah sesuatu yang baru, kerana TSMC, sebuah lagi syarikat pembina cip elektronik  yang terkemuka sudahpun mula mengeluarkan cip ASIC untuk golongan pelombong digital ini, dengan rekaan dari syarikat-syarikat seperti Bitmain dan Canaan Creative.

Buat masa ini, cip ASIC yang dibina oleh Samsung ini adalah khusus untuk pelanggan-pelanggan mereka di China, tetapi kami harap ini adalah satu permulaan dimana harga-harga komponen komputer seperti kad grafik akan lebih murah dan stabil tidak lama lagi.



Source link

read more

Droneshield Melancarkan Senapang Anti Dron Terkini Mereka DroneGun Tactical – Amanz


Dron kini bukan lagi dipandang sebagai mainan. Semakin banyak dron pelbagai saiz boleh dibeli di pasaran dengan kemampuan berbeza. Ini meningkatkan risiko ia digunakan sebagai senjata atau alat intipan. Oleh itu pelbagai sistem anti dron telah dibangunkan. Dua tahun yang lalu raifal anti-dron Droneshield Dronegun dilancarkan. Mereka telah melancarkan model terbaru yang diberi nama DroneGun Tactical.

DroneGun Tactical mempunyai rekaan futuristik seperti sebuah raifal dari permainan video. Raifal anti dron ini mempunyai beberapa mod tembakan. Mod pertama akan mengarahkan dron untuk mendarat secara automatik. Mod kedua pula mengarahkan dron untuk pulang semula kepada pemilik bagi memudahkan penangkapan. Akhir sekali ialah mod memadam penstriman video langsung. Raifal ini mampu menembak sasaran di dalam lingkungan 1 kilometer.



Source link

read more

LinkedIn Berkongsi Kata Kunci Popular Yang Digunakan Pengguna Malaysia Pada Profil Mereka – Amanz


LinkedIn, laman yang popular dikalangan pekerja dan para profesional, kini telah mengeluarkan senarai kata kunci popular atau Buzzword yang digunakan pengguna tempatan dalam penerangan profil mereka di LinkedIn. LinkedIn mengumpulkan data ini sepanjang 2017 – sekaligus secara tidak langsung memperlihatkan trend pekerja tempatan berbanding negara lain.

Menurut data yang dikeluarkan, ramai penguna menggunakan kata kunci seperti “Experienced” dan “Skilled” pada 2017 yang lepas – sekaligus memperlihatkan pengguna tempatan lebih memfokuskan kepada pengalaman kerja dan skill mereka dalam paparan profil – berbanding beberapa kelebihan yang lain.

Pihak LinkedIn sendiri menekankan yang mana perkongsian pengalaman kerja dan skill akan membuatkan majikan lain untuk lebih mudah mengenali dan mengecam anda – sekaligus membuatkan kadar anda menerima tawaran kerja baru lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Seperti biasa, pihak LinkedIn turut mengalakkan pengguna tempatan untuk berinteraksi dengan yang lain – sekaligus membuatkan anda lebih dikenali dalam komuniti.

Berikut merupakan kata kunci popular dikalangan pengguna tempatan sepanjang 2017 lepas:

  1. Experienced
  2. Skilled
  3. Specialize
  4. Passionate
  5. Leadership
  6. Responsible
  7. Motivated
  8. Expert
  9. Creative
  10. Excellent



Source link

read more

Terperangkap 1000 meter bawah tanah mereka selamat


JOHANNESBURG: Tiada apa yang dapat diucapkan dengan kata-kata selain berasa lega selepas melalui pengalaman terperangkap lebih 24 jam.

Kesemua 955 pekerja di Afrika Selatan yang terperangkap di dalam lombong emas dengan kedalaman hingga 1,000 meter bawah tanah berjaya dikeluarkan pada pagi Jumaat.

Mangsa yang terperangkap sejak Rabu malam itu diselamatkan selepas bekalan elektrik yang terputus disambung semula.

Ribut taufan yang membadai di kawasan lombong emas Beatrix itu menyaksikan bekalan elektrik terputus dan meyebabkan kesemua 955 pelombong itu terperangkap.

Lombong Beatrix terletak di bandar Welkom, kira-kira 290km di barat daya Johannesburg dan   dimiliki oleh syarikat perlombongan Sibanye-Stillwater.

Menurut media tempatan, anggota keluarga yang berang telah berkumpul berdekatan lombong berkenaan bagi mengetahui perkembangan semasa mangsa.

Sebahagian ahli keluarga mangsa-mangsa yang terperangkap menunggu di luar lombong emas berkenaan. Foto: AP

Jurucakap syarikat, James Wellsted memaklumkan, kesemua mangsa berada dalam keadaan baik.

“Semua pekerja berjaya diselamatkan dan pihak kami juga telah menyediakan makanan dan minuman untuk mangsa telibat,” ujarnya.

Mereka juga diminta menjalani pemeriksan kesihatan dan kaunseling sebelum dibenarkan pulang.

Pekerja lombong yang terperangkap, dikumpulkan dan di bawa menaiki bas. Foto: AP

Salah seorang pekerja yang terperangkap melambaikan tangan sejurus diselamatkan. Foto: AP
Dalam pada itu, kesatuan sekerja menyuarakan kembimbangan  mereka terhadap kehidupan pelombong yang terpaksa melalui ekosistem yang penuh risiko.

Lebih daripada 80 kematian telah direkodkan di lombong Afrika Selatan sepanjang 2017.



Source link

read more

TPM beri amaran kepada mereka yang jual perlawanan – Bola Sepak


PUTRAJAYA 26 Jan. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pemain, jurulatih dan pengurusan Liga Malaysia yang bertindak menjual perlawanan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak yang melakukan penjualan perlawanan perlu segera disiasat dan diheret ke mahkamah ekoran sikap tamak haloba mereka seolah-olah ganjaran diperoleh selama ini tidak mencukupi.

“Kami terhidu bau ini dan ini diketahui umum tetapi buktinya tersorok dengan pihak bookies.

“Jadi, selaras dengan komitmen Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam menghapuskan premis judi, tindakan terhadap perjudian dalam erti menjual perlawanan juga perlu dilaksanakan,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Bola Sepak PDRM Liga Perdana Musim 2018, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden Pasukan Bola Sepak PDRM, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Pasukan Bola Sepak PDRM turut menerima bas rasmi baharu mereka.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid menegaskan, beliau tidak akan sesekali membiarkan sesiapa pun yang melakukan penjualan perlawanan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Jika diimbas pada musim-musim lalu, kata beliau, pihaknya turut mengetahui terdapat dalam kalangan pengadil bersekongkol dengan bookies.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, golongan pengadil juga tidak akan terlepas jika mereka bertindak mengambil rasuah dalam perlawanan.

“Ini adalah amaran Ahmad Zahid Hamidi. Maksudnya, bukan amaran sahaja tetapi disusuli tindakan. Ini kerana walau setiap tahun ada tawaran berbentuk gaji dan elaun serta bonus, malah terdapat juga beberapa insentif lain dipertingkat, tetapi mutu perlawanan tidak meningkat.

“Padahal pemain kita dibayar gaji yang tinggi dengan pasukan berlumba-lumba membayar tinggi. Oleh itu, saya serius untuk basmi kegiatan menjual perlawanan ini selaras dengan permintaan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengumumkan komitmen beliau untuk memberi bonus sebanyak RM500,000 kepada Pasukan Bola Sepak PDRM sekiranya pasukan itu muncul johan Liga Perdana pada musim ini.

Sementara itu, katanya, jika muncul naib johan, beliau akan memberi bonus sebanyak RM250,000 kepada pasukan berkenaan.

“Jadi, sambutlah cabaran ini. Kepada jurulatih, Zulhamizan Zakaria, kalau pasukan ini muncul johan, beliau akan diberikan bonus sebanyak RM100,000,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons